1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Set 12 Latihan Geografi Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 12: Sumber Air

Klik untuk jawapannya

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber air bawah tanah?
A Air yang didapati di permukaan daratan
B Air yang jatuh ke daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanah
C Air permukaan daratan menyerap ke dalam tanah
D Air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi
Jawapan:

2. Jenis sumber air yang terdapat di Malaysia terdiri daripada...
I - sungai
II - tasik
III - salji
IV - laut
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

3. Pilih pernyataan yang benar mengenai infiltrasi.
A Air minuman domestik
B Air hujan yang menyerap dalam tanah
C Air hujan yang tidak menyerap dalam tanah
D Air hujan yang tersejat dan turun sebagai wap air
Jawapan:

4. Pilih pernyataan yang benar mengenai infiltrasi.
A Air minuman domestik
B Air hujan yang menyerap dalam tanah
C Air hujan yang tidak menyerap dalam tanah
D Air hujan yang tersejat dan turun sebagai wap air
Jawapan:

5. Manakah sumber air utama bagi penduduk Malaysia?
A Tasik
B Laut
C Sungai
D Telaga
Jawapan:

6. Antara berikut, manakah sumber air di Semenanjung Malaysia?
A Sungai Rajang
B Sungai Kinabatangan
C Sungai Muda
D Sungai Pinang
Jawapan:

7. Apakah perkaitan rajah tersebut dengan krisis air di Malaysia?
Bab 12 Sumber Air
A Menjejaskan kualiti air bersih
B Menyebabkan keracunan air
C Longkang tersumbat
D Pencemaran bau
Jawapan:

8. Apakah kesan kegiatan manusia dalam rajah tersebut boleh memberi KESAN TERHADAP KRISIS AIR?
Bab 12 Sumber Air
A Pulau Haba
B Hakisan Tanah
C Penggunaan air banyak
D Kekurangan tadahan air
Jawapan:

9. Apakah kesan segera kesan krisis air seperti rajah tersebut di Malaysia?
Bab 12 Sumber Air
A Kebuluran
B Pencemaran air
C Demam panas
D Kekurangan makanan
Jawapan:

10. Apakah persamaan antara kedua-dua ciri air dalam maklumat di bawah ini?
-Air permukaan
-Air bawah tanah
A Mengandungi sumber air mineral
B Sumber air minuman yang utama
C Sumber air yang terdapat di sungai
D Terletak di kawasan tanah tinggi sahaja
Jawapan:

11. Antara yang berikut, yang manakah adalah jenis sumber air?
I- air paip
II- telaga tiub
III- air permukaan
IV- air bawah tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

12. Mengapakah sumber air dalam maklumat di bawah ini dapat membekalkan air di Malaysia sepanjang tahun?
-Sungai Rajang
-Sungai Pahang
A Dasar sungai yang cetek
B Hujan lebat sepanjang tahun
C Sungai mengalir dengan deras
D Bekalan air bawah tanah yang banyak
Jawapan:

13. Apakah punca krisis air di Malaysia?
I- Fenomena cuaca
II- Hujan lebat yang berterusan
III- Jumlah sungai yang sedikit
IV- Peningkatan populasi penduduk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

14. Apakah kesan krisis air di Malaysia?
I- Hujan Asid
II- Jerebu yang berterusan
III- Kepupusan flora dan fauna
IV- Kemudaratan kepada manusia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

15. Apakah kesan perawatan air kumbahan oleh agensi dalam gambar di tersebut?
Bab 12 Sumber Air
A Bil air menurun
B Arah aliran sungai berubah
C Isipadu air sungai bertambah
D Krisis air dapat dikurangkan
Jawapan:

16. Bagaimanakah masyarakat boleh memelihara sumber air?
I- Menggunakan air hujan
II- Merawat air di rumah
III- Menggunakan air kumbahan
IV- Membersihkan sungai tercemar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

17. Antara berikut, yang manakah merupakan kempen kesedaran untuk memeilhara sungai?
A Lawatlah Taman Negara
B Melawatlah Sungai Malaysia
C Cintailah Sungai Kita
D Pentingkan Sungai Kita
Jawapan:

18. Air permukaan ialah
A air yang terdapat di sungai
B air yang terdapat di permukaan laut
C air yang terdapat di permukaan daratan
Jawapan:

19. Apabila hujan turun, air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti
A infiltrasi dan intersepsi
B intersepsi dan infrustrasi
C intersepsi dan respirasi
Jawapan:

20. Antara tasik yang membekalkan sumber air di Malaysia KECUALI
A Tasik Banding, Perak
B Tasik Muda, Kedah
C Tasik Bera, Pahang
D Tasik Kenyir,Terengganu
Jawapan:

21. Air bawah tanah bermaksud
A Air yang tersimpan dalam batuan
B Air yang tersimpan dalam lapisan tanah
C Air yang tersimpan dalam batuan dan lapisan tanah
Jawapan:

22. Malaysia mempunyai kira-kira ____________ simpanan air bawah tanah yang belum diterokai
A 5 bilion meter padu
B 50 bilion meter padu
C 500 bilion meter padu
D 5000 bilion meter padu
E 50 000 bilion meter padu
Jawapan:

23. Pilih faktor yang menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terancam
I aliran air sungai deras
II hujan lebat sepanjang tahun
III penggunaan racun serangga
IV pembuangan sampah dalam sungai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

24. Pilih kesan krisis air terhadap sektor pertanian
I hasil pertanian merosot
II perubahan jenis tanaman
III bekalan baja kimia bertambah
IV eksport hasil pertanian berkurang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

25. Apakah jenis penyakit yang dapat dikaitkan dengan pencemaran air?
A taun
B demam panas
C kanser
D sakit kulit
Jawapan:

26. Anatara berikut yang manakah langkah-langkah mengurangkan kesan krisis air?
A Catuan air
B Menggunakan penapis asap
C Menyalurkan sisa ke dalam sungai
D Meneroka air bawah tanah
Jawapan:

27. Apakah langkah yang dapat diamabil untuk memelihara kawasan tadahan hujan di Malaysia?
A Melebarkan sungai
B Mewartakan kawasan hutan
C Mencari sumber alternatif
D Menereskan kawasan tanah tinggi
Jawapan:

28. Ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih ialah _______________.
A Manusia
B Hutan
C Cahaya matahari
D Haiwan
Jawapan:

29. Gambar berikut menunjukkan catuan air. Mengapakah catuan air seperti yang ditunjukkan dalam gambar berlaku?
Bab 12 Sumber Air
A Pencemaran air sungai
B Tanah menjadi kering-kontang
C Kekurangan air bersih
D Ketidakseimbangan ekosistem
Jawapan:

30. Antara berikut yang manakah contoh penyakit bawaan air?
A Diabetis
B Katarak Mata
C Demam campak
D Demam kepialu
Jawapan:

31. Maklumat berikut berkaitan langkah mengurangkan kesan krisis air.
Memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa toksik.
Antara berikut yang manakah mewakili maklumat di atas?
A Penguatkuasaan undang-undang
B Kempen kesedaran terhadap alam sekitar
C Pertandingan mencintai sungai kita
D Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan
Jawapan:

32. Apakah maksud rawatan air kumbahan?
A Proses bahan pepejal yang diasingkan dan di rawat
B Proses bahan pepejal yang diasingkan, dirawat dan ditapis
C Proses bahan pepejal yang diasingkan, dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai
D Proses bahan pepejal yang diasingkan, di rawat, di tapis, di asingkan kembali dan dilepaskan ke sungai
Jawapan:

33. Mengapakah sumber air bawah tanah di negara kita tidak dieksploitasi secara besar-besaran?
A Kos yang tinggi
B Kekurangan teknologi
C Kurang kandungan mineral
D Air permukaan yang mencukupi
Jawapan:

34. Bagaimanakah kegiatan dalam gambar di atas boleh mengakibatkan krisis air?
Bab 12 Sumber Air
A Menyekat aliran sungai utama
B Menambahkan jumlah air sungai
C Mengurangkan kawasan tadahan air
D Menyebabkan pencemaran air sungai
Jawapan:

35. Apakah tindakan manusia yang boleh menyebabkan krisis air?
A Mendalam dan membersihkan sungai
B Penanaman pokok di sepanjang sungai
C Pengaliran air kumbahan ke dalam sungai
D Pembuangan sisa domestik ke tapak pelupusan
Jawapan:

36. Apakah sikap penggunaan air yang ditunjukkan oleh gambar di atas?
Bab 12 Sumber Air
A Berjimat
B Membazir
C Berhemah
D Bertanggungjawab
Jawapan:

37. Apakah tindakan yang boleh anda dipraktikkan di rumah bagi mengurangkan krisis air?
A Menggunakan semula air yang telah digunakan
B Mengurangkan minum air
C Mengurangkan penggunaan air perigi
D Menakung dan menggunakan air hujan
Jawapan:

38. Yang manakah bukan punca krisis air di Malaysia?
A Cuaca
B Pembuangan sampah
C Banyak sungai di Malaysia
D Peningkatan populasi penduduk
Jawapan:

39. Tahun berapakah fenomena El Nino yg menyebabkan kemarau dan penyusutan aras air empangan-empangandi Malaysia hingga ke tahap kritikal?
A 2016
B 2017
C 2015
D 2014
Jawapan:

40. Bilakah Kerajaan Malaysia menubuhkan Indah Water Consortium (IWK) ?
A 1967
B 1953
C 1944
D 1939
Jawapan:

41. Apakah maksud Intersepsi?
A Proses air di permukaan daratan yg menyerap ke dalm tanah
B Proses air hujan yg jatuh di permukaan daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanab
Jawapan:

42. Apakah empangan yg terkesan akibat El Nino pada ketika dahulu?
I Empangan Kenyir
II Empangan Temenggoh
III Empangan Timah Tasoh
IV Empangan Bukit Merah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

43. Berapakah lembangan sungai di Malaysia yg membekalkan sumber air mentab negara?
A 160
B 140
C 150
D 130
Jawapan:

44. Apakah kesan aktiviti dalam foto di atas terhadap alam sekitar?
Bab 12 Sumber Air
A Air sungai tercemar
B Tanih semakin subur
C Kualiti udara meningkat
D Suhu persekitaran menurun
Jawapan:

45. Mengapakah kawasan sekitar Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada setiap tahun?
A Pembalakan hutan di kawasan tadahan
B Jumlah penduduk yang tinggi
C Penggunaan baja kimia
D Fenomena cuaca
Jawapan:

46. Maklumat berikut menunjukkan krisis air di Malaysia.
* Pencemaran sungai utama
* Peningkatan penggunaan air domestik
Apakah kesan yang berlaku kepada penduduk?
A Pencatuan air
B Kemusnahan flora
C Tarif air meningkat
D Tanih menjadi kontang
Jawapan:

47. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah di bawah berlaku.
* Bekalan air berkurangan dalam tempoh yang lama
* Penyusutan aras air di empangan
A Amalan catuan air
B Kempen penjimatan air
C Kerosakan mesin dan paip
D Fenomena kemarau yang berpanjangan
Jawapan:

48. Apakah kesan negatif yang timbul jika jika masalah di bawah berlaku secara berterusan
* Tanih menjadi kering-kontang
(SILA PILIH DUA JAWAPAN YANG PALING TEPAT)
A Tumbuh-tumbuhan menjadi mati
B Tanah bertambah subur
C Bekalan makanan meningkat
D Tekstur tanah berubah
Jawapan:

49. Aliff telah terminum air yang tercemar. Apakah penyakit bawaan air yang mungkin akan dialaminya?
A Penyakit poliomielitis
B Penyakit leptospirosis
C Penyakit campak
D Penyