1 2 3 4 5 6 7 8 9

Set 3 Latihan Matematik Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Bab 3: Matematik Pengguna Simpanan dan Pelaburan Kredit dan Hutang
1. Simpanan terbahagi kepada......jenis
A 2
B 3
C 4
D 5
Jawapan:

2. Contoh akaun simpanan ialah.......kecuali
A Akaun simpanan
B Akaun simpanan tetap
C Akaun simpanan emas
D Akaun simpanan semasa
Jawapan:

3. Faedah simpanan terbahagi kepada......jenis
A 4
B 3
C 2
D 1
Jawapan:

4. Faedah simpanan yang manakah lebih menguntungkan?
A Faedah kompaun
B Faedah kredit
C Faedah mudah
D Faedah segera
Jawapan:

5. Pelaburan terbahagi kepada berapa jenis?
A 1
B 2
C 3
D 4
Jawapan:

6. Berikut adalah jenis pelaburan, kecuali
A Saham
B Rumah
C Tanah
D Kereta
Jawapan:

7. Pelaburan yang manakah mempunyai risiko yang tinggi?
A Saham syarikat
B ASB
C Hartanah
D Simpanan tetap
Jawapan:

8. Terdapat 2 jenis pelabur iaitu :
A Pelabur aktif dan pasif
B Pelabur tetap dan sementara
C Pelabur agresif dan sederhana
D Pelabur tempatan dan luar negara
Jawapan:

9. Encik Ali menyimpan sebanyak RM5000 di bank X dengan kadar faedah 4% untuk setahun. Berapakah faedah yang diperolehinya selepas 1 tahun?
A RM100
B RM200
C RM150
D RM250
Jawapan:

10. Puan Chong menyimpan sebanyak RM1200 di bank dengan kadar faedah sebanyak 3% bagi tempoh 2 tahun. Hitung jumlah simpanannya bagi tempoh 2 tahun tersebut
A RM1350
B RM1372
C RM1250
D RM1272
Jawapan:

11. RISIKO ialah kemungkinan berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan.
berikut ialah contoh risiko KECUALI
A Kemalangan jalan raya
B kemusnahan harta benda disebabkan kebakaran, banjir
C kejadian yang menyebabkan kita mendapat keuntungan
D bil perubatan yang tinggi akibat penyakit kritikal
Jawapan:

12. Kita boleh menyimpan di dalam akaun berikut KECUALI :
A Akaun Simpanan
B Hartanah
C Akaun Semasa
D Akaun Simpanan Tetap
Jawapan:

13. Gambar berikut menunjukkan, sejenis :
 Bab 3: Matematik Pengguna Simpanan dan Pelaburan Kredit dan Hutang
A akaun
B wang
C cek
D bank draf
Jawapan:

14. Hitung jumlah faedah mudah yang berikut.
RM100 000 disimpan selama 3 tahun pada kadar faedah 4.5% setiap tahun.
A 13 500
B 13 050
C 15 300
D 15 500
Jawapan:

15. Hitung jumlah simpanan yang akan diperoleh selepas 2 tahun dengan simpanan asal RM8 000 dan kadar faedah mudah tahunan 2%
A RM 2 830
B RM 8 230
C RM 8 023
D RM 8 320
Jawapan:

16. Hitung nilai matang bagi simpanan RM15 000 untuk 5 tahun kadar faedah 3.5% setahun, dikompaun setiap bulan
A RM 17 468.14
B RM 17 648.14
C RM 17 864.14
D RM 17 648.50
Jawapan:

17. Pilih rumus bagi faedah mudah
A P = Irt
B I = Prt
C MV = P ( 1 + r/n )nt
D MV = 1 ( P + r/n )nt
Jawapan:

18. Pilih rumus bagi faedah kompaun
A I = Prt
B P = Irt
C MV = P(1 + r/n) nt
D MV = 1 (P + r/t )rt MV = P ( 1 + r/n )nt
E MV = 1 ( P + r/n )nt
Jawapan:

19. Antara berikut, yang manakah BUKAN Pengguna Yang Bijak?
A Membeli barangan berkualiti
B Memilih perkhidmatan terbaik
C Memilih barang ikut pengaruh iklan
D Membuat perbandingan harga
Jawapan:

20. Nyatakan dua faedah yang boleh diperolehi dalam simpanan.
A Faedah mudah dan faedah sederhana
B faedah mudah dan faedah kompaun
Jawapan:

21. Akaun yang digunakan untuk menyimpan wang atau mengeluarkan wang pada bila-bila masa dan menerima faedah.
A Akaun simpanan
B Akaun semasa
Jawapan:

22. Pemegang akaun boleh melakukan pembayaran kepada pihak lain melalui cek.
Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan ...
A akaun simpanan
B akaun semasa
Jawapan:

23. Cik Zeti merupakan seorang peniaga yang menyimpan sejumlah wang didalam bank dengan tujuan untuk mengeluarkan cek apabila hendak membayar kepada pemiutang. Apakah jenis akaun simpanannya?
A AKaun simpanan
B Akaun simpanan tetap
C Akaun semasa
Jawapan:

24. Simpanan ialah
A wang yang dipunyai oleh orang lain
B apabila seseorang memberi wang yang untuk dipinjamkan
C Simpanan ialah wang yang disimpan di institusi kewangan seperti bank
Jawapan:

25. Puan Jamilah menyimpan RM20 000 dalam suatu akaun di sebuah bank dengan kadar faedah 3% setahun dan faedah dikompaunkan 4 bulan sekali. Tentukan jenis akaun Puan Jamilah.
A Akaun simpanan
B Akaun simpanan tetap
C Akaun semasa
D Akaun simpanan wadiah
Jawapan:

26. Pilih syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh seorang pemohon kad kredit.
I Sekurang-kurangnya berumur 21 tahun
II Pendapatan minimum sebanyak RM12 000.
III Memerlukan slip gaji dan dokumen sokongan yang lain.
IV Memerlukan akaun simpanan tetap.
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

27. Pulangan yang diperoleh Encik Wong daripada pelaburannya adalah dalam bentuk sewa dan keuntungan modal. Antara berikut, yang manakah pelaburan yang mungkin bagi Encik Wong?
A Amanah saham
B Emas
C Hartanah
D Saham
Jawapan:

28. Rajiv menyimpan RM5 000 dalam suatu akaun simpanan dengan kadar faedah 1.5% setahun.
Hitung jumlah faedah yang diterima selepas 9 bulan.
A RM37.50
B RM48.45
C RM56.25
D RM75.00
Jawapan:

29. Steven menyimpan RM12 000 dalam suatu bank yang menawarkan kadar faedah 3.2% setahun. Hitung nilai matangnya selepas 3 tahun jika faedah itu dikompaunkan setiap setengah tahun.
A RM12 943.15
B RM13 080.06
C RM13 152.00
D RM13 199.07
Jawapan:

30. Anisah melaburkan RM15 000 dalam amanah saham. Selepas 1 tahun, dia menjual semua amanah saham itu dengan harga RM16 800. Dia juga menerima dividen sebanyak RM900 dalam tahun itu.
Hitung nilai pulangan pelaburannya.
A 14%
B 18%
C 20%
D 23%
Jawapan:

31. Manakah antara berikut mempunyai kecairan yang paling rendah?
A Saham
B Hartanah
C Amanah saham
D Akaun simpanan
Jawapan:

32. Akaun simpanan
A dibuka untuk kegunaan peribadi atau perniagaan.
B memerlukan pemegang akaun menyimpan sejumlah wang tertentu untuk tempoh masa tertentu.
C membolehkan pemegang akaun menyimpan sebarang amaun dan menerima faedah berdasarkan tempoh dan jumlah simpanan.
Jawapan:

33. Satu perjanjian kontrak antara pembekal dengan pengguna, di mana pengguna meminjam wang daripada pembekal untuk sesuatu kegunaan atau pembelian dan bersetuju membayar balik dalam suatu tempoh tertentu.
A Hutang
B Pinjaman
C Kredit
D Debit
Jawapan:

34. Suatu amaun yang telah dipinjam tetapi belum dilunaskan dinamakan sebagai
A Hutang
B Pinjaman
C kredit
D Debit
Jawapan:

35. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan seseorang individu untuk satu tempoh tertentu disebut sebagai
A Belanjawan
B Belanjawan peribadi
C Belanjawan bulanan
D Belanjawan mingguan
Jawapan:

36. Pilih Kelebihan menggunakan kad kredit :
I Tidak perlu membawa tunai yang banyak
II Menikmati sistem ganjaran seperti rebat tunai
III Kemudahan membeli barangan atas talian
IV boleh berbelanja sesuka hati tanpa batasan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

37. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang pemohon kad kredit seperti :
I berumur 21 tahun ke atas
II mempunyai penyata gaji atau dokumen sokongan
III Berpendapatan minimum RM24000 setahun
IV mempunyai asset
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

