1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 4 Latihan Sejarah Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Apakah tujuan masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan?
A Memudahkan urusan pekerjaan mereka
B Meningkatkan jalinan hubungan diplomatik
C Mengatasi ancaman keselamatan kuasa luar
D Memberikan panduan dalam kehidupan seharian
Jawapan:

2. Kepercayaan yang menganggap kehidupan mempunyai semangat dan roh.
A Animisme
B Dinamisme
C Buddhisme
D Konfucianisme
Jawapan:

3. Penyembahan nenek moyang merupakan salah satu amalan masyarakat Alam Melayu. Apakah gelaran amalan tersebut?
A Ciri
B Mana
C Miring
D Hyang
Jawapan:

4. Mengapakah masyarakat Alam Melayu melakukan penyembahan nenek moyang?
A Menghindari kesusahan di dunia
B Mengelakkan pencemaran alam
C Meningkatkan kesuburan tanah
D Meningkatkan hasil tanaman
Jawapan:

5. Apakah kepercayaan masyarakat Alam Melayu yang dikaitkan dengan kekuatan atau semangat?
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
A Siamisme
B Hinduisme
C Dinamisme
D Kolonialisme
Jawapan:

6. Dinamisme dikaitkan dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenal sebagai mana. Apakah maksud mana?
A Semangat
B Kekuasaan
C Kesaktian
D Sentosa
Jawapan:

7. Agama Islam mula tiba di Alam Melayu selepas agama Hindu dan Buddha. Bilakah agama Islam tiba di Alam Melayu?
A Abad ke-4
B Abad ke-5
C Abad ke-6
D Abad ke-7
Jawapan:

8. Siapakah raja Funan yang berperanan mengembangkan agama Buddha di kerajaan Funan?
A Kaundinya
B Cakravatin
C Kurung Bnam
D Fan Shih-Man
Jawapan:

9. Apakah bukti penyebaran agama Hindu dalam kalangan masyarakat kerajaan Champa?
A Angkor Wat
B Candi Po Nagar
C Hikayat Mahabhrata
D Batu bersurat Karang Brahi
Jawapan:

10. Siapakah pemerintah yang terlibat dalam penyebaran agama Islam di Champa pada abad ke-14?
A Sultan Abu Abdullah
B Sultan Zainal Abidin
C Sultan Mansur Shah
D Sultan al-Malik Shah
Jawapan:

11. Sebab I-Tsing datang ke kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7?
I Menganut agama Buddha
II Menyebarkan agama Islam
III Mempelajari bahasa Sanskrit
IV Menterjemahkan kitab agama Buddha
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

12. Apakah sumbangan kerajaan Demak terhadap penyebaran Islam di kerajaan Majapahit pada abad ke-16?
A Menjadi pusat pengajian Islam
B Menubuhkan institusi baitulmal
C Membina pusat penterjemahan
D Memperkenalkan jawatan mufti
Jawapan:

13. Bagaimanakah agama Islam berkembang pesat di Pasai pada abad ke-13?
A Perluasan kuasa
B Peranan mubaligh
C Pengislaman pemerintah
D Perdagangan antarabangsa
Jawapan:

14. Pada tahun 1136, pemerintah Kedah yang ke-9 telah memeluk agama Islam. Siapakah pemerintah tersebut?
A Maharaja Maha Dewa
B Maharaja Kama Diraja
C Maharaja Diraja Putera
D Maharaja Derbar Raja II
Jawapan:

15. Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha?
A Penemuan patung Buddha
B Penemuan candi Buddha
C Penemuan inskripsi
D Penemuan batu bersurat
Jawapan:

16. Kerajaan Alam Melayu yang telah melantik wanita keturunan diraja sebagai pemerintah.
A Kerajaan Champa
B Kerajaan Srivijaya
C Kerajaan Majapahit
D Kerajaan Kedah Tua
Jawapan:

17. Pemimpin kerajaan awal Alam Melayu yang menggunakan gelaran Varman.
I Kerajaan Funan
II Kerajaan Gangga Nagara
III Kerajaan Majapahit
IV Kerajaan Kedah Tua
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV
Jawapan:

18. Masyarakat dalam kerajaan Alam Melayu ini telah membina Tasik Tonle Sap untuk memajukan sektor pertanian.
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
A Kerajaan Funan
B Kerajaan Angkor
C Kerajaan Majapahit
D Kerajaan Kedah Tua
Jawapan:

19. Apakah kepentingan Gunung Jerai terhadap kemajuan kerajaan Kedah Tua?
A Benteng pertahanan negeri
B Lambang kekuatan pemerintahan
C Simbol penguasaan alam semesta
D Memudahkan kedatangan pedagang
Jawapan:

20. Manakah antara berikut merupakan mercu tanda kerajaan Kedah Tua?
A Tasik Pedu
B Kuala Muda
C Gunung Jerai
D Ulu Lenggong
Jawapan:

21. Lokasi yang dipilih oleh pemerintah kerajaan Alam Melayu sebagai benteng pertahanan.
I Selat
II Bukit
III Teluk
IV Lautan
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

