1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Set 13 Latihan Matematik Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 13: Kebarangkalian Mudah

Klik untuk jawapannya

1. Diberi set T = {K, E, B, A, R, A, N, G, K, A, L, I, A, N}. Satu huruf dipilih secara rawak daripada set tersebut. Cari kebarangkalian huruf tersebut ialah huruf vokal
A 2/7
B 3/7
C 4/7
D 5/7
Jawapan:

2. Apabila sebiji dadu dilambungkan, bilangan kesudahan yang mungkin ialah
A 2
B 6
C 7
D 12
Jawapan:

3. Sebuah beg mengandungi 5 biji guli biru, 7 biji guli merah dan 8 biji hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dari beg itu. Cari kebarangkalian bahawa guli yang terpilih itu ialah guli hijau
 Bab 13: Kebarangkalian Mudah
Jawapan:

4. Apakah maksud ruang sampel
A set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
B set kesudahan yang memenuhi syarat bagi suatu ruang sampel
C proses yang membolehkan kita memperoleh keputusan
Jawapan:

5. Apakah maksud peristiwa
A set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji
B set kesudahan yang memenuhi syarat bagi suatu ruang sampel
C proses yang membolehkan kita memperoleh keputusan
Jawapan:

6. Senaraikan ruang sampel bagi perkataan SUPER.
A S = {super}
B S = {s, u, p, e, r}
C S = {SUPER}
D S = {S, U, P, E, R}
Jawapan:

7. Kad huruf berikut dimasukkan ke dalam kotak.
M A T E M A T I K
Cari kebarangkalian bahawa apabila satu huruf dipilih secara rawak, huruf tersebut ialah konsonan?
A 5/9
B 3/9
C 1/9
D 4/9
Jawapan:

8. Terdapat 25 batang pen dalam satu kotak. 6 pen adalah biru, 4 pen adalah merah dan selebihnya adalah hijau. Sebatang pen dipilih secara rawak daripada kotak itu. Apakah kebarangkalian memperoleh sebatang pen hijau?
A 3/5
B 2/5
C 6/25
D 4/25
Jawapan:

9. Sebuah bakul mengandungi 45 biji oren. Miss Leong telah memeriksa oren-oren tersebut dan mendapati 15 biji oren adalah rosak. Hitung kebarangkalian memilih sebiji oren yang rosak di dalam bakul itu.
A 1/3
B 2/3
C 1/2
D 3
Jawapan:

10. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan PELAJARAN. Apakah kebarangkalian memilih huruf "A"
A 1/2
B 3/9
C 1/3
D 1/4
Jawapan:

11. Satu bulan dipilih secara rawak. Peristiwa bulan yang bermula dengan huruf 'J' terpilih ialah
A {Januari}
B {Januari, Jun}
C {Januari, Jun, July}
D {Januari, Jun, Julai, Ogos}
Jawapan:

12. Peristiwa yang mungkin berlaku ialah
A Ada 23 hari dalam sebulan
B Bayi dapat menunggang basikal
C Hari Rabu selepas hari Selasa
D Membaling dadu dan mendapat nombor tujuh
Jawapan:

13. Besar kemungkinan bermaksud
A peristiwa yang tidak mungkin berlaku
B kemungkinan untuk peristiwa itu berlaku adalah kecil
C kemungkinan untuk peristiwa itu berlaku adalah besar
D peristiwa itu akan terjadi
Jawapan:

14. Terdapat 9 orang murid lelaki dan y orang murid perempuan di dalam satu kelas. Seorang murid dipilih secara rawak daripada kelas itu dan kebarangkalian bahawa secara perempuan terpilih ialah 3/4. Cari nialai y
A 9
B 18
C 27
D 36
Jawapan:

15. Terdapat 6 batang pen biru, 14 batang pen merah dan x batang pen hitam di dalam sebuah kotak. Jika sebatang pen dipilih secara rawak dari kotak itu, kebarangkalian bahawa pen terpilih berwarna hitam ialah 1/5. Nilai x ialah
A 4
B 5
C 6
D 10
Jawapan:

16. Diberi kebarangkalian seorang guru perempuan dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah ialah 5/8. Cari bilangan guru lelaki dalam sekolah itu jika jumlah bilangan guru ialah 144.
A 45
B 54
C 60
D 75
Jawapan:

17. Terdapat 15 biji epal dan beberapa biji oren dalam sebuah bakul. Jika sebiji buah-buahan dipilih secara rawak dari bakul itu, kebarangkalian bahawa sebiji oren terpilih ialh 4/7. Cari jumlah bilangan epal dan oren di dalam bakul itu.
A 20
B 25
C 30
D 35
Jawapan:

18. Antara peristiwa berikut, yang manakah mempunyai bilangan unsur dalam ruang sampel, n(S) = 5?
A Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan MATEMATIK.
B Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan KESEDARAN.
C Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan AKTIF.
D Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan SELANGOR.
Jawapan:

19. Terdapat 40 murid berada di sebuah bas sekolah, 15 daripada meraka ialah lelaki. Kemudian, 5 perempuan meninggal dari bas sekolah. Satu murid dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian murid itu adalah murid lelaki?
A 2/7
B 3/7
C 4/7
D 5/7
Jawapan:

20. Kad-kad dalam Rajah 1 diletakkan ke dalam sebuah beg.
S P M 2 0 1 7
Jika sekeping kad dikeluarkan secara rawak daripada beg itu, cari kebarangkalian bahawa satu nombor dikeluarkan.
A 1/7
B 2/7
C 3/7
D 4/7
Jawapan:

21. Sebuah kotak mengandungi 5 biji guli merah dan 12 biji guli hijau. Aina memasukkan lagi 5 biji guli merah dan 4 biji guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak. Apakah kebarangkalian sebiji guli merah dipilih?
A 5/9
B 5/36
C 5/12
D 5/13
Jawapan:

22. Sebuah kotak mengandungi 4 biji guli berwarna hijau, 2 biji guli berwarna kuning dan sebiji guli berwarna merah. Dua biji guli dipilih secara rawak dari kotak itu. Antara berikut, yang manakah kesudahan yang mungkin.
A { hijau, hitam }
B { hijau, putih }
C { kuning, merah }
D { hitam, merah }
Jawapan:

23. Satu huruf dipilih secara rawak dari perkataan ‘HIBISCUS’. Unsur dalam ruang sampel yang tidak termasuk huruf I ialah
A B,H,S
B B,C,H,S
C B, C, H, S, U
D B, C, H, I, S, U
Jawapan:

24. Sebuah kotak mengandungi 6 biji bola yang masing-masing ditandakan dengan nombor, 1, 3, 4, 5, 7, dan 8. Sebiji bola dikeluarkan secara rawak daripada kotak itu. Antara yang berikut, manakah kesudahan yang tidak mungkin?
A Satu nombor ganjil dikeluarkan
B Satu nombor perdana dikeluarkan
C Satu nombor gandaan 4 dikeluarkan
D Satu nombor lebih besar daripada 8 dikeluarkan
Jawapan:

25. Diberi set M = { 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 }. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set itu. Cari kebarangkalian bahawa nombor yang terpilih itu ialah faktor bagi 32.
A 2/9
B 1/3
C 4/9
D 2/3
Jawapan:

26. Diberi bahawa set H = { 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 }. Satu nombor dipilih secara rawak dari set H. Cari kebarangkalian memilih satu nombor perdana.
A 2/3
B 3/5
C 1/2
D 2/5
Jawapan:

27. Diberi bahawa set S = {2, 4, 6, 8, 10, 12}. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set tersebut. Cari kebarangkalian nombor tersebut ialah faktor bagi 30.
A 1/3
B 2/3
C 1/2
D 5/6
Jawapan:

28. Satu nombor dipilih secara rawak daripada 1 sehingga 50. Cari kebarangkalian nombor tersebut ialah nombor perdana
A 3/10
B 7/10
C 1/4
D 1/2
Jawapan:

29. Satu huruf dipilih secara rawak dari perkataan M E M B E L I. Apakah kebarangkalian huruf M dipilih?
A 1/7
B 2/7
C 1/3
D 1/6
Jawapan:

30. Apakah nisbah peristiwa mendapat 5 kali 'angka' melambung sekeping duit syiling sebanyak 10 kali
A 1 : 2
B 1 : 5
C 1 : 3
D 1 : 4
Jawapan:

31. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan 'TALIAN'. Hitung kebarangkalian satu huruf vokal dipilih.
A 1/2
B 1/3
C 2/3
D 3/4
Jawapan:

32. Daripada 14 perlawanan, pasukan T menang sebanyak 4 kali, kalah 3 kali dan seri 7 kali. Hitung kebarangkalian pasukan T menang dalam perlawanan itu.
A 2/7
B 1/2
C 3/14
D 3/7
Jawapan:

33. Satu objek dipilih secara rawak daripada perkataan 'TIDUR'. Hitung kebarangkalian satu huruf konsonan dipilih.
A 3/5
B 1/5
C 2/5
D 4/5
Jawapan:

34. Sebiji guli biru diambil daripada sebuah kotak yang mengandungi 45 biji guli merah dan 15 biji biru. Hitung kebarangkalian guli berwarna biru diambil.
A 1/3
B 3/20
C 3/4
D 1/2
Jawapan:

35. Sebuah kedai komputer mempunyai stok sebanyak 100 buah komputer. Jika kedai tersebut menjual 25 buah komputer pada bulan november, hitung kebarangkalian menjual komputer pada bulan tersebut.
A 1/4
B 1/2
C 1/3
D 1/5
Jawapan:

36. Kebarangkalian memilih bukan nombor genap dalam set A =〈1,4,5,9,12,14,16,19,20,23〉 ialah
A 1/2
B 1/3
C 5/9
D 5/7
Jawapan:

37. Satu nombor dipilih secara rawak daripada set integer daripada 1 hingga 15. A ialah peristiwa memilih nombor perdana. Hitung kebarangkalian peristiwa pelengkap bagi peristiwa A.
A 1/2
B 1/3
C 1/4
D 1/5
Jawapan:

38. Jadual menunjukkan permainan yang dimain oleh 90 orang murid.
Seorang murid dipilih secara rawak dari kumpulan murid tersebut, apakah kebarangkalian murid itu ialah perempuan bermain ragbi?
 Bab 13: Kebarangkalian Mudah
A 1/6
B 5/18
C 5/9
D 2/9
Jawapan:

39. Dalam sesuatu minggu, terdapat 15 penerbangan ke Filipina, 35 penerbangan ke Thailand dan 50 penerbangan ke Singapura oleh syarikat penerbangan G. Satu penerbangan dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian penerbangan itu adalah ke Singapura?
A 1/2
B 2/3
C 5/6
D 1/3
Jawapan:

40. Dua biji dadu adil dilontarkan serentak. Peristiwa A dan B ditakrif seperti berikut:
A = Peristiwa nombor pada kedua-dua biji dadu itu adalah sama
B = Peristiwa nombor pada kedua-dua biji dadu itu adalah nombor ganjil
Diberi bilangan kesudahan bagi ruang sampel lontaran dua biji dadu itu ialah 36, cari kebarangkalian peristiwa B
A 5/6
B 1/2
C 1/12
D 1/13
Jawapan:

41. Terdapat 3 buku Bahasa Inggeris, 4 buku Matematik dan 5 buku Sains berada di atas rak buku. Lim memilih satu buku secara rawak dari rak buku dan memasukkan balik buku itu. Kemudian, Chan memilih satu buku secara rawak dari rak buku. Apakah kebarangkalian buku Matematik dipilih?
A 1/4
B 1/3
C 5/12
D 7/12
Jawapan:

42. Jadual menunjukkan bilangan adik-beradik semua murid Tingkatan 2 sebuah sekolah. Seorang murid dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian murid itu tidak mempunyai adik-beradik?
 Bab 13: Kebarangkalian Mudah
A 5/8
B 11/16
C 5/32
D 13/32
Jawapan:

43. Seramai 12 orang murid bermain hoki dalam sebuah kelas yang mempunyai 40 orang murid. Cari kebarangkalian murid yang tidak bermain hoki ?
A 7/20
B 12/40
C 3/10
D 7/10
Jawapan:

44. Didapati sebuah kotak diisi dengan sebilangan kad putih dan hitam. Kebarangkalian dipilih sekeping kad berwarna putih ialah 5885 . Apakah kebarangkalian diperoleh kad hitam ?
A 5/8
B 3/8
C 1/8
D 2/8
Jawapan:

45. Dalam satu peperiksaan, kebarangkalian Alimin salah menjawab satu soalan ialah 7/24. Ramalkan bilangan soalan yang dijangka betul jika Alimin menjawab jumlah 120 soalan.
A 20
B 35
C 85
D 90
Jawapan:

46. Sebuah bakul diisi dengan 12 biji telur, 3 biji antaranya adalah busuk. Jika sebiji telur dipilih secara dipilih secara rawak, Berapakah kebarangkalian untuk mendapat telur yang baik ?
A 3/12
B 4/12
C 8/12
D 9/12
Jawapan:

47. Dalam satu soal selidik, didapati bahawa 9/20 daripada pelajar SMKAMi gemar membaca komik. Hitungkan bilangan pelajar yang dijangka gemar membaca komik dalam satu sampel seramai 1 600 pelajar.
A 36
B 72
C 360
D 720
Jawapan:

48. Satu huruf dipilih secara rawak daripada perkataan SEMPURNA. Senaraikan unsur dalam ruang sampel bagi eksperimen ini.
A Ruang sampel = S, E, M, P, U, R, N, A.
B Ruang sampel = {S, E, M, P, U, R, N, A}.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。