1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 1 Latihan Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 1: Kedaulatan Negara

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif

1. Apakah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada konsep kedaulatan?
A Aulad
B Daulah
C Derhaka
D Supernuus
Jawapan:

2. Apakah tafsiran tokoh berikut berkaitan kedaulatan?
Bab 1 Kedaulatan Negara
A Kuasa tertinggi
B Semangat beragama
C Kerajaan perlembagaan
D Kebebasan dan keadilan
Jawapan:

3. Senarai berikut menunjukkan jenis kedaulatan.

Kedaulatan X
Kedaulatan moden
Kedaulatan antarabangsa
Kedaulatan undang-undang


Apakah X?
A Asasi
B Bersyarat
C Tradisional
D Ketenteraan
Jawapan:

4. Apakah maksud kedaulatan antarabangsa?
A Kuasa mutlak pemerintah
B Semangat nasionalisme rakyat
C Persamaan rumpun bangsa dan bahasa
D Pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara
Jawapan:

5. Apakah ciri-ciri negara berdaulat?
A Memiliki sumber bahan mentah
B Mengamalkan sistem demokrasi
C Mempunyai rakyat dan sempadan
D Menjalin hubungan dengan kuasa luar
Jawapan:

6. Gambar berikut menunjukkan hubungan Malaysia dengan negara lain.
Bab 1 Kedaulatan Negara

Apakah kesan jalinan hubungan tersebut?
I Melahirkan generasi berilmu
II Mengukuhkan perpaduan rakyat
III Mempertahankan kedaulatan negara
IV Menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

7. Apakah kepentingan pelaksanaan dasar berikut?

Rukun Negara
Bahasa Kebangsaan

A Menyatukan rakyat
B Memupuk daya saing
C Menjamin kemakmuran
D Memelihara hak asasi rakyat
Jawapan:

8. Apakah peranan pemerintah untuk mencapai matlamat berikut?

Mewujudkan kestabilan politik
Menjamin kemakmuran ekonomi

A Memberikan kesetiaan
B Mengukuhkan parti politik
C Mengelakkan amalan rasuah
D Menghormati lambang negara
Jawapan:

9. Bagaimanakah pemerintah dapat mengukuhkan pertahanan negara?
I Memodenkan aset ketenteraan
II Mengadakan perjanjian pertahanan
III Mengamalkan ideologi Rukun Negara
IV Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan
A I dan I
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

10. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan frakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara?
A Menganggotai pasukan keselamatan
B Mewujudkan pentadbiran yang cekap
C Menjalin kerjasama dengan negara luar
D Menggubal dasar pembangunan ekonomi
Jawapan:

11. Apakah yang dimaksudkan dengan KEDAULATAN?
A Kekuasaan tertinggi
B berdarjat
C Suci
Jawapan:

12. Menurut bahasa Yunani, kedaulatan ialah ________________.
A Supernuus
B Amonre
C Sovereignty
Jawapan:

13. Kedaulatan dibina berasaskan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
Siapakah tokoh yang memberi definisi kedaulatan tersebut ?
A Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
B Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Jawapan:

14. Berdasarkan takrif KEDAULATAN TRADISIONAL, Bagaimanakah raja memperkukuh kedaulatan dan kedudukan baginda?
A Berkuasa mutlak
B Gabungan negeri
C Taat setia rakyat
Jawapan:

15. Kedaulatan TRADISIONAL terletak pada kewibawaan ______
A raja
B bangsawan
C rakyat
D hamba
Jawapan:

16. Apakah badan yang diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang di negara kita?
A Badan Perundangan
B Badan kehakiman
C Badan Eksekutif
Jawapan:

17. Kedaulatan Antarabangsa merujuk kepada pengiktirafan ________ terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain
A PBB
B Komanwel
C NGO
D LGBT
Jawapan:

18. Siapakah KETUA UTAMA NEGARA Malaysia?
A Yang Di-Pertuan Agong
B Perdana Menteri
C Ketua Menteri
D Gabenor
Jawapan:

19. Apakah yang menjadi ASAS kepada perundangan dan peraturan di negara kita?
A Perlembagaan
B Hukum Kanun
C Westminster
Jawapan:

20. Nyatakan badan yang bertanggungjawab MENGGUBAL perundangan negara kita.
A Parlimen
B Badan Kehakiman
C Badan Eksekutif
D Badan Perlaksana
Jawapan:

21. Raja Berperlembagaan ialah pemerintahan beraja mengikut peruntukan ___________.
A Perlembagaan Persekutuan
B Undang-undang Tubuh negeri
Jawapan:

22. Demokrasi Berparlimen ialah demokrasi yang dijalankan secara PERWAKILAN melalui proses __________.
A Pilihan raya
B warisan
C Dwidewan
Jawapan:

23. Apakah dua peristiwa besar yang telah mengukuh dan memantapkan lagi negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat ini?
A Kemerdekaan Tanah Melayu
B Hari Pembentukan Malaysia
C Kemerdekaan Tanah Melayu & Hari Pembentukan Malaysia
D Peristiwa 13 Mei 1969
Jawapan:

24. 'Kedaulatan' dalam bahasa Arab, Yunani dan Inggeris disebut sebagai?
A Dolat, Superanus, Sovereignty
B Daulatun, Superanus, Sovereignty
C Daulah, Supertanus, Sovereignty
D Daulah, Superanus, Sovereignty
Jawapan:

25. Tempoh perkembangan Tamadun Yunani ialah antara tahun?
A 100 SM hingga 80 SM
B 2000 SM hingga 100 SM
C 1000 SM hingga 100 SM
D 1000 SM hingga 800 SM
Jawapan:

26. Takrifan 'kedaulatan' secara keselruhannya ialah?
A Kuasa tertinggi sesebuah daerah untuk melaksanakan pentadbiran secara menyeluruh.
B Kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka.
C Kekuasaan tertinggi sesebuah negara yang berdaulat
D Kekuasaan tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan mundur.
Jawapan:

27. Idea kemunculan negara bangsa wujud selepas?
A Revolusi Perancis
B Revolusi Keagungan di England
C Revolusi Jerman
D Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
Jawapan:

28. Nasionalisme berkaitan dengan kedaulatan telah menggunakan unsur? A perbezaan bangsa dan bahasa B perbezaan sosial dan budaya C persamaan bangsa dan bahasa D persamaan bangsa dan budaya
Jawapan:

29. Malaysia sebagai sebuah negara bangsa lahir daripada gabungan negeri yang dikenali sebagai?
A Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Sabah dan Sarawak 1963
B Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963
C Persekutuan Malaya 1957 dan Persekutuan Tanah Melayu 1963
D Persekutuan Malaysia 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963
Jawapan:

30. Kedaulatan undang merupakan salah satu prinsip Rukun Negara yang ke-?
A 4
B 3
C 5
D 2
Jawapan:

31. Pertubuhan apakah yang mengiktiraf sesebuah negara supaya tidak dicabuli oleh negara lain?
A Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
B Pertubuhan Negara Eropah
C Perubuhan Asean
D Pertubuhan Negara Bangsa
Jawapan:

32. Sistem berikut merupakan sistem yang digunakan dalam sistem pemerintahan Malaysia? A Raja Berpelembagaan dan Republik B Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen C Diktator dan Demokrasi D Monarki dan Demokrasi
Jawapan:

33. Dalam sesebuah pemerintahan di sesebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Perdana Menteri dibantu oleh?
A Orang Awam
B Jemaah Menteri
C Raja atau Sultan
D Wakil Rakyat
Jawapan:

34. Sempadan merujuk kepada?
A Tanah yang memisahkan sesebuah negara dengan negara yang lain
B Laluan yang mewakili sesebuah negara
C Garis pemisah antara negeri dan negara
D Garis yang menjadi rujukan di sesebuah negara.
Jawapan:

35. Antara berikut yang manakah negara yang berkongsi sempadan dengan Malaysia?
A Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
B Thailand, Indonesia dan Brunei
C Vietnam, Thailand, Filipina dan Singapura
Jawapan:

36. Apakah rujukan utama sistem perundangan Malaysia?
A Perlembagaan Persekutuan
B Mahkamah Tinggi
C Yang di-Pertuan Agong
D Majlis Raja-raja
Jawapan:

37. 'Sovereignty' merujuk kepada kedaulatan dalam bahasa Inggeris. Apakah maksud perkataan tersebut?
A Negara berhak menentukan sempada negeri
B Negara bersatu menentang pencerobohan luar
C Negara berkuasa penuh dalam pentadbiran
D Negara berjuang menuntut kemerdekaan mutlak
Jawapan:

38. Mengapakah kedaulatan sesebuah negara perlu mendapat pengiktirafan negara lain?
I Menjamin kesejahteraan rakyat
II Mengekalkan kemakmuran negara
III Memperoleh kemerdekaan negara
IV Mengatasi kemunduran ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

39. Bagaimanakah jenis kedaulatan sesebuah negara ditentukan?
A Rumpun bahasa
B Etnik kerakyatan
C Sempadan negeri
D Bentuk pemerintahan
Jawapan:

40. Bagaimanakah kedaulatan moden negara kita terbentuk?
A Penyatuan parti politik
B Perpaduan antara kaum
C Penggabungan negeri-negeri
D Pelaksanaan pilihan raya
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. (a) Jelaskan latar belakang kedaulatan negara.





(b) Terangkan takrif kedaulatan berdasarkan bahasa berikut:
(i) Bahasa Arab




(ii) Bahasa Melayu



(c) Pada pendapat anda, apakah rumusan yang boleh dibuat tentang konsep kedaulatan?






2. Berikut menunjukkan jenis kedaulatan.

X
Y
Kedaulatan tradisional
Kedaulatan antarabangsa

a) Nyatakan jenis kedaulatan:
X:
Y:

(b) Jelaskan maksud kedaulatan tradisional.






(c) Berikut merupakan prinsip keempat Rukun Negara.

Kedaulatan undang-undang

Jelaskan maksud prinsip kedaulatan tersebut.




(d) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir luar yang cemburu dengan keharmonian dan kemakmuran negara. Berikan ulasan anda.










3. Gambar berikut menunjukkan ciri negara yang berdaulat, iaitu mempunyai pemerintahan.
Bab 1 Kedaulatan Negara

(a) Jelaskan ciri pemerintahan tersebut.







(b) Senarai berikut berkaitan dengan kepentingan mewujudkan negara berdaulat.

Kemakmuran ekonomi
e Kesejahteraan sosial

Terangkan kepentingan tersebut.








(c) Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Cadangkan langkah mengatasi aktiviti jenayah merentasi sempadan seperti pencerobohan perairan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.








2. (a) Jelaskan peranan pemerintah dan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.








(b) Gambar berikut menunjukkan rakyat Malaysia.
Bab 1 Kedaulatan Negara
Sebagai rakyat yang patriotik, apakah tanggungjawab anda untuk mengekalkan perpaduan antara kaum?








(c) Petikan berikut merupakan perutusan khas Perdana Menteri pada Hari Kebangsaan ke-63.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Mengekalkan kemerdekaan, kedaulatan serta keamanan negara sejak 63 tahun lepas merupakan amanah besar yang perlu dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita mesti pelihara keamanan negara kita. Kita mesti tegakkan keadilan dan pelihara kebebasan rakyat. Kita mesti pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sentosa selama-lamanya.

Sumber: /ttps://www.pmo.gov.my/ms/2020/08/rakyat-malaysia-pikul-amanah-besar-kekal-kedaulatan-kemerdekaan-negara/

Berdasarkan petikan tersebut, berikan penjelasan anda tentang peranan rakyat dalam mengukuhkan patriotisme.








3. (a) Namakan jenis sempadan yang terdapat di sesebuah negara?

(b) Tujuan penetapan sempadan adalah untuk?



(c) Menurut Perlembagaan Persekutuan, terdapat 3 Institusi Beraja iaitu?






Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。