map



1 2

Set 1 Latihan Bahasa Melayu Darjah Lima Sekolah Rendah KSSR

Senarai Subjek Darjah 5

Klik untuk jawapannya

A. Pilih jawapan yang sesuai

1. Budak-budak lelaki itu ke _______ untuk bermain bola baling.
A. jalan
B. sungai
C. padang
D. gelanggang
Jawapan:

2. Aiman gembira melihat _____ nenek setelah sembuah daripada demam.
A. layanan
B. hantaran
C. bayaran
D. senyuman
Jawapan:

3. Kelihatan _________ dan Datin Cheng juga turut hadir pada majlis makan malam itu.
A. Tuan
B. Encik
C. Tan Sri
D. Datuk
Jawapan:

4. _________ itu membanting padi yang telah masak di tengah sawah.
A. Kerani
B. Nelayan
C. Peniaga
D. Petani
Jawapan:

5. Adik duduk di atas _______ datuk sambil menonton rancangan kartun.
A. kepala
B. riba
C. lengan
D. tubuh
Jawapan:


6. Muka adik masam mencuka kerana kakak datang ________ ketika mengambilnya dari sekolah.
A. lalu
B. lama
C. lewat
D. lampau
Jawapan:

7. "Segala perintah tuanku akan ____________ junjung," kata Bendahara Tun Perak.
A. saya
B. hamba
C. patik
D. kami
Jawapan:

8. Setibanya di rumah, abang pun ________ baju sekolahnya kerana cuaca sungguh panas.
A. melepaskan
B. menanggalkan
C. membebaskan
D. melucutkan
Jawapan:

9. Encik Wong sedang _________ ranting pokok mangga di halaman rumahnya.
A. menghiris
B. menebang
C. memangkas
D. menebas
Jawapan:

10. Pertandingan itu akan diadakan ________ pukul 9.00 pagi ________ pukul 12.00 tengah hari.
A. dari.....ke
B. daripada....hingga
C. dari....sampai
D. daripada...ke
Jawapan:

11. Cikgu Chan ___________ sebuah buku nota kepada anak muridnya yang mendapat 100 markah dalan ujian bulanan.
A. menjauhkan
B. melemparkan
C. melontarkan
D. menghadiahkan
Jawapan:

12. Encik Iskandar berasa __________ kerana perniagaan yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu semakin berkembang maju.
A. tulang belakang
B. tangan terbuka
C. gukung tikar
D. senang hati
Jawapan:

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13.
A. Rashid membeli tiga biji buku latihan.
B. Jun Kit membeli dua biji buah tembikai.
C. Beberapa biji rumah pangsa hangus dalam kebakaran itu.
D. Soon keat menyuap beberapa biji limau ke dalam mulutnya.
Jawapan:

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Ketua Kampung memaklumkan bahawa Program Ceria Kampung akan diadakan mulai bulan hadapan.
A. Kata ketua kampung, "Program Ceria Kampung hanya akan diadakan pada bulan hadapan."
B. Kata ketua kampung, "Program Ceria Kampung akan diadakan mulai bulan hadapan."
C. Kata ketua kampung, "Program Ceria Kampung tidak akan diadakan pada bulan hadapan."
D. Kata ketua kampung, "Program Ceria Kampung telah diadakan pada bulan lepas."
Jawapan:

Pilih ayat yang betul.

15.
A. "Karangan itu dia yang tulis," beritahu Balkis.
B. "Apa nama kucing kamu yang comel ini?" tanya Marina
C. Kerja-kerja itu telah kami siapkan sebelum pukul 7.00 malam
D. "Hanya mereka-mereka yang layak akan dipanggil," kata petugas.
Jawapan:

16. Pilih ayat yang betul.
A. Mak Cik Zainun bercadang untuk memperbesarkan dapur rumahnya.
B. Berbagai-bagai fesyen baju-baju dijual di pasar malam itu.
C. Anjing itu menyalak apabila melihat orang tidak dikenalinya.
D. Pak Cik Dolah makan keropok ikan bercicahkan cili sos.
Jawapan:

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini genap hari ketiga aku dan keluarga berada di kampung datuk dan nenek. Aku sangat gembira berada di sini. Tenang dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota batu yang aku ibaratkan seperti ikan dalam belat.

Pada hari ini, datuk telah berjanji untuk membawa aku dan keluarga ke kolam ternakan ikan air tawar miliknya. Kolam ikan itu terletak tidak jauh dari rumah datuk. Kami berjalan beriringan dengan datuk menuju ke sana. Gelak tawa dan senyuman kami tidak pernah lekang dari bibir. Tambahan pula apabila kami mendengar cerita daripada datuk. Gurauannya yang sering kali menyakat kami menggamatkan lagi suasana ketika itu.

Sebaik sampai di kolam, aku melihat beberapa orang pekerja datuk sedang menyauk ikan untuk dimasukkan ke dalam tong untuk dijual kepada pembekal. Para pekerja datuk segera datang ke arah kami lalu menghulurkan salam mereka sambil bertanya khabar.

Mereka sangat mesra dengan kami. Setiap kali menziarahi datuk di kampung, mereka pasti akan bermanis wajah dan bertegur sapa dengan kami. Kemudian datuk melihat persekitaran kolam ikan tersebut. Datuk menyauk beberapa ekor ikan patin, tilapia dan siakap sambil dibantu oleh ayah.

Ikan-ikan tersebut akan dibawa pulang ke rumah untuk dimasak oleh nenek dan ibu. Datuk turut mempelawa pekerjanya untuk makan tengah hari bersama kami. Aku kagum melihat datuk yang melayan pekerjanya dengan baik sekali. Kunjungan kami ke rumah datuk pada kali ini mengajar aku tertang pentingnya hubungan yang erat sesama insan.

17. Mengapakah 'aku menganggap keadaan di kota 'seperti ikan dalam belat?
A. Tenang
B. Aman
C. Sesak
D. Bahaya
Jawapan:

18. Sebelum bersalam dengan 'aku' dan leluarganya, pekerja datuk sedang_______
A. menyauk ikan
B. memberi ikan makan
C. mengangkat bakul ikan
D. membersih kolam ikan
Jawapan:

19. Apakah yang membuatkan 'aku' berasa kagum dengan datuknya?
A. Rajin bekerja
B. Memiliki banyak kolam ikan
C. Berdikari
D. Melayan pekerjanya dengan baik.
Jawapan:

20. Pilih pernyatan yang benar tentang petikan.
A. 'Aku' tinggal di luar negara
B. Mereka terpaksa berjalan jauh untuk ke kolam ikan datuk.
C. Ikan akan dimasukkan ke dalam tong untuk dijual kepada pembekal.
D. Ayah 'aku' menyauk beberapa ekor ikan patin, tilapia dan siakap sambil dibantu oleh datuk.
Jawapan:

21. Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat yang diberi

tatasusila    jelitawan    maharani    maharaja    dermawan    budiman

21a. Ahli perniagaan yang itu telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM 20 000 kepada pihak sekolah.

21b. yang memerintah negara Antah Berantah disayangi rakyat kerana adil dan saksama.

21c. Pak Hashim yang disayangi oleh penduduk kampung kerana sering membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.

21d. telah menitahkan dayang agar memetik bungabunga di taman untuk dijadikan hiasan.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
Answer:


Jawapan: Kakak ditegur oleh ibu kerana menyanyi di dapur.

23. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lepas, Asyraf dan keluarganya berkunjung ke Port Dickson. Mereka menginap di Hotel Seri Indah. Di hotel itu, Asyraf bertemu dengan sepupunya, Borhan.

"Mengapakah kamu berada di sini, Borhan? tanya Asyraf kepada sepupunya.
"Saya berada di sini kerana keluarga kita mengadakan perkelahan keluarga. Perkelahan keluarga merupakan suatu acara untuk semua anggota keluarga berkumpul. Bukan sahaja keluarga kita ada di sini, tetapi juga keluarga Dazrin dan Amir turut menjayakan aktiviti perkelahan ini," kata Borhan.

"Wah, seronoknya! Kalau begitu, kita boleh bina istana pasir bersama-sama nanti," kata Asyraf.

"Sudah tentu. Ibu bapa kita sudah merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk kita sepanjang percutian ini. Tidak sabar rasanya untuk melakukan semua aktiviti tersebut," kata Borhan.

ei "Saya berasa sangat gembira kerana perkelahan keluarga ini dapat mengumpulkan semua anggota keluarga kita sambil bercuti. Hubungan kekeluargaan" akan menjadi lebih erat," kata Asyraf.

a. Asyraf dan keluarganya berkunjung ke

b. Mengapakah sepupu Asyraf berada di Port Dickson?
Answer:


c. Jawap pernyataan di bawah dengan betul atau salah.
Asyraf bertemu dengan sepupunya di Hotel Seri Indah.
Selain keluarga Borhan, keluarga Dazrin dan keluarga Amir turut menjayakan aktiviti perkelahan keluarga itu.
Asyraf mengajak sepupu-sepupunya mandi kolam bersama-sama.
Asyraf dan sepupunya telah merancang pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang perkelahan keluarga itu.

24. Baca petikan surat tidak rasmi di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

No. 10, Taman Angkasa,
59200 Pantai Dalam,
Kuala Lumpur.
10 Januari 2017.

Menemui sahabatku, Nurin yang kini berada di Johor Bahru, Johor, semoga saudari berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya bercuti di Pulau Langlawi bersempena dengan cuti akhir tahun persekolahan bersama keluarga saya.

Dari Jeti Kuala Perlis, kami menaiki feri untuk ke sana. Perjalanan kami dengan dengan menaiki feri tidaklah mengambil masa yang lama iaitu hanya sekitar 45 minit. Sebaik-baik sahaja sampai, ayah telah menyewa sebuah kereta bagi memudahkan kami melawat ke tempat-tempat yang menarik di sana.

Menurut ayah, Pulau Langkawi turut dikenali sebagai Pulau Legenda. Banyak tempat yang telah kami lawati seperti Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting, Padang Matsirat, Dataran Helang dan sebagainya.

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudari. Nanti bolehlah saudari kongsikan pengalaman saudari bercuti bersama keluarga pula.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu, Mary

a. Perkataan coretkan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

b. Mengapakah penulis menulis suratini kepada sahabatnya?
Answer:


c. Apakah sebab ayah penulis menyewa kereta ketika berada di sana?
Answer:


d. Adakah anda akan melawat Pulau Langkawi sekiranya berpeluang? Mengapa?
Answer:


25. Baca syair di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Suatu hari yang tenang,
Bapa saudara datang bertandang,
Membawa anaknya yang lima orang,
Hatiku ceria bertambah girang

Bapa saudaraku Pak Cik Hisham,
Abang ayahku dari Kuantan,
Bekerja sebagai jurulatih sukan,
Selalu sibuk tiada kelapangan.

Cuti panjang bijak dimanfaatkan,
Melawat kami yang tinggal berjauhan,
Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan,
Kasih sayang dapat disuburkan.

Berbual mesra dengan sepupu,
Sekian lama tidak bertemu,
Pelbagai cerita mengusik kalbu,
Aku tertawa tanpa jemu.

Ibu menghidangkan makanan istimewa,
Lauk-pauk enak dari Utara,
Buat tatapan seisi keluarga,
Kami makan dengan berselera.

a. Apakah maksud rangkap ketiga syair di atas?
Answer:


b. Mengapakah penyair berasa ceria?
Answer:


c. Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah berdasarkan syair tersebut.
Ibu penyair menghidangkan masakan dari Utara.
Bapa penyair bekerja sebagai jurulatih sukan.

Pelbagai cerita mengusik kalbu,
Aku tertawa tanpa jemu.

e. Terangkan maksud baris-baris syair di atas.
Answer:




Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。

More Free Exercises(更多免费小学练习题):

Primary Standard 1 Exercises (一年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 2 Exercises (二年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 3 Exercises (三年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 4 Exercises (四年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 5 Exercises (五年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习

Primary Standard 6 Exercises (六年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习