1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 5 Latihan Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 5: Pembentukan Malaysia

Klik untuk jawapannya

1. Cadangan TERAWAL Pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh tokoh tersebut pada tahun 1887.
 Bab 5: Pembentukan Malaysia
Siapakah beliau ?
A Lord Brassey
B Sir Malcom Macdonald
Jawapan:

2. Pada tahun 1951, Sir Malcom MacDonald telah berbincang dengan Dato' Onn Jaafar dan ahli MPP bagi menggabungan Tanah Melayu dengan ___________ dan ________________.
 Bab 5: Pembentukan Malaysia
I Singapura
II Wilayah Borneo
III Perlis
IV Johor
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

3. Mengapakah Sir Geofroy Tory (PTB) mencadangkan agar Tanah Melayu disatukan dengan Singapura?
A Kepentingan ekonomi
B Ancaman komunis
C Meluaskan kawasan
Jawapan:

4. PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.
Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini?
A Duta
B Presiden
C Perdana Menteri
D Ketua Menteri
Jawapan:

5. Mengapakah Sir Gerald Templer (PTB) meminta penggabungan wilayah di Tanah Melayu disegerakan?
A Tujuan keselamatan
B Tujuan membesarkan saiz negara
C Tujuan Memaksimumkan hasil negara
Jawapan:

6. Konsep MELAYU-RAYA telah diperjuangkan para nasionalis Melayu seperti Ahmad Boestamam.
Mengapakah idea ini gagal?
A Indonesia telah merdeka dahulu
B Tanah Melayu telah merdeka dahulu tanpa Indonesia
Jawapan:

7. Apakah rasional memasukkan Singapura di dalam gagasan Malaysia?
A Ancaman komunis
B Memajukan ekonomi kedua-dua negara
C Meluaskan saiz negara
Jawapan:

8. Ancaman komunis di SARAWAK diketuai oleh gerakan ________.
A CCO
B COC
C COO
Jawapan:

9. Kemasukan Singapura ke dalam gagasan Malaysia akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum. Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengatasi cabaran tersebut?
A Memasukan negeri Sarawak, Sabah dan Brunei
B Mengeluarkan Singapura dari gagasan Malaysia
Jawapan:

10. Pilih Parti Politik Sarawak yang menentang penyertaan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.
A SUPP
B PANAS
C PESAKA
Jawapan:

11. Namakan parti Sarawak berikut yang menentang pembentukan Malaysia dan kemudiannya menyokong.
A SNAP
B SUPP
C PESAKA
D PANAS
Jawapan:

12. PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk ___________________ untuk menyokong gagasan Malaysia.
A Parti Perikatan Sarawak
B Sarawak Geng 05
C Parti Perikatan
Jawapan:

13. Pada tahun 1962, Parti Politik Sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia yang dinamakan :
A Sabah Alliance
B Sarawak Alliance
Jawapan:

14. Tokoh tersebut merupakan pemimpin parti PAP di Singapura yang menyokong penyertaan Singapura ke dalam gagasan Malaysia.
Siapakah tokoh tersebut?
 Bab 5: Pembentukan Malaysia
A Lee Kuan Yew
B David Marshall
C Tan Cheng Lock
D Tunku Abdul Rahman
Jawapan:

15. BARISAN SOSIALIS menentang Singapura menyertai gagasan Malaysia kerana menganggap ____________.
A penjajahan baru
B merugikan ekonomi Singapura
C Singapura perlu tunduk kepada Kuala Lumpur
Jawapan:

16. Mengapakah A.M.AZAHARI melalui Parti Rakyat Brunei menentang Brunei menyertai gagasan Malaysia ?
A Khuatir Brunei akan hilang kekayaan
B Bimbang pengaruh komunis
C Menganggap Kuala Lumpur terlalu berkuasa
D Lebih berminat bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Kalimantan Utara.
Jawapan:

17. Mengapakah Presiden Macapagal (Filipina) menentang pembentukan Malaysia?
A Menuntut wilayah Sabah
B Menuntut negeri Sabah
C Anggap penjajahan bentuk baru British
Jawapan:

18. Siapakah yang dilantik sebagai PENGERUSI dalam Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ?
A Donald Stephens
B Temenggung Jugah
C Tunku Abdul Rahman Puta al-Haj
D Dato' Onn Jaafar
Jawapan:

19. Apakah nama lain Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia ?
A Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
B Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
C Referendum Singapura
Jawapan:

20. Apakah maksud REFERENDUM ?
A Pungutan suara
B Cadangan
C Janji politik
D Rujukan
Jawapan:

21. Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura _______ bergabung dengan Malaysia.
 Bab 5: Pembentukan Malaysia
A setuju
B membantah
C tidak pasti
D semua di atas
Jawapan:

22. Rundingan London telah diadakan pada tahun 1961 di London antara Kerajaan PTM dan British.
Apakah hasil rundingan tersebut?
A Ditubuhkan Suruhanjaya Cobbold
B Diadakan REFERENDUM
C Diwujudkan JSKM
Jawapan:

23. Pilih ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold dari Kerajaan PTM.
I Lord Cobbold
II Sir Anthony Abell
III Sir David Watherson
IV Muhammad Ghazali Shafie
V Wong Pow Nee
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D IV dan V
Jawapan:

24. Mengapakah British setuju dengan idea penyatuan wilayah penguasaannya di Asia Tenggara?
A Memajukan ekonomi
B menjadi kuasa yang kuat
C memudahkan pentadbiran
D menentang ideologi komunis
Jawapan:

25. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada Ogos 1962.
Siapakah yang dilantik sebagai TIMBALAN PENGERUSI JAK?
A LORD LANSDOWNE
B TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
Jawapan:

26. Pilih tujuan utama Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada Ogos 1962?
I Menyediakan rangka perlembagaan
II Melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah
III Mengeratkan hubungan pusat dan negeri
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

27. Berapakah kerusi Parlimen yang diperuntukkan untuk Sarawak dan Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963?
I 26
II 16
III 15
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

28. Dalam Perjanjian Malaysia 1963, Sabah bersetuju mengiktiraf BAHASA MELAYU sebagai Bahasa Kebangsaan.Sebagai balasan, Sabah dibenarkan menggunakan BAHASA INGGERIS dalam tempoh ___ tahun .
A 10
B 100
C 15
D 1
Jawapan:

29. Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa DITUNDA ke tarikh 16 September 1963?
A Laporan Setiausaha PBB tidak dapat disiapkan
B Serangan tentera Indonesia
C Serangan tentera Filipina
D Tarikh tidak cantik
Jawapan:

30. Siapakah tokoh tersebut yang telah dilantik sebagai ketua rombongan Misi PBB meninjau di Sarawak dan Sabah ?
 Bab 5: Pembentukan Malaysia
A Laurence Michelmore
B U Thant
C Tunku Abdul Rahman
D A.M.Azahari
Jawapan:

31. Siapakah yang dilantik sebagai YANG DI-PERTUA Sarawak yang pertama ?
A Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee
B Stephen Kalong Ningkan
Jawapan:

32. Siapakah yang dilantik sebagai KETUA MENTERI Sarawak yang pertama ?
A A Stephen Kalong Ningkan
B Datu Abang Haji Openg
Jawapan:

33. Siapakah yang dilantik sebagai YANG DI-PERTUA Sabah yang pertama ?
A Datu Mustapha Datu Harun
B Datu Abang Haji Openg
Jawapan:

34. Partai Komunis Indonesia (PKI) menyelar rancangan Malaysia sebagai __________ yang dirancang British.
A NEOKOLONIALISME
B DEKOLONIALISME
Jawapan:

35. DR. subandrio (Menteri Luar Indonesia) telah mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan SLOGAN
A Ganyang Malaysia
B Hapuskan Penajajah
C Halau Penjajahan Bentuk Baru
Jawapan:

36. Pilih negeri-negeri yang telah diserang oleh gerila Indonesia semasa dasar Konfrontasi berlangsung :
I Johor
II Sarawak
III Sabah
IV Melaka
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

37. Bagaimanakah Malaysia bertindak terhadap dasar Konfrontasi Indonesia ?
A Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB
B Bertindak balas dengan tentera
C Menyerah kalah
Jawapan:

38. Siapakah tokoh tersebut yang diberi TANGGUNGJAWAB menyusun strategi menghadapi Dasar Konfrontasi Indonesia?
A Muhammad Ghazali Shafie
B Tun Abdul Razak
C Donald Stephens
Jawapan:

39. Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia yang menamatkan konfrontasi.
Siapakah tokoh tersebut?
A Suharto
B Soekarno
C Adam Malik
Jawapan:

40. Pada 11 Ogos 1966, Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di _______.
A Jakarta
B Tokyo
C Bangkok
D Kuala Lumpur
Jawapan:

41. Siapakah yang mencadangkan idea gagasan Malaysia pada tahun 1955?
A A Sir Malcolm MacDonald
B Sir Geofroy Tory
C Doto' Onn Jaafar
D Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Jawapan:

42. Lord Brassey telah mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan NNS. Mengapa beliua membuat cadangan tersebut?
A mempunyai potensi ekonomi
B menjamin keselamatan wilayah
C memberi kemerdekaan
D menjadi kuasa besar
Jawapan:

43. Sir Malcolm MacDonald telah mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara. Apakah tujuan beliau?
A sedia menghadapi ancaman komunis
B sesuai dengan rancangan dekolonisasi
C senang untuk mengawal kewangan
D selaraskan pentadbiran dan pengurusan
Jawapan:

44. Apakah maksud dekolonisasi?
A Proses mengukuhkan politik negara
B Proses untuk memajukan kawasan jajahan
C Proses ke arah bekerajaan sendiri
D Proses untuk menyatukan rakyat berbilang kaum
Jawapan:

45. Apakah tujuan penggabungan wilayah pada pandangan Sir Gerald Templer?
A memajukan ekonomi
B menjamin keselamatan
C menyatukan rakyat
D memudahkan pentadbiran
Jawapan:

46. Sir Geofroy Tory berpendapat atas sebab kepentingan ekonomi, penggabungan hanya melibatkan wilayah....
A Sawarak dan Sabah
B Sarawak dan Brunei
C Singapura dan Tanah Melayu
D Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu
Jawapan:

47. Golongan Kaum Muda telah mengemukakan konsep Melayu Raya. Konsep ini akan menggabungkan....
A Indonesia dan Tanah Melayu
B Filipina dan Tanah Melayu
C Brunei dan Tanah Melayu
D Thailand dan Tanah Melayu
Jawapan:

48. Bagaimana Tunku Abdul Rahman menyelesaikan masalah ketidakseimbangan komposisi penduduk sekiranya hanya menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja?
A Penggabungan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia
B Penggabungan Sarawak dan Brunei dalam Malaysia
C Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei dalam Malaysia
D Penggabungan Sarawak, Sabah dan Indonesia dalam Malaysia
Jawapan:

49. Kebanyakan penduduk di Sabah ingin merdeka dengan menubuhkan ....
A Gagasan Malaysia
B Persekutuan Borneo Utara
C Kesatuan Negeri-negeri Borneo
D Kesatuan Kalimantan Utara
Jawapan:

50. Konsep Gagasan Malaysia adalah
A Pembentukan wilayah baru di Asia Tenggara
B Penggabungan wilayah baru tanpa campur tangan British
C Gabungan bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara
D Gabungan semua wilayah di Asia Tenggara
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。