22. Bentuk hubungan diplomatik kerajaan Alam Melayu.
I Persahabatan
II Ketenteraan
III Kebudayaan
IV Perkahwinan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

23. Apakah kesan hubungan diplomatik antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan China dan India?
A Memperluas kawasan taklukan
B Menjamin kemakmuran kerajaan
C Mengukuhkan kekuatan ketenteraan
D Memperkukuhkan sistem pertahanan
Jawapan:

24. Apakah bukti kerajaan Srivijaya telah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada abad ke-7?
A Melakukan perkahwinan diraja
B Mengirim utusan persahabatan
C Menghantar bantuan ketenteraan
D Membantu menyelesaikan pemberontakan
Jawapan:

25. Apakah kepentingan lokasi berikut terhadap kemajuan kerajaan Alam Melayu?
# Sungai Mekong
# Sungai Brantas
# Sungai Bengawan Solo
A Menjadi tapak pertanian
B Merupakan pusat pelancongan
C Mengelakkan berlakunya banjir
D Membekalkan barang dagangan
Jawapan:

26. Mengapakah raja menggunakan gelaran Raja di Gunung?
A Mengamalkan sistem demokrasi
B Mengukuhkan dasar kuasa mutlak
C Menggambarkan kebesaran kuasa
D Menunjukkan sokongan penuh rakyat
Jawapan:

27. Apakah tulisan dari India yang digunakan sebagai medium tulisan bahasa tempatan dan Sanskrit?
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
A Tulisan Jawi
B Tulisan Rumi
C Tulisan Pegon
D Tulisan Palava
Jawapan:

28. Masyarakat Alam Melayu telah mengamalkan sifat terbuka dalam amalan beragama. Apakah kesan daripada anutan pelbagai agama tersebut?
A Meluaskan sistem perdagangan tempatan
B Mewujudkan keunikan warisan masyarakat
C Mewujudkan kepelbagaian sistem pendidikan
D Meningkatkan jurang perbezaan antara masyarakat
Jawapan:

29. Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan Alam Melayu?
A Mengetuai upacara pertabalan
B Menjaga keamanan kerajaan
C Menjaga keselamatan negeri
D Menguruskan kutipan cukai
Jawapan:

30. Maharaja dari kerajaan manakah yang menghantar bantuan ketenteraan ke Srivijaya?
A Kerajaan Rom
B Kerajaan China
C Kerajaan Chola
D Kerajaan Chenla
Jawapan:

31. Tandakan agama
I Islam
II Animisme
III Dinamisme
IV Hindu
V Buddha
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, IV dan V
Jawapan:

32. Tandakan pernyataan betul mengenai Animisme.
I Percaya kepada makhluk, hidupan, tumbuhan
II Percaya kepada kehidupan selepas mati
III Percaya kepada sesuatu memiliki roh atau semangat
IV Percaya kepada makhluk halus
V Percaya kepada roh nenek moyang
A I dan II
B I, II dan III
C I dan IV
D I, III, IV dan V
Jawapan:

33. Antara berikut, apakah agama yang muncul sebelum Masihi di Alam Melayu?
I Hindu
II Islam
III Kristian
IV Buddha
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

34. Pada hari ini, tandakan kerajaan yang terletak di Indonesia?
I Champa
II Srivijaya
III Majapahit
IV Funan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

35. Antara berikut, apakah kerajaan yang tidak menerima pengaruh agama lain sebelum abad ke-15?
A Kedah Tua
B Gangga Nagara
C Srivijaya
D Champa
Jawapan:

36. Tandakan ciri-ciri pemilihan raja
I Berasaskan keturunan
II Disahkan oleh pembesar
III Raja dianggap suci dan berdaulat
IV Hanya lelaki sahaja boleh menjadi raja
V Raja tidak dibenarkan daripada golongan tentera
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

37. Tandakan ciri-ciri yang betul bagi kedudukan raja
I Penjelmaan dewa
II Mengingkari raja dianggap mengingkari Tuhan
III Menggunakan konsep Khalifah
IV Raja hanya golongan pemerintah
V Tidak boleh derhaka kepada raja
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan V
Jawapan:

38. Gambar berikut merupakan ukiran pada Candi Borobudur. Apakah mesej yang hendak disampaikan?
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
A Pelantikan raja
B Ketaatan rakyat kepada raja
C Raja dan pembesar
Jawapan:

39. Tandakan lokasi yang strategik melambangkan kebijaksanaan pemerintah dalam membangunkan sesebuah kerajaan.
I Bandar
II Pesisiran pantai
III Lembah sungai
IV Teluk
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan V
Jawapan:

40. Tandakan faktor-faktor pemilihan lembah sungai dan pesisiran pantai dipilih sebagai lokasi strategik:
I Kawasan subur untuk pertanian
II Menjadi tempat pelancongan
III Laluan utama perdagangan timur dan barat
IV Mempunyai pelbagai kemudahan
V Mempunyai petunjuk arah seperti gunung
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, III dan V
Jawapan:

41. Tandakan kemahiran masyarakat kerajaan Alam Melayu
I Menyelam pada masa yang lama
II Mahir dalam pelayaran
III Mahir selok-belok laut dan sungai
IV Mampu membina dalam tempoh yang singkat
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

42. Tandakan mengapakah penyebaran agama mudah dilakukan sebelum abad ke-15?
I Sifat keterbukaan
II Sifat asimilasi
III Sifat toleransi
IV Sifat kerjasama
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

43. Golongan agama diberikan status istimewa.
Tandakan tugas mereka dalam kerajaan.
I Raja
II Pentadbir
III Penasihat
IV Pembesar
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

44. Tandakan fungsi masjid
I Pusat perhimpunan
II Pusat ibadat
III Pusat pendidikan
IV Pusat kebajikan
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

45. Secara umumnya,amalan animisme dan dinamisme amat dekat dengan
A alam haiwan
B alam manusia
C alam sekeliling
D perdagangan antarabangsa
Jawapan:

46. Tokoh X di Kedah Tua menganut agama Islam pada abad ke-12. Tokoh X tersebut ialah
A Maharaja Derbar Raja I
B Maharaja Derbar Raja II
C Maharaja Derbar Raja III
D Maharaja Derbar Raja IV
Jawapan:

47. Agama Buddha dianuti oleh masyarakat kerajaan Gangga Nagara. Apakah buktinya?
A Penemuan arca
B Penemuan pinggan mangkuk
C Penemuan mata wang
D Penemuan manuskrip
Jawapan:

48. Ajaran agama Tripaksa diamalkan dalam masyarakat kerajaan Alam Melayu. Apakah masyarakat yang mengamalkan ajaran tersebut?
A Srivijaya
B Gangga Nagara
C Majapahit
D Champa
Jawapan:

49. Kerajaan X menjadi pusat pengajian agama Islam yang terbesar di Indonesia pada abad ke-16. Kerajaan X ialah
A Pasai
B Demak
C Srivijaya
D Majapahit
Jawapan:

50. Sebelum kedatangan Islam, raja-raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti dihormati.
Istilah titisan dewa bermaksud
A Penjelmaan
B Perbuatan
C Keturunan
D Ketaatan
Jawapan:

51. Apakah bahasa yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Amir Hamzah?
A Bahasa Arab
B Bahasa Parsi
C Bahasa Melayu
D Bahasa Sanskrit
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan panduan dalam kehidupan seharian mereka.
(a) Bandingkan takrifan agama dan kepercayaan.
(i) Agama :

(ii) Kepercayaan :

(b) Siapakah yang berperanan memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaannya?


(c) Huraikan maksud istilah berikut: (i) Hyang :


(ii) Mana :


(d) Berdasarkan pengetahuan anda, rasionalkan tujuan masyarakat Temuan di Banting, Selangor mengadakan Perayaan Hari Moyang.


(e) Bagaimanakah masyarakat Iban melakukan upacara pemujaan semangat semasa sambutan perayaan Hari Gawai?




2. Lengkapkan maklumat di bawah dengan merujuk gambar yang diberi.
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
a) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
b) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
c) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
d) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
e) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
f) Nama kerajaan :

Nama seni bina :

Pengaruh :


3. Gambar di bawah menunjukkan ukiran pada dinding Candi Borobudur.
Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Kerajaan Alam Melayu
(a) (i) Apakah situasi yang cuba ditonjolkan oleh ukiran di atas?



(ii) Kaitkan ukiran dalam (a)(i) dengan kedudukan raja dalam pengaruh Hindu dan Buddha.



(b) Bagaimanakah kedudukan raja di Alam Melayu setelah pengaruh Islam bertapak?



(c) Adakah pengaruh Hindu, Buddha dan Islam masih lagi relevan diamalkan oleh penduduk dunia?




4. Kerajaan Alam Melayu memiliki keunikan warisan seperti kebijaksanaan pemerintah. (a) Senaraikan tiga aspek yang diambil kira oleh pemerintah Alam Melayu sebelum mendirikan pusat pemerintahan, petempatan dan pelabuhan.
(i)
(ii)
(iii)
(b) Kehebatan pemerintah Kerajaan Angkor dapat dilihat dalam pemilihan lokasi petempatan penduduknya. Adakah kehebatan kerajaan ini masih diteruskan hingga kini? Jelaskan.



(c) Gunung, bukit dan teluk menjadi petunjuk arah yang memudahkan perdagangan dan membantu dalam aspek pertahanan kerajaan Alam Melayu. Berikan penilaian anda mengikut konteks masa kini.



(d) Keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu diwarisi oleh generasi masa kini. Berikan iktibar yang dapat kita pelajari daripada warisan kerajaan Alam Melayu ini.
(i)
(ii)
(iii)

5 Kegiatan perdagangan membolehkan berlaku interaksi antara kerajaan serantau dengan kerajaan antarabangsa.
(a) Nyatakan kepentingan hubungan diplomatik bagi kerajaan Alam Melayu.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(b) Senaraikan impak kegiatan perdagangan kepada masyarakat Alam Melayu.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。