A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Cikgu Minah: Saya berharap _________ dapat hadir petang ini.
Murid-murid: Baiklah, cikgu. Kami berjanji akan datang.
A) kita B) kami C) kamu D) kalian
Jawapan
2. Sultan Badrul Zaman jatuh gering. _________ sedang dirawat oleh tabib diraja.
A) Baginda B) Beliau C)Tuanku D) Dia
Jawapan
4. Tian Ming tidak dapat menunggang basikal di taman rekreasi pada petang itu kerana
___________ tayar basikalnya telah patah.
A) kekisi B) jejari C) kekuda D) tetulang
Jawapan
S. Jangan bercakap ________ semasa berada di perpustakaan.
A) laju-laju B) kuat-kuat C) diam-diam D) lembut-lembut
Jawapan
6. Li Keat terpaksa menuntun basikalnya yang telah _______ kerana tiada angin akibat
terkena paku.
A) leper B) nipis C) kempis D) runcing
Jawapan
7. Semua murid menumpukan perhatian _________ ucapan guru besar semasa perhimpunan itu.
A) dengan B) terhadap C) pada D) tentang
Jawapan
8. Hafiz sedang ________ kamus untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahaminya.
A) merujuk B) meneliti C) Membaca D) melihat
Jawapan
9. Norina disuruh berdiri di ________ Julia ketika bergambar kerana dia lebih tinggi.
A) atas B) belakang C) tengah D) hadapan
Jawapan
10. Novel yang baru sahaja dilancarkan itu merupakan hasil kerja seorang ___________ yang
terkenal di Malaysia,
A) wartawan B) bangsawan C) karyawan D) angkasawan
Jawapan
11. Puan Ani menasihati anaknya belajar bersungguh sungguh kerana tiada __________
untuk berjaya.
A) jalan keluar B) jalan pintas C) jalan keluar D) jalan tengah
Jawapan
12. Murid murid perlu banyak membaca pelbagai bahan bacaan agar tidak menjadi
seperti ______________.
A) kera sumbang B) kera mendapat bunga
C) kerbau dicucuk hidung D) katak di bawah tempurung
Jawapan
13. Pihak pengurusan hotel itu telah menjelaskan perkara sebenar kepada
pihak wartawan. Pilih perkataan sinonim bagi menjelaskan.
A) menerangkan B) meriwayatkan
C) mendedahkan D) menggambarkan
Jawapan
14. Adik terjatuh ketika berjalan di atas lantai bilik air yang licin itu.
Pilih perkataan antonim bagi licin.
A) kesat B) tajam C) ketat D) lapang
Jawapan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
15. Kanak kanak yang menggunakan alat permainan di taman rekreasi perlu berhati-hati
semasa bermain.
A) Kanak-kanak perlulah berwaspada semasa bermain di taman rekreasi.
B) Semasa bermain di taman rekreasi perlulah berhati-hati apabila menggunakan
alat permainan.
C) Ketika bermain alat permainan di taman rekreasi, kanak-kanak harus berhati-hati.
D) Kanak-kanak begitu berhati hati semasa bermain alat permainan di taman rekreasi.
Jawapan
Pilih ayat yang betul.
16. A) Semua para guru sedang bermesyuarat divbilik guru.
B) Kita hendaklah rajin bersenam supaya tubuh badan sihat dan cergas.
C) Kita haruslah mengurangkan ambilan makanan yang berminyak.
D) Pengguna jalan raya dinasihatkan agar memakai ves pemantul cahaya ketika
memandu motosikal.
Jawapan
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Setiap manusia mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Namun, gaya hidup moden pada
masa ini telah menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang. Oleh itu, pelbagai
usaha perlu diambil untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sebagai ibu bapa, kita hendaklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.
Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka perlu memanfaatkan hujung minggu untuk bersama sama
dengan anak anak. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak anak pergi berkelah,
menonton wayang, beriadah dan sebagainya. Melalui cara ini, anak anak akan berasa lebih
bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama sama dengan ibu bapa mereka.
