1 2 3 4 5

Set 5 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Klik untuk jawapannya

Kata Hubung

1 Pelajar perlu membaca soalan peperiksaan dengan teliti ________ tidak kelalukan kesalahan.
A dan  C supaya
B sambil  D lalu
Jawapan:

2 Johari sedang berbual-bual dengan Salaman ___________ rakan-rakan yang lain sedang mengulang kaji pelajaran.
A selagi  C namun
B manakala   D Walaupun
Jawapan:

3 Kakak membaca buku cerita ___________ menunggu bas untuk ke sekolah.
A sementara  C tetapi
B jika  D kecuali
Jawapan:

4 Fatimah masih belum membuat keputusan sama ada menerima ____________ menolak pinangan lelaki yang kaya itu.
A dan  C atau
B tetapi  D kerana
Jawapan:

5 Sebelum abang berangkat ke London,bapa memberikan nasihat __________ mengusap wajahnya.
A lalu  C sambil
B kerana  D semenjak
Jawapan:

6 Puan Nurul mempelawa Azizah __________ Siti masuk ke dalam rumah _____________ Raihan bersiap.
A dan...sementara  C atau...sambil
B serta...lalu  D semenjak...kerana
Jawapan:

7 Cikgu Jagreet meminta murid- murid mengeluarkan buku teks _________ buka halaman ketiga.
A dan
B agar
C manakala
D sambil
Jawapan:

8 Semua murid senyap ____________ guru disiplin masuk ke dalam kelas.
A supaya
B apabila
C sambil
D supaya
Jawapan:

9 Abang Osman tidak ke pejabat ____________ dia berasa kurang sihat.
A kerana
B lalu
C atau
D jika
Jawapan:

10 Ayub memberitahu ibunya __________ dia akan pulang lewat pada malam nanti.
A kecuali
B apabila
C supaya
D bahawa
Jawapan:

Tatabahasa

Soalan 1- 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawaban yang paling sesuai.
1 "Setelah selesai bersiram nanti, _________ sediakan santapan untuk Sultan Izzuddin," kata bendahara kepada gerau di Istana Seri Kenangan.
A patik  B beta’
C baginda  D tuanku
Jawapan:

2 Ibu _____________ telinga adik kerana adik tidak mengendahkan larangannya supaya tidak bermain hujan.
A memegang  B memiat
C mengetil  D mencubit
Jawapan:

3 Pelakuan pendatang asing yang meninjau-ninjau _____________ rumah penduduk tempatan pada setiap petang menyebabkan mereka berasa cuak.
A setengah  B segelintir
C sebahagian  D separuh
Jawapan:

4 Puan Aini sekeluarga mengenakan pakaian yang ______________ pada pagi hari raya Aidilfitri.
A sedondon  B sepasang
C sepada  D seiras
Jawapan:

5 Reka bentuk Menara Telekom yang tersergam indah itu diilhamkan oleh ____________ tempatan.
A jurubina  B juruhias
C juruukur  D juruteknik
Jawapan:

6 Bunyi tembakan yang kedengaran _______________ di medan pertempuran antara pihak tentera dengan segerombolan pengganas.
A bersimpang-siur  B bersiut-siutan
C bersiung-siungan  D berdengung-dengung
Jawapan:

7 Amirul muntah-muntah kerana mengalami ___________ setelah mengambil ubat yang dibelinya daripada seorang penjual ubat di kaki lima.
A kebas  B ruam
C kekejangan  D alahan
Jawapan:

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D.

Pilih jawaban yang paling sesuai.
8 Anak kambing yang hilang itu akhirnya (A) ditemui terjatuh (B) di dalam sumur di belakang rumah (C) tuannya. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

9 Pada setiap hari minggu, Encik Malik (A) mengajarkan Matematik Tambahan (B) kepada anak Encik Wong yang akan (C) menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

10 Pendapat yang (A) dikemukakan oleh pemuda itu (B) jauh lebih matang (C) dari usianya yang sebenar. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

11 Masyarakat Malaysia telah menyedari (A) bahawa (B) internet dapat dijadikan sumber pendidikan (C) dalam kehidupan. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

12 (A) Apakah saudara akan (B) bertanding dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kampung Tebereu itu (C) nanti. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

13 (A) Sebagai akibat kejadian banjir baru-baru ini, (B) beratus ayam kepunyaan Pak Yaakub (C) telah mati. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

14 Buah epal yang (A) disimpan di dalam peti sejuk itu sudah (B) lisut dan tidak (C) enak dimakan lagi. (D) Tiada kesalahan.
Jawapan:

Soalan 15-17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Jenama pakaian buatan Jepun itu pur; dan berkualiti tinggi.
II Pur; yang dibina sejak zaman penjajahan Portugis itu masih wujud hingga sekarang.
III Emak memasukkan setin pur; tomato ke dalam masakan nasi daging.
IV Masyarakat yang beragama Hindu di Bali membina pur; sebagai tempat pemujaan.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

16 I Penyanyi tersohor yang bersuara lunak itu menyampaikan lagu sambil memetik biola.
II Setiap pagi pekerja di ladang teh akan memetik daun-daun teh.
III Doktor Fadzilah Kamsah sering memetik kata-kata hikmat tokoh-tokoh terkenal.
IV Pak Hitam bersiul-siul sambil memetik jari ketika berkomunikasi dengan burung tekukur kesayangannya.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

17 I Berita palsu tentang perkahwinan artis itu tersembul secara meluas dalam media massa.
II Secara tiba-tiba seladang liar itu tersembul dari kawasan semak di pinggir jalan.
III Dia Ketawa berdekah-dekah sehingga tersembul nasi daripada mulutnya.
IV Disebabkan terlalu marah, matanya tersembul keluar sehingga menakutkan kami semua.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 18 - 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itumempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Keputusan yang cemerlang elah saya peroleh dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu.
A saya telah peroleh  B telah diperolehi saya
C telah saya memperolehi  D telah saya peroleh
Jawapan:

19 Beberapa das-das tembakan telah kedengaran sejak berlaku kekacauan di kawasan itu.
A Beberapa das tembakan  B Beberapa tembakan
C Beberapa das tembakan-tembakan  D Beberapa das-das tembakan
Jawapan:

20 Sempena ulang tahun perkahwinan, ibu membelikan sebuah buku agama kepada ayanh.
A ibu membeli ayah sebuah buku agama
B ibu membelikan ayah sebuah buku agama
C ibu membeli kepada ayah sebuah buku agama
D ibu membelikan sebuah buku agama kepada ayah.
Jawapan:

21 Para peserta sedar benar akan persiapan mereka tidak mencukupi.
A peserta sedar benar yang persiapan
B peserta sedar benar tentang persiapan
C peserta sedar benar bahawa persiapan
D peserta sedar benar akan persiapan
Jawapan:

Soalan 22 -24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sarna atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam 'kalangan pengguna walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
A Walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit namun perubatan tradisional masih mendapat tempat.
B Kalangan pengguna masih lagi mempercayai perubatan tradisional walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan penyakit.
C Pelbagai penyakit dapat disembuhkan melalui gabungan rawatan tradisional dengan rawatan moden.
D Walaupun perubatan moden terbukti dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, namun perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Jawapan:

23 Hutan paya bakau berfungsi sebagai benteng ombak, mengawal banjir dan penapis bahan pencemaran disamping kaya dengan pelbagai spesies.
A Hutan paya bakau juga bertugas sebagai benteng ombak, mengawal banjir dan penapis bahan pencemaran selain banyak haiwan yang menjadi penghuni hutan bakau.
B Banyak spesies yang terdapat dalam hutan paya bakau selain tugasnya . sebagai mengawal ombak, penapis bahan tercemar dan mengawal banjir.
C Mengawal banjir, penghalang bahan tercemar, menghalang ombak dan kaya dengan spesies haiwan merupakan keistimewaan hutan paya bakau.
D Selain terdapat pelbagai spesies, hutan paya bakau juga menjadi banteng kepada ombak, penapis bahan buangan dan menghalang kejadian banjir.
Jawapan:

24 "Pastikan kamu akur akan segala peraturan sepanjang perkhemahan ini berlangsung," kata guru penasihat pasukan Kadet Polis kepada peserta-peserta.
A Guru penasihat pasukan Kadet Polis mengingatkan para peserta supaya akur akan semua peraturan sepanjang perkhemahan itu dijalankan.
B Sepanjang perkhemahan, para peserta diberikan amaran agar mematuhi semua peraturan yang ditentukan oleh guru penasihat pasukan Kadet Polis.
C Segala peraturan sepanjang perkhemahan hendaklah dipatuhi oleh para peserta yang diketuai oleh guru penasihat pasukan Kadet Polis.
D Peserta-peserta dikehendaki oleh guru penasihat pasukan Kadet Polis untuk menuruti peraturan yang terdapat dalam perkhemahan itu.
Jawapan:

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Anak-anak muda dinasihati agar tidak bergelandangan di kompleks beli belah.
II Beliau mahu supaya jawatan itu dipegang oleh orang yang layak.
III Wanita itu harus dapat menyelesaikan permasalahan yang rumit itu.
IV Geguli yang dibawa oleh adik jatuh berhamburan apabila plastiknya bocor.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

26 I Pelumba-pelumba Grand Prix itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan.
II Turut hadir memeriahkan majlis perasmian program SARANA ialah Menteri Pendidikan Malaysia.
III Pak Usu mengetepikan keretanyauntuk memberikan laluan kepada ambulans yang membunyikan siren.
IV Tarian asli masyarakat Bidayuh dipersembahkan oleh mereka untuk tontonan delegasi dari Australia.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

27 I Tidak tertanggung oleh saya masalah yang membelenggu fikiran saya selama ini.
II Akhirnya Amin berjaya menjejakkan kaki di menara gading.
III Mereka akan bercuti ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian?
IV "Siapa yang berminat untuk menyertai lawatan ke Kelantan, sila daftarkan nama dalam borang yang disediakan," kata guru kaunseling.
A I dan II sahaja  B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja  D II, III dan IV sahaja
Jawapan:

Soalan 28 - 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

Bagai kacang lupakan kulit

28 Pengajaran yang diperoleh daripada maksud peribahasa di atas ialah
A kita perlu sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
B kita perlu mengenang budi seseorang yang telah banyak berjasa kepada kita.
C kita perlu mengikis sikap menyombong diri agar disenangi oleh semua orang.
D kita perlu mengubah nasib kita kerana hanya kita yang mampu mengubahkannya.
Jawapan:

29 Peribahasa yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran mempunyai maksud yang sarna ataupun hampir sarna dengan
A harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
B tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
C untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
D ayam terlepas, tangan berbau tahi.
Jawapan:

Soalan 30 berdasarkan dialog di bawah.

Wartawan: Saya ingin bertanya, apakah rahsia kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan baru-baru ini?
Naim : Sebelum ini saya pernah gagal dalam beberapa ujian tetapi saya terus mencuba untuk membaiki pencapaian saya. Saya menganggap kegagalan itu sebagai dorongan untuk saya berusaha dengan lebih tekun.

30 Dialog di atas sesuai dengan peribahasa
A sudah terhantuk baru tengadah.
B sudah jatuh ditimpa tangga.
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
D sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。