A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. " ____ amat bersyukur dikurniakan rakyat yang taat setia dan
negeri yang makmur," titah Sultan Mansur Syah.
A Patik
B Beta
C Hamba
D Tuanku
Jawapan:
2. Cikgu Rosidah akan bersara pada hujung tahun ini. ____________ telah berkhidmat
selama 30 tahun di sekolah ini.
A Mereka
B Dia
C Beliau
D Baginda
Jawapan:
3. Rosdah membeli sebuah kereta ______________ di Kuala Lumpur dengan
harga RM15,000.
A terlaris
B terbaru
C terbuang
D terpakai
Jawapan:
4. Pihak polis berasa ___________ akan keterangan yang diberikan oleh pemuda itu.
A sangsi
B gelisah
C khuatir
D gementar
Jawapan:
5. Pihak polis telah menjumpai se____________ pistol dan beberapa _________ peluru di
tempat kejadian.
A laras ...... buah
B pucuk ......butir
C buah ...... butir
D pucuk ...... bentuk
Jawapan:
6. Badrul memanjat pokok manggis itu sehingga ke puncaknya dan berasa _____________
apabila terpandang ke bawah.
A gerun
B gagah
C gusar
D gayat
Jawapan:
7. Daging itu sukar dikunyah kerana terlalu ___________
A bengkok
B keras
C liat
D tirus
Jawapan:
8. Seorang anggota bomba ___________ dipatuk ular sewaktu mencuba untuk
menangkap haiwan tersebut.
A rapat
B dekat
C jarang
D nyaris
Jawapan:
9. Kakak Hua Loon membawa adik-beradiknya
berjalan-jalan di laut.
A dasar
B hujung
C pinggir
D sebelah
Jawapan:
10. Ramai remaja hadir dalam __________ untuk mencari pengacara bagi sebuah
program televisyen.
A uji kaji
B uji bakat
C pandu uji
D ujian kecerdasan
Jawapan:
11. Perasaan baginda sultan ___________ kerana permaisuri baginda dalam keadaan
gering.
A haru-biru
B pucat lesi
C muram durja
D naik seri
Jawapan:
12. Pak Habib gembira kerana ________________ nya berjaya dalam pelajaran.
A anak-anak
B ibu-ibu
C jiran-jiran
D kawan-kawan
Jawapan:
13. Encik Nizam melarang Iqbal dan rakan-rakannya mandi di sungai itu kerana _________
airnya amat berbahaya.
A pusaran
B pulasan
C putaran
D pusingan
Jawapan:
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. Munirah dan Mary sedang menjalankan eksperimen di makmal sains.
A Eksperimen di makmal sains telah dijalankan oleh Munirah dan Mary.
B Eksperimen sedang dijalankan oleh Munirah dan Mary di makmal sains.
C Eksperimen akan dijalankan oleh Munirah dan Mary di makmal sains.
D Makmal sains mengadakan eksperimen dijalankan oleh Munirah dan Mary.
Jawapan:
Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15.
A Murid itu masih berdegil tetapi telah diberi armaran.
B Yen Ying tersimpan wang di bank
yang berdekatan.
C Encik Yusri menjumpai seutas jam
tangan di dalam lacinya sebentar tadi.
D Setengah orang tidak suka bergaul dengan jiran tetangga.
Jawapan:
Pilih ayat yang betul.
16.
A Cikgu Syide menyuruh murid-murid membuat latihan penulisan.
B Murid-murid mendengar taklimat dari Cikgu Syikin dengan tekun.
C Cikgu Tang memberitahu format baharu peperiksaan ialah sangat mudah,
D Murid-murid Tahun Enam mendengar taklimat pada Dewan Bakti Budi.
Jawapan:
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Program Sambutan Malam Gemilang Budaya STKC Ming Chih
Pada 21 Mac 2016 yang lalu, Kelab Kebudayaan SJKC Ming Chih telah mengadakan
program Sambutan Malam Kebudayaan. Sambutan itu diadakan di Dewan Utama SIKC Ming
Chih. Sambutan itu bermula dari pukul 8.00 malam dan berlangsung selama tiga jam. Tujuan
sambutan itu adalah untuk mendedahkan kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Program Sambutan Malam Kebudayaan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai
Pelajaran Daerah Bentong, iaitu Encik Ahmad bin Mudin, Menurut beliau, beliau amat
mementingkan masa kerana setiap saat yang terlepas tanpa melakukan sesuatu yang
berfaedah sangatlah merugikan.
Pada malam itu, terdapat banyak pengunjung datang untuk menyaksikan Program
Sambutan Malam Kebudayaan, Hal ini kerana program tersebut adalah julung-julung kali
diadakan di sekolah ini. Program Sambutan Malam Kebudayaan ini dibuat secara terbuka
dan tidak terhad kepada warga sekolah sahaja.
Program Sambutan Malam Kebudayaan membuka tirai dengan persembahan melibatkan
pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah tarian tradisional kaum Melayu,
tarian tradisional kaum Cina dan tarian tradisional kaum India. Program itu diakhiri dengan
jamuan ringan di kaytin.
17. Tujuan Sambutan Malam Kebudayaan adalah untuk _________
A melakukan sesuatu yang amat berfaedah.
B mengutip derma bagi rumah-rumah kebajikan.
C mendedahkan kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaurn.
D mengeratkan hubungan para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Jawapan:
18. Kata berfaedah yang terdapat dalam petikan bermaksud
A berseronok
B berbaik
C berbilang
D bermanfaat
Jawapan:
19. Program Sambutan Malam Kebudayaan berakhir pada pukul......
A 10.00 malam
B 10.30 malar
C 11.00 malam
D 11.30 malam
Jawapan:
20. Semua yang berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali
A Program Sambutan Malam Kebudayaan dimulakan dengan persembahan
tarian tradisional kaum India.
