map



Set 2 Latihan Bahasa Melayu Darjah Enam Sekolah Rendah KSSR

Senarai Subjek Darjah 6

Klik untuk jawapannya

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Johan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kerana _____ rajin mengulang kaji pelajaran.
A. anda
B. beliau
C. dia
D. saya
Jawapan:

2. Sultan Nazrin Shah seorang sultan yang berhati mulia. Semua rakyat sayang akan _______.
A. beliau
B. -nya
C. beta
D. baginda
Jawapan:


3. Sukri makan dengan ______ supaya tidak tercekik.
A. tertib
B. gelojoh
C. bagus
D. cepat
Jawapan:

4. Siva tidak terjawab soalan itu kerana terlalu ____.
A. senang
B. sukar
C. ringan
D. seronok
Jawapan:

5. Puan Hana ____ timun itu nipis-nipis
A. memotong
B. menyiang
C. menghiris
D. meraut
Jawapan:

6. Pak Abu menebar se_______ jala ke dalam laut.
A. helai
B. tongkol
C. tangkai
D. rawan
Jawapan:

7. _______ itu tidak bersikap sombong walaupun kaya-raya.
A. Hartawan
B. Seniman
C. Wartawan
D. Mahasiswa
Jawapan:

8. "________ ambilkan album itu, Ruben. Saya mahu melihat gambar keluarga kamu. _____ kamu tidak keberatan," kata Wai Kit kepada Ruben.
A. Jemput...Tokong
B. Sila...Minta
C. Minta....Sila
D. Tolong...Harap
Jawapan:

9. Sikap Soon Lin yang ______ itu menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan.
A. ringan tulang
B. Abu Jahal
C. kutu embun
D. kaki bangku
Jawapan:

10. Suasana di dalam perpustakaan senyap kerana murid-murid tekun membaca buku. Perkataan sinonim bagi senyap ialah
A. riuh
B. sunyi
C. tenang
D. bising
Jawapan:

11. Polis_______ beberapa das tembakan ke arah penjenayah itu.
A. melepaskan
B. berlepas
C. melepasi
D. pelepasan
Jawapan:

12. Kuih ini diperbuat _______ tepung.
A. dari
B. daripada
C. kepada
D. untuk
Jawapan:

13. Aminah akan mewakili sekolahnya dalam pertandingan kuiz._____ dia sering ke perpustakaan untuk membuat rujukan.
A. Oleh yang demikian
B. Di samping itu
C. Selain itu
D. Namun
Jawapan:

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

14. Majlis itu diadakan sempena manyambut kepulangan abang dari luar negara.
A. Bilakah majlis itu diadakan?
B. Siapakah yang mengadakan majlis itu?
C. Mengapakah majlis itu diadakan?
D. Di manakah majlis itu diadakan?
Jawapan:

Pilih ayat yang betul.

15.
I Pak Abu mempunyai segulung sawah.
II Salina berat hati untuk menjadi seorang peguam
III Lee Xian membaca buku sementara menunggu kawannya datang.
IV Puan Lim menjerang air untuk membancuh kopi
A. I dan III
B. I dan II
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

16.
I Johan telah balik ke kampung untuk menziarahi datuk dan neneknya pada minggu hadapan.
II Semua murid sudah pergi ke padang kecuali Ai Ling.
III Jemputlah makan, jangan malu-malu.
IV Keempat anak Encik Halim berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan:

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ketupat ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. Selepas itu, ketupat akan direbus di dalam periuk.
Ketupat amat terkenal di Malaysia, Indonesia, dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.
Jenis-jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan

17. Ketupat amat terkenal di tempat-tempat berikut kecuali
A. Malaysia
B. Indonesia
C. beberapa buah negara Asia Tenggara
D. Amerika Syarikat
Jawapan:

18. Jenis-jenis ketupat bergantung kepada
A. cara memasak
B.jenis bahan dan daun
C. negara asal
D. jenis hidangan
Jawapan:

Aktiviti sukan bukan sahaja dapat dijadikan hobi malah dapat menjadi kerjaya seseorang. Terdapat ramai individu yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan contohnya Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Datuk Nicol David dalam sukan skuasy dan Safee Sali dalam sukan bola sepak.

Sukan merupakan aktiviti yang melibatkan pelbagai jenis permainan misalnya bola jaring, sepak takraw dan hoki. Melalui aktiviti sukan, murid-murid dapat mencungkil bakat dan mengembang potensi masing-masing dalam bidang sukan.

Selain itu, murid-murid dapat mempelajari teknik bersukan yang betul.

19. Aktiviti sukan bukan sahaja dapat dijadikan hobi dalam petikan bermaksud
A. Selain sebagai hobi, aktiviti sukan juga dapat menjadi kerjaya seseorang.
B. Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan
C. Ramai murid menjadikan sukan sebagai hobi mereka
D. Sukan merupakan hobi yang sangat penting kepada murid-murid.
Jawapan:

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A. Selain sebagai hobi, aktiviti sukan juga dapat menjadi kerjaya seseorang.
B. Melalui aktiviti sukan, murid-murid dapat mencungkil bakat dan mengembang potensi masing-masing dalam bidang sukan
C. Ramai individu telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan
D. Safee Sali cemerlang dalam sukan badminton
Jawapan:

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat.

21. Ayah menggantung gambar ______ dinding ruang tamu.
A. dengan
B. semenjak
C. pada
D. dari
Jawapan:

22. Perabot-perabot yang dijual di kedai itu diperbuat ______ kayu yang berkualiti.
A. tentang
B. untuk
C. bagi
D. daripada
Jawapan:

23. Hilmi menjadi pendiam _______ dia gagal dalam peperiksaan
A. bagi
B. dari
C. semenjak
D. daripada
Jawapan:

24. Murid-murid mendengar penerangan Cikgu Jamilah _____ teliti.
A. pada
B. dengan
C. untuk
D. dari
Jawapan:

Tulis betul atau salah bagi penggunaan penjodoh bilangan yang bergaris dalam ayat.

25. Abang makan dua buku roti sebagai alas perut. Jawapan:

26. Ayah menghadiahi ibu seuntai rantai mutiara. Jawapan:

27. Ibu membeli lima tongkol jagung untuk memasak sup. Jawapan:

Tulis kata kerja yang dalam ayat yang diberi.

28. Puan Sofia menganyam tikar mengkuang di beranda rumah. Jawapan:

29. Encik Fauzi mengecat dinding rumah supaya rumahnya kelihatan lebih ceria. Jawapan:

30. Arissa memetik beberapa kuntum bunga mawar. Jawapan:

31. Ibu menyiang ikan dengan pisau yang tajam Jawapan:

Pilih jawapan yang paling sesuai

32. Karen amat disayangi oleh guru-guru di sekolahnya kerana dia seorang murid yang __________.
A. ringan tulang
B. panjang tangan Jawapan:

33. Cikgu Mary tidak dapat membaca tulisan Raihan yang ________.
A. kacang hantu
B. cakar ayam Jawapan:

34. Kami sekeluarga suka makan buah-buahan sebagai _________ selepas makan.
A. buah mulut
B. pencuci mulut Jawapan:

Baca poster di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


map

35. Kursus kesihatan mental tersebut diadakan sebanyak _____ hari
Answer:

36. Nyatakan dua aktiviti yang diadakan dari pagi hingga petang pada hari pertama.
i.
ii.

37. Apakah faedah yang akan diperoleh oleh peserta-peserta yang menyertai program tersebut?
Answer:

Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

map

38. Pada pendapat Amir adakah benar murid ponteng sekolah disebabkan tekanan?
Answer:

39. Berikan dua masalah disiplin yang kerap dilakukan oleh murid akibat tekanan.
i.
ii.



Klik untuk jawapannya



If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。

More Free Exercises(更多免费小学练习题):

Primary Standard 1 Exercises (一年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 2 Exercises (二年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 3 Exercises (三年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 4 Exercises (四年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 5 Exercises (五年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习

Primary Standard 6 Exercises (六年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习