1 2 3 4 5

Set 4 Latihan Kimia Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 4: Polimer

Klik untuk jawapannya

1. Pasangan monomer dan polimer yang manakah dipadankan dengan betul?
 Bab 4: Polimer
Jawapan:

2. Bahan yang manakah merupakan polimer semula jadi?
A Polietena
B Polistirena
C Poliisoprena
D Polineoprena
Jawapan:

3. Rajah tersebut menunjukkan proses pempolimeran.
Antara yang berikut, yang manakah bahan X dan Y?
 Bab 4: Polimer
A : Bahan X- Kanji ; Bahan Y- Glukosa
B : Bahan X- Asid amino ; Bahan Y- Asid lemak
C : Bahan X- Kloroetena ; Bahan Y- Polivinil klorida
D : Bahan X- Gliserol ; Bahan Y- Lemak
Jawapan:

4. Rajah tersebut menunjukkan formula struktur bagi dua jenis getah yang berbeza, X dan Y. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
 Bab 4: Polimer
A. Getah X lebih kenyal daripada getah Y
B. Getah X lebih mudah dioksidakan daripada getah Y
C. Getah X lebih tahan terhadap haba daripada getah Y
D. Getah X mempunyai takat lebur yang lebih tinggi daripada getah Y
Jawapan:

5. Getah merupakan bahan industri yang utama di Malaysia. Oleh itu, getah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara kita. Salah satu kegunaan getah ialah pembuatan tayar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Bahan yang digunakan untuk membuat tayar ialah getah tervulkan, iaitu getah asli yang ditambahkan dengan bahan X untuk menjadikannya lebih kuat disampin mengekalkan kekenyalannya. Apakah bahan X?
 Bab 4: Polimer
A. Karbon
B. Sulfur
C. Nitrogen
D. Hidrogen
Jawapan:

6. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar untuk menerangkan penggumpalan lateks?
A. Zarah-zarah getah bergabung yang menyebabkan penggumpalan lateks
B. Ion hidrogen daripada asid meneutralkan cas negatif pada membran protein
C. Ion hidroksida daripada larutan ammonia meneutralkan ion hidrogen daripada asid laktik
D. Tolakan antara zarah-zarah bercas negatif menghalang zarah-zarah getah daripada mendekati satu sama lain
Jawapan:

7. Getah tervulkan lebih elastik daripada getah tak tervulkan
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan perkara ini?
A. Daya tarikan antara molekul getah tervulkan lebih kuat
B. Jisim molekul relatif getah tervulkan lebih besar daripada getah tak tervulkan
C. Bilangan ikatan kovalen ganda dua dalam getah tervulkan lebih banyak daripada dalam getah tak tervulkan
D. Kehadiran rangkai silang sulfur menarik rantai polimer getah kembali kepada susunan asal
Jawapan:

8. Pasangan polimer dan kegunaanya yang manakah betul?
A. Perspkes - untuk membuat bekas plastik
B. Nilon - untuk membuat tali dan gentian sintetik
C. Polipropena - untuk membuat kaca keselamatan dan tingkap kapal terbang
D. Politena - sebagai kulit tiruan
Jawapan:

9. Rajah tersebut menunjukkan formula struktur bagi suatu sebatian. Apakah nama sebatian tersebut berdasarkan sistem penamaan IUPAC?
 Bab 4: Polimer
A. 3-metilbutena
B. 2-metilpentena
C. 3-metilbut-1,3-diena
D. 2-metilbut-1,3-diena
Jawapan:

10. Antara yang berikut, yang manakah digunakan untuk mensintesis polimer daripada monomer dengan dua kumpulan berfungsi reaktif?
A. Pempolimeran kondensasi
B. Pempolimeran penambahan
C. Pemvulkanan
Jawapan:

11. Antara berikut, yang manakah menghubungkan dengan betul polimer kepada jenis pempolimeran yang digunakan untuk membentuknya?
A. Poliester - pempolimeran kondensasi
B. Poliamida - pempolimeran penambahan
C. Selulosa - pempolimeran penambahan
D. PVC - pempolimeran kondensasi
Jawapan:

12. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pempolimeran penambahan tetapi bukan pempolimeran kondensasi
A. Banyak monomer bergabung untuk membentuk polimer
B. Benda hidup diperlukan untuk tindak balas sintesis
C. Dua jenis monomer digunakan
D. Hanya satu hasil terbentuk
Jawapan:

13. Ahmad ialah seorang penoreh getah. Dia mengumpulkan lateks daripada pokok getah dan membawanya ke kilang. Bagaimanapun, dia mendapati bahawa lateks tersebut telah menggumpal sebelum dia sampai di kilang. Apakah yang perlu Ahmad lakukan untuk menhalang lateks daripada menggumpal?
A. Tambahkan cuka ke dalam lateks
B. Tambahkan larutan ammonia ke dalam lateks
C. Tambahkan air ke dalam lateks untuk mencairkan
D. Tambahkan secawan garam biasa ke dalam lateks
Jawapan:

14. Antara yang berikut, yang manakah polimer sintetik?
A. Polivinil klorida
B. Getah
C. Protein
D. DNA
Jawapan:

15. Seorang pengilang perlu menghasilkan paip air yang tahan lama dan tidak mudah berkarat. Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai untuk menghasilkan paip air tersebut?
A. Perspeks
B. Terilena
C. Politena
D. Polivinil klorida
Jawapan:

16. Antara yang berikut, yang manakah getah sintetik?
A. Nilon
B. Tiokol
C. Terilena
D. Polietena
Jawapan:

17. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi menerangkan getah?
A. Getah asli kenyal tetapi getah sintetik tidak kenyal
B. Getah asli dan getah sintetik mengambil masa yang sangat lama untuk terurai
C. Getah asli ialah penebat haba manakala getah sintetik ialah pengalir haba
D. Getah asli senang dioksidakan manakala getah sintetik tahan kepada pengoksidaan
Jawapan:

18. Antara berikut, yang manakah tidak diperbuat daripada getah sintetik?
A. Gelang getah
B. Tapak kasut
C. Beg plastik
D. Sarung tangan
Jawapan:

19. Antara berikut, yang manakah boleh dilakukan untuk menangani isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan bahan getah?
A. Guna semula bahan buangan getah
B. Bakar bahan buangan getah
C. Tanam dalam tapak pelupusan
D. Tambahkan sulfur
Jawapan:

20. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri getah P.
-Tidak mudah teroksida
-Tahan haba
-Tidak mengalirkan arus elektrik
-Tidak bertindak balas dengan bahan api
Apakah getah P?
A. Neoprena
B. Getah nitril
C. Polivinil klorida
D. Getah stirena-butadiena
Jawapan:

21. Apakah bahan utama yang digunakan dalam pembuatan polimer sintetik?
A Gas asli
B Getah asli
C Hasil sulingan petroleum
D Glukosa dan asid amino
Jawapan:

22. Beg plastik diperbuat daripada polimer yang dipanggil polietena. Antara berikut, yang manakah sifat bagi beg plastik tersebut?
A Terbiodegradasikan
B Penebat haba yang baik
C Daya tahan haba yang rendah
D Kekuatan regangan yang tinggi
Jawapan:

23. Antara yang berikut, yang manakah polimer semula jadi?
A Nilon
B Selulosa
C Polietena
D Polistirena
Jawapan:

24. Apakah monomer bagi getah asli?
A Etena
B Glukosa
C Isoprena
D Asid amino
Jawapan:

25. Apakah tujuan menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks?
A Untuk mengawet lateks
B Untuk menggumpal lateks
C Untuk menambah baik kualiti lateks
D Untuk mencegah penggumpalan lateks
Jawapan:

26. Rajah menunjukkan susunan radas untuk membandingkan ciri-ciri getah tervulkan. Apabila pemberat dialihkan, getah tervulkan kembali ke panjang asal tetapi getah tidak tervulkan menjadi lebih panjang dari panjang asal. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
 Bab 4: Polimer
A Getah tervulkan lebih kuat dari getah tidak tervulkan
B Getah tervulkan lebih berat dari getah tidak tervulkan
C Getah tervulkan lebih kenyal dari getah tidak tervulkan
D Getah tervulkan lebih tahan pengoksidaan dari getah tidak tervulkan
Jawapan:

27. Rajah menunjukkan struktur bagi dua jenis getah X dan Y. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang getah, X dan Y?
 Bab 4: Polimer
l Getah Y lebih lembut daripada getah X
ll Getah Y lebih kenyal daripada getah X
lll Getah Y lebih mudah teroksida daripada getah X
lV Getah Y lebih tahan haba daripada getah X
A l dan ll
B l dan lll
C ll dan lV
D lll dan lV
Jawapan:

28. Jadual menunjukkan maklumat tentang proses penggumpalan lateks. Apakah susunan yang betul bagi proses penggumpalan lateks?
P- Membran protein dipecahkan
Q- Zarah getah berlanggar antara satu sama lain
R- Molekul getah bebas dan bergumpal
S- Ion hidrogen daripada asid meneutralkan cas negatif pada membran protein
A. P-> Q -> R -> S
B. R -> S -> Q -> P
C. Q -> S -> P -> R
D. S -> Q -> P -> R
Jawapan:

29. Antara yang berikut, yang manakah adalah ciri-ciri polimer sintetik yang menyebabkan pencemaran alam sekitar?
l - Tidak terbiodegradasi
ll - Larut dalam air dan meningkatkan pH air
lll - Pembakaran polimer membebaskan gas beracun
lV - Pembuangan polimer meningkatkan pertumbuhan alga berlebihan
A l dan ll
B l dan lll
C ll dan lV
D lll dan lV
Jawapan:

30. Rajah menunjukkan eksperimen dijalankan ke atas getah asli. Apakah fungsi sulfur dalam eksperimen ini?
 Bab 4: Polimer
A Untuk menggumpal lateks
B Untuk menghalang penggumpalan lateks
C Untuk meningkatkan kekerasan getah asli
D Untuk menjadikan getah asli kurang tahan terhadap bahan kimia
Jawapan:

31. Antara yang berikut, yang manakah dibuat daripada getah asli?
l - Tayar kapal terbang
ll - Pelapik dalam tangki
lll - Bahagian dalam tiub tayar
lV - Sarung getah tangan
A l dan ll
B l dan lll
C ll dan lV
D lll dan lV
Jawapan:

32. Ciri-ciri berikut diperlukan oleh seorang pengilang untuk menghasilkan satu set pinggan mangkuk yang baru.
* Keras
* Tahan haba, minyak dan asid
* Tidak mudah dinyahwarna
Antara plastik berikut, yang manakah sesuai untuk menghasilkan pinggan mangkuk tersebut?
A Bakelit
B Politena
C Melamina
D Polipropena
Jawapan:

33. Getah asli adalah polimer semula jadi yang dinamakan poliisoprena. Monomernya ialah isoprena. Antara yang berikut, yang manakah adalah isoprena?
A Buta-1,3-diena
B Penta-1,3-diena
C 2-metilbut-1,3-diena
D 2,3-dimetilbut-1,3-diena
Jawapan:

34. Antara yang berikut, yang manakah akan menggumpalkan lateks?
l - Kalium hidroksida
ll - Asid metanoik
lll - Ammonium hidroksida
lV - Mendedahkan lateks kepada udara selama 26 jam
A l dan ll
B l dan lll
C ll dan lV
D lll dan lV
Jawapan:

35.
 Bab 4: Polimer

Jawapan:

36. Rajah menunjukkan kegunaan polimer sintetik dalam kegunaan harian. Antara berikut, yang manakah polimer sintetik?
 Bab 4: Polimer
A Getah sintetik
B Plastik
C Gentian sintetik
D Kaca
Jawapan:

37. Antara berikut, yang manakah contoh polimer termoplastik?
A Bakelit
B Polietena
C Melamina
D Poliuretana
Jawapan:

38. Rajah menunjukkan wayar kuprum bagi kabel eletrik yang disalut dengan plastik.
Mengapakah plastik digunakan dalam kabel elektrik?
 Bab 4: Polimer
A Plastik mudah lebur
B Bertindak sebagai penebat
C Bertindak sebagai polimer
Jawapan:

39. Antara yang berikut, yang manakah polimer semula jadi?
A Kanji dan nilon
B Protein dan polivinil klorida(PVC)
C Protein dan nilon
D Kanji dan selulosa
Jawapan:

40. Antara berikut, polimer manakah yang disediakan melalui proses pempolimeran kondensasi?
A PVC
B Teflon
C Poliester
D Polistirena
Jawapan:

41. Antara berikut, pernyataan manakah yang tidak benar?
A Isoprena ialah monomer getah asli.
B Nilon merupakan salah satu contoh elastomer.
C Sutera buatan manusia terdiri daripada selulosa.
D Kanji dan selulosa ialah polimer glukosa.
Jawapan:

42. Antara berikut, polimer manakah yang digunakan untuk membuat bulu berus gigi?
A Poliester
B CPolitena
C Poliamida
D Polipropena
Jawapan:

43. Antara berikut, yang manakah bukan polimer termoset?
A Epoksi
B Silika
C Melamina
D Polistirena
Jawapan:

44. Lateks tergumpal apabila ditambah dengan cuka. Apakah peranan cuka dalam penggumpalan lateks?
A Cuka meneutralkan alkali dalam lateks.
B Cuka mengakis membran protein zarah getah.
C Penambahan cuka menyebabkan lateks berasid.
D Ion hidrogen, H+ daripada cuka meneutralkan cas pada membran protein zarah getah.
Jawapan:

45. Kumar mencelupkan sekeping getah ke dalam sebuah bikar yang mengandungi bahan X. Selepas beberapa minit, kepingan getah tersebut dikeluarkan dan dikeringkan. Kumar mendapati bahawa kepingan getah menjadi kenyal. Apakah bahan X?
A Etanol
B Asid etanoik
C Disulfur diklorida
D Tetraklorometana
Jawapan:

46. Penggunaan plastik boleh menyebabkan masalah pencemaran kerana
A plastik mudah terbakar.
B plastik dihasilkan daripada petroleum.
C plastik terurai menghasilkan bahan beracun.
D gas toksik dihasilkan sekiranya plastik dibakar.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。