1 2 3 4 5 6

Set 4 Latihan Fizik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 4: Haba

Klik untuk jawapannya

1. Rajah menunjukkan semangkuk sup panas dan segelas minuman ringan berais di dalam kotak berpenebat. Pernyataan manakah yang menerangkan dengan betul keputusan selepas beberapa jam?
 Bab 4: Haba
A Sup panas kekal panas
B Minuman ringan berais memindahkan haba kepada sup panas
C Muatan haba sup panas berkurang tetapi muatan haba minuman ringan berais bertambah
D Kedua-dua sup panas dan minuman ringan mencapai kesimbangan terma
Jawapan:

2. Kepekaan termometer alkohol-dalam-kaca boleh ditingkatkan dengan
A mengurangkan saiz bebuli
B mengurangkan panjang termometer itu
C mengurangkan diameter tiub kapilari
D mengurangkan isipadu alkohol
Jawapan:

3. Rajah menunjukkan air panas yang ditambahkan kepada air sejuk. Pernyataan manakah benar mengenai pemindahan haba? [Andaikan bahawa sistem tersebut adalah tertutup]
 Bab 4: Haba
A Haba yang hilang daripada air panas sama dengan haba yang diperolehi air sejuk
B Haba yang hilang daripada air panas lebih daripada haba yang diperolehi air sejuk
C Haba yang hilang daripada air panas kurang daripada haba yang diperolehi air sejuk
Jawapan:

4. Rajah menunjukkan dua objek dengan suhu yang berbeza berada dalam sentuhan terma. Pernyataan manakah yang betul apabila keseimbangan terma dicapai?
 Bab 4: Haba
A Suhu objek A adalah lebih rendah daripada suhu objek B
B Suhu objek A adalah lebih tinggi daripada suhu objek B
C Suhu objek B tidak berubah
D Suhu objek A adalah sama dengan suhu objek B
Jawapan:

5. Muatan haba tentu sesuatu bahan ialah
A jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu tanpa mengubah keadaannya
B jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan itu sebanyak 1°C
C jumlah haba yang disimpan oleh 1 kg bahan itu apabila suhu jatuh sebanyak 1°C
D jumlah haba yang hilang ke persekitaran apabila 1 kg bahan itu berubah keadaan
Jawapan:

6. Muatan haba tentu aluminium lebih tinggi daripada muatan haba tentu kuprum. Apakah yang akan berlaku jika kedua-dua logam itu yang berjisim sama dibekalkan dengan jumlah haba yang sama?
A Kadar peningkatan suhu bagi aluminium lebih tinggi
B Aluminum akan mengembang lebih banyak daripada kuprum
C Kuprum akan panas lebih cepat
D Kuprum akan mengembang lebih cepat daripada aluminium
Jawapan:

7. 1.5 kg air disejukkan dari suhu
80°C sehingga 30°C . Cari jumlah tenaga haba yang hilang daripada ir itu. [Muatan haba tentu air = 4200 Jkg−1 °C−1 ]
A 189 kJ
B 315 kJ
C 504 kJ
D 680 kJ
Jawapan:

8. Rajah menunjukkan air teh dengan kuantiti yang sama pada 100°C dituang ke dalam dua bekas X dan Y yang diperbuat daripada bahan yang berlainan. Air teh menyejuk lebih cepat di dalam Y berbanding di dalam X. Konsep manakah yang menerangkan situasi itu?
 Bab 4: Haba
A Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba aluminium
B Muatan haba aluminum lebih besar daripada muatan haba air
C Muatan haba seramik lebih besar daripada muatan haba air
D Muatan haba aluminium lebih besar daripada muatan haba seramik
Jawapan:

9. Dua cecair dengan isipadu yang sama X dan Y dipanaskan serentak dengan pemanas-pemanas yang serupa. Selepas 10 minit suhu cecair Y adalah lebih tinggi daripada cecair X. Perbandingan manakah adalah betul?
A Muatan haba tentu X > Muatan haba tentu Y
B Muatan haba tentu X < Muatan haba tentu Y
C Haba pendam tentu X > Haba pendam tentu Y
D Haba pendam tentu X < Haba pendam tentu Y
Jawapan:

10. Rajah menunjukkan suatu cecair dipanaskan menggunakan pemanas elektrik selama 5 minit. Suhu cecair akan meningkat lebih lambat dengan
A menggunakan cecair yang mempunyai haba pendam tentu yang lebih besar
B menambahkan masa pemanasan
C mengurangkan jisim cecair
D menggunakan cecair yang mempunyai muatan haba tentu yang lebih besar
Jawapan:

11. Mengapakah stim mengakibatkan luka terbakar lebih teruk daripada air mendidih?
A Haba pendam tentu stim yang lebih tinggi
B Muatan haba tentu stim yang lebih tinggi
C Suhu stim lebih tinggi daripada suhu air mendidih
D Molekul stim bergerak lebih laju dan menghentam kulit lebih kuat
Jawapan:

12. Rajah menunjukkan perubahan suhu terhadap masa bagi lilin daripada cecair kepada pepejal. Bahagian graf yang manakah menunjukkan campuran lilin pepejal dan cecair?
 Bab 4: Haba
A PQ
B QR
C RS
D ST
Jawapan:

13. Satu pepejal berjisim 0.3 kg dipanaskan oleh pemanas elektrik 200 W. Graf suhu-masa bagi proses ini ditunjukkan dalam rajah. Hitung muatan haba pendam tentu pelakuran pepejal itu.
 Bab 4: Haba
A 4.36x103 Jkg−1
B 9.44x103 Jkg−1
C 8.33x104 Jkg−1
D 2.00x105 Jkg−1
Jawapan:

14. Fenomena manakah yang menunjukkan aplikasi haba pendam pelakuran dalam kehidupan harian?
A Mengukus ikan
B Menyejukkan enjin kereta
C Mengawet makanan dengan bongkah ais yang sedang melebur
D Mengambil bacaan suhu daripada termometer merkuri
Jawapan:

15. Sejenis bahan dipanaskan pada kadar yang tetap. Bahan tersebut berubah daripada pepejal menjadi cecair dan kemudian gas. Graf berikut menunjukkan bagaimana suhunya berubah terhadap masa. Bahagian proses yang manakah melibatkan haba pendam tentu pengewapan?
A Bahagian P
B Bahagian Q
C Bahagian R
D Bahagian S
Jawapan:

16. Sebuah kanister gas mengandungi gas pada tekanan p Nm−2 . Pada suhu malar, tekanan gas itu tidak berubah kerana
A saiz molekul gas itu kekal tidak berubah
B molekul gas itu bergerak pada halaju purata yang malar
C dinding kanister gas itu sangat kuat
Jawapan:

17. Graf manakah yang menunjukkan hubungan antara panjang, l turus merkuri di dalam termometer dengan suhu mutlak, T?
 Bab 4: Haba
A
B
C
D
Jawapan:

18. Tekanan udara di dalam tayar sebuah kereta ialah 210 kPa pada suhu 27°C . Berapakah tekanan di dalam tayar tersebut pada suhu 47°C ? [Anggap isipadu udara dalam tayar adalah tetap]
A 153 kPa
B 203 kPa
C 217 kPa
D 224 kPa
Jawapan:

19. Rajah menunjukkan buih udara yang terbentuk oleh seorang penyelam. Isipadu buih udara itu ialah 6 cm3 pada kedudukan Y. Tentukan isipadu buih udara pada X. [Tekanan atmosfera = 10 m air]
 Bab 4: Haba
A 2.4 cm3
B 4.8 cm3
C 6.0 cm3
D 7.2 cm3
Jawapan:

20. Hukum Charles menyatakan bahawa apabila tekanan suatu gas adalah malar isipadu gas adalah berkadar terus dengan suhu mutlaknya untuk suatu gas berjisim tetap. Graf manakah yang mewakili hubungan antara isipadu V dengan suhu mutlak T?
 Bab 4: Haba
A
B
C
D
Jawapan:

21. Antara berikut, yang manakah akan menambahkan kepekaan termometer ini?
 Bab 4: Haba
A Gunakan tiub kapilari yang lebih panjang
B Gunakan bebuli kaca yang berdinding lebih tebal
C Gunakan batang kaca berdinding tebal
D Gunakan kapilari berdiameter lebih kecil
Jawapan:

22. Dua objek berada dalam keadaan keseimbangan terma apabila
A terdapat sejumlah haba mengalir antara kedua-dua objek tersebut
B suhu kedua-dua objek berlainan
C kedua-dua objek mempunyai jumlah haba yang sama
D pengaliran haba bersih antara kedua-dua objek adalah sifar
Jawapan:

23. Rajah menunjukkan kotak 1 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 2 dan kotak 2 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 3.
jika suhu bagi setiap kotak adalah θ1, θ2, dan θ3, kenyataan manakah yang benar?
 Bab 4: Haba
A θ1 = θ3
B θ1 > θ3
C θ1 < θ3
D θ1 < θ2 < θ3
Jawapan:

24. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang skala suhu, Kelvin?
A Air mendidih pada suhu 273 K
B Ia merupakan unit S.I. bagi suhu
C Suhu mutlak adalah 0 apabila air dibekukan
Jawapan:

25. Antara berikut, yang manakah benar mengenai unit S.I. haba dan suhu?
A haba - Darjah Celcius | suhu - Joule
B haba - Joule | suhu - Darjah Celcius
C haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin
D haba - Joule | suhu - Kelvin
E haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin
Jawapan:

26. Rajah menunjukkan bongkah L dan M yang diperbuat daripada bahan bezbeza berada dalam keseimbangan terma.
 Bab 4: Haba
Antara pernyataan berikut, yang manakah adakah benar?
A Muatan haba tentu L = Muatan haba tentu M
B Kadar pemindahan haba bersih adalah sama
C Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar
D Suhu L lebih tinggi daripada suhu M
Jawapan:

