1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 5 Latihan Sejarah Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 5: Kesultanan Melayu Melaka

Klik untuk jawapannya

1. Bilakah Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?
A Sekitar tahun 1300
B Sekitar tahun 1400
C Sekitar tahun 1500
D Sekitar tahun 1600
Jawapan:

2. Pusat Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terletak di ________________.
A Muara Sungai Linggi
B Muara Sungai Bertam
C Muara Sungai Merbok
D Muara Sungai Kesang
Jawapan:

3. Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang ______________ sesuai dijadikan benteng pertahanan dan panduan kapal dagang
A Bergunung ganang
B Berbukit bukau
C Berpaya
D Berlumpur
Jawapan:

4. Apakah pokok-pokok yang menjadi benteng pertahanan dan pelindung semulajadi serta sukar ditembusi musuh?
I Mata-mata
II Api-api
III Pokok Buluh
IV Pokok Bakau
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

5. Muara sungai yang terletak di Sungai Melaka membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat
A Betul
B Salah
Jawapan:

6. Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang. Bukti tersebut bersumberkan kepada ______________.
A Hikayat Hang Tuah
B Hikayat Raja-Raja Pasai
C Sulalatus Salatin
D Salasilah raja- raja Melayu
Jawapan:

7. Kepimpinan Raja dikaitkan dengan konsep ____________.
A Taat dan Sembah
B Daulat dan Derhaka
C Taat dan Derhaka
D Sembah dan Tulah
Jawapan:

8. Berikan contoh Alat Kebesaran Diraja
I Nobat
II Gendang
III Cap Mohor
IV Serunai
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

9. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan sistem ______________.
A Sistem Pembesar Empat Lipatan
B Sistem Pembesar Lapan Lipatan
C Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
Jawapan:

10. Kawasan yang diberikan kepada pembesar berempat ialah ____________.
A Kawasan Pemakanan
B Kawasan Pegangan
C Kawasan Kerja
Jawapan:

11. Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Mereka terdiri daripada _____.
i. Bendahara
ii. Temenggung
iii. Bendahari
iv. Penghulu Bendahara
A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D ii dan iv
Jawapan:

12. Berdasarkan pernyataan berikut:
Pembesar X berperanan menjadi ketua Duta dan menjadi ketua Utusan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pembesar X ialah ________.
A Bendahara
B Laksamana
C Temenggung
D Penghulu Bendahari
Jawapan:

13. Mengapakah Parameswara memilih Orang Laut sebagai penjaga keamanan dan keselamatan Melaka?
A Mahir dalam Perdagangan
B Memberikan taat setia kepada Raja
C Merupakan Pendudukk asal negeri Melaka
D Mempunyai hubungan dengan kerajaan Siam
Jawapan:

14. Apakah antara kandungan Hukum kanun Melaka?
A Peranan Nakhoda
B Undang – Undang Syariah
C Perlantikan Syahbandar
D Peraturan laut
Jawapan:

15. HUKUM KANUN MELAKA telah ditulis semasa pemerintahan _____________.
A Sultan Alauddin Riayat Shah
B Sultan Muzaffar Shah
C Sultan Iskandar Syah
D Sultan Mansur Shah
Jawapan:

16. Antara tugas utama pembesar ialah mengutip cukai dan hasil lain. Tugas ini dijalankan melalui _____________.
A Sistem Kerah
B Sistem Serah
Jawapan:

17. -Pemungut Hasil atau Ufti
-Ketua segala Bendahari
Tugas ini dilaksanakan oleh ___________.
A Temenggung
B Laksamana
C Penghulu Bendahari
D Bendahara
Jawapan:

18. Antara berikut, maklumat manakah benar tentang Sistem Kerah?
A pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah
B merupakan sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah
C Pemberian ini dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat
D Kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh
Jawapan:

19. Apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh GOLONGAN KIWI terhadap kesultanan Melayu Melaka
A Menjamin keselamatan
B Menguatkuasakan sistem perundangan
C Membekalkan minuman dan makanan
D Menyewakan tempat letak barang
Jawapan:

20. Berapakah bilangan fasal yang terdapat didalam undang-undang laut Melaka?
A 25 fasal
B 30 fasal
C 44 fasal
D 45 fasal
Jawapan:

21. Antara maklumat berikut, yang manakah benar tentang HUKUM KANUN MELAKA?
A berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar
B berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
C enerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli
Jawapan:

22. Berapakah bilangan bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka?
A 78 bahasa
B 80 bahasa
C 82 bahasa
D 84 bahasa
Jawapan:

23. Antara maklumat berikut, yang manakah maklumat yang benar tentang ADAT TEMENGGUNG?
I undang-undang Adat yang diamalkan di Negeri sembilan
II Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan.
III Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak perempuan yang sulung
IV Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kuasa tertinggi terletak di tangan sultan atau raja
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

24. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas.
Maklumat tersebut ialah cara pembentukan empayar melalui cara ____________.
A Naungan
B Persahabatan
C Penaklukan
D Perkahwinan
Jawapan:

25. Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
Maklumat berikut menunjukkan kesan pembentukan empayar dalam aspek _____.
A Sosial
B Politik
C Ekonomi
D Agama
Jawapan:

26. Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama.
Maklumat berikut merupakan cara penyebaran Agama Islam melalui cara __________.
A Perkahwinan
B Perluasan Kuasa
C Peranan Ulama dan Mbaligh
D Perdagangan
Jawapan:

27. Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi. 2 Contoh karya tersebut ialah __________.
I Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
II Hikayat Merong Mahawangsa
III Hikayat Amir Hamzah
A I dan III
B II dan III
C I dan II
D I, II dan III
Jawapan:

28. Berapakah kadar cukai yang dibayar oleh pedagang dari CEYLON kepada pelabuhan Melaka?
A 3%
B 4%
C 5%
D 6%
Jawapan:

29. Melaka terkenal sebagai pusat pengumpulan barang. Antara barang luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah _____.
I Batu Delima
II Bijih Timah
III Rempah Ratus
IV Benang Emas
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

30. Pelabuhan Melaka sering dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil. Contoh Kapal besar ialah_____.
I Sampan
II Jong
III Bahtera
IV Baluk
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

31. Kapal jong milik orang Melayu dibina di Pegu dan Jawa. Kapal ini boleh memuatkan ______.
A 30 hingga 50 orang
B 20 hingga 40 orang
C 40 hingga 100 orang
Jawapan:

32. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai rasmi dan tidak rasmi. Manakah maklumat yang BENAR tentang cukai rasmi?
I Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal pedagang
II bentuk hadiah
III dikenali sebagai panduan
A I dan III
B II dan III
C I dan II
D I, II dan III
Jawapan:

33. Siapakah yang bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka
A Syahbandar
B Temenggung
C Orang Laut
Jawapan:

34. Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Alam Melayu iaitu _________.
I China
II Demak
III Ryukyu
IV Pasai
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

35. Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan ___________, iaitu Puteri Ratna Kaumala
A Pasai
B Majapahit
C Makassar
Jawapan:

36. Kerajaan apa yang menghadiakan 'Budak Raja' kepada Sultan Melaka?
A Majapahit
B Makasar
Jawapan:

37. Kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Zheng He pada tahun 1405.
Hubngan ini terjalin antara kerajaan Melaka dengan kerajaan ____________.
A Ryukyu/Jepun
B China
C Siam
Jawapan:

38. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun _______.
A 1520
B 1511
C 1500
D 1525
Jawapan:

39. Antara berikut, yang manaka merupakan faktor kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka?
I. Penaklukan China
II. Serangan Siam
III. Kelemahan Sultan Mahmud Shah
IV. Persaingan kuasa pembesar Melaka
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

40. Antara yang berikut, manakah tindak balas Melaka terhadap serangan tentera Portugis?
A Menggunakan tentera darat
B Menggunakan tentera berkuda
C Menggunakan tentera bergajah
D Menggunakan armada perang yang besar
Jawapan:

41. Tarikh di bawah berkaitan dengan suatu peristiwa yang berlaku di Melaka 11 September 1509
Apakah peristiwa yang berlaku pada tarikh ini?
A Permulaan penyerangan Portugis
B Kedatangan Lopez de Sequeira
C Kegagalan rundingan dengan Portugis
D Perpindahan kesultanan Melaka ke Johor
Jawapan:

42. Mengapakah lokasi Melaka dikatakan lokasi yang strategik?
A Dapat mengawal laluan kapal dagang
B Mempunyai benteng pertahanan
C Air sungai yang dalam
Jawapan:

43. Antara berikut yang manakah BUKAN pemilihan lokasi oleh Parameswara?
A Laluan perdagangan
B Benteng pertahanan
C Bentuk Muka Bumi
D Angin Monsun membantu pedagang berlayar ke Melaka
Jawapan:

44. Raja menjadi simbol bg Peranan yang unggul apabila raja mampu... Kecuali
A Mengetuai hubungan diplomatik
B Ketua angkatan tentera
C Menegakkan keadilan
D Menyelaras kegiatan pembuatan kapal
Jawapan:

45. Apakah nasihat Sultan Mansur kepada anaknya Sultan Alauddin Riayat Syah
A Bersikap adil terhadap rakyat, menyiasat segala pertuduhan dengan teliti dan memilih pembesar yang betul
B Bersikap adil terhadap rakyat, menyiasat segala pertuduhan dengan teliti dan bekerjasama dengan pegawai-pegawainya
Jawapan:

46. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat berikut kecuali
A Pertabalan
B Perkahwinan
C Kemangkatan raja
D Majlis makan
Jawapan:

47. Antara berikut merupakan pembesar berempat yang utama kecuali ...............
A Bendahara
B Temenggung
C Laksamana
D Syahbandar
Jawapan:

48. Undang-undang ini mengandungi 44 fasal
A Undang-undang Adat
B Hukum Kanun Melaka
C Undang-undang Laut Melaka
Jawapan:

49. Kandungan yang berkaitan dengan Undang-undang Adat ialah
A Tanggungjawab raja
B Tertib berniaga
C Urusan kekeluargaan
D Sistem pemerintahan dan pewarisan takhta
Jawapan:

50. Adat Temenggung merupakan undang-undang adat yang diamalkan di negeri....
I Pahang
II Melaka
III Johor
IV Negeri Sembilan
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

51. Maksud kiwi ialah
A Saudagar yang menghantar dan menyebarkan barang
B Petak tempat meletak barangan
C Kapal yang digunakan untuk belayar
D Hamba yang berhutang
Jawapan:

52. Antara berikut, yang manakah merupakan sebab Melaka dipilih sebagai pusat pelabuhan entrepot?
A Mempunyai kawasan tanah rata
B terletak jauh daripada pokok bakau
C Terlindung daripada angin monsun
D Muka bumi yang bergunung-ganang
Jawapan:

53. Rajah menunjukkan suatu alat kebesaran yang digunakan semasa pemerintahan kerajaan Melaka.
Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka
Apakah upacara yang menggunakan alat kebesaran di atas?
I Perbicaraan diraja
II Kelahiran putera raja
III Kemangkatan diraja
IV Perkahwinan diraja
A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

54. Antara berikut, yang manakah padanan yang betul antara pedagang dan jumlah cukai yang dikenakan?
A Arab - 3 Peratus
B China - 3 Peratus
C Alam Melayu - 6 Peratus
D Pegu - 6 Peratus
Jawapan:

55. Raja Melaka berperanan dalam sistem pemerintah dalam aspek berikut kecuali _______.
A Simbol perpaduan
B Ketua angkatan tentera
C Ketua agama islam
D Hakim di darat
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Parameswara merupakan tokoh penting dalam pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.
(a) Nyatakan lokasi sebenar yang dipilih oleh tokoh di atas untuk mendirikan kerajaan.


(b) Gambarkan keadaan asal lokasi dalam (a).


(c) Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan ciri ketokohan Parameswara.
(i)
(ii)

2. Huraikan istilah berikut dengan huraian yang sesuai.
(a) Daulat


(b) Sistem Pembesar Empat Lipatan


(c) Sistem Serah


(d) Sistem Kerah


(e) Kawasan Pegangan


(f) Kawasan Pemakanan



3.

Rukun Negara kedua Kesetiaan kepada Raja dan Negara

(a) Berdasarkan Rukun Negara di atas, mengapakah kita perlu mempertahankan institusi raja di negara kita?
(i)
(ii)
(b) Nyatakan ciri-ciri kepemimpinan raja dalam Kesultanan Melayu Melaka yang mampu mewujudkan kecemerlangan dalam pemerintahan.
(i)
(ii)
(iii)
(c) Alat kebesaran diraja digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan raja.
Namakan alat kebesaran berikut:
Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka
(i)
Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka
(i)
Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka
(i)
Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka
(i)




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。