1 2 3 4 5

Set 3 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Klik untuk jawapannya

Kata Ganda

1 Gunakan _________ semasa menyeberang) jalan raya.
A sesiku
B jejari
C jejantas
D kekisi
Jawapan:

2 Para _______ hadir ke majlis perkahwinan abang Nizam.
A tetamu
B lelaki
C kekuda
D pepatung
Jawapan:

3 “Perkara ini haruslah difikirkan sebelum kamu bertindak,” kata Cikgu Lim.
A bulat-bulat
B masak-masak
C mentah-mentah
D benar-benar
Jawapan:

4 Pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya menjadi johan daerah selama tiga tahun ________.
A berikut-ikut
B berturut-turut
C bertukar-tukar
D berganti-ganti
Jawapan:

5 ________ di kelas Tahun 6 Mawar sedang menduduki peperiksaan.

A Murid-murid
B Pekerja-pekerja
C Siswa-siswa
D Kanak-kanak
Jawapan:

6 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami ________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
Jawapan:

7 _________ Khairul luka kerana terkena paku yang tajam.
A Sesiku
B Jejari
C Lelangit
D Gegendang
Jawapan:

8 Tiga orang pemuda yang ________ di kawasan bank itu disoal siasat oleh pihak polis.
A berpusing-pusing
B berputar-putar
C bermain-main
D berlegar-legar
Jawapan:

9 Kecederaan __________ telinga menyebabkan Pak Cik itu tidak jelas pendengaran.
A lelangit
B jejari
C gegendang
D sesiku
Jawapan:

10 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut
Jawapan:

Tatabahasa

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apabila ___________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu  B terngiang
C terimbas  D terkenang
Jawapan:

2 Ah Leong akan menyertai pertandingan ___________ sotong di Pulau Aman pada minggu hadapan.
A mencandat  B memukat
C memancing  D menyauk
Jawapan:

3 Baginda Sultan ___________ untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah itu.
A bersetuju  B berkenan
C bersedia  D bersiap
Jawapan:

4 Ibu membeli ___________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak  B selonggok
C seikat  D setangkai
Jawapan:

5 Suasana di rumah Puan Shanti __________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.
A riuh-rendah  B kucar-kacir
C kelam-kabut  D huru-hara
Jawapan:

6 Puan Mei Lin berasa ___________ akan nasib anaknya yang hilang sejak dua hari lepas.
A kecewa   B hairan
C keliru  D risau
Jawapan:

7 Para penonton yang hadir terhibur ____________ persembahan kumpulan nasyid itu.
A oleh  B dengan
C akan  D atas
Jawapan:

Soalan 8 — 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

8 (A) Majalah-majalah yang (B) bertimbun-timbun itu (C) kami baca. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

9 Umar (A) seorang ahli sukan yang sangat handal (B) sekali dalam acara (C) melempar cakera. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

10 Khalid gemar (A) mencampur aduk masalah (B) ditempat kerja (C) dengan masalah peribadinya. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

11 Setelah (A) sedar akan kesilapan mereka, Bee Yun dan Ganesh mengaku (B) salah lalu (C) saling memaaif. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

12 Pada masa (A) kini, ramai remaja (B) tergila-gila untuk (C) memiliki telefon bimbit kerana harganya yang murah. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

13 Pasukan sukarela itu akan (A) berlepas ke Gaza (B) demi untuk (C) membantu rakyat Palestin. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

14 (A) Akhirnya, Doktor Ammar kembali (B) juga ke tanah airnya setelah (C) bertahun berkhidmat di luar negara. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:


Soalan 15-17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Lalang di belakang rumah telah saya sabit.
II Chong akan dihukum penjara jika sabit kesalahan.
III Kakinya luka kerana terkena sabit yang tajam.
IV “Jangan sabit dia dalam pergaduhan antara kita,” kata Gopal.
A I dan II  B III dan IV
C I, II dan III  D II, III dan IV
Jawapan:

16 I Pak Hashim mencucuk tandan kelapa sawit yang telah masak di kebunnya.
II Perompak itu telah mencucuk mangsanya dengan sebilah pisau.
III Sikap Maniam yang suka mencucuk rakan-rakannya menyebabkan dia dipulau oleh mereka.
IV Siti Khadijah menggunakan lidi untuk mencucuk rojak jambu itu.
A I dan II  B III dan IV
C I, II dan III  D II, III dan IV
Jawapan:

17 I Bekas itu lompong apabila dibuka oleh Asrul.
II Dengan perasaan lompong peminta sedekah itu beredar dari pekarangan rumah orang kaya itu.
III Koceknya lompong kerana dia tidak berduit.
IV Pokok itu lompong kerana tidak disirami.
A I dan II  B III dan IV
C I, II dan III  D II, III dan IV
Jawapan:

Soalan 18 — 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Kuih-muih dan makanan yang dijual di Lugman Restoran sangat sedap.
A Luqman Restoran sedap sekali  B Restoran Luqman sangat sedap
C Restoran Luqman tersedap sekalli  D Luqman Restoran sangat sedap
Jawapan:

19 Dari pagi hingga ke petang kakak menanti adik di perhentian bas.
A Dari pagi hingga petang  B Daripada pagi hingga ke petang
C Daripada pagi ke petang  D Dari pagi hingga ke petang
Jawapan:

20 Bilik darjah yang kotor ini mesti disapu oleh kamu sebelum pembelajaran bermula.
A kamu mesti sapu  B mesti kamu sapu
C disapu oleh kamu mesti  D mesti disapu oleh kamu
Jawapan:

21 Rancangan Bersamamu berjaya mempertemukan dua beradik yang terpisah selama sepuluh tahun.
A menemui dua beradik  B mempertemu dua beradik
C menemukan dua beradik  D mempertemukan dua beradik
Jawapan:

Soalan 22 — 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Peperangan yang terjadi bukan sahaja memusnahkan kedaulatan dan maruah sesebuah negara, malahan jiwa mangsa juga tertekan.
A Kedaulatan dan maruah sesebuah negara bukan sahaja akan hancur, malahan jiwa rakyatnya tertekan akibat peperangan.
B Peperangan akan menjatuhkan maruah dan kedaulatan negara tersebut, selain jiwa mangsanya yang menderita.
C Faktor utama kejatuhan maruah dan kedaulatan serta penderitaan mental rakyat sesebuah negara ialah peperangan.
D Penderitaan jiwa serta kedaulatan dan maruah negara akan hancur akibat daripada peperangan yang berlaku dalam negara tersebut.
Jawapan:

23 Walaupun Puan Shakin bukanlah orang kaya, namun perbelanjaan pengajian anak-anaknya di universiti akan ditanggungnya sendiri.
A Puan Shakin akan menanggung sendiri perbelanjaan pengajian anak-anaknya sungguhpun dia bukan orang kaya.
B Puan Shakin dan anak-anaknya akan menanggung sendiri perbelanjaan pengajian mereka di universiti.
C Perbelanjaan pengajian anak-anak Puan Shakin di universiti akan ditanggungnya meskipun dia bukanlah orang kaya.
D Perbelanjaan pengajian anak-anak Puan Shakin di universiti akan ditanggung sendiri olehnya.
Jawapan:

24 Kebanjiran pendatang asing ke Malaysia telah menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat tempatan.
A Rakyat tempatan kurang menyenangi kebanjiran rakyat asing ke Malaysia.
B Rakyat tempatan membangkitkan sikap kurang senang dengan limpahan pendatang asing ke Malaysia.
C Limpahan pendatang asing ke Malaysia kita tidak disukai oleh rakyat tempatan.
D Pendatang asing kurang disenangi kebanjirannya berdasarkan reaksi rakyat tempatan.
Jawapan:

Soalan 25 — 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Pertandingan drama mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid.
II Permohonan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur telah diluluskan pengetua.
III Mereka membersihkan bilik membaca itu pada waktu malam.
IV Rosmadi menjadi ketua kepada pasukan bola sepak sekolahnya.
A I dan II  B III dan IV
C I, II dan III  D II, III dan IV
Jawapan:

26 I Banyak sisa buangan kilang didapati tersorok di dalam gudang lama tersebut.
II Cikgu Maya geram apabila melihat telatah pelajarnya yang mengada-ngada itu.
III Orang ramai berasa sedih dengan tragedi yang memilukan itu.
IV Ibu bapa perlu memainkan peranan penting terhadap kebajikan anak-anak.
A I dan II  B III dan IV
C I, II dan III  D II, III dan IV
Jawapan:

27 I Cikgu Veloo mengajarkan Bahasa Melayu sejak 20 tahun yang lalu.
II Farid belum biasa sampai ke Pulau Pinang.
III Para pelancong terpesona oleh keindahan Taman Laut Pulau Payar .
IV Hayati memberitahu bahawa dia ketakutan bila bersendirian di rumah.
A I dan II  B III dan IV
C I, Il dan Ill  D II, III dan IV
Jawapan:



Soalan 28 — 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
28 Walaupun Ah Meng seorang pendiam, namun prestasinya dalam pelajaran amat membanggakan.
Peribahasa yang sesuai untuk kenyataan di atas ialah
A sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
B sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
C kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang
D diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.
Jawapan:

29 Sikap merendah diri pengurus itu disenangi oleh pekerjanya dan beliau dihormati oleh mereka. Baginya,
A ikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi.
B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
C benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
D ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Jawapan:

30 Mak Cik Bedah sedih apabila mendengar berita kematian menantunya.
Keadaan ini dikatakan
A seperti cacing kepanasan.  B bagai dihiris dengan sembilu.
C seperti duduk dalam duri.  D sudah jatuh ditimpa tangga.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。