1 2 3 4 5

Set 2 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Klik untuk jawapannya

KATA GANTI NAMA

1. "_____________ berjanji akan menuruti segala nasihat dan tunjuk ajar datuk,” kata cucu-cucu itu kepada Pak Ngah.
A Kami
B Saya
C Patik
D Kalian
Jawapan:

2. Murid baru itu peramah orangnya. ___________________ berpindah ke sini kerana mengikut bapanya yang ditugaskan di sini.
A Saya
B Hamba
C Beta
D Dia
Jawapan:

3. Segala nasihat ibu akan ________ turuti.
A awak
B saya
C dia
D kalian
Jawapan:

4. “Datuk dan nenek _____________ tinggal di Pulau Besar,” kata Tamanah kepada Vijay.
A mereka
B saya
C kami
D patik
Jawapan:

5. “Ampun ____________, pada pandangan patik, eloklah penderhaka itu dimaafkan,” sembah Bendahara kepada Sultan.
A. patik   C beliau
B tuanku   D beta
Jawapan:

6. “Adakah ___________ sudah bersedia untuk mendirikan knemah?” tanya ketua pengakap itu.
A baginda   C kami
B beliau   D kamu
Jawapan:

7. Penduduk-penduduk Taman Aman sedang membersihkan longkang-longkang yang tersumbat. bergotong-royong melakukan kerja-kerja tersebut.
A Beliau   C Mereka
B Kami   D Dia
Jawapan:

8. “Dayang, sediakan santapan _________ sekarang,” titan Sultan Mansur Shah.
A aku   C saya
B beta   D hamba
Jawapan:

9. Rahman dan Swee Lan berkawan baik. Hubungan ____________ rapat umpama adik-beradik.
A mereka   C beliau
B dia   D kami
Jawapan:

10. "____________ akan memulakan latihan sekarang juga,” kata Faiz dan Hakim serentak.
A Dia   C Kalian
B Kami   D Anakanda
Jawapan:

Tatabahasa


Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang berbaris secara ____________ dalam
perhimpunan rasmi kokurikulum mendapat tepukan gemuruh.

A sekata  B seragam
C serasi  D seirama
Jawapan:

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. Bahasa Melayu Tingkatan 2

2 Encik Halil membungkus lalu __________ barang-barang yang hendak dibawanya untuk mengembara.
A mengendong  B menanggung
C mengandar  D memikul
Jawapan:

3 "____________ berkenan menerima datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung.
A Patik  B Tuanku
C Beta  D Beliau
Jawapan:

4 Rakyat Malaysia mesti bersatu padu ________________ kesejahteraan negara.
A agar  B bagi
C oleh  D demi
Jawapan:

5 Mak Bedah berjalan ____________ selepas turun feri dari Langkawi akibat mabuk laut.
A tersenggok-senggok  B tergopoh-gapah
C terhincut-hincut  D terhuyung-hayang

Jawapan:

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
Bahasa Melayu Tingkatan 2

6 Nenek yang ___________ itu berjalan perlahan-lahan di belakang rumah.
A bengkok   B bongkok
C condong  D serong
Jawapan:

7 Hatinya tidak __________________ sedikit pun apabila menerima hukuman itu.
A bergoyang  B berkocak
C bergegar  D berasa
Jawapan:

Soalan 8 — 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
8 Pelajar sekolah itu (A) berlompatan kerana terlalu gembira (B) di atas kemenangan pasukan bola sepak sekolah (C) dalam pertandingan peringkat kebangsaan. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

9 Sultanah Zanariah akan (A) berangkat untuk (B) bercemar duli dalam majlis (C) jamuan diraja yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

10 Untuk sampai ke tapak perkhemahan, pasukan pengakap sekolah itu perlu (A) merentas hutan (B) dengan (C) memandu peta dan kompas. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

11 Golongan pelajar (A) digalakkan menyertai (B) berbagai kegiatan kokurikulum (C) untuk memupuk semangat bekerjasama. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

12 (A) Kenderaan-kenderaan di Jalan Langgar (B) menyimpang ke tepi (C) bila mendengar siren ambulans. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

13 Pasukan tentera telah (A) menemukan dua orang peserta ekspedisi yang (B) tersesat semasa (C) menjalani aktiviti mendaki gunung. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

14 Dave (A) membuatkan kumpulannya replika bangunan untuk (B) memperoleh markah (C) tertinggi dalam mata pelajaran Sejarah. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

Soalan 15 — 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Peguam itu menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang lewat.
II Musim menuai padi di daerah Pendang sudah lewat.
III Di tepi sungai itu duduk seorang lelaki yang sudah agak lewat usianya.
IV Aishah telah lama menunggu emaknya yang lewat pulang.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

16 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.
II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

17 I Adik angin bajunya yang basah itu.
II Ada angin yang dia akan datang ke mari.
III Perutnya kurang sedap kerana masuk angin.
IV Dia itu ada angin, kadang-kadang riang, kadang-kadang muram.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D Il, III dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 18 — 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D Jika tiada kesalahan.
18 Antara aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin, termasuklah sukan ragbi.
A Antara aktiviti kokurikulum yang Ai Lin minati
B Antara aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang Ai Lin minati
C Antara aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diminati Ai Lin
D Antara aktiviti Kokurikulum yang diminati Ai Lin
Jawapan:

19 Dia menceburi diri dalam bidang perniagaan sejak tahun lepas.
A menceburkan diri dalam bidang  B menceburi dalam bidang
C mencebur bidang  D menceburi diri dalam bidang
Jawapan:

20 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.
A dari dua kilometer setengah.  B daripada dua kilometer setengah.
C daripada dua setengah kilometer.  D dari dua setengah kilometer.
Jawapan:

21 Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan  B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli  D Semua gula-gula yang dibeli oleh                   saya
Jawapan:

Soalan 22 — 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22 "Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di Tama Satria,"
kata Aiman kepada Hafiz
.
A Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau Aiman ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang, datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
C Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang itu jika dia ada masa lapang.
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini jika dia kelapangan.
Jawapan:

23 Walaupun sudah sebulan tinggal di asrama, Ainun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba baharu itu.
A Penyesuaian diri di asrama belum berlaku kepada Ainun walaupun dia sudah sebulan tinggal di tempat yang serba baharu itu.
B Kehidupan serba baharu di asrama selama sebulan menyebabkan Ainun belum dapat menyesuaikan diri.
C Ainun masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya yang serba baharu walaupun sudah sebulan tinggal di asrama.
D Sebulan tinggal di asrama yang serba baharu belum mencukupi untuk Ainun menyesuaikan diri.
Jawapan:

24 Patrick gagal mempertahankan kejuaraan yang telah dipegang selama tiga tahun berturut-turut.
A Tiga tahun berturut-turut Patrick gagal mempertahankan kejuaraan yang dipegangnya.
B Kejuaraan Patrick selama tiga tahun akan dipertahankan tiga tahun berturut-turut.
C Selama tiga tahun berturut-turut Patrick memegang kejuaraan tanpa dipertahankan.
D Kejuaraan yang dipegang oleh Patrick selama tiga tahun berturut-turut tidak dapat dipertahankannya.
Jawapan:

Soalan 25 — 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25 I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.
II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D Il, III dan IV sahaja
Jawapan:

26 I Kelima orang anak Encik Raju berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
II Pihak pengurusan sekolah sedang membincangkan tentang masalah ini.
III Sepanjang perjalanan, mereka tidak putus-putus berjenaka.
IV Amboi, cantiknya baju Swee Lan!
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D Il, III dan IV sahaja
Jawapan:

27 I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.
II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 28 — 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

Arang habis besi binasal

28 Peribahasa di atas bermaksud
A Pekerjaan yang sia-sia.
B Pemberian yang tidak berfaedah.
C Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
D Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
Jawapan:

29 Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan
A Orang mengantuk disorongkan bantal.
B Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
C Pucuk dicita ulam mendatang.
D Pungguk merindukan bulan.
Jawapan:

30 Peribahasa yang manakah TIDAK membawa maksud orang yang tamak?
A Yang dikejar tak dapat, yang dikandung berciciran.
B Seperti anjing dengan bayang-bayang.
C Alah membeli menang memakai.
D Seperti Belanda minta tanah.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。