1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Set 1 Latihan Geografi Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 1: Arah

Klik untuk jawapannya

1. Empat arah mata angin utama mengikut arah jam ialah
A. Utara, Timur, Tenggara, Barat laut
B. Utara, Timur, Selatan, Barat
C. Utara, Timur, Selatan, Barat daya
D. Utara, Selatan, Barat daya, Barat
Jawapan:

2. Empat mata angin perantaraan mengikut arah pusingan jam ialah
A. Timur laut, Tenggara, Barat, Utara
B. Timur laut, Tenggara, Barat daya, Selatan
C. Tenggara, Selatan, Barat daya, Barat laut
D. Timur laut, Tenggara, Barat daya, Barat laut
Jawapan:

3. Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbit, maka tangan kanan anda akan menunjuk ke arah
A. Utara
B. Timur
C. Selatan
D. Barat
Jawapan:

4. Sekiranya anda memandang ke arah matahari terbenam, muka anda akan memandang ke arah
A. Utara
B. Timur
C. Selatan
D. Barat
Jawapan:

5. Kompas magnetik terdiri dari 3 bahagian iaitu
A. Jarum kompas, Pelindung dan Pemuka
B. Perumah, Pemuka dan Penjarum
C. Perumah, Jarum kompas dan Pendinding
D. Perumah, Pemuka dan Jarum Kompas
Jawapan:

6. Apakah nama alatan dalam gambar?
jangka sudut
A. Jangka lukis
B. Jangka sudut
C. Jangka tolok
D. Jangka pendek
Jawapan:

7. Berdasarkan gambar di bawah, jawab soalan dari soalan 7 - 14.
jangka sudut
Apakah nama arah mata angin 'A'?
A. Utara
B. Timur laut
C. Tenggara
D. Barat daya
Jawapan:

8. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'B'?
A. Utara
B. Selatan
C. Timur
D. Barat
Jawapan:

9. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'C'?
A. Barat laut
B. Timur
C. Tenggara
D. Barat daya
Jawapan:

10. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'D'?
A. Selatan
B. Tenggara
C. Barat daya
D. Timur
Jawapan:

11. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'E'?
A. Selatan
B. Tenggara
C. Barat daya
D. Timur
Jawapan:

12. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'F'?
A. Utara
B. Selatan
C. Timur
D. Barat
Jawapan:

13. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'G'?
A. Barat daya
B. Selatan
C. Tenggara
D. Barat laut
Jawapan:

14. Berdasarkan gambar di soalan 7.
Apakah nama arah mata angin 'H'?
A. Selatan
B. Timur laut
C. Utara
D. Barat laut
Jawapan:

15. Kedudukan relatif sesuatu tempat dinyatakan berdasarkan
A. Titik rujukan
B. Koordinat
C. Mata angin
D. Arah
Jawapan:

16. Antara kedudukan berikut, yang manakah sesuai dinyatakan dengan lajur dan baris?
A. Kedudukan perabot di rumah
B. Kedudukan pokok di dalam hutan
C. Kedudukan pelajar di dalam kelas
D. Kedudukan Bandar di negeri Perak
Jawapan:

17. Apakah kegunaan alat dalam Rajah di bawah?
jangka sudut
A. Mengukur luas sesuatu kawasan
B. Mengukur jarak antara dua tempat
C. Menentukan arah sesuatu tempat
D. Mengira masa yang diambil antara dua tempat
Jawapan:

18. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang arah dengan tepat?
I. Matahari terbit dari arah timur
II. Matahari terbenam di arah selatan
III. Timur adalah arah mata angin perantaraan
IV. Tenggara terletak di antara arah timur dan selatan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
Jawapan:

19. Arah ialah hala tuju sesuatu tempat ______ suatu tempat yang lain.
A. ke
B. antara
C. dari
D. dan
Jawapan:

20. 4 mata angin utama ialah;
* utara
* selatan
* timur
* _________
A. barat daya
B. barat laut
C. barat
D. tenggara
Jawapan:

21. Arah di antara selatan dan barat ialah
A. tenggara
B. timur laut
C. utara
D. barat daya
Jawapan:

22. Cara menentukan arah dengan menggunakan matahari mesti dimulai dengan berdiri menghadap matahari _______ yang menandakan hadapan kita adalah arah timur.
A. terbit
B. terbenam
Jawapan:

23. Apabila menentukan arah dengan menggunakan matahari, tangan sebelah kanan akan menunjukkan arah _____
A. utara
B. timur laut
C. selatan
D. barat daya
Jawapan:

24. Setelah berdiri menghadap matahari, kita dapat menentukan di belakang kita adalah arah
A. utara
B. timur laut
C. selatan
D. barat daya
Jawapan:

25. Alat di bawah digunakan untuk menentukan ____dengan tepat
jangka sudut
A. jarak
B. arah
C. luas
D. ketinggian
Jawapan:

26. Jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara kerana dipengaruhi oleh tarikan magnet dari ____ bumi
A. kutub utara
B. kutub selatan
Jawapan:

27. Ketika mengorientasikan kompas magnetik, letakkan pada permukaan yang _____ dan orientasikan dengan memusingkan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara.
A. licin
B. keras
C. rata
D. sempit
Jawapan:

28. Apabila menggunakan kompas, letakkan pada permukaan yang rata dan elakkan berada berhampiran dengan objek _______.
A. plastik
B. kain
C. besi
D. kayu
Jawapan:

29. Orientasikan kompas dengan memusingkan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah _____.
A. utara
B. timur laut
C. selatan
D. barat daya
Jawapan:

30. Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara (0⁰) mengikut _____ jam.
A. pusingan
B. di antara
C. lawan
D. masa
Jawapan:

31. Nilai sudut antara arah utara dan selatan adalah _____.
A. 45°
B. 175°
C. 90°
D. 180°
Jawapan:

32. Arah atau hala sesuatu objek atau sesuatu tempat dari kedudukan pemerhati dikenal sebagai
A. Rajah
B. Bearing
C. Peta
D. Jangka sudut
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Berdasarkan rajah di bawah, Khairul menghadap matahari terbit. Lengkapkan arah mata angin yang betul bagi tempat-tempat berikut.
jangka sudut
a:
b:
c:
d:

2. Susun langkah mengorientasikan kompas yang betul daripada maklumat yang diberi dalam carta alir di bawah.
Pusingkan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjuk ke arah utara.
Baca arah objek seperti yang dicatat pada permukaan kompas.
Letakkan kompas di atas permukaan yang rata.
Pilih satu lokasi sebagai titik rujukan.



Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。