1 2 3 4 5

Set 4 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Klik untuk jawapannya

Imbuhan

1 Adik __________ perlahan-perlahan air minuman itu dengan menggunakan straw.
A menyedutkan  C menyedut
B sedutan  D disedut
Jawapan:

2 Joanne _______ di dalam kelas kerana keletihan.
A menidurkan  C_tidur
B tertidur  D ditidurkan
Jawapan:

3 ___________ dadah itu telah berjaya diberkas oleh polis.
A Edaran  C Mengedar
B Pengedar  D Diedar
Jawapan:

4 Steven Kok ________ ibunya membeli-belah di Pasar Raya Tesco.
A peneman  C menemankan
B ditemankan  D menemani
Jawapan:

5 Prattap Singh sedang ____________ sebuah patung gajah daripada kayu.
A pengukir  C ukiran
B mengukir  D diukir
Jawapan:

6 Emak ___________ ikan sebelum menggorengnya.
A menyiangkan  C tersiang
B menyiang  D disiang
Jawapan:

7 Budak nakal itu telah ___________ batu ke arah sekawan kambing di tengah padang.
A balingan  C terbaling
B dibaling  D membaling
Jawapan:

8 Emak ___________ air di atas dapur gas.
A dijerang  C menjerang
B terjerang  D menjerangkan
Jawapan:

9 Datuk _________ pokok mangga itu dengan sebilah parang.
A mencantas  C tercantas
B pencantas  D dicantas
Jawapan:

10 Ayah Yazid menghidap penyakit paru-paru kerana kuat ____________ rokok.
A penghisap  C terhisap
B dihisap  D menghisap
Jawapan:

Tatabahasa


Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuali.

1. Tiada sesiapapun yang ____________ rumah pusaka itu sejak datuknya meninggal dunia.
A merapati   B mendekati
C mendiami   D menghampiri
Jawapan:

2. Kamal ____________ di sebalik rimbunan buluh untuk mengintip kegiatan penyeludupan beras itu.
A tersengguk-sengguk  B terhendap-hendap
C terkocoh-kocoh  D tergaruk-garuk
Jawapan:

3. Murid-murid Tingkatan Tiga Cerdas menggunakaan ____________ untuk menyelesaikan soalan Matematik ketika peperiksaan dijalankan.
A jejari   B sesiku
C kekunci   D dedekak
Jawapan:

4. Kami mengharungi Sungai Jelai yang ____________ pada musim kemarau untuk pergi ke perkampungan orang asli.
A deras  B dalam
C lembap  D cangkat
Jawapan:

5. Pertandingan memancing ikan yang sepatutnya diadakan pada hujung minggu ini ____________ kerana pihak penganjur gagal mencari penaja.
A dihapuskan  B dibatalkan
C dihentikan  D dilewatkan
Jawapan:

6. Farid bermati-matian menyatakan bahawa dia tidak ____________ langsung untuk menyakitkan hati ayah dan ibunya.
A terasa  B terkata
C teringat  D tergamak
Jawapan:

7. Peserta ekspedisi itu bertungkus-lumus membina rakit ____________ hari sudah senja.
A kerana  B lantaran
C walaupun  D sementara
Jawapan:

Soalan 8 — 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
8. Walaupun Cikgu Azura (A) berperwatakan lemah lembut, namun dia (B) mempunyai pendirian yang (C) tetap. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

9. Memorandum persefahaman (A) di antara pihak kerajaan (B) dengan syarikat tenusu yang terkenal (C) dari New Zealand itu telah ditandatangani semalam. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

10. Rahimi sedar benar (A) yang dia haruslah mengulang kaji pelajaran (B) dengan tekun (C) untuk berjaya dalam peperiksaan. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

11. Jam tangan yang (A) dihadiahi ibu kepada ayah sangat mahal (B) kerana dibeli di (C) luar negara. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

12. Jika tiada aral, Encik Gan (A) berhasrat untuk (B) memperbesarkan rumah ibunya sebelum dia (C) berhijrah ke bandar. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

13. Air mata (A) membasahi pipi ibu (B) tatkala mendengar berita (C) tentang kejayaan abang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

14. Wanita (A) yang berbaju kebaya dan berkain songket bersulamkan (B) dengan benang emas itu (C) ialah emak saudara saya. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

Soalan 15 — 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Mereka berjalan berpaut tangan semasa mengambil angin di tepi Pantai Santubong.
II Tangan Pak Melan berpaut pada kepingan papan perahunya yang karam itu.
III Ikatan persaudaraan antara kedua-dua orang beradik itu berpaut kembali selepas terpisah sejak kecil.
IV Perjuangan kemerdekaan itu berpaut kepada semangat nasionalisme yang kuat semasa menuntut kemerdekaan negara.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja  D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:

16 I Bukunya yang hilang itu telah dijumpai pagi semalam
II Makanan yang disajikan di atas meja telah hilang dimakannya.
III Luka di tangan Amin telah hilang setelah dibubuh ubat oleh ibunya.
IV Dia melambai-lambaikan tangannya hingggalah anaknya itu hilang dari pandangannya.
A I dan IV sahaja  B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja  D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:

17 I Mereka melewati beberapa buah pekan sebelum sampai di daerah pedalaman itu.
II Pada setiap bulan, kami sekeluarga akan melewati datuk dan nenek di kampung.
III Pekerja yang telah melewati usia empat puluhan dinasihati menjalani pemeriksaan doktor.
IV Setelah membaca bab awal novel itu, Jannah melewati bab-bab lain kerana ingin mengetahui kesudahan ceritanya.
A I dan IV sahaja  B II dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja  D I, III, dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 18 — 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D Jika tiada kesalahan.

