1 2 3 4 5 6

Set 2 Latihan Fizik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 2: Daya dan Gerakan I

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Afif ke kanan sejauh 50 m kemudian ke kiri sejauh 35 m.
Apakah sesaran Afif dari titik mula?
A 35 m
B 85 m
C 15 m
D 50 m
Jawapan:

2. "Jarak terdekat di antara kedudukan awal dan terakhir pada arah yang tertentu"
Ini definasi bagi
A jarak
B sesaran
C halaju
D laju
Jawapan:

3. Untuk graf sesaran - masa, nilai kecerunan sama dengan nilai
A pecutan
B halaju
C sesaran
D masa
Jawapan:

4. Untuk graf halaju - masa, nilai kecerunan sama dengan nilai
A sesaran
B halaju
C masa
D pecutan
Jawapan:

5. Untuk graf sesaran - masa, garis mendatar bermaksud gerakan objek tersebut dalam
A halaju seragam
B tidak bergerak
C pecutan seragam
D nyahpecutan seragam
Jawapan:

6. Untuk graf halaju - masa, garis mendatar bermaksud gerakan objek tersebut dalam
A halaju seragam
B tidak bergerak
C pecutan seragam
D nyahpecutan seragam
Jawapan:

7. Semua penyataan ini BENAR berkaitan sesaran kecuali
A boleh bermagnitud negatif
B jarak terdekat
C jumlah jarak yang dilalui
D unit kilometer
Jawapan:

8. Jarak di antara titik bertambah. Nyatakan pergerakan objek
A halaju bertambah
B halaju 0
C halaju seragam
D halaju berkurang
Jawapan:

9. Apakah faktor yang mempengaruhi inersia?
A berat
B ketumpatan
C isipadu
D jisim
Jawapan:

10. Bagi graf halaju-masa, kecerunan 0 bermaksud...
A pecutan seragam
B halaju seragam
C pecutan berkurang
D halaju berkurang
Jawapan:

11. Terdapat tiga Hukum Gerakan Newton. Yang manakah berkaitan dengan inersia?
A Hukum Gerakan Newton Ketiga
B Momentum
C Hukum Gerakan Newton Pertama
D Hukum Gerakan Newton Kedua
Jawapan:

12. Jika jangka masa detik mempunyai frekuensi 50 Hz , ia bermaksud....
A Jangka masa detik menghasilkan 1 detik dalam 1 saat
B Jangka masa detik menghasilkan 1 detik dalam 50 saat
C Jangka masa detik menghasilkan 50 detik dalam 1 saat
D Jangka masa detik menghasilkan 50 detik dalam 50 saat
Jawapan:

13. Untuk mengurangkan daya impuls yang bertindak ke atas, anda boleh
A mengurangkan masa perlanggaran
B menambahkan berat
C mengurangkan berat
D memanjangkan masa perlanggaran
Jawapan:

14. Berdasarkan definisi daya, daya boleh mengubah semua yang berikut KECUALI
A mengubah arah gerakan objek
B menghentikan objek yang sedang bergerak
C mengubah bentuk objek
D mengubah suhu objek
Jawapan:

15. Jumlah momentum terabadi dalam situasi berikut KECUALI
A perlanggaran akhir
B perlanggaran tak kenyal
C letupan
D perlanggaran kenyal
Jawapan:

16. Berapakah nilai pecutan graviti?
A 9.88 m s-2
B 9.81 m s-1
C 9.88 m s-1
D 9.81 m s-2
Jawapan:

17. Kereta direka dengan bampar yang senang kemik apabila dilanggar. Apakah tujuan mempraktikkan rekaan ini?
A Untuk mengurangkan momentum kereta
B Untuk menambahkan momentum kereta
C Untuk memanjangkan masa pelanggaran
D Untuk menyahpecutkan kereta dalam tempoh masa yang singkat
Jawapan:

18. Gambarajah menunjukkan seorang lelaki sedang menolak sebuah troli. Pada ketika troli itu dalam keadaan kosong, dia mendapati agak mudah untuk menolak troli tersebut, tetapi didalam keadaan troli itu penuh, dia perlu menolak dengan lebih kuat supaya troli tersebut boleh bergerak.Yang mana satu diantara konsep di bawah menerangkan tentang situasi di atas?
Bab 2 Daya dan Gerakan I
A Jisim yang lebih besar mempunyai lebih inersia
B Jisim yang lebih besar mempunyai lebih pecutan
C Jisim yang lebih besar mempunyai lebih kelajuan pergerakan (momentum)
D Jisim yang lebih besar mempunya lebih banyak tenaga.
Jawapan:

19. Berdasarkan kepada Hukum Pertama Gerakan Newton,
A Inersia diperlukan untuk mengubah pergerakan sesuatu objek
B Daya diperlukan untuk megubah pergerakan sesuatu objek
C Keadaan pergerakan sesuatu objek tidak boleh berubah
D Lebih besar jisim, lebih besar inertia
Jawapan:

20. Sebiji bola dijatuhkan dari sebuah tempat yang tinggi ke tanah. Antara kuantiti berikut, yang manakah akan meningkat?
A Pecutan disebabkan graviti
B Halaju objek
C Berat objek
D Tenaga keupayaan objek
Jawapan:

21. Antara yang berikut yang manakah bukan contoh gerakan linear?
A Seorang atlet berlari 100 meter
B Gasing yang sedang berputar
C Buah kelapa jatuh ke tanah
D Anak panah meluncur ke sasaran
Jawapan:

22. Antara prinsip kerjaa yang berikut, yang manakah tidak menggunakan kesan daya impuls?
A Penghentak cerucuk
B Kayu Hoki
C Alu dan Lesung
D Tilam dalam acara lompat tinggi
Jawapan:

23. Takrifkan pecutan dan nyah pecutan.
A Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa dan nyah pecutan ialah apabila laju berubah semakin berkurang.
B Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa dan nyah pecutan ialah apabila halaju berubah semakin berkurang.
C Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa dan nyah pecutan ialah apabila halaju berubah semakin bertambah.
D Pecutan ialah kadar perubahan laju terhadap masa dan nyah pecutan ialah apabila laju berubah semakin berkurang.
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Suatu objek mempunyai halaju tidak seragam jika:
(a) berubah atau gerakan tidak linear.
(b) halaju berubah.

2. Lakar dan tafsir graf sesaran-masa Rajah di sebelah bawah menunjukkan gerakan sebuah kereta pada masa yang berlainan. Bab 2 Daya dan Gerakan I
(a) Lakarkan graf sesaran-masa kereta itu.
Jawapan:


(b) Hitungkan kecerunan graf.
Jawapan:


(c) Apakah unit bagi kecerunan ini?


(d) Apakah kuantiti fizik yang ditunjukkan oleh unit ini?


3. Lakar dan tafsir graf halaju-masa
Rajah menunjukkan kereta bergerak dari rehat dalam suatu garis lurus.
Bab 2 Daya dan Gerakan I

(a) Lakarkan graf halaju-masa bagi kereta ini.
Jawapan:


(b) Hitungkan kecerunan graf.
Jawapan:


(c) Apakah unit bagi kecerunan ini?


(d) Apakah kuantiti fizik yang ditunjukkan oleh unit ini?


4. Berikut adalah situasi yang melibatkan inersia.
Bab 2 Daya dan Gerakan I
Seorang budak melarikan diri dari lembu dalam gerakan zig-zag. Mengapa?


5. Bayangkan anda berlegar di sebelah kapal angkasa pada orbit bumi dan rakan anda yang sama jisim bergerak dengan 4 km j–1 (dengan merujuk kepada kapal angkasa) melanggar anda. Jika dia memegang anda, berapakah kelajuan anda bergerak (dengan merujuk kepada kapal angkasa itu)?
Bab 2 Daya dan Gerakan I
Jawapan:


6. Seekor ikan yang besar yang berjisim 3m bergerak dengan 2 m s–1 bertemu seekor ikan kecil yang berjisim m dalam keadaan rehat. Ikan besar itu menelan ikan kecil dan meneruskan gerakan dengan kelajuan yang berkurang. Jika jisim ikan besar adalah tiga kali ganda jisim ikan kecil, berapakah halaju ikan besar selepas menelan ikan kecil itu?
Bab 2 Daya dan Gerakan I

Jawapan:


7. Rahim berjalan dari rumahnya ke simpang K sejauh 1.5 km. Kemudian, dia berpatah balik dan berhenti di warung Pak Din yang sejauh 0.5 km dari rumahnya.
Bab 2 Daya dan Gerakan I

(a) Berapakah sesaran Rahim dari rumahnya
(i) apabila dia sampai di simpang K?


(ii) apabila dia berada di warung Pak Din?


(b) Selepas bersarapan pagi, Rahim berjalan pulang ke rumahnya. Apabila dia sampai di rumahnya, (i) berapakah jumlah jarak yang dilalui oleh Rahim?


(ii) berapakah jumlah sesaran Rahim dari rumahnya?


8. Perhatikan gerakan sebuah kereta dalam Rajah (a) dan Rajah (b) yang merupakan gambar stroboskop.
Bab 2 Daya dan Gerakan I
(a) Huraikan perubahan halaju sebuah kereta dalam Rajah (a). Adakah kereta memecut atau menyahpecut?



(b) Huraikan perubahan halaju sebuah kereta dalam Rajah (b). Adakah kereta memecut atau menyahpecut?



9. Sebuah kapal terbang menuju ke utara selama 1 jam dengan halaju 300 km j–1. Kemudian, kapal terbang itu menuju ke timur selama 1 jam dengan halaju 400 km j–1.
(a) Berapakah laju purata kapal terbang itu?
Jawapan:


(b) Berapakah halaju purata kapal terbang itu?
Jawapan:


10. Berdasarkan rajah di bawah, hitungkan pecutan objek itu. Bab 2 Daya dan Gerakan I
Jawapan:


11. Rajah di bawah menunjukkan suatu pita detik yang mengandungi 5 detik untuk setiap selang AB, BC, CD dan DE. Hitungkan pecutan objek itu. Bab 2 Daya dan Gerakan I
Jawapan:





Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。