B Program Sambutan Malam Kebudayaan tersebut telah dirasmikan oleh
Encik Ahmad bin Mudin.
C Program Sambutan Malam Kebudayaan ini dibuat secara terbuka dan tidak
terhad kepada warga sekolah sahaja.
D Terdapat banyak pengunjung datang untuk menyaksikan Program
Sambutan Malam Kebudayaan.
Jawapan:
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
Jawapan:
Jawapan : Restoran makanan laut yang menjadi buah mulut orang ramai itu terletak di
Jalan Tun Perak, Bukit; Ringgi.
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemuclian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
"Zoey, kita akan pergi membeli kelengkapan persekolahan yang baharu untuk kamu dan
adik kamu. Bersiaplah sekarang," kata Puan Amanda.
"Eh, tidak mengapalah, ibu! Kelengkapan persekolahan saya yang lama masih elok lagi,
kata Zoey. Dia menunjukkan pakaian sekolahnya yang terlipat kemas serta alat tulis di dalam
bekas pensel. Puan Amanda melihat pensel yang sudah amat pendek, pembaris yang bengkok
dan hampir hilang nombor ukurannya serta pemadam yang hampir kehabisan. Kemudian, dia
melihat pula pakaian sekolah anknya yang terdapat kesan-kesan kotor yang tidak dapat
dihilangkan.
“Jangan risau. Ibu dan ayah bukanlah mahu membazirkan wang. Kebetulan, ibu can man
mendapat gaji bonus pada hujung tahun. Ibu dan ayah memang bercadang hendak membeli
kelengkapan persekolahan yang baharu untuk kamu berdua. Kalian akan lebih selesa belajar
jika kelengkapan persekolahan lengkap dan baharu," terang Puan Amanda. Dia tahu sikap Zoey
yang memang tidak pernah menyusahkan dirinya dan suami.
Mereka sekeluarga pun bertolak ke pusat beli-belah pada waktu petang. Mereka
membeli alat tulis, pakaian sekolah, seluar sukan, buku rujukan, buku latihan dan buku catatan.
Adik Zoey sangat seronok apabila mencuba pakaian sekolah yang baharu.
“Nah, ini beg sekolah baharu untuk kamu berdua!" kata Puan Amanda kepada Zoey dan
Zara. Encik James menyerahkan beg-beg sekolah yang baharu kepada anak-anaknya.
“Ini hadiah daripada ibu dan ayah kerana kamu berdua menjadi anak yang sangat baik,"
kata Encik James.
a. Puan Amanda dan keiuarganya bertolak ke pusat beli-belah untuk membeli
Jawapan:
b. Mengapakah Zoey tidak mahu membeli kelengkapan persekolahan yang baru ?
Jawapan:
c. Tuliskan salah atau betul pada pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
i. Mereka sekeluarga pergi merbeli-belah
pada waktu petang. Jawapan:
ii. Sikap Zoey selalu menyusahkan Puan Amanda
dan Encik James. Jawapan:
iii. Puan Amanda dan Encik James mendapat gaji
bonus pada hujung bulan. Jawapan:
iv. Kesan-kesan kotor pada pakaian sekolah lama
Zoey sukar dihilangkan. Jawapan:
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya,
Penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu seperti
tempat tinggal dan kawasan perindustrian adalah sangat penting. Hal ini kerana pasukan
bomba sukarela dapat mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia tiba.
Selain itu, objektif penubuhan pasukan bomba sukarela adalah untuk membantu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan khidmat nasihat
kepada masyarakat setempat terhadap bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan
kebakaran.
Pasukan bomba sukarela juga ditubuhkan untuk membantu Jabatan Bomba dan
Penyelamat dalam usaha untuk menjaga pili-pili bomba yang terdapat di kawasan masing-
masing. Pasukan bomba sukarela turut bertanggungjawab untuk mengeratkan koordinasi
dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain berkaitan dengan keselamatan
kebakaran.
Setiap ahli bomba sukarela juga diwajibkan untuk tenghadiri setiap latinan dan kursus
pentauliahan yang ditetapkan oleh pi hak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
a. Pasukan bomba sukarela perlu mengambil tindakan awal jika
Jawapan:
b. Perkataan penubuhan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
Jawapan:
c. Apakah tujuan pasukan bomba sukarela ditubuhkan ?
Jawapan:
d. Adakah pasukan bomba sukarela perlu dihormati ? Mengap
Jawapan:
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikuinya.
Sarapan pagi minum kopi,
Minum bersama orang tua ;
Manis bicara luhur pekerti,
Disukai teman disayangi semua.
Pak Mail menjual rebung,
Rebung muda tidak berduri:
Usali bersikap angkuh dan sombong,
Kelak teman mengundurkan diri.
Mak Melor sibuk menggubah,
Menagubah kalungan untuk sang puteri;
Andai teman ditimpa musibah,
Bantulah dia seikhlas hati,
Banyak orang di tepi kali,
Menunggu sampan hendak ke seberang;
Sifat dengki jangan sekali,
Apabila kejayaan diperoleh orang.
Ibu membuat pulut inti,
Untuk dijual di gerai Marisa;
Nilai hidup teman sejati,
Susah senang sama dirasa.
a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?
Jawapan:
b. Apakah yang harus kita lakukan apabila melihat kejayaan orang lain ?
Jawapan:
c. Tandakan (V) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyatean yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Minta ganjaran apabila menghulurkan bantuan. Jawapan:
Harus menghargai nilai seorang kawan. Jawapan:
Usah bersikap angkuh dan sombong,
Kelak teman mengundurkan diri.
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
Jawapan: