1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 10 Latihan Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 10: Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia

Klik untuk jawapannya

1. Aman Palestin merupakan organisasi yang didaftarkan untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin. Apakah usaha-usaha yang dilaksanakan?
I Menjadi perantara
II Menyalur bantuan kebajikan
III Menyalurkan sumbangan orang ramai
IV Menyediakan perkhidmatan ketenteraan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

2. Mengapakah Malaysia mem berikan bantuan dan sokongan kepada rakyat Syria?
A Mewujudkan kesedaran
B Mengeratkan silaturahim
C Menamatkan peperangan
D Mengurangkan kesengsaraan
Jawapan:

3. Maklumat berikut berkaitan bantuan untuk rakyat Syria.
-Sekolah KITA
Apakah pertubuhan yang memberikan bantuan tersebut?
A Cinta Syria Malaysia
B Global Peace Mission
C Muslim Care Malaysia
D Angkatan Belia Islam Malaysia
Jawapan:

4. Mengapakah Malaysia melancarkan bantuan segera kepada Aceh dan Sri Lanka pada tahun 2004?
A Bencana
B Krisis politik
C Peperangan
D Pencabulan hak manusia
Jawapan:

5. Yayasan Restu merupakan salah satu NGO yang memberikan bantuan kepada penduduk di Aceh. Apakah bentuk bantuan yang diberi?
I Kutipan derma
II Kempen kesedaran
III Pendidikan percuma
IV Pembinaan rumah anak yatım
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

6. Deklarasi Langkawi diadakan pada Oktober 1989 bersempena dengan Mesyuarat Ketua Ketua Negara Komanwel. Apakah kepentingan pengisytiharan deklarasi tersebut?
A Dasar tidak memihak
B Kemakmuran bersama
C Memelihara alam sekitar
D Antartika sebagai warisan sejagat
Jawapan:

7. Pada tahun 2009 Malaysia melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara. Apakah tujuan dasar tersebut?
A Mengiklan produk
B Menarik minat pelancong
C Mengawal perubahan iklim
D Memelihara fauna dan flora
Jawapan:

8. Apakah tujuan Anugerah Langkawi?
A A Kejayaan perdagangan
B Kelestarian alam sekitar
C Kepemimpinan berwibawa
D Kejayaan misi kemanusiaan
Jawapan:

9. Pada tahun 1992 Malaysia telah menyertai sidang kemuncak berikut
-Persidangan Tempat
-Sidang Kemuncak Bumi Rio de Janeiro Brazil
Apakah isu yang berkaitan dengan sidang kemuncak tersebut?
A Senjata nuklear
B Perubahan iklim
C Pencemaran alam sekitar
D Kepupusan flora dan fauna
Jawapan:

10. Negara maju telah mengenakan sekatan terhadap negara membangun seperti Malaysia , apakah bentuk sekatan tersebut?
A Tidak berlabuh di pelabuhan Malaysia
B Mempromosi barangan negara maju
C Mengenakan tarif dan cukai yang tinggi
D Mengurangkan aktiviti eksport
Jawapan:

11. AFTA ialah...
A ASEAN Free Transmission Area
B ASEAN Free Techonology Area
C ASEAN Free Technical Area
D ASEAN Free Trade Area
Jawapan:

12. Tujuan anugerah Langkawi diwujudkan ialah...
A Berperanan menyelesaikan konflik antarabangsa
B Penghargaan kepada pencinta alam sekitar
C Menjadi juara dalam sukan antarabangsa
D Memberi sumbangan kepada ekonomi negara
Jawapan:

13. Mengapa Malaysia telah membangkitkan isu Antartika kepada PBB?
A Antartika adalah milik bersama
B Peningkatan paras air global
C Kepupusan habitat haiwan liar
D Penghargaan kepada ekonomi negara
Jawapan:

14. Isu alam sekitar yang dihadapi oleh Asia Tenggara ialah...
A Pencemaran bunyi
B Tumpuhan minyak
C Kemarau
D Jerebu
Jawapan:

15. Siapakah pemimpin Malaysia yang mula memperjuangkan isu Palestin?
A Tun Dr.Mahathir Mohamad
B Tunku Abdul Rahman
Jawapan:

16. Apakah peristiwa yang menimbulkan pembelaan terhadap rakyat Palestin?
A Kekejaman rejim Zionis Israel
B Kelemahan pemerintahan negara
Jawapan:

17. Apakah NGO yang menganjurkan Hari Solidariti Rakyat Palestin?
A Cinta Gaza Malaysia
B Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Jawapan:

18. Mengapakah program kemanusiaan "Freedom Flotilla" digerakkan ke Palestin?
A Menjaga kebajikan perlarian
B Menghantar bantuan makanan
Jawapan:

19. Pada 1 Oktober 2015, kerajaan Malaysia telah mengumumkan kesediaan untuk membantu rakyat Syria.Apakah bentuk bantuan tersebut?
A Menerima 3000 orang pelarian Syria
B Menghantar misi pengaman ke Syria
Jawapan:

20. Kempen i4Syria telah dilancarkan bagi menyalurkan pelbagai bantuan kepada pelarian Syria. Apakah NGO yang melancarkan kempen tersebut?
A Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
B Cinta Syria Malaysia (CSM)
Jawapan:

21. Bagaimanakah penglibatan rakyat Malaysia membantu rakyat Syria?
A Menyertai misi kemanusiaan
B Menyertai perhimpunan solidariti
Jawapan:

22. Apakah bentuk bencana yang memusnahkan Aceh dan Sri Lanka pada tahun 2004?
A Banjir
B Tsunami
Jawapan:

23. Apakah NGO yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Aceh dan Sri Lanka?
A MERCY Malaysia
B Global Peace Mission
Jawapan:

24. Siapakah yang menubuhkan Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia)?
A Tan Sri Dr.Jemilah Mahmood
B Dr. Mohd Afandi Salleh
Jawapan:

25. Apakah 2 bentuk sumbangan Yayasan Restu terhadap mangsa tsunami di Aceh?
I Membina rumah anak yatim
II Mendirikan pusat kesihatan
III Memberi bantuan pendidikan
A I dan III
B I dan II
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

26. Apakah 2 sumbangan MERCY Malaysia terhadap penduduk Aceh?
I Memberi bantuan perubatan
II Memberi pendidikan percuma
III Membina semula pusat kesihatan
A I dan III
B I dan II
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

27. Rakyat Malaysia memberi sokongan padu dalam isu Palestin. Bagaimanakah 2 sokongan tersebut dilaksanakan?
I Menyertai misi ketenteraan
II Melakukan demonstrasi
III Menubuhkan Tabung Palestin
A I dan III
B I dan II
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

28. Negara maju telah mengenakan sekatan terhadap negara membangun seperti Malaysia , apakah bentuk sekatan tersebut?
A Tidak berlabuh di pelabuhan Malaysia
B Mempromosi barangan negara maju
C Mengenakan tarif dan cukai yang tinggi
D Mengurangkan aktiviti eksport
Jawapan:

29. Langkah berikut diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengatasi jenayah antarabangsa.
1. Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989
2. Protokol PBB
Jenayah tersebut berkaitan dengan...
A Penyalahgunaan dadah
B Pemerdagangan manusia
Jawapan:

30. Malaysia berpandangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal berfungsi dengan baik. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A Persaingan dengan organisasi lain
B Penyalahgunaan kuasa veto
Jawapan:

31. Apakah harapan komuniti ASEAN dalam mengekalkan keamanan di rantau ini ?
A Melibatkan kuasa besar dunia
B Campurtangan dalam masalah negara lain
C Pertelingkahan diselesaikan secara damai
D Menempatkan tentera asing di ASEAN
Jawapan:

32. Namakan kawasan perairan yang tidak membenarkan kapal perang asing membawa senjata nuklear
I. Selat Melaka
II. Laut China Selatan
III. Laut Arab
IV. Laut Kaspia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

33. Antara agensi yang berikut, yang manakah menguruskan mengenai hak asasi dan pelarian ?
I. WHO
II. UNESCO
III. SUHAKAM
IV. UNHCR
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

34. Kepulauan apakah yang menjadi tuntutan oleh China, Vietnam,Brunei dan Indonesia?
A Batu Putih
B Spratly
C Andaman
D Formosa
Jawapan:

35. Mengapakah NGO Pencinta Alam di Eropah melancarkan kempen antiminyak sawit?
A Menarik kemasukan pendatang asing
B Mengancam kestabilan ekonomi negara
C Menjadi punca kemusnahan hutan
D Menjejaskan kesihatan masyarakat
Jawapan:

36. Kerjasama ekonomi segi tiga antara Malaysia , Indonesia dan Thailand ialah...
A IMT-GT
B SIJORI-GT
C APEC
D AFTA
Jawapan:

37. Maklumat berikut berkaitan dengan isu global yang dihadapi Malaysia.
- Isu pemerdagangan orang
- Penyakit berjangkit
- X
Apakah X?
A Pengganas
B Perlumbaan senjata
C Persaingan kuasa besar
D Penyalahgunaan dadah
Jawapan:

38. Apakah isu yang dikaitkan dengan wilayah berikut?
- Pulau Batu Putih
A Kegiatan lanun
B Tuntutan sempadan
C Pangkalan pengganas
D Pembunuhan etnik
Jawapan:

39. Mengapakah negara maju melaksanakan kempen gerakan anti minyak kelapa sawit?
A Menyaingi minyak kacang soya
B Melindungi hak asasi manusia
C Melarang pembukaan tanah baru
D Memonopoli hasil kutipan cukai
Jawapan:

40. Maklumat berikut berkaitan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengatasi jenayah antarabangsa.
- Hak Kanak-Kanak 1989
- Protokol PBB
Apakah jenayah yang dibincangkan dalam konvensyen tersebut?
A Pembunuhan etnik
B Penindasan pelarian
C Penyalahgunaan dadah
D Pemerdagangan orang
Jawapan:

41. Mengapakah perjanjian berikut dimeterai?
- Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani (1992)
A Meningkatkan kerjasama ekonomi
B Menjamin keselamatan pengairan
C Mengukuhkan dasar berkecuali
D Menghapuskan dominasi kuasa besar
Jawapan:

42. Maklumat berikut berkaitan kerjasama pembangunan ekonomi segitiga yang disertai Malaysia.
- Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT)
- Singapura-Johor-Riau Growth Triangle (SIJORI-GT)
Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia melalui kerjasama tersebut?
A Membangunkan wilayah baru
B Menangani kemelesetan ekonomi
C Mengatasi kekurangan tenaga kerja
D Mengoptimakan sumber bahan mentah
Jawapan:

43. Pada tahun 1997-1998, Asia Tenggara termasuk Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi.
Bagaimanakah Malaysia mengatasi masalah tersebut?
A Mengurangkan pelaburan luar
B Menambat mata wang ringgit
C Menggalakkan rakyat menabung
D Meningkatkan pengeluaran barangan
Jawapan:

44. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia
- Aman Palestin
- Muslim Care Malaysia
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Apakah sumbangan NGO tersebut?
A Menyalurkan pelbagai bantuan
B Mengukuhkan hubungan diplomasi
C Menubuhkan organisasi negara Islam
D Melaksanakan sistem kewangan Islam
Jawapan:

45. Senarai berikut berkaitan strategi jangka panjang Malaysia menuju masa depan.
- Keselamatan makanan
- Komuniti ASEAN
- Zon Bebas Nuklear
Apakah matlamat strategi tersebut?
A Menghapuskan pengganas
B Memantapkan kestabilan politik
C Menjamin kesejahteraan rakyat
D Mengukuhkan pertahanan negara
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。