1 2

Set 1 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Klik untuk jawapannya


Bahagian: Soalan Morfologi
Praktis 1
Lihat rajah infografik di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am konkrit dan dua kata kerja transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
map

kata nama am konkrit:



kata kerja transitif:



Praktis 2
Lihat lirik lagu di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am abstrak dan dua kata nafi. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Namun Ku Punya Hati,

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun kupunya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begin
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak kuminta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan kurayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua

Sumber: Lirik lagu


kata nama am abstrak:



kata nafi:



Praktis 3
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata kerja transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Ruang balai perlepasan sesak dan padat dengan manusia. Pelbagai aksi dapat ditonton. Ada yang berlari-lari anak menggalas beg sandang besar, ada yang lenggang kangkung menolak troli yang sarat dengan beg dan cenderamata. Zarith berdiri di tengah-tengah lautan manusia, betul-betul menghadap skrin yang memaparkan jadual penerbangan. Beg sandang yang berwarna kelabu jenama Karrimor, dirasakan berat benar, seperti mahu patah bahunya.

Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen daripada Siswa “Balai Perlepasan”
oleh Syeeda Koppeli. Dewan Siswa, Oktober 2016


kata adjektif:



kata kerja transitif:



Praktis 4
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menembahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Budaya bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur. Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memahukan hidup yang berkualiti. Tubuh badan yang sihat menambahkan produktiviti diri, keluarga, dan negara yang dicintai. Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai

Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Hari Sukan Negara’
oleh Farah Alia Suraya Azman,
Dewan Siswa, Bil. 09/2016


kata kerja tak transitif:



Praktis 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Secara umumnya, bukan sedikit muncul pemimpin muda di dunia sejak belakangan ini. Pemimpin tidak muncul dalam sekelip mata. Sifat itu perlu disemai sejak awal lagi. Bak kata nenek moyang kita, melentur buluh biarlah dari rebung lagi. Ketokohan dan sifat kepemimpinan yang ada pada seseorang pemimpin sebenarnya bermula sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu, pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum atau kurikulum di sekolah amat penting dan perlu diberi perhatian. Aktiviti tersebut banyak memberikan sumbangan terhadap usaha memupuk nilai sifat kepemimpinan, seperti semangat bertolak ansur, semangat kerja berpasukan dan berkomunikasi.
Petikan rencana ‘ Kepimpinan Remaja Tonggak Masa Hadapan Negara’

Mayalah Dewan Siswa DBP, bil. 4 2019


kata nama tunggal:



kata majmuk:



Praktis 6
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata bilangan dan dua kata majmuk mantap. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Anda tentu masih ingat sebahagian daripada rakan-rakan anda yang menjadi pengawas, pengerusi atau setiausaha persatuan dan kelab di sekolah, kemudiannya menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang ketika ini. Sebagai pengawas dan pengerusi kelab dan persatuan, mereka sejak awal lagi sudah terdedah dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Semuanya itu memerlukan ilmu, kemahiran, kesabaran dan kerjasama daripada orang lain. Oleh sebab itu, bakat kepemimpinan mereka sudah menyinar sejak bangku sekolah lagi. Ketika di sekolah menengah lagi, penulis mempunyai beberapa orang rakan yang sememangnya memiliki kewibawaan dan pengaruh. Untuk menjadi ketua, memerlukan keberanian dan keyakinan. Sifat tersebut perlu terus dipupuk sepanjang masa sehingga akhirnya dapat menjadi pemimpin pada tahap yang lebih tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘ Kepimpinan Remaja

Tonggak Masa Hadapan Negara’ Majalah Dewan Siswa DBP, bil. 4 2019.


kata bilangan:



kata majmuk mantap:



Praktis 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Keluarga bahagia teras keluarga cemerlang. Jika seisi keluarga mengecap kesenangan dan kebahagiaan, nescaya segala elemen negatif seperti perselisihan, pertelingkahan atau perceraian yang dapat menjejaskan keharmonian rumah tangga dapat dihindarkan. Jika ibu bapa bersatu hati bak kata pepatah, telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya, maka mereka dapat menyempurnakan tanggungjawab terhadap keluarga. Jika seluruh anggota keluarga bermuafakat dalam apa-apa jua aspek kehidupan, maka kerukunan dan kedamaian rumah tangga terjamin.

Dipetik dan diubah suai daripada Pentingnya Keluarga Bahagia,
Oleh Thaarmaaraj A/L Ramanathan,
Dewan Siswa, Bil. O4 2020


kata majmuk:



Praktis 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Kedudukan guru amat dimuliakan dalam mana-mana agama sekalipun. Guru perlu dihormati dan disanjung. Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan oleh guru. Berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga disebabkan peranan guru yang dimiliki kelak sama ada menjadi doktor, peguam, polis, akauntan, jurutera, juruterbang, guru, ahli bomba, jururawat, dan sebagainya ialah hasil daripada ilmu yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru.

Dipetik dan diubah suai daripada Cikgu, Jasamu Kusimpan di Hati Nurani
Oleh Normah Ahmad
Dewan Siswa, Bil. O5 2020


kata hubung:



kata sendi nama:



Praktis 9
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata hubung gabungan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Seluruh sistem perundangan dan kehakimaan perlu melalui proses gerak gempur penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, segalanya bertitik tolak daripada nilai jati diri setiap mereka yang terlibat di mahkamah. Kecintaan terhadap bahasa Melayu harus dipasak dan diperkasakan. Mustahil untuk menterjemahkan segala kandungan teks undang-undang daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sistem latihan melalui kursus-kursus yang menekankan penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan dalam kalangan hakim, pendakwa raya dan peguam. Arahan yang lebih tegas wajar dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu didahulukan dalam semua prosiding mahkamah kecuali penggunaan istilah tertentu dalam bahasa Latin atau bahasa asing yang lain boleh dibenarkan

Dipetik dan diubah suai daripada
"Memartabatkan Bahasa Kebangsaan di Mahkamah"
oleh Norazlina Abdul Aziz dan Mazlina Mohamad Mangsor,
Dewan Bahasa, Bil. 03/ 2021


kata sendi nama:



kata hubung gabungan:



Praktis 10
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata terbitan awalan . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menembahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Arkitek Kota

hanya seniman peka,
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi,berhak membina kota.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
Pemerhati tasik, pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.

Dipetik dan diubah suai daripada
Sajak 'Arkitek Kota'
oleh Muhammad Haji Salleh,
Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka


kata terbitan awalan:



Praktis 11
Baca petikan di bawah ini dengan telitinva dan senaraikan dua kata adjektif terbitan dan dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menembahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Langkah mematuhi peraturan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan sekolah yang harmoni. Amalan ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tingkah laku yang baik dan menjadi insan yang berwibawa. Sebagai contohnya, memakai uniform sekolah yang lengkap serta kemas, dan beratur ketika membeli makanan. Sekiranya amalan ini menjadi budaya mereka, nescaya keharmonian dalam kalangan warga sekolah dapat diterapkan dalam diri setiap insan. Kerjasama antara guru dengan pelajar dalam mematuhi peraturan pasti akan menjadi pemangkin kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Sebagai kesimpulannya, sekolah harmoni penting bagi mewujudkan sekolah yang terbaik untuk pelajar. Semua warga sekolah harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melahirkan sekolah yang harmoni, cemerlang dan terbilang.

Dipetik dan diubah suai daripada Cetusan Pendapat ‘Sekolah Harmoni'
oleh Vinoshen a/] Raveentharan,
Dewan Siswa, bil. 09/2013
Dewan Bahasa dan Pustaka


kata adjektif terbitan:



kata kerja terbitan:



Praktis 12
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua Kata terbitan apitan dan dua kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Trauma ialah pengalaman individu yang unik tentang suatu peristiwa atau keadaan yang kekal, seperti keupayaan individu untuk mengintegrasikan pengalaman dan emosi, atau terharu dengan suatu pengalaman.Trauma memberikan ancaman kepada kehidupan, individu dan keluarga. Trauma juga ialah pengalaman yang luar biasa seperti rangsangan yang kuat dan berbahaya sehingga mengatasi keupayaan kanak-kanak, remaja dan dewasa.Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2002 sebanyak 154 juta orang di seluruh dunia menderita tekanan mental. Jumlah ini meningkat berkali-kali ganda pada tahun 2015.

Petikan daripada sains perubatan bertajuk ‘ Trauma Mengganggu Emosi’
Mayjalah Dewan Kosmik DBP, bil. 1 2016.


kata terbitan apitan:



kata ganda:



Praktis 13
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan akhiran dan dua kata kerja pasif . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bum1

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Puisi Ke Makam Bonda
Datuk Usman Awang


kata terbitan akhiran:



kata kerja pasif:



Praktis 14
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja tak transitif dan dua kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Penulis mencadangkan agar anda melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sehari pada waktu petang. Penulis melihat bahawa pelajar yang bercita-cita tinggi untuk cemerlang selalunya menghabiskan masa mereka dengan belayjar setiap masa. Mereka berasa sangat suntuk dan tidak ada masa lagi untuk melakukan aktiviti lain selain belajar. Oleh itu, aktiviti pertama yang diabaikan termasuklah aktiviti fizikal 1aitu bersenam dan bersukan. Kebanyakan pelajar berasa aktiviti fizikal tidak berfaedah menjelang peperiksaan kerana aktiviti sebegini tidak menyumbangkan apa-apa kepada kecemerlangan dalam peperiksaan.

Petikan daripada motivasi diri bertayuk
Aktiviti Fizikal Menjelang Peperiksaan’
Majalah Dewan Siswa DBP, bil. 9 2016.


kata kerja tak transitif:



kata ganda:



Praktis 15
Lihat rajah infografik di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.
tingkatan 4 bahasa melayu


kata ganda:



kata adjektif:



Praktis 16
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata akronim . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan dalam Karnival Kerjaya tersebut. Antara aktiviti tersebut termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama panel jemputan, dan uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama RTM dan Bernama. Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital pelbagai jenama. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih yang dipertandingkan.

Dipetik dan diubah suai daripada
Harapan Setinggi Gunung
Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia


kata akronim:



Praktis 17
Baca sajak di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda berimbuhan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Tanah, Pepohon dan Lurah

Beri aku
sebidang tanah
seluas tapak tangan
bersama pepohon yang menari-nari
bersama serangga buas dan ganas
subur atas segala kesuburan
indah atas segala keindahan!
Jejariku hendak berenang-renang
berputar dengan pepohon yang basah
di atas timbunan lagu-lagu kepujian
selembut sutera
betapa suburnya 1a dari tanah-tanih
melambai-lambai ke kiri dan ke kanan
bersama merdu nian sepoi angin
di tepi lembah lurah
penuh dengan madu maha manis!
Di lembah lurah tanah merkah itu
angin lembut membisikkan cinta murni
mata melihat pantai kasih di bibir lurah
besi wajah asyik menari-nari di tengah lurah
sebebas-bebas hatinya
hingga tangan sopan
menariknya perlahan-lahan
tersandar di dadanya

Tanah bersama pepohon dan lurah
besi waja atas kapal membakar
dalam tenang laut kecintaan
bisa jua menjadi teman hidup manusia
dan hidup cuma untuk sendiri-sendiri

Sajak Tanah Airku
oleh Joseph Selvam,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005


kata ganda berimbuhan:



Praktis 18
Baca petikan berita di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata akronim dan kata pemeri. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

KUALA LUMPUR: Operasi pawagam akan kembali dibuka bermula 16 Disember ini selepas kerajaan tidak menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dalam satu kenyataan berkata, pembukaan semula pawagam itu hanya akan dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih saja buat ketika 1n1. MAFE berkata, keputusan kerajaan itu adalah tepat pada masanya kerana banyak filem mega tahun ini akan ditayangkan dalam masa terdekat. "Persatuan juga akan menjalankan perbincangan bagi mendapatkan kebenaran melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ketika ini seperti penjarakan tempat duduk," katanya. MAFE berkata, pawagam ialah pusat utama sosial, komuniti dan budaya gaya hidup Malaysia, memainkan peranan penting dalam menawarkan hiburan.

Dipetik dan diubahsuai daripada Pawagam akan Dibuka Semula Bermula 16 Disember
oleh Alzahrin Alias. 14 Disember 2020,
BH Online


kata akronim:



kata pemeri:



Praktis 19
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Penguasaan pelbagai bidang ilmu melalui proses pendidikan dapat melahirkan modal insan gemilang yang berupaya melakukan anjakan paradigma. Pelbagai kaedah pengajaran baharu yang berpusatkan pada murid diperkenalkan bukan sahaja untuk menjana minda generasi muda yang kritis, dan kreatif serta berfikiran saintifik malahan dapat melahirkan generasi berfikir di luar kotak. Bidang pendidikan di negara ini juga menuntut pelajar mengaplikasikan dan mempraktikkan ilmu selain kemahiran yang dipelajari supaya dapat memenuhi keperluan semasa.

Dipetik dan diubah suai daripada Pendidikan Melahirkan Modal Insan Gemilang
Oleh Lok Chun Chuan
Dewan Siswa, Bil 12, 2017


kata hubung pancangan:



kata hubung gabungan:



Praktis 20
Lihat dan teliti infografik di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama terbitan . Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau mengegunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
tingkatan 4 bahasa melayu

kata nama tunggal:



kata nama terbitan:





Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。