map



Set 4 Latihan Bahasa Melayu Darjah Enam Sekolah Rendah KSSR

Senarai Subjek Darjah 6

Klik untuk jawapannya

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. “Masa mewarna akan tamat sebentar lagi. _________ diminta menghabiskan hasil mewarna masing-masing,” kata pihak penganjur kepada semua peserta.
A Kita
B Kami
C Kalian
D Mereka
Jawapan:


2. ___________ anggota kadet bomba diingatkan supaya mematuhi arahan ketua platun mereka.
A Setiap
B Segala
C Pelbagai
D Setengah
Jawapan:


Mi itu telah ____________ kerana terlalu lama dimasukkan ke dalam sup ayam.
A tebal
B kecut
C besar
D kembang
Jawapan:

4 Puan Hamidah sudah lebih sepuluh tahun ___________ produk makanan kampungnya.
A diusahakan
B perusahaan
C keusahawanan
D mengusahakan
Jawapan:


5 Pengacara majlis memulakan majlis itu dengan beberapa _________ pantun. A ayat
B baris
C patah
D rangkap
Jawapan:

6 Tindakan______________sepatutnya telah diambil untuk mengelakkan tanah itu runtuh dengan lebih teruk.
A lama
B awal
C segera
D lampau
Jawapan:

7. Azmir seorang murid yang pintar ______________, dia telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan menulis karangan Bahasa Melayu.
A Selain itu
B Meskipun
C Lantaran itu
D Namun begitu
Jawapan:

8 Air yang bertakung di dalam alas pasu bunga itu terdapat banyak ______________
A gula-gula
B anak-anak
C jentik-jentik
D labah-labah
Jawapan:

Pilih peribahasa yang sesuai.
9 “Usahlah kita ____________. Marilah kita cari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini,” kata penghulu kepada penduduk kampung.
A buah fikiran
B ringan tulang
C bertikam lidah
D panjang tangan
Jawapan:

10 Sikap Ramu _______________kerana dia hanya akan membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai isi dengan kuku
B bagai murai tercabut ekor
C bagai anjing dengan kucing
D bagai pahat dengan penukul
Jawapan:

11 Keluarga Anin sebenarnya berasal daripada keluarga orang senang-senang.
Pilih perkataan sinonim bagi senang-senang.
A kaya-kaya
B lebih-lebih
C kurang-kurang
D mudah-mudah
Jawapan:

Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.
12 Banyak daun-daun kering bertaburan di halaman rumah nenek.
A tergabung
B terkumpul
C tersepah
D terjatuh
Jawapan:

Pilih ayat tanya yang paling sesuiai bagi jawapan yang diberikan.
13 Pergaduhan itu berlaku kerana masing-masing saling mengejak.
A Apakah yang sedang berlaku?
B Di manakah pergaduhan itu berlaku?
C Apakah punea pergaduhan itu berlaku?
D Siapakah yang memulakan pergaduhan itu?
Jawapan:


14 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pak Cik Abu langkah awal dari tidur sétiap hari.
II Pemuda itu berjalan dengan langkah yang cepat.
III Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya.
IV Pokok kelapa yang sedang membesar itu langkah tinggi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

15 Pilih ayat yang betul.
A Keropok yang dibuat dari udang itu sedap.
B Cebisan kertas itu dibuangnya dalam bakul sampah.
C Oleh kerana hari hujan, lawanan hoki itu ditangguhkan.
D Para pelancong tertarik akan kehalusan songket buatan Malaysia itu.
Jawapan:


Soalan 16 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ashny segera mencari kain putih, benang sulam dan alatan menjahit di tempat jahitan ibunya.

“Kalau aku membuat sapu tangan ini, nenek*boleh menggunakannya untuk menyapu air mata,” kata Ashny dalam hati.

Nenek mudah menangis kerana dia sudah tua. Ashny»selalu melihat neneknya menyapu air mata dengan sapu tangan yang buruk sahaja. Akhirnya, Ashny terjumpa schelai kain putih, baki membuat baju rayanya.

“Mengapakah malam-malam begini kamu sibuk membuat sapu tangan’?” ibu bertanya.

“Saya hendak menghadiahkan sapu tangan ini kepada nenek esok. Hadiah hari lahir daripada saya. Nenek boleh sapu air mata. Bolehkah ibu?” tanya Ashny kepada ibunya.

Ibu hanya tersenyumemendengar penjelasanvAshny. Kemudian, ibu menghampiri Ashny. Ibu mengambil sapu tanganitu dan melihatnya. Ibu tersenyum gembira.

“Cantik. Siapkan sapu tangan ini. Selepas itu, kamu seterika elok-elok dan bungkus cantik-cantik dengan kertas pembalut. Esok, kamu berikan hadiah ini kepada nenek. Nenek tentu suka menerima hadiah yang cantik daripada cucunya,” puji ibu.

