1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 6 Latihan Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 6: Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

Klik untuk jawapannya

1. Apakah faktor utama yang membawa kepada cabaran dalaman seperti yang dihadapi oleh Malaysia sejurus selepas pembentukannya?
A Sistem pentadbiran
B Kemunduran ekonomi
C Latar belakang penduduk
D Konsep penggabungan
Jawapan:

2. Apakah sumbangan hasil bumi berikut terhadap ekonomi Persekutuan Malaysia?
* Lada hitam
* Tembakau
* Kayu balak
A Pertanian moden
B Kepelbagaian ekonomi
C Strategi perdagangan
D Peningkatan eksport negara
Jawapan:

3. Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil hutan dan sumber alam.
Mengapakah kekayaan tersebut tidak dapat dimanfaatkan?
A Rakyat tiada pengetahuan
B Kekurangan kemudahan awam
C Penduduk mengamalkan ekonomi sara diri
D Kemajuan ekonomi Sarawak dan Sabah terpinggir
Jawapan:

4. Apakah peluang kegiatan ekonomi baharu yang dibuka kepada penduduk tempatan selepas pembentukan Malaysia?
A Hasil laut
B Petroleum
C Sagu
D Getah
Jawapan:

5. Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah tidak mendapat peluang pendidikan yang secukupnya?
A Lokasi sekolah
B Ketiadaan sekolah Melayu
C Pendidikan tidak diutamakan
D Kerajaan tidak membina sekolah
Jawapan:

6. Apakah cabaran yang disebabkan oleh saiz Sarawak dan Sabah yang besar kepada kerajaan Malaysia?
A Proses pemantauan
B Kekurangan penduduk
C Kepelbagaian kegiatan ekonomi
D Sistem pengangkutan dan perhubungan
Jawapan:

7. Pada bulan Jun 1966, satu krisis perlembagaan telah berlaku di Sarawak.
Apakah punca krisis tersebut?
A Isu kepimpinan
B Perpaduan kaum
C Masalah ekonomi
D Ancaman komunis
Jawapan:

8. Apakah faktor penghalang kepada usaha kerajaan Malaysia memupuk integrasi nasional?
I Ancaman komunis
II Perpaduan kaum
III Jarak antara negeri
IV Pengaruh kuasa asing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

9. Konsep berikut diperjuangkan oleh People's Action Party (PAP).
"Malaysian Malaysia"
Mengapakah konsep tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Malaysia?
A Membawa misi baharu
B Menggugat kestabilan
C Mengancam sistem demokrasi
D Mempertikaikan peranan Raja Melayu
Jawapan:

10. Menurut Tunku Abdul Rahman, pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Mengapakah Tunku berpendapat sedemikian?
A Memusuhi Singapura
B Memerdekakan Singapura
C Mengelakkan rusuhan kaum
D Menghalang kemajuan Singapura
Jawapan:

11. Apakah bentuk ancaman yang dilakukan oleh pengganas komunis di Sarawak?
I Sabotaj
II Gerakan politik
III Serangan bersenjata
IV Gerakan bawah tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

12. Lokasi berikut telah menjadi sasaran komunis di Sarawak.
5 Ogos 1952 - Batu Kitang, Kuching
Mengapakah penglibatan komunis tersebut membimbangkan pihak berkuasa?
A Serangan ke atas orang awam
B Penglibatan dalam gerakan politik
C Campur tangan dalam pentadbiran
D Pertempuran dengan angkatan bersenjata
Jawapan:

13. Mengapakah kerajaan melancarkan Perang Saraf di Sarawak?
A Meraih sokongan rakyat
B Memajukan ekonomi Sarawak
C Menghadapi ancaman komunis
D Meningkatkan taraf hidup rakyat
Jawapan:

14. Maklumat berikut berkaitan dengan operasi yang dijalankan oleh Angkatan Keselamatan di Sarawak.
Bahagian Pertama - Operasi Hammer
Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui operasi tersebut?
A Latihan ketenteraan
B Membuka tanah hutan
C Membanteras komunis
D Pengawalan sempadan
Jawapan:

15. Mengapakah Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membatalkan sekatan keselamatan di kawasan Operasi Hammer di Kuching - Serian pada 5 Mac 1980?
A Ancaman komunis berakhir
B Kegagalan Operasi Hammer
C Pelaksanaan Operasi Sri Aman
D Penubuhan RASCOM
Jawapan:

16. Antara berikut, apakah ancaman keselamatan yang dihadapi di Semenanjung Malaysia?
I Penyusupan komunis
II Peningkatan gejala sosial
III Pengeboman Tugu Negara
IV Pembunuhan Anggota Keselamatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