18 Ibu menggoreng ayam kami untuk hidangan tengah hari.
A menggorengkan kami ayam   B menggoreng kami ayam
C menggorengkan ayam kami  D menggoreng ayam kami
Jawapan:

19 Salma menelefon ibunya untuk bertanyakan tentang khabar keluarganya di kampung.
A bertanya tentang perkhabaran  B bertanyakan khabar
C bertanya perkhabaran  D bertanyakan tentang khabar
Jawapan:

20 Semua murid bukan sahaja berdisiplin tetapi saling membantu antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti kemasyarakatan itu.
A juga saling bantu-membantu  B saling membantu-bantu
C juga saling membantu  D saling membantu
Jawapan:

21 Pihak urus setia pertandingan bola lisut terpaksa menangguhkan perlawanan antara dua pasukan itu selama satu suku jam kerana hujan turun dengan lebat sekali.
A kelamaannya suku jam satu  B selama satu jam suku
C lamanya jam satu suku  D selama satu suku jam
Jawapan:

Soalan 22 — 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebak.
22 Banyak graduan universiti di negara ini menganggur kerana tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.
A Banyak graduan universiti tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka akibat pengangguran di negara ini.
B Banyak pengangguran graduan universiti di negara ini kerana mereka tidak mendapat pekerjaan yang sesuai.
C Akibat tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan, banyak graduan universiti di negara ini menganggur.
D Negara ini banyak mempunyai graduan universiti yang berkelulusan tetapi tidak mendapat pekerjaan yang sesuai.
Jawapan:

23 Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri oleh dua puluh orang guru yang mewakili sekolah masing-masing.
A Dua puluh orang guru yang mewakili sekolah masing-masing menghadiri bengkel yang diadakan selama dua hari.
B Dua puluh orang guru diminta mewakili sekolah masing-masing untuk menghadiri bengkel dua hari.
C Dua puluh orang guru menghadiri bengkel di sekolah masing-masing selama dua hari.
D Dua puluh orang guru telah mengadakan bengkel dua hari di sekolah masing-masing.
Jawapan:

24 Murid yang bijak itu mengambil masa yang singkat untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya.
A Murid pintar itu mudah difahami oleh gurunya yang mengajar dalam tempoh masa yang singkat.
B Murid yang lemah itu mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya.
C Murid yang pintar itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya.
D Murid yang pandai itu mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya.
Jawapan:

Soalan 25 — 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Kanak-kanak yang sedang tendang bola itu adik saya.
II Rumah orang kaya itu kemasukan pencuri malam tadi.
III Majlis perasmian bangunan baharu itu akan beliau rasmikan esok.
IV Akan kuhadapi masalah ini dengan tabah.
A I dan II sahaja  B II dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja  D I, III, dan IV sahaja
Jawapan:

26 I Walaupun sakit, namun dia bersekolah juga hari ini.
II Dia tidak dapat datang bekerja kerana kurang sihat.
III Saya ingin mengetahui sama ada berita itu benar.
IV Daripada dibuang, lebih baik pakaian lama itu diberikan kepada orang memerlukannya.
A I dan II sahaja  B II dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja  D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:

27 I Pepohon di belakang sekolah itu tinggi-tinggi sungguh.
II Kumar sedang berbual-bual dengan Roslan di tepi padang.
III Lauk-pauk yang disajikan itu sungguh enak sekali rasanya
IV Pemain-pemain kedua-dua pasukan itu saling bersalaman selepas tamat perlawanan.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja  D II, III, dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 28 — 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28. Kebanyakan kerja yang dilakukannya separuh siap walaupun masa yang diberikan kepadanya lebih daripada mencukupi.
Perbuatan dalam situasi di atas dapat dikaitkan dengan peribahasa seperti...
A abu di atas tunggul.
B pahat dengan penukul.
C melepaskan batuk di tangga
D enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk.
Jawapan:

29 Daim agak pendiam orangnya. Walau bagaimanapun, banyak rakannya terkejut kerana mereka tidak menyangka bahawa dia telah diumumkan sebagai pelajar terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3
Situasi di atas menepati maksud peribahasa ...
A diam ubi berisi, diam besi berkarat
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C baik ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
D orang lain makan nangka,orang lain yang kena getahnya.
Jawapan:

30

Ukur baju di badan sendiri

Peribahasa di atas bermaksud ...
A melakukan sesuatu perbuatan hendaklah menggunakan kekuatan sendiri.
B menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
C melaksanakan tugas berdasarkan kemahuan sendiri.
D membuat sesuatu mengikut Kemampuan sendiri.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。