Hati Ashny senang. Dia mengikut cadangan ibunya. Apabila semua sudah siap, barulah dia mengemaskan pakaian dan keperluan lain untuk digunakan di kampung nanti. Sebelum tidur, dia membayangkan cara dia memberikan hadiah itu kepada neneknya. Nenek tentu suka hati dan akan memeluknya kuat-kuat. Setelah itu, dia pun tertidur dengan lenanya.


16 Apakah maksud perkataan penjelasan dalam petikan?
A penelitian
B penerangan
C pemakluman
D pemberitahuan
Jawapan:

17. Apakah yang hendak dilakukan oleh Ashny dengan kain putih?
A Belajar menjahit
B Mengesat air matanya
C Membuat sapu tangan
D Menolong ibunya menjahit
Jawapan:

18 Apakah perasaan ibu apabila mengetahui bahawa Ashny ingin menghadiahkan sehelai sapu tangan kepada nenek?
A Pilu
B Riang
C Marah
D Kecewa
Jawapan:

19 Ashny ingin menghadiahkan sapu tangan itu kepada nenek sempena
A hari lahir neneknya.
B hadiah pulang ke kampung.
C kepulangan pada hari raya.
D hari ulang tahun perkahwinan neneknya.
Jawapan:

20 Semua pernyataan di bawah adalah salah kecuali
A Ashny cucu yang penyayang.
B Ashny tidak mendengar nasihat ibunya.
C nenek Ashny menerima hadiah dengan gembira.
D Ashny dipeluk oleh nenek apabila dia sampai di kampung.
Jawapan:

Soalan 23
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pergi ke Langkap mencari rezeki,
Angin bertiup sejuk terasa;
Kikiskan sikap dengki,
Agar hidup aman sentosa.

Beli gulai di Kuala Kedah,
Enak dirasa ikan gelama;
Jangan dinilai paras yang indah,
Budi bahasa paling utama.

Pergi ke pekan beli jeruk,
Cantik berseri pelbagai warna;
Usah amalkan sikap buruk,
Kelak sendiri akan dihina.


(a) Apakah maksud rangkap pertama pantun?
Jawapan:


(b) Bagaimanakah caranya kita memilih kawan?
Jawapan:


(c) Perkataan dengki dalam pantun membawa maksud _____________.
Jawapan:

(d)

Usah amalkan sikap buruk,
Kelak sendiri akan dihina.

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
Jawapan:



Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keluarga Encik Zamli dan Puan Farzana ialah keluarga yang berjaya. Ketiga-tiga orang anak mereka merupakan lulusan dalam bidang reka bentuk dan seni bina. Anak keempat mereka pula belajar di Universiti Sydney, Australia dalam bidang kejuruteraan. Iman, anak bongsu mereka masih belajar dalam tahun enam.

Ibu Iman merupakan arkitek yang terkenal di Malaysia. Iman dan abang-abangnya menjadikan sikap gigih ibu bapa mereka sebagai sumber inspirasi untuk berjaya. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi insan yang berjaya seperti ibu bapa mereka.

Bagi Iman, sebagai anak bongsu dalam keluarga, dia mempunyai tanggungjawab yang berat. Dia perlu cemerlang dalam akademik» Hal ini disebabkan masyarakat memandang tinggi terhadap keluarganya. Oleh sebabyitu, Iman berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.


(a) Perkataan bongsu dalam petikan membawa maksud :
Jawapan:

(b) Iman mempunyai berapa orang ahli keluarga?
Jawapan:


(c) Mengapakah Iman dan abang-abangnya belajar dengan bersungguh-sungguh?
Jawapan:


(d) Pada pendapat kamu, adakah Iman akan cemerlang seperti ahli-ahli keluarganya?
Mengapa?
Jawapan:


Soalan 25
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kampung Tiak telah dilanda banjir. Air sungai melimpah sehingga tebing sungai. Banjir ini berlaku kerana hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu.

Banjir telah memusnahkan harta benda penduduk -kampung. Tanaman musnah dan haiwan ternakan pula mati. Semua penduduk Kampung Tiak diarahkan berpindah ke tempat yang selamat. Pasukan keselamatan seperti polis dan tentera membantu memindahkan penduduk kampung.

Mangsa-mangsa.banjir ditempatkan di Dewan Rakyat Kampung Tiak. Sementara menunggu air surut, badan sukarela, iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah memberi bantuan makanan dan keperluan lain.

Pihak kerajaan telah mengumumkan peruntukan untuk membantu mangsa banjir. Pihak kerajaan akan mengambil langkah«imtuk membaiki sistem saliran yang merupakan punca utama berlakunya banjir. Pihak kerajaan juga menyeru penduduk kampung agar sentiasa mencintai alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata sehingga menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir dengan deras.


(a) Kampung manakah yang telah dilanda banjir?
Jawapan:



(b) Apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah banjir?
Jawapan:


Klik untuk jawapannya



If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。

More Free Exercises(更多免费小学练习题):

Primary Standard 1 Exercises (一年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 2 Exercises (二年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 3 Exercises (三年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 4 Exercises (四年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 5 Exercises (五年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习

Primary Standard 6 Exercises (六年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习