27. Apakah konsep yang menerangkan situasi tersebut?
 Bab 4: Haba
A Keseimbangan terma
B Haba pendam tentu pengewapan
C Hukum Boyle
D Hukum Charles
Jawapan:

28. Muatan haba dan muatan haba tentu memounyai definisi yang berbeza. Antara berikut, yang manakah menerangkan perbezaannya?
A Muatan haba melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tentu tidak
B Muatan haba melibatkan perubahan suhu sebanya 1 °C manakala muatan haba tentu tidak
C Muatan haba tentu melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tidak
D Muatan haba tentu melibatkan perubahan suhu sebanyak 1 °C, manakala muatan haba tidak.
Jawapan:

29. Objek X dengan jisim 5 kg menyerap 6000 J haba untuk mengalami penigkatan suhu sebanyak 12 °C. Berapakah muatan haba tentu objek X?
A 100 J kg-1°C-1
B 500 J kg-1 °C-1
C 1000 J kg-1°C-1
D 1200 J kg-1°C-1
Jawapan:

30. Graf menunjukkan pemanasan 500 g cecair P oleh pemanas rendam 60 W.
Hitung muatan haba tentu cecair tersebut.
 Bab 4: Haba
A 220 J kg-1°C-1
B 720 J kg-1°C-1
C 1152 J kg-1°C-1
D 1440 J kg-1°C-1
Jawapan:

31. Berapakah haba yang perlu dibekalkan untuk memanaskan 2.0 kg air pada 30 °C kepada 80 °C?
[muatan haba tentu air = 4200 J kg-1°C-1 ]
A 80 KJ
B 420 kJ
C 500 kJ
D 800 kJ
Jawapan:

32. Air digunakan sebagai ejen penyejuk dalam enjin kereta kerana
A mempunyai muatan haba tentu yang tinggi
B mempunyai takat didih yang tinggi
C merupakan konduktor haba yang sangat bagus
D mudah menyerap haba daripada enjin
Jawapan:

33. Haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1 °C adalah lebih banyak berbanding haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg perak sebanyak 1 °C. Berikan alasan anda.
A Perak merupakan konduktor haba yang baik
B Perak mempunyai muatan haba yang lebih tinggi
C Perak mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi
D Perak merupakan sebuah negeri
E Perak mempunyai muatan haba tentu yang lebih rendah
Jawapan:

34. Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk
A menaikkan suhu 1 kg pepejal sebanyak 1°C
B menaikkan suhu 1 kg cecair sebanyak 1 °C
C mengubah 1 kg pepejal kepada cecair pada suhu seragam
D mengubah 1 kg cecair kepada gas pada suhu seragam
E mengubah hati supaya lebih tenang
Jawapan:

35. Antara berikut, yang manakah merupakan sebab mengapa perpeluhan membantu badan untuk menyejuk?
A Suhu peluh adalah ;ebih rendah daripada suhu badan
B Haba pendam diserap daripada badan apabila peluh tersejat
C Haba pendam dikeluarkan daripada badan apabila peluh tersejat
D Badan kehilangan haba apabila menghasilkan peluh
Jawapan:

36. Tenaga yang diperlukan untuk mengubah air kepada wap air pada suhu sama dipanggil sebagai haba pendam pengewapan. Apakah yang dilakukan oleh tenaga ini?
A Meningkatkan pemisahan purata antara molekul air
B Menigkatkan laju purata molekul air
C Menaikkan suhu udara yang berada berhampiran air
D Membahagikan molekul air kepada atom berasingan
Jawapan:

37. Antara berikut, pernyataan manakah yang benar?
A Pendidihan air hanya berlaku pada permukaan dan pada suhu yang tetap
B Pendidihan air berlaku pada keseluruhan cecair dan suhu yang tetap
C Pendidihan air hanya berlaku pada permukaan dan pada sebarang suhu
D Pendidihan air berlaku pada keseluruhan cecair dan sebarang suhu
Jawapan:

38. Bebuli termometer dibalut dengan satu tiub kain kapas. Kain itu dicelup ke dalam air pada suhu bilik dan ditinggalkan seketika. Termometer yang dibalut kain basah itu kemudian dikeluarkan dan penyejatan berlaku. Apakah yang berlaku kepada bacaan termometer tersebut?
A Bacaan berkurang
B Bacaan tidak berubah
C Bacaan bertambah
D Bacaan bertambah dan kemudian berkurang
Jawapan:

39. Sebuah bikar berisi ais diambil daripada petisejuk dan dipanaskan. Graf menunjukkan suhu kandungan bikar tersebut semasa proses pemanasan.
 Bab 4: Haba
Manakah antara dua titik pada graf tersebut mengandungi pepejal dan cecair.
A V dan W
B W dan X
C X dan Y
D Y dan Z
Jawapan:

40. Apakah konsep fizik yang terlibat dengan penggunaan penyaman udara untuk menyejukkan suhu bilik?
A Hukum Charles
B Hukum Boyles
C Haba pendam
D Muatan haba
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

4


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。