17. Mengapakah pembunuhan berikut mengancam keselamatan dan kestabilan Malaysia?
Tan Sri Abdul Rahman Hasim - Kuala Lumpur
Tan Sri Khoo Chong Kong - Ipoh
A Pengisytiharan perang
B Menggugat perpaduan kaum
C Pembunuhan pegawai kanan polis
D Menjejaskan program pembangunan
Jawapan:

18. Senarai berikut berkaitan dengan langkah melindungi rakyat dan orang awam.
* Strategi Counterinsurgency (COIN)
* Perjanjian Kerjasama Sempadan
Apakah tujuan dilaksanakan langkah tersebut?
A Mengawal kadar inflasi
B Mengatasi rusuhan kaum
C Menghadapi ancaman komunis
D Menentang pencerobohan kuasa luar
Jawapan:

19. Antara berikut, apakah isu pembangunan ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan berikutan pembentukan Malaysia?
I Kekurangan hasil bumi
II Kemerosotan pelaburan asing
III Kejatuhan harga bahan mentah
IV Kurang pelaksanaan pertanian komersil
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

20. Senarai berikut berkaitan dengan langkah kerajaan selepas pembentukan Malaysia.
* Melancarkan program pembangunan
* Membuka kawasan baharu
* Mendapatkan bantuan Bank Dunia
Apakah matlamat yang hendak dicapai?
A Menjamin keselamatan
B Mengeratkan perpaduan
C Meningkatkan taraf hidup
D Mempelbagaikan sumber ekonomi
Jawapan:

21. Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi masalah peningkatan pengangguran?
I Meminta bantuan negara jiran
II Meluaskan peluang pekerjaan
III Menubuh pusat latihan vokasional
IV Menyekat kadar kelahiran penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

22. Apakah faktor-faktor yang dapat menjamin kejayaan program pembangunan dan ekonomi kerajaan?
I Kekayaan hasil bumi
II Bantuan kuasa asing
III Kerjasama ahli masyarakat
IV Keamanan dan kestabilan negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

23. Apakah yang dapat dikaitkan dengan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
A Kemunduran ekonomi
B Kegawatan ekonomi
C Keputusan pilihan raya umum
D Kegagalan dasar pembangunan
Jawapan:

24. Pada 16 Mei 1969, Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan perintah darurat ke seluruh negara.
Mengapakah darurat diisytiharkan?
A membanteras ancaman komunis
B Menangani masalah rusuhan kaum
C Membatalkan keputusan pilihan raya
D Memberi kuasa pentadbiran kepada MAGERAN
Jawapan:

25. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?
A Menghentikan pilihan raya
B Menjalin kerjasama dengan negara jiran
C Membentuk Majlis Gerakan Negara
D Mendapatkan perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jawapan:

26. Berikutan Peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan memastikan langkah berikut diambil.
* Mengembalikan keamanan dan undang-undang
* Menguatkuasa Akta Hasutan
* Menentukan pentadbiran negara jalan lancar
Siapakah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan langkah tersebut?
A Majlis Gerakan Negara
B Yang di-Pertuan Agong
C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
D Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Jawapan:

27. Apakah masalah antara kaum yang perlu diselesaikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)?
I Perpaduan
II Kadar kelahiran
III Ketaatan kepada negara
IV Ketidakseimbangan ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

28. Sultan Idris Iskandar Shah II, Sultan perak, telah memainkan peranan dalam usaha memulihkan keadaan negara selepas Peristiwa 13 Mei1969.
Apakah peranan baginda?
A Mengetuai pentadbiran negara
B Mengisytiharkan perintah darurat
C Menubuhkan Majlis Gerakan Negara
D Menasihati rakyat agar menjaga keamanan
Jawapan:

29. Pemimpin masyarakat dan politk negeri Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Muhibah dalam usaha membantu negara mengekalkan keamanan.
Apakah tindakan jawatankuasa tersebut?
A Mengawal sempadan negeri
B Menganggotai Majlis Gerakan Negara
C Membuat rayuan agar rakyat bertenang
D Menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Jawapan:

30. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan bagi membina perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita?
A Penyeliaan polis
B Pemerintahan militan
C Pengharaman pilihan raya
D Pengamalan Rukun Negara
Jawapan:

31. Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?
A A Kepelbagaian adat resam
B Pembangunan luar bandar
C Ketidakseimbangan pembangunan
D pertumbuhan pasti politik
Jawapan:

32. Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik.
Apakah kesan sekiranya kerajaan gagal mengatasinya?
A Menggugat perpaduan kaum
B Menjejaskan pendapatan rakyat
C Meningkatkan kadar kemiskinan
D Menjejaskan pertumbuhan sosial
Jawapan:

33. Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966.
Apakah tindakan kerajaan mengatasi krisis tersebut?
A Meminda perlembagaan
B Memberi khidmat nasihat
C Mengadakan pilihan raya
D Mengisytiharkan darurat
Jawapan:

34. Apakah tuntuan Lee Kuan Yew dalam kempen "Malaysian Malaysia"?
A Pembatalan institusi beraja
B Pengenalan sistem republik
C Persamaan hak antara kaum
D Perubahan bentuk pentadbiran
Jawapan:

35. Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada tahun 21 Julai 1964.
Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut?
A Ketidakseimbangan dalam sosioekonomi
B Perbuatan provokatif dalam berkempen
C Krisis perebutan kuasa pentadbiran
D Usaha menuntut persamaan hak
Jawapan:

36. Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia?
I Penambahan kadar cukai
II Pengecualian kadar faedah
III Pembinaan pelabuhan bebas
IV Pembukaan pasaran bersama
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

37. Pemisahan Singapura daripada Malaysia telah berlaku pada tahun 1965.
Apakah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua negara tersebut?
A Desakan
B Rundingan
C Manipulasi
D Peperangan
Jawapan:

38. Apakah bentuk ancaman komunis di Sarawak?
A Gerakan sulit
B Gerakan gerila
C Gerakan politik
D Gerakan tentera
Jawapan:

39. Apakah persamaan antara kedua-dua kaedah berikut?
* Operasi Hammer
* Rancangan Briggs
A Mengadakan lawatan
B Memenangi hati rakyat
C Memberi pengampunan
D Menyerang secara gerila
Jawapan:

40. Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan ekonomi negara.
Apakah isu tersebut?
A Serangan wabak penyakit
B Kadar kemiskinan bertambah
C Kekurangan kemudahan asas
D Pendapatan penduduk rendah
Jawapan:

41. Apakah faktor yang menyumbang kepada cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia?
A sistem pentadbiran
B konsep Persekutuan
C kemunduran ekonomi
D pelbagai latar belakang penduduk
Jawapan:

42. Mengapakah kekayaan hasil bumi Sarawak dan Sabah tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya?
A tiada kemudahan awam
B kemajuan ekonomi terpinggir
C pengamalan ekonomi sara diri
D rakyat kurang berpengetahuan
Jawapan:

43. Bagaimanakah saiz Sarawak dan Sabah yang besar menjadi satu cabaran kepada kerajaan Malaysia?
A sukar memantau
B kekurangan penduduk
C kepelbagaian kegiatan ekonomi
D memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan
Jawapan:

44. Langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi cabaran pembangunan dan sosioekonomi negara selepas pembentukan Malaysia KECUALI
A mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit dan koko
B memperkenalkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia
C membina sekolah dan melatih guru untuk memberikan pendidikan kepada penduduk
D mengisytiharkan darurat di Sarawak bagi menggantikan Ketua Menteri Sarawak
Jawapan:

45. Berikut merupakan langkah kerajaan menghadapi cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak KECUALI
A Membuka peluang pekerjaan dalam kegiatan ekonomi berkaitan petroleum
B Menyusun bidang pekerjaan
C Mempelbagaikan pertanian komersil
D Menggalakkan industri berat
Jawapan:

46. Mengapakah konsep Malaysian Malaysia bakal menggugat kestabilan negara?
A konsep baharu
B mengancam demokrasi
C mempertikaikan peranan Raja Melayu
D menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Jawapan:

47. Antara berikut, yang manakah bentuk ancaman yang dilakukan oleh pengganas komunis di Sarawak?
I propaganda
II serangan bersenjata
III menentang gagasan Malaysia
IV pembunuhan beramai-ramai
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

48. Maklumat berikut berkaitan dengan perang saraf di Sarawak.
- Perhimpunan awam
- Program pengampunan
- X
Apakah X?
A pembangunan infrastruktur
B pembubaran Council Negri
C perjanjian Kerjasama Sempadan
D memperkasa angkatan bersenjata
Jawapan:

49. Antara berikut, yang manakah ancaman keselamatan yang dihadapi di Semenanjung Malaysia?
I penyusupan komunis
II peningkatan gejala sosial
III pengeboman Tugu Negara
IV pembunuhan anggota keselamatan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

50. Mengapakah tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969?
A masyarakat jahil
B perpaduan kaum lemah
C rakyat tidak berpendidikan
D kelemahan pucuk pimpinan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。