Selain itu, setiap anggota keluarga mestilah saling memahami perasaan antara satu
dengan yang lain. Setiap anggota keluarga perlu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dengan cara yang betul. Dengan ini, kita dapat mengelakkan daripada berlakunya
perselisihan faham antara anggota keluarga.
Kesimpulannya, kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama antara
anggota keluarga. Hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengeratkan silaturahim sesama
anggota keluarga.
17. Gaya hidup moden pada masa ini menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin
A)rapat. B) keruh. C)mesra. D) renggang.
Jawapan
18. Mengapakah setiap anggota keluarga perlu saling memahami antara satu dengan
yang lain?
A) untuk mendapatkan perhatian B) supaya dapat meluahkan perasaan
C) untuk mengelakkan perselisihan faham D) untuk memupuk kasih sayang
Jawapan
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A) Aktiviti berkelah bersama sama dengan keluarga dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
B) Hanya ibu bapa yang perlu memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia.
C) Kita hanya perlu meluangkan masa bersama sama dengan keluarga pada hujung minggu.
D) Kita perlu merahsiakan masalah yang kita hadapi daripada ibu bapa.
Jawapan
20. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah?
A) membawa anak anak pergi berkelah
B) merahsiakan masalah yang dihadapi daripada anggota keluarga yang lain
C) melakukan aktiviti yang.disukai seorang diri
D) berbincang tentang masalah yang dihadapi
Jawapan
21b) Tulis betul atau salah bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.
i. Fiza masih diingatkan rumah lamanya walaupun sudah hampir
setahun berpindah ke rumah baharu.
Jawapan
ii. Pihak polis memerhatikan gerak-geri penjenayah yang dikehendaki
itu sebelum membuat tangkapan.
Jawapan
iii. Kita hendaklah mengamalkan pengambilan makanan yang
seimbang untuk menjaga kesihatan.
Jawapan
iv. Pokok bunga di rumah Munah kelesuan kerana tidak disiram beberapa hari.
Jawapan
a) Pilih simpulan bahasa yang sesuai dan tulis pada ruangan yang disediakan.
i) Adik Li Meng sudah pandai membaca walaupun baru berusia tiga tahun.
A celik huruf
B mulut murai
C jejak langkah
D langkah kanan
E buta huruf
Jawapan
ii) Adik Wei Xin juga bercita-cita untuk menjadi doktor seperti ayahnya.
A celik huruf
B mulut murai
C jejak langkah
D langkah kanan
E buta huruf
Jawapan
b) Tulis ayat aktif yang sesuai berdasarkan ayat pasif yang diberikan.
Ayat aktif:
Ayat pasif: Baju itu sedang dijahit oleh Nenek Embun di ruang tamu.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Cik Aira baru sahaja mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Dia bekerja di sebuah
syarikat swasta. Dia berasa sangat gembira.
Selepas beberapa minggu, Cik Aira didatangi oleh seorang pegawai bank. Dia
telah ditawarkan untuk membuat kad kredit oleh pegawai bank tersebut.
Mulai hari itu, Cik Aira bebas berbelanja. Dia sangat gembira kerana dapat
membeli barang barang yang mahal dan berjenama di pasar raya yang terkenal.
Pada hujung bulan, Cik Aira pergi ke bank untuk memeriksa wang gajinya. Dia
terkejut kerana hampir semua wang gajinya telah ditolak untuk membayar hutang kad
kredit. Dia berasa susah hati kerana baki gajinya tidak mencukupi untuk dikirim kepada
ibu bapanya di kampung. Dia terpaksa meminjam wang daripada kawan kawannya.
Sejak hari itu, Cik Aira mulai insaf. Dia tidak lagi berbelanja sesuka hati dengan
menggunakan kad kredit. Dia bernasib baik keranasdapat bertindak awal.
a. Berdasarkan petikan, perkataan gembira seerti dengan ____________ .
Jawapan
b. Di manakah Cik Aira mendapat pekerjaan?
Jawapan
c. Mengapakah Cik Aira berasa gembira ketika berbelanja di pasar raya?
Jawapan
d. Adakah kamu bersetuju sekiranya kad kredit ditawarkan kepada pengguna yang baru
mendapat pekerjaan? Mengapa?
Jawapan