Anand amat meminati pelbagai kerjaya yang berkaitan dengan hal-hal perkomputeran. Dia meminati seni reka bentuk grafik. Dia juga meminati hal-hal berkaitan dengan pembangunan sistem perisian dan juga pengaturcaraan. Ketiga-tiga bidang kerjaya ini amat diminatinya. Dia berbelah bahagi untuk membuat pilihan. Rakan-rakan Anand mencadangkan agar dia memilih kerjaya yang berkaitan dengan seni reka bentuk grafik. Ibu bapanya pula mencadangkan sesuatu yang lain, iaitu pegawai teknologi maklumat kerana prospek kerjaya yang luas, termasuk bekerja dalam sektor awam. Persoalannya, apakah bidang kerjaya yang patut dipilih oleh Anand dan apakah faktor yang menentukan pilihan kerjayanya itu?
(i)Dina dan adik-adiknya sedang berbual-bual tentang perancangan mereka ketika pulang ke
kampung pada cuti hujung tahun nant.
Dina: Seronoknya. Tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung.
Muzaffar: Sudah lama kita tidak pulang ke kampung. Berasa sungguh rindu akan
datuk dan nenek saya.
Muari: Berbuah lebat agaknya pokok rambutan di seberang sungai. Dapatlah
makan rambutan sambil berendam di dalam sungai.
Dina: Sungguh hebat imaginasi kamu. Kakak harap dapatlah kita berjumpa
dengan anak-anak Pak Long dan Mak Ngah.
Muzaffar: Mesti meriah jika dapat berkumpul sekeluarga. Sungguh sedap dan
menyelerakan masakan nenek. Gemuklah saya nanti jika tinggal sebulan di
sana.
Suasana hening malam dipecahkan dengan derai ketawa mereka.
Penularan coronavirus ini yang disebarkan melalui ‘manusia kepada manusia’ ini perlu
disekat dengan secepat mungkin melalui kaedah kuarantin. Pihak berkuasa perlu
mewajibkan setiap penduduk di kawasan itu sentiasa berada di rumah atau
kawasan yang dikategorikan selamat. Perkara ini bertepatan dengan arahan pihak
berkuasa China untuk memperluas sekatan perjalanan keluar ke atas Wuhan dan
tujuh lagi bandar sejak khamis lepas berikutan penularan coronavirus. Melihat
perkembangan semasa wabak tersebut semua rakyat di negara ini yang ingin
keluar negara dinasihatkan memberi keutamaan kepada kesihatan atau
menangguhkan perjalanan mereka.
(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Utama Kesihatan Elak Jangkitan’
oleh Prof Dr Azizi Ayob, Berita Harian 29 Januari 2020)
Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama
dalam kesejahteraan masyarakat. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan
harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan. Kita tidak
boleh bergantung kepada sistem dan kemudahan kesihatan semata-mata jika konsep
gaya hidup yang betul tidak diamalkan. Gaya hidup masa kini yang serba pantas
dan mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesithatan yang ketara.
Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat dengan
proses gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat’
Sinar Harian, 21 Febuari 2020
Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida dan gas rumah
tanaman akibat aktiviti manusia. Banyak faedah oleh hutan bandar ini. Hutan bandar yang
berkualiti dan stabil dalam ekosistem sangat bagus. Pokok bandar mengurangkan karbon
dioksida di atmosfera. Bidang perhutanan bandar perlu mencari pendekatan lebih kreatif.
Penggunaan palma dalam perhutanan bandar sangat cantik
Dipetik dan diubah suai daripada
Hutan Bandar
Oleh Ahmad Azaruddin Mohd. Noor dan Adnan Mohammad
Dewan Kosmik, Jun/2011
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti pola ayat bagi setiap ayat yang bergaris
sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + F'K),
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (F'N + FSN) atau Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA).
Kemudian, bina dua ayat daripada mana-mana dua pola ayat terse but.
Perkataan Koronavirus dan COVID-19 kini merupakan satu terma yang tidak asing lagi bagi
masyarakat Malaysia, malahan di seluruh dunia. Sejak mula dilaporkan pada Disember 2019,
sebanyak 3.4 juta kes melibatkan lebih 240,000 kematian telah dilaporkan di seluruh dunia. Di
Malaysia pula sebanyak 4,530 kes telah dilaporkan dengan jumlah kematian sebanyak 73
orang. Satu angka yang amat menakutkan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat. Bagi
memerangi virus COVID-19 ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang kini berlanjutan hingga fasa
ketiga sehingga 12 Mei 2020. Beberapa perkara yang diulas untuk memastikan rakyat Malaysia
>memahami isu-isu penting mengenai COVID-19 ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
Episod Hitam COVID-19 dan Koronavirus: Antara Fakta dan Mitos
Oleh Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar
03 Mei, 2020
Gelaran ‘Panglima Bahasa’ ini diberikan kepada Syed Nasir. Lantaran beliau dengan tegasnya
memberikan jaminan bahawa sanggup hidup dan mati bersama-sama pejuang bahasa. Hal ini
kerana, demi memperjuangkan dan mendaulatkan Bahasa Melayu dalam semua sektor. Pada bulan
Februari tahun 1956, beliau_dilantik menyandang jawatan Pegawai Pelajaran Persekutuan.
Seterusnya pada tahun 1957, Syed Nasir dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada masa tersebut, beliau menggantikan Professor Ungku Aziz. Selain itu, menurut buku Tun
Syed Nasir (1996), DBP lahir hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga yang
diadakan di Singapura dan Johor Bahru. Rentetan Kongres Bahasa dan Persuratan tersebut yang
seterusnya mengangkat Profesor Ungku Aziz yang bertugas di Universiti Malaya Singapura
sebagai pengarahnya yang pertama.
Dipetik dan diubah suai daripada Tun Syed Nasir,
“Panglima Bahasa Yang Gigih Berjuang” Usahawan!
Oleh Irwan Hidayat Pendidik, Bil 134/2019
Pelbagai langkah diambil untuk meningkatkan keupayaan personaliti bagi
menyediakan diri murid sebagai pemimpin masa hadapan. Dalam hal ini murid di
peringkat akar umbi perlu pengisian untuk membina ketahanan diri. Oleh itu pemimpin
murid dalam pelbagai bidang telah diasuh dengan tiga komponen utama iaitu sikap serta
jati diri, kemahiran dan ilmu kepimpinan. Sebagai persiapan membina dan melahirkan
pelapis pemimpin masa hadapan yang kental berwibawa dan memiliki ciri-ciri unggul, satu
usaha telah diyalankan oleh Majlis Guru Kaunseling Kemaman (MGKK). Baru-baru ini,
seramai 26 pemimpin murid dari beberapa sekolah yang terpilih telah mengikuti diskusi
bersama Johor Leaders Counsil (JSLC). Program julung-julung kali diadakan itu
mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dan Jabatan Pendidikan
Negeri Johor ( JPNJ ). Mereka diberi pendedahan dan pengisian ke arah membentuk jati
diri pemimpin di samping menjalin perkongsian pintar bersama Johor Student Leader
Counsil ( JSLC )
Dipetik dan diubah suai daripada Perkongsian Pintar Jelmakan Inovasi
Kepimpinan oleh Nurismas SN Pendidik, Bil 134/2019
Orientasi Pusat Sumber Sekolah merupakan siri lapan buah buku yang sesuai untuk sekolah rendah dan
menengah rendah. Pusat Sumber Sekolah di bawah Unit Kurikulum dipertanggungjawabkan kepada
guru yang dinamakan sebagai Guru Perpustakaan dan Media. Buku ini memperkenalkan murid dengan
kertas, kulit buku dan jaket buku. Nilai menyayangi buku terselit dalam buku ini. Selain itu, buku ini
memperkenalkan fiksyen kepada para pembaca, dan murid diajar membuat sinopsis beberapa buah
buku.
Dipetik dan diubah suai daripada: Orientasi Pusat Sumber Sekolah
Oleh: Soraya Nita binti Othman
Lagend Bookhouse & Distributor 2019
Semasa kami sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus,
seorang lelaki tua menghampiriku. “Black market, black market? Lelaki tua itu begitu
berani. Dia tidak berbisik-bisik seperti remaja tadi dan meletakkan sehelai jaket kulit
bewarna hitam di atas lengannya.
‘Eh, lawanya jaket itu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam.
Murah ke?” tanya Shahmeem berminat.
Jangan peduli.” kataku
(Dipetik daripada Cerpen “Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul” oleh Maskiah Haji Masrom dalam
antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pelajaran Malaysia
‘Jangan bimbang Allia, aku cuma menyediakan kau untuk bertemu Farisha kerana
ada banyak maklumat yang aku perlu masukan semalam,” dalih Dr. Maxi untuk
memudarkan curiga Allia.
"Aku dah kongsi banyak maklumat dengan dia pagi tadi. Mengapa esok aku perlu
bersama dengan dia lagi?” Alia masih tidak puas hati.
Allia mendengus perlahan. Dia berasa agak berang kerana tidak mendapat maklumat
sepenuhnya tentang rancangan Dr. Maxi.
Jangan bimbang Allia. Selepas 10 minit kau berada dalam bilik Farisha pagi esok,
kami akan berikan arahan seterusnya,” terang Agram pula.
Perbuatan membuli menerusi alam maya akan meninggalkan kesan kepada
mangsa apabila tekanan emosi berlaku semasa atau selepas menggunakan internet.
Internet dianggap kemudahan yang boleh menganggu perasaan mangsa. Situasi menjadi
lebih parah apabila mangsa kerap mengasingkan diri daripada mereka berinteraksi
dengan rakan dan ahli keluarga. Ada kes berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang
terjejas prestasi pelajaran mereka di sekolah berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Hal
ini berlaku apabila mangsa selalu memikirkan masalah yang dihadapi sehingga
mengabaikan pelajaran akan membimbangkan ibu bapa kerana konflik berlaku sesama
ahli keluarga walaupun berpunca daripada perkara yang remeh. Dari aspek yang lain
pula, mereka yang dibuli berhasrat untuk berhenti daripada menggunakan komputer atau
telefon bimbit. Situasi ini berlaku kerana mangsa buli siber berasa takut atau fobia
apabila hendak menggunakan kemudahan tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gejala Buli di manakah Kesudahannya’,
Oleh Amirah Abd. Rahman,
Dewan Siswa, Bil.03/2018.
Berdasarkan petikan di bawah bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan
kata tanya yang betul bagi frasa yang bergaris. Kata tanya yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
Coklat hitam juga dipanggil ‘dark chocolate’. Selain baik untuk kesihatan jantung,
coklat hitam mampu mengurangkan pembekuan kolesterol. Kajian menunjukkan
memakan coklat hitam mengikut kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu
boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara. Selain itu bagi wanita,
coklat hitam ini mampu menjadikan kulit bersiri dan mengekalkan awet muda kerana
mengandungi mineral serta vitamin A, C dan E, meningkatkan peredaran darah sehingga
ke otak dan merangsang ingatan. Anda tidak perlu bimbang kerana lemak yang terdapat
dalam coklat hitam ini tidak menggemukan. Ibu bapa disaran memperkenalkan coklat
hitam kepada anak dan mengajar mereka mengenai khasiat coklat hitam.
Bagaimanapun, majoriti kanak-kanak tidak gemarkan coklat hitam kerana rasa yang pahit
berbanding coklat yang dikomersialkan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Coklat hitam pilihan terbaik
Oleh Aida Adilah Mat
My Metro, 3 Januari 2020.
Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang penerokaan angkasa lepas apabila
melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama
dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak
menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan diri untuk
menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan
juruterbang. Kejayaan program ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus
maju dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Negara dapat menjalinkan kerjasama yang lebih
erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-
negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang
tersebut.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Meneroka
Angkasa Lepas” oleh Haslin Ghafur, Utusan
Malaysia, 26 Mei 2006)
Udara seyuk menyapa tubuhku di luar. Walaupun semua tingkap dan pintu masih belum
dibuka, hening pagi masih lagi dapat dirasai dalam kediaman kami sekeluarga. Cahaya mentar1
subuh sudah meninjau sedikit ke dalam ruang tamu. Patutlah ibu sudah bising, bisikku kepada
diri sendiri. Topi keledar dan kunci motosikal ayah sudah tiada di atas almari. Baju kerjanya
pun masih belum kulihat dari kelmarin. Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Hari pertama aku
di sekolah, ibu telah menghantarku bersama-sama kakak pada masa itu. Ayah tidak dapat
datang kerana rakan sekerjanya bercuti untuk menghantar anaknya ke asrama.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Surat untuk Kakak”
oleh Muhammad Zahir Mad Shah, Dewan Siswa,
Oktober 2017)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menerajui transformasi pertanian supaya
menjadi sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha
tanaman, ternakan dan perikanan. Kementerian sentiasa memberi galakan kepada
kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara moden dengan aplikasi
teknologi dan inovasi. Kerajaan telah memperuntukan RM43 juta kepada Industri Pertanian
4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi, seterusnya memacu
ekonomi negara melalui sektor agromakanan. Kerajaan turut menyediakan dana
bersesuaian bagi menyokong petani, nelayan dan penternak, terutama yang menceburi
bidang keusahawanan. Yang pasti, teknologi adalah strategi utama bagi mengurangkan
kebergantungan kepada buruh asing serta meningkatkan minat belia untuk menyertai sektor ini
sebagai usahawan. Semua pihak perlu melaksanakan transformasi bidang pertanian dan
industri makanan supaya sektor agromakanan menjadi lebih moden, dinamik dan
kompetitif.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 27 Mei 2020
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan tugas pencegahan dan
pemadaman kebakaran. Badan beruniform ini juga bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan undang-undang yang berkiatan dengan aspek keselamatan. Agensi
kerajaan dan swasta yang menjalankan kawad kebakaran sebenarnya turut dibantu
oleh pihak bomba. Kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan
dan bahaya kebakaran juga diadakan oleh mereka. JBPM bertanggungjawab untuk
memastikan sesebuah bangunan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Mereka memastikan
setiap bangunan dilengkapi sistem amaran dan alat pemadam api agar berfungsi dengan
baiknya. Kerja-kerja forensik kebombaan dijalankan pihak bomba untuk menyiasat
punca kebakaran dan seterusnya melaksanakan pendakwaan di mahkamah selepas
berlaku suatu kebakaran.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada www.bomba.gov.my
Apakah cara terbaik menjaga pemakanan seseorang supaya lebih selamat? Keselamatan
makanan terjamin dengan menggunakan bahan mentah segar serta dimasak dengan
sempurna. Pengambilan kuantiti_ makanan juga perlu dikawal dengan mengurangkan
makan yang tingi kandungan gula, lemak dan garam. Hal ini dikatakan demikian kerana
makanan bergaram menyebabkan penyakit darah tinggi. Makanan manis_ boleh
menyebabkan penyakit diabetes. Jangan mengambil makanan ringan dan makanan segera
terlalu. banyak. Makanan berlemak pun boleh menyebabkan obesiti. Wahai ibu
bapa, jagalah pemakanan anak-anak! Makanan seimbang penting untuk menjaga kesihatan
diri dan keluarga.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pilih Pemakanan Seimbang, Kekal Gaya Hidup Sihat’
Oleh Hamizah Badiran
Dewan Siswa, Bil. 2/2018
Kementerian Kesihatan mengingatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengamalkan cara
hidup sihat dan kekal aktif sepanjang musim Aidilfitri ini, sekali gus dapat menikmati
kemeriahan perayaan bersama-sama keluarga dengan sempurna. Datuk Dr.Noor Hisham
Abdullah turut menasihati orang ramai dengan memastikan persekitaran rumah bersih bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit
denggi,chikungunya,malaria dan lain-lain penyakit bawaan vector.Oleh itu,kita perlu
menyediakan juadah dengan mengutamakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan
yang menggunkan bahan mentah segar.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Amal Cara Hidup Sihat,
Jaga Kebersihan Rumah Elak Penyakit’, Berita Harian Online,Jun 2019)
Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan cadangan asal penubuhan Gagasan
Persekutuan Malaysia. Lanjutan daripada cadangan Tunku itu, satu Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan bagi mengadakan rundingan dengan pemimpin
wilayah yang terlibat. Satu persidangan telah diadakan untuk memberikan penjelasan tentang
gagasan Malaysia kepada pemimpin dan rakyat Borneo Utara dan Selatan. Rakyat Borneo Utara
dan Sarawak mengemukakan segala masalah dan syarat-syarat berkaitan hak perlindungan
berpelembagaan. Ahli Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan lawatan ke-35 buah tempat di
Borneo Utara dan Sarawak.
Dipetik dan diubah suai daripada
Malaya kepada Malaysia oleh Siti Khadijah Baharudin,
Dewan Siswa, Bil 6/2019
If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page
here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到
面书上 留言。
More Free Exercises:
Form 1 Exercises