1 2 3 4 5 6 7 8 9

Set 5 Latihan Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 5: Jirim

Klik untuk jawapannya

1. Jirim adalah semua benda yang mempunyai ____ dan memenuhi _____.
A ruang, jisim
B berat, ruang
C jisim, ruang
D isipadu, ruang
Jawapan:

2. Manakah antara berikut yang mempunyai ketumpatan yang tinggi daripada air?
Bab 5 Jirim
A gabus
B kaca
C ais
Jawapan:

3. Takat didih adalah sifat fizik jirim bagi air. Berapakah takat didih bagi air tulen?
A 105°C
B 98°C
C 100°C
D 1000°C
Jawapan:

4. Takat lebur adalah sifat fizik jirim bagi ais. Ais melebur pada suhu..?
A 10°C
B 100 °C
C 0°C
D -5°C
Jawapan:

5. Kadar (kelajuan) resapan yang manakah yang paling tinggi?
A pepejal
B cecair
C gas
Jawapan:

6. Rajah menunjukkan proses?
Bab 5 Jirim
A peleburan
B pendidihan
C kondensasi
D pemejalwapan
Jawapan:

7. Pilih proses yang melibatkan penyerapan haba
I Peleburan
II Pendidihan
III Kondensasi
IV Pembekuan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

8. Pernyataan berikut merujuk kepada sifat fizik jirim ais KECUALI
A takat lebur ais ialah suhu tetap semasa ais berubah kepada cecair
B Takat lebur ais boleh diukur
C Ais berubah menjadi bahan yang berbeza apabila dileburkan
Jawapan:

9. Paku yang terdedah kepada air dan udara akan berkarat. Ini menunjukkan
A sifat fizik jirim
B sifat kimia jirim
Jawapan:

10. Yang manakah benar tentang ketumpatan.
I merupakan jisim per unit isipadu bahan tersebut
II bahan kurang tumpat terapung
III menyebabkan bahan lebih tumpat tenggelam
IV bahan kurang tumpat tenggelam
V bahan lebih tumpat terapung
A. I, II dan III
B. I, II, III dan IV
C. I, III dan V
D. semua di atas
Jawapan:

11. Bahan dapat dikelaskan melalui pencirian berikut
I ketumpatan
II takat lebur
III takat didih
IV keterlarutan
V suhu
A. I, II dan III
B. I, II, III dan IV
C. I, III dan V
D. semua di atas
Jawapan:

12. Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada arah-zarah halus yang diskret dan sentiasa bergerak pada semua arah
A Benar
B Palsu
Jawapan:

13. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR tentang proses K.
Bab 5 Jirim
A pepejal menyerap haba apabila dipanaskan
B pepejal berubah menjadi gas
C pepejal berubah menjadi cecair
Jawapan:

14. Pilih pernyataan yang BENAR tentang rajah
Bab 5 Jirim
I cecair menyerap haba apabila dipanaskan
II proses penyejatan
III proses pendidihan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III
Jawapan:

15. Semasa proses Y
Bab 5 Jirim
I haba dibebaskan apabila gas disejukkan
II susunan zarah menjadi semakin rapat
III tenaga kinetik zarah semakin bertambah
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III
Jawapan:

16. Pilih semua proses yang melibatkan keadaan perubahan jirim seperti rajah berikut
Bab 5 Jirim
I kondensasi
II pendidihan
III penyejatan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III
Jawapan:

17. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR tentang rajah berikut.
Bab 5 Jirim
A susunan zarah bagi jirim pepejal
B susunan zarah bagi jirim cecair
C ruang antara zarah bertambah apabila dipanaskan
Jawapan:

18. Jirim mempunyai...
A Jisim dan zarah-zarah
B Memenuhi ruang
C Jisim dan memenuhi ruang
D zarah-zarah dan memenuhi ruang
Jawapan:

19. Proses K adalah
Bab 5 Jirim
A peleburan
B pendidihan
C kondensasi
D pemejalwapan
Jawapan:

20. Yang manakah bukan jirim?
A air
B udara
C haiwan
D elektrik
Jawapan:

21. Apakah sifat isipadu gas?
A isipadu tetap
B mengikut isi padu bekas
C isipadu tidak tetap
Jawapan:

22. Penyataan berikut merujuk kepada penyejatan KECUALI
A proses perubahan cecair kepada gas
B haba diserap apabila cecair dipanaskan
C berlaku pada sebarang suhu di bawah takat didih
D berlaku apabila suhu mencapai takat didih
Jawapan:

23. Apakah nama keadaan jirim ini?
Bab 5 Jirim
A Gas
B Cecair
C Pepejal
D Zarah
E Jisim
Jawapan:

24. Apakah pergerakan zarah ini?
Bab 5 Jirim
A Bebas bergerak,dan berlanggar antara satu sama lain
B Bergetar pada kedudukan yang tetap
C Bebas bergerak secara rawak
Jawapan:

25. Diantara berikut yang manakah ialah jirim?
A Api
B Bunyi
C Arnab
D Cahaya
Jawapan:

26. Apakah proses di dalam gambar tersebut?
Bab 5 Jirim
A Pendidihan
B Peleburan
C Penyejatan
D Penbekuan
Jawapan:

27. Perubahan keadaan jirim disertai oleh pembebasan haba atau penyerapan haba. Apakah yang berlaku semasa Y?
Bab 5 Jirim
A Haba dibebaskan
B Haba diserap
Jawapan:

28. Kondensasi ialah proses di mana
A pepejal berubah menjadi cecair
B cecair berubah menjadi gas
C gas berubah menjadi pepejal
D gas berubah menjadi cecair
Jawapan:

29. Apabila suatu gas berubah menjadi pepejal atau pepejal berubah menjadi gas tanpa melalui fasa cecair, proses ini dinamakan...
A Peleburan
B Pencairan
C Pemejalwapan
D Kondensasi
Jawapan:

30. Penyiasatan ini menunjukkan sifat gas ialah ..........................
Bab 5 Jirim
A Memenuhi ruang
B Mengambil bentuk bekas yang diisikan
C Mempunyai jisim
D Boleh dimampatkan
Jawapan:

31. Rajah di bawah menunjukkan gelas A berisi air panas ditutup dengan gelas B dengan menelangkupkannya.
Bab 5 Jirim
Apakah yang akan berlaku selepas beberapa ketika?
A Air di dalam bekas A semakin bertambah
B Titisan air terbentuk pada permukaan luar gelas A.
C Titisan air terbentuk pada permukaan atas di dalam gelas B
D Gelas B akan mengembang
Jawapan:

32. Pernyataan berikut menerangkan Teori Kinetik Jirim Kecuali...
A Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni & diskrit
B Zarah-zarah tidak mempunyai tenaga kinetik
C zarah-zarah sentiasa bergetar
D Apabila suhu bertambah, tenaga kinetik bertambah
Jawapan:

33. Potassium manganat (VII) meresap di dalam air. Mengikut Teori kinetik jirim, apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
Bab 5 Jirim
A Zarah-zarah bergerak secara rawak
B Zarah-zarah boleh berubah bentuk
C Zarah-zarah sentiasa berada dalam kedudukan tetap
D Tenaga kinetik antara zarah adalah tetap
Jawapan:

34. Keadaan berikut berlaku semasa proses pendidihan...
I takat didih bagi air ialah 100oC
II Tenaga kinetik yang tinggi mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah
III Haba dibebaskan
IV zarah-zarah terbebas berubah menjadi gas
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan IV
Jawapan:

35. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan gula daripada air sirap ini?
Bab 5 Jirim
A Penurasan
B Penghabluran
C Penyulingan berperingkat
D Pendidihan
Jawapan:

36. Apakah proses yang terlibat dalam penghasilan garam daripada air laut?
Bab 5 Jirim
A Kondensasi air laut
B Penyejatan air laut
C Pemejalwapan air laut
D Peleburan air laut
Jawapan:

37. Titisan air didapati pada permukaan daun waktu pagi. Mengapa?
Bab 5 Jirim
A Wap air terbentuk kerana suhu persekitaran sejuk
B Titisan air keluar dari dalam daun
C udara terkondensasi pada permukaan daun yang lebih sejuk
Jawapan:

38. Rajah menunjukkan sejenis bahan diisi dalam tiga bekas berlainan. Apakah sifat jirim bahan itu?
Bab 5 Jirim
A Cecair mempunyai jisim
B Cecair memenuhi ruang
C Cecair tidak mempunyai bentuk tetap
D Cecair tidak boleh dimampatkan
Jawapan:

39. Rajah menunjukkan satu penyiasatan tentang sifat-sifat jirim. Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?
Bab 5 Jirim
A Pepejal mempunyai jisim
B Pepejal mempunyai isipadu tetap
C Bentuk pepejal adalah tetap
D Pepejal memenuhi ruang
Jawapan:

40. Ini membuktikan bahawa sifat gas ialah...
Bab 5 Jirim
A Memenuhi ruang
B Boleh dimampatkan
C Mempunyai jisim
D Mengambil bentuk bekas yang diisikan
Jawapan:

41. Nani mendapati, cermin matanya kelihatan kabur apabila keluar dari kereta ibunya pada setiap pagi. Kenapa ia berlaku?
A proses penyejatan berlaku pada cermin mata nani.
B proses kondensasi berlaku pada cermin mata nani.
C Proses peleburan berlaku pada cermin mata nani.
D Proses pengewapan berlaku pada cermin mata nani
Jawapan:

42. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan kecuali...
A Luas permukaan terdedah
B Suhu persekitaran
C Kekuatan angin
D Isipadu air hujan
Jawapan:

43. Dua proses yang terlibat dalam kejadian awan dan hujan ialah...
A Pendidihan dan kondensasi
B Penyejatan dan kondensasi
C Kondensasi dan peleburan
D Peleburan dan penyejatan
Jawapan:

44. Apakah itu kadar resapan?
Bab 5 Jirim
A Proses pergerakan sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan
B Proses pergerakan zarah-zarah jirim
C Proses pergerakan virus dalam komputer
D Proses yang menggunakan banyak kimia
Jawapan:

45. Seketul mentega diletakkan didalam kuali yang panas. Apakah proses yang berlaku?
A Kondensasi
B Peleburan
C Pencairan
D Pembekuan
Jawapan:

46. Antara berikut adalah cara kita menjaga sumber air daripada tercemar kecuali...
A Tidak membuang sampah ke dalam sungai
B Memastikan kilang dibina jauh dari sumber air
C Membiakkan baka ikan didalam sungai
D Membuat kebun sayur berhampiran sungai
Jawapan:

47. Ali meletakkan beberapa ketul ais di dalam gelas, selepas 10 minit didapati ais telah menjadi air dan terdapat titisan air pada dinding gelas. Proses yang terlibat ialah......
A Pendidihan dan Peleburan
B Peleburan dan Pemejalwapan
C Peleburan dan Kondensasi
D Kondensasi dan Pembekuan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。