38. Faedah Tahunan yang dikenakan terhadap kad kredit di antara ........ hingga .......
A 10% hingga 12%
B 13% hingga 15%
C 15% hingga 18%
D 18% hingga 21%
Jawapan:

39. Pemilik kad kredit tidak akan dikenakan caj kewangan terhadap baki kad kredit jika pemilik kad membayar hutang kad kredit dalam tempoh ...... hari.
A 14
B 18
C 20
D 21
Jawapan:

40. Sekiranya seseorang tidak mampu untuk membayar hutang kad kredit sepenuhnya, maka dia boleh membayar secara minimum RM50 atau ....... % daripada jumlah baki akhir penyata.
A 5
B 10
C 15
D 20
Jawapan:

41. ......................... wujud setelah menolak bayaran pendahuluan dan ditambah dengan jumlah faedah yang dikenakan.
A Faedah
B Faedah atas baki
C Ansuran Bulanan
D Baki pinjaman
Jawapan:

42. Encik Yusof telah menggunakan RM8 000 untuk membeli syer syarikat A. Dia telah mendapat dividen sebanyak RM 200 dalam tempoh dia memegang syer itu. Selepas itu, dia menjual semua syer dan mendapat RM 8800. Hitung nilai pulangan pelaburan encik Yusof (ROI)
A 15.2%
B 10.5%
C 12.5%
D 12%
Jawapan:

43. Diberi prinsipal, P adalah RM 12 000, 3.5% kadar faedah setahun dan tempoh masa 9 bulan. Kirakan faedahnya?
A 31500
B 315
C 3150
D 31.50
Jawapan:

44. Pada Januari 2020, Cik Damia Sara membeli 2 000 unit amanah saham dengan harga RM2.30 seunit. Dividen yang dibayar pada akhir tahun tersebut ialah 4%. Jika Cik Damia Sara menjual semua unit amanah saham yang dimiliki pada januari 2021 dengan harga RM2.50 seunit, hitung nilai pulangan pelaburan Cik Damia Sara.
A 29%
B 13%
C 9%
D 8%
Jawapan:

45. Cik Nassuha membeli sebuah kereta bernilai RM60 000 secara kredit. Dia telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM6 000 dan bayaran ansuran bulanan bagi pinjamannya ialah RM630. Jika kadar faedah yang dikenakan oleh bank ialah 4% setahun, berapa tahunkan Cik Nassuha perlu membuat bayaran kepada bank?
A 5 tahun
B 10 tahun
C 15 tahun
D 20 tahun
Jawapan:

46. Ikhwan membeli sebuah televisyen berharga RM1 800 dengan menggunakan kad kredit. Setelah menerima penyata bulanan, Ikhwan hanya ingin membayar bayaran minimum. Bayaran minimum adalah 5% daripada jumlah baki akhir penyata kad kredit, atau minimum RM50. Jika Ikhwan tidak membuat transaksi lain dengan menggunakan kad kredit pada bulan tersebut, berapakah bayaran minimum yang harus dibayar oleh Ikhwan?
A RM180
B RM100
C RM90
D RM50
Jawapan:

47. En. Ali meminjam sebanyak RM15 000 dari Bank P untuk memulakan perniagaan tukang jahit di Kangar. Bank mengenakan 5% dengan kadar faedah sama rata untuk tempoh pembayaran balik selama 5 tahun. Berapakah jumlah faedah yang akan dibayar oleh En. Ali kepada pihak bank?
A RM2 850
B RM3 750
C RM4 250
D RM5 150
Jawapan:

48. Namakan tempoh kelonggaran untuk membenarkan pengguna kad kredit membayar tanpa caj kewangan.
A Tempoh tanpa faedah
B Tempoh tanpa caj
C Tempoh tanpa kredit
D Tempoh tanpa tunai
Jawapan:

49. Azmir membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40 000 dari Bank Kerjaya dengan kadar faedah sama rata 3.5% setahun dan tempoh bayaran balik adalah selama 10 tahun. Hitung bayaran ansuran bulanan Azmir kepada Bank Kerjaya.
A RM540
B RM500
C RM400
D RM450
Jawapan:

50. Emily meminjam RM1200 daripada bank dengan kadar faedah mudah 8.5% setahun. Hitung jumlah bayaran balik yang perlu di bayar oleh Emilio dalam tempoh 2 tahun.
A RM204
B RM996
C RM1,020
D RM1,404
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。