1 2 3 4 5

Set 5 Latihan Kimia Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri

Klik untuk jawapannya

1. Namakan proses penyediaan sabun.
A Pendehidratan
B Pengsulfonan
C Saponifikasi
D Pempolimeran
Jawapan:

2. Bahan manakah yang lazim digunakan untuk membuat pewarna dan detergen?
A Ammonium klorida
B Asid fosforik
C Natrium klorida
D Asid sulfurik
Jawapan:

3. Apakah fungsi utama sabun sebagai agen pencuci?
A Melembutkan air
B Mengurangkan ketegangan permukaan air
C Memendakkan ion magnesium dan ion kalsium
D Mengurangkan daya tarikan antara zarah-zarah kotoran
Jawapan:

4. Rajah menunjukkan struktur ion bagi sabun.
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
Antara yang berikut yang manakah benar tentang M apabila sabun digunakan untuk mencuci kotoran berminyak.
A M bersifat alkali
B M ialah hidrofilik
C Larut dalam gris
D Mengurangkan tegangan permukaan air
Jawapan:

5. Kenyataan berikut adalah benar tentang penggunaan grafen kecuali :
A bioperubatan : kejuruteraan tisu
B elektronik : sebagai konduktor yang unggul
C tenaga : menjadikan bateri tahan lebih lama
D industri : mengurangkan pembebasan gas beracun
Jawapan:

6. Mengapakah detergen lebih berkesan berbanding sabun?
A detergen terbiodegradasi tetapi sabun tidak
B detergen mengurangkan tegangan permukaan air tetapi sabun tidak
C detergen tidak menghasilkan kekat dalam air liat tetapi sabun menghasilkan kekat dalam air liat
D detergen larut dalam gris tetapi sabun tidak larut dalam gris
Jawapan:

7. Bahan manakah yang digunakan sebagai pengawet makanan?
A Natrium nitrat
B Sebatian azo
C asid askorbik
D mononatrium glutamat
Jawapan:

8. Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?
A memperbaiki tekstur makanan
B mengurangkan kadar pengoksidaan makanan
C meningkatkan perisa makanan
D meningkatkan kadar pencemaran makanan
Jawapan:

9. Apakah bahan tambah makanan yang digunakan untuk mencegah keropok daripada menjadi tengik dan berubah rasanya?
A penstabil
B perisa
C pengantioksida
D pengawet
Jawapan:

10. Seorang ibu ingin membakar sebiji kek yang manis dan menarik warnannya. Bahan yang manakah perlu ditambah ke dalam kek?
A Aspartam dan tartrazina
B mononatrium glutamat dan tartrazina
C Aspartam dan asid benzoik
D mononatrium glutamat dan asid benzoik
Jawapan:

11. seorang murid mendapati terdapat kotoran darah pada bajunya. bahan manakah yang dalam detergen membantu menghilangkan jenis kotoran ini?
A enzim biologi
B agen penqawal buih
C agen pengampai
D pemutih optik
Jawapan:

12. Farrah hendak membuat jem strawberi yang tahan lama, pekat dan kaya dengan rasa strawberi. Apakah bahan yang perlu ditambahkan ke dalam jem tersebut?
A Gula, pektin dan perasa tiruan
B Aspartame, gelatin dan garam
C Aspartame, pektin, tartrazin
D Gula, gelatin dan lecitin
Jawapan:

13. Rajah menunjukkan sebuah jug yang mengandungi timun. Bahan tambah makanan manakah yang paling sesuai ditambah untuk memastikan timun tersebut tahan lama?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
A Penstabil
B Perisa
C Pengantioksida
D Pengawet
Jawapan:

14. Apakah perbezaan lemak dan minyak?
A Lemak dalam keadaan cecair dan minyak dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
B Lemak dalam keadaan pepejal dan minyak dalam keadaan cecair pada suhu bilik
C Lemak biasanya ditemui dalam tumbuhan
D MInyak ditemui dalam haiwan
Jawapan:

15. Minyak dan lemak merupakan
A alkana
B alkohol
C ester
D alkuna
Jawapan:

16. Yang manakah keburukan pengambilan secara berlebihan lemak dan minyak
A Sebagai bahan api
B Masalah jantung
C Menjadikan diri lebih cantik
D Membekalkan tenaga
Jawapan:

17. Dibawah ini yang termasuk lemak adalah
A Minyak Sawit, Minyak Kelapa, Gajih
B Mentega, Margarine, Gajih
C Minyak Kelapa, Gajih, Margarine
D minyak zaitun, minyak sawit, mentega
Jawapan:

18. Rajah menunjukkan perubahan dalam lumen arteri.
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
Makanan yang manakah jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan situasi ini?
A Mentega Kacang
B Buah-buahan
C Sayur-sayuran
D Biskut Fiber
Jawapan:

19. Lemak dan minyak ialah ester semulajadi yang terbentuk daripada asid lemak dan gliserol
A Betul
B Salah
Jawapan:

20. Lemak tepu mempunyai bilangan atom hidrogen yang maksimum.
A Betul
B Salah
Jawapan:

21. Nikel digunakan dalam proses industri untuk membuat
A ammonia
B asid dulfurik
C etanol
D marjerin
Jawapan:

22. Sabun tidak disediakan dengan menggunakan
A minyak kelapa sawit.
B minyak pelincir.
C minyak kelapa.
D minyak jagung.
Jawapan:

23. Kumpulan negatif dalam ion sabun ialah
A -CO2-
B -OSO3-
C -SO3-
D -O-
Jawapan:

24. Antara bahan tambah makanan berikut, yang manakah digunakan sebagai bahan pengawet?
A Aspatam
B Gelatin
C Asid askobik
D Natrium klorida
Jawapan:

25. Apakah teknik makmal yang boleh digunakan untuk mengenal pasti warna gula-gula?
A Kromatografi kertas
B CPenyulingan berperingkat
C Penghabluran semula
D Penurasan vakum
Jawapan:

26. Streptomisin ialah sejenis ubat
A analgesik
B antibiotik
C antipsikotik
D antialergi
Jawapan:

27. Selepas pulang dari sekolah, Ali berasa hendak demam. Apakah yang harus dia lakukan untuk merawat demam tersebut?
A Membeli ubat di kedai ubat.
B Membeli ubat secara dalam talian.
C Memakan ubat adiknya.
D Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat.
Jawapan:

28. Kosmetik rias digunakan sebagai hiasan untuk bahagian
A tangan
B kaki
C muka
D rambut
Jawapan:

29. Zarah nano emas (AuNP) digunakan sebagai mangkin dalam pengoksidaan karbon monoksida. Apakah ciri zarah nano yang terlibat dalam penggunaan ini?
A Saiz yang kecil antara 1 hingga 100 nm.
B Emas ialah unsur yang tak reaktif.
C Emas ialah suatu unsur peralihan.
D Nisbah luas permukaan kepada isi padu yang besar.
Jawapan:

30. Air larut lesap mengandungi ion logam berat. Ion logam berat boleh disingkirkan melalui proses elektrolisis pada katod yang dibuat daripada
A fosforus
B karbon
C silikon
D sulfur
Jawapan:

31. Antara bahan tambah berikut,yang manakah bertindak sebagai pengawet & perisa?
A Kanji
B Cuka
C Natrium Nitrit
D Asid Askorbik
Jawapan:

32. Bahan X ditambah kepada roti "burger" untuk menstabilkan warna merah dalam roti "burger".Apakah bahan X?
A Tartrazina
B Pektin
C Natrium Nitrit
D Hidroksianisol dibutil
Jawapan:

33. Rajah tersebut menunjukkan sebahagian label pada botol jem buah kismis hitam.Bahan manakah yang bertindak sebagai pemekat?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
A Glukosa
B Sirap
C Pektin
D Asid Sitrik
Jawapan:

34. Lesitin digunakan di dalam susu tepung sebagai penstabil.Antara berikut,yang manakah fungsi penstabil?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
A mencegah minyak menjadi tengik
B Mencegah pembentukan emulsi
C Mencecah pembentukan bakteria
D Memekatkan makanan
Jawapan:

35. Antara berikut yang manakah kesan sampingan akibat memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula?
I Menjadi sangat gemuk
II Menghidap penyakit kencing manis
III Sakit jantung
IV Tekanan darah tinggi
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
Jawapan:

36. Bahan manakah merupakan bahan pewarna dalam minuman oren?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
A Tartrazina
B FCF biru marak
C Karamel
D Trifenil
Jawapan:

37. Antara berikut yang manakah SALAH mengenai fungsi agen perasa/perisa?
A Meningkatkan rasa asli makanan
B Menghasilkan rasa tiruan
C Memaniskan makanan
D Menjadikan makanan tampak lazat dan menarik
Jawapan:

38. Rajah tersebut menunjukkan satu bahan tambah makanan yang digunakan dalam memaniskan makanan. Apakah bahan tambah makanan tersebut?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
A Aspartam
B Butil Butanoat
C MSG
D Gam Akasia
Jawapan:

39. Pernyataan manakah yang betul tentang ubat tradisional?
A Ubat tradisional dibuat oleh ahli sains di dalam makmal
B Semua ubat tradisional adalah selamat
C Ubat tradisional diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan
D Ubat tradisional telah diproses sebelum dijual
Jawapan:

40. Ubat manakah digunakan untuk merawat sakit kepala?
A Transkuiliser
B Streptomisin
C Aspirin
D Amfetamina
Jawapan:

41. Ubat yang manakah digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria?
A Kodeina
B Penisilin
C Metilfenidat
D Haloperidol
Jawapan:

42. Ubat manakah digunakan untuk merawat penyakit skizofrenia (gangguan psikologi)?
A Kloropromazin
B Aspirin
C Transkuiliser
D Streptomisin
Jawapan:

43. Seorang pesakit psikiatrik mengalami masalah gangguan tidur.Ubat manakah yang sesuai untuk pesakit ini?
A Barbiturat
B Haloperidol
C Kodeina
D Parasetamol
Jawapan:

44. Antara yang berikut,yang manakah kesan sampingan positif akibat pengambilan terlalu banyak barbiturat?
A Merengsakan dinding perut
B Penyakit Jantung
C Penagihan
D Cirit-birit
Jawapan:

45. Aloe vera merupakan salah satu ubat digunakan di dalam perubatan tradisional.Apakah fungsi aloe vera?
 Bab 5: Kimia Konsumer Dan Industri
I Merawat penyakit kulit
II Merawat kesan melecur dan terbakar
III Memutihkan kulit
IV Merendahkan kolesterol dalam darah
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
Jawapan:

46. Berikut merupakan fungsi ubat antimikrob KECUALI:
I Membunuh dan merencatkan pertumbuhan bakteria
II Memusnahkan patogen yang terdapat pada permukaan bukan hidup
III Merawat batuk dan cirit-birit
IV Melegakan radang
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
Jawapan:

47. Berikut merupakan ubat psikotik KECUALI:
A Haloperidol
B Klorpromazin
C Klozapin
D Antihistamin
Jawapan:

48. Kortikosteroid merupakan ubat yang digunakan untuk mengurangkan bengkak,gatal-gatal,tindak balas alergi dan asma.Apakah kesan pengambilan ubat tersebut dalam jangka masa panjang.
A Keguguran rambut dan sakit saraf
B Menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan paras gula dalam darah
C Ruam
D Loya,pening dan sakit kepala yang teruk
Jawapan:

49. Alkohol dan formaldehid merupakan contoh ubatan bagi :
A Aspirin
B Antibiotik
C Antiseptik
D Disinfektan
Jawapan:

50. Berikut merupakan ciri-ciri bagi ubat
*Berasid
*Tidak menyebabkan mengantuk
*Dapat mengurangkan keradangan
A Aspirin
B Paracetamol
C Kodeina
D Streptomisin
Jawapan:

51. Seorang pesakit mengalami jangkitan bakteria pada kulitnya.ubat manakah yang sesuai untuk merawat pesakit itu?
A Kodeina
B Barbiturat
C Streptomisin
D Parasetamol
Jawapan:

52. Antara berikut yang manakah dapat digunakan untuk merawat sakit kepala?
A Kortison
B Streptomisin
C Parasetamol
D Barbiturat
Jawapan:

53. Antara berikut yang manakah kepentingan nanoteknologi dalam kehidupan seharian?
A Pengurusan larutlesap daripada tapak pelupusan sampah
B Penciptaan kenderaan mesra alam seperti kenderaan elektrik,ev
C Rawatan enapcemar daripada sisa air kumbahan
D Inovasi dalam telefon bimbit dengan lebih berkuasa dan penyimpanan data lebih besar
Jawapan:

54. Penggunaan gincu termasuk dalam kategori kosmetik?
A Rias
B Perawatan
C Pewangi
D Antioksidan
Jawapan:

55. Antara berikut manakah bukan ciri-ciri teknologi hijau?
A Pembebasan gas co2 yang sifar
B Menjimatkan tenaga dan sumber asli
C Menjimatkan wang
D Menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui
Jawapan:

56. Berikut merupakan contoh penggunaan teknologi hijau kecuali:
A Kenderaan ekologi
B Kitar semula
C "coating" /penyaduran bahan
D Rawatan larutlesap pusat pelupusan sampah
Jawapan:

57. Antara berikut yang manakah merupakan sifat fizikal bagi grafen?
A Keras dan kuat
B Lutsinar
C Bersifat tidak telap
D Lembut dan rapuh
Jawapan:

58. Kenyataan berikut adalah benar tentang nanoteknologi yang digunakan dalam industri ?
-Alatan elektronik yang lebih kecil tetapi berkuasa
-sistem boleh menyimpan,memproses dan menghantar banyak maklumat
A Perubatan
B Semikonduktor & elektronik
Jawapan:

59. "Nanoteknologi digunakan di dalam sektor perubatan"
Antara berikut yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
I Nanopartikel di gunakan sebagai kargo untuk membawa ubatan kepada kawasan spesifik.
II Dapat mendiagnosis penyakit secara tepat
III Menghasilkan alatan yang kecil tetapi berkuasa
IV Jimat tenaga dan kos
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
Jawapan:

60. Ubat ini digunakan untuk merawat penyakit batuk kering ataupun tuberculosis(tb).
A Kodeina
B Penisilin
C Streptomisin
D Kortison
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。