1 2 3 4 5 6 7

Set 4 Latihan Fizik Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 4: Keelektromagnetan

Klik untuk jawapannya

1. Antara alat-alat berikut, yang manakah menggunakan konsep keelektromagnetan? A Dinamo
B Pemutus litar
C Motor elektrik
D Transformer
Jawapan:

2. Rajah di bawah menunjukkan tiga jari yang digunakan dalam Petua Tangan Kanan Fleming. Apakah yang diwakili oleh ibu jari dalam Petua Tangan Kanan Fleming?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Daya
B Gerakan
C Medan magnet
D Arus aruhan
Jawapan:

3. Petua manakah menentukan arah daya untuk konduktor yang membawa arus dalam medan magnet.
A Petua Genggaman Tangan Kanan
B Petua Tangan Kanan Fleming
C Petua Tangan Kiri Fleming
D Arah arus mengalir
Jawapan:

4. Gerakan konduktor yang membawa arus dalam medan magnet boleh ditentukan oleh
A Arah arus mengalir
B Petua Tangan Kanan Fleming
C Petua Tangan Kiri Fleming
D Petua Genggaman Tangan Kanan
Jawapan:

5. Rajah di bawah menunjukkan pesongan empat jarum kompas yang diletakkan berdekatan dengan seutas dawai. Apakah arah arus dalam dawai itu?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Arus mengalir dari atas ke bawah
B Arus mengalir dari bawah ke atas
C Tiada arus mengalir
Jawapan:

6. Rajah di atas menunjukkan magnet bar digerakkan ke arah solenoid. Tindakan manakah yang tidak akan menambah pesongan jarum galvanometer?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Menukar kutub magnet
B Menambah lilitan solenoid
C Menambah laju magnet bar
D Menambah bilangan magnet
Jawapan:

7. Teras besi berlamina digunakan dalam satu transformer untuk mengurangkan
A Arus pusar
B Histerisis
C Rintangan gegelung
D Kebocoran fluks magnet
Jawapan:

8. Apakah peraturan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet yang dihasilkan oleh arus yang mengalir melalui solenoid?
A Petua genggaman tangan kanan
B Peraturan skru Maxwell
C Peraturan tangan kiri Fleming
D Peraturan tangan kanan Fleming
Jawapan:

9. Rajah di bawah menunjukkan suatu konduktor yang mengalirkan arus elektrik diletakkan di antara dua magnet kekal. Dalam arah manakah A, B, C atau D konduktor itu akan bergerak apabila arus mengalir keluar daripada kertas?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

10. Peraturan yang manakah boleh digunakan untuk menunjukkan arus aruhan dalam satu solenoid?
A Genggaman tangan kanan
B Tangan kiri Fleming
C Tangan kanan Fleming
D Hukum Faraday
Jawapan:

11. Beza keupayaan primer dan beza keupayaan sekunder untuk satu transformer yang unggul adalah 240 V dan 12 V masing-masing. Berapakah arus dalam gegelung sekunder jika arus dalam gegelung primer ialah 5 A.
A 100 A
B 25 A
C 4 A
D 1 A
Jawapan:

12. Tujuan menggunakan teras besi lembut dalam transformer adalah untuk
A Mengurangkan arus pusar
B Mudah memagnetkan dan menyahmagnetkan teras besi
C Mengelakkan kebocoran fluks
D Mengurangkan rintangan
Jawapan:

13. Antara alat berikut, yang manakah tidak mengaplikasikan kesan electromagnet dalam prinsip kerjanya?
A Jangka masa detik
B Pembesar suara
C Pemutus litar
D Loceng elektrik
Jawapan:

14. Rajah di bawah menunjukkan satu gelung membawa arus dalam medan magnet. Antara berikut yang manakah tidak mempengaruhi kelajuan putaran gegelung?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Arus yang mengalir dalam gegelung
B Bilangan lilitan wayar dalam gegelung
C Arah arus mengalir dalam gegelung
D Kekuatan medan magnet
Jawapan:

15. Rajah di bawah menunjukkan litar suatu loceng elektrik.
Manakah yang berikut tidak mempengaruhi kekuatan bunyi loceng apabila suis ditutup?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Menukarkan kekutuban sel kering
B Menambahkan bilangan sel kering
C Menambahkan bilangan lilitan gegelung
D Kehadiran teras besi lembut
Jawapan:

16. Rajah di atas menunjukkan satu gegelung dalam medan magnet. Jika gegelung itu sebahagian daripada satu motor arus terus, apakah yang patut disambung terus kepada X and Y?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Bekalan kuasa D.C.
B Gegelang-gegelang gelincir
C Teras besi lembut
D Komutator
Jawapan:

17. Antara yang berikut, manakah tidak memberi kesan kepada kekuatan medan magnet yang dihasilkan oleh elektromagnet?
A Arus dalam solenoid
B Bentuk gegelung dawai yang digunakan
C Bilangan lilitan pada solenoid
D Jenis arus yang mengalir dalam solenoid
Jawapan:

18. Rajah di bawah menunjukkan sejenis peralatan yang digunakan untuk mengecas telefon bimbit.
 Bab 4: Keelektromagnetan
Fungsi alat tersebut adalah untuk
A Menaikkan voltan
B Menurunkan voltan
C Menghasilkan arus ulang alik
D Menghasilkan arus terus
Jawapan:

19. Rajah di atas menunjukkan sebuah transformer ringkas dengan mento menyala dengan kecerahan biasa.
Apakah yang berlaku jika arus ulangalik digantikan dengan bateri 3V?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Mentol terbakar
B Kecerahan mentol berkurang
C Kecerahan mentol bertambah
D Mentol tidak menyala
Jawapan:

20. Manakah faktor di bawah tidak mempengaruhi kekuatan elektromagnet?
A Arus yang mengalir melalui gegelung
B Bilangan lilitan gegelung
C Penggunaan teras besi lembut
D Panjang gegelung
Jawapan:

21. Rajah di atas menunjukkan satu transformer. Apakah bacaan voltmeter?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A 3V
B 12V
C 48V
D 833V
Jawapan:

22. Sebuah transformer kehilangan tenaga haba ke persekitaran semasa sedang digunakan. Bilangan lilitan primer lebih banyak daripada bilangan lilitan sekunder. Yang manakah antara berikut adalah transformer tersebut?
A Transformer unggul
B Transformer injak naik
C Transformer injak turun
Jawapan:

23. Rajah di bawah menunjukkan sebuah solenoid yang disambungkan kepada sebuah galvanometer berpusat sifar. Antara yang berikut, yang manakah akan memberi bacaann sifar pada voltmeter?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Menggerakkan solenoid ke arah magnet
B Menggerakkan magnet menjauhi solenoid
C Menggerakkan magnet mendekati solenoid
D Menggerakkan magnet dan solenoid dalam arah yang sama dengan halaju malar.
Jawapan:

24. Rajah di bawah adalah hujung sebuah gegelung yang membawa arus. Apakah arah tindakan daya yang dikenakan ke atas X dan Y?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

25. Rajah di bawah menunjukkan model penghantaran elektrik. Transformer yang manakah betul bagi X dan Y?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

26. Apakah yang akan terjadi kepada gegelung dawai apabila suis ditutupkan?
 Bab 4: Keelektromagnetan
A gegelung dawai tidak berputar langsung
B gegelung dawai berputar mengikut arah jam
C gegelung dawai berputar mengikut arah lawan jam
D gegelung dawai berada dalam keadaan pegun dan kedudukan tegak
Jawapan:

27. Pada arah manakah rod konduktor akan bergerak apabila suis ditutupkan?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

28. Antara berikut, manakah tidak boleh menambah magnitud arus yang dihasilkan oleh penjana elektrik?
A Menggunakan magnet yang kuat
B Memutarkan gegelung pada kelajuan yang lebih tinggi
C Menambah bilangan lilitan pada gegelung
D Melilitkan gegelung pada teras keluli nirkarat
Jawapan:

29. Mengapakah teras besi lembut digunakan dalam satu transformer?
A Untuk mengurangkan rintangan yang terhasil
B Untuk menghasilkan satu medan magnet yang seragam
C Untuk menambahkan penjanaan tenaga elektrik
D Untuk memudahkan pemagnetan dan penyahmagnetan
Jawapan:

30. Satu transformer digunakan untuk mengubah voltan utama 240 V dan menghasilkan satu bekalan 6 V kepada sebiji mentol. Jika bilangan lilitan dalam gegelung primer ialah 1000, hitungkan bilangan lilitan yang diperlukan dalam gegelung sekunder.
A 25
B 40
C 80
D 167
Jawapan:

31. Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan arus pusar dalam sebuah transformer?
A Menggunakan teras besi lembut
B Menggunakan teras besi berlamina
C Menggunakan gegelung dawai bertebat
D Menggunakan gegelung dawai yang berdiameter besar
Jawapan:

32. Apakah kelebihan penghantaran elektrik menggunakan voltan tinggi untuk jarak jauh?
A Untuk mengelakkan kebocoran arus
B Untuk mengurangkan kos kabel
C Untuk mengelakkan kehilangan kuasa pada kabel
D Untuk mengurangkan arus pusar di dalam kabel
Jawapan:

33. Apakah kegunaan transformer injak turun?
A Menyebabkan arus keluar sama arus masuk
B Menyebabkan arus keluar lebih rendah dari arus masuk
C Menyebabkan beza keupayaan keluar lebih rendah dari beza keupayaan masuk
D Menyebabkan beza keupayaan keluar lebih tinggi dari beza keupayaan masuk
Jawapan:

34. Berikan definisi elektromagnet.
A Medan magnet terhasil dpd pengaliran arus elektrik
B Medan magnet terhasil dpd pengaliran arus elektronik
C Magnet sementara terhasil dpd pengaliran arus elektrik
D Magnet sementara terhasil dpd pengaliran arus elektronik
Jawapan:

35. Apakah yg mempengaruhi kekuatan elektromagnet?
I Arus elektrik yg mengalir masuk
II Arus elektrik yg mengalir
III Bilangan gegelung
IV Bilangan lilitan gegelung
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D II dan IV sahaja
Jawapan:

36. Arah pesongan tidak boleh ditentukan oleh
 Bab 4: Keelektromagnetan
A Petua tangan kanan Fleming
B Petua tangan kiri Fleming
C Petua skru Maxwell
Jawapan:

37. Rajah menunjukkan tangan kiri yang mewakili Petua Tangan Kiri Fleming.X mewakili
 Bab 4: Keelektromagnetan
A gerakan
B arus
C medan magnet
D beza keupayaan
Jawapan:

38. Rajah menunjukkan satu wayar QR digantung bebas di antara dua magnet kuat.Sudut pesongan, θ, bertambah dengan
 Bab 4: Keelektromagnetan
A menambah arus
B mengubah kekutuban magnet
C menambah rintangan wayar QR
D magnet menambah jarak antara kutub magnet
Jawapan:

39. Rajah menunjukkan seutas dawai yang membawa arus di antara kutub-kutub sepasang magnet kekal.Apakah arah daya magnet pada dawai itu?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

40. Gambar rajah menunjukkan satu konduktor berarus di antara dua kutub magnet.Antara arah A, B, C and D, yang manakah adalah arah gerakan bagi konduktor tersebut?
 Bab 4: Keelektromagnetan
Jawapan:

41. Arah medan magnet dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah berikut...
I Genggaman Tangan Kiri
II Genggaman Tangan Kanan
III Putaran Skru Maxwell
IV Putaran Skru Mixwell
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D II dan IV sahaja
Jawapan:

42. Apakah fungsi teras besi berlamina dalam transformer?
A Mengurangkan rintangan
B Mengurangkan arus pusar
C Mengelakkan kebocoran fluks
D Memagnet dan menyahmagnet teras besi dengan mudah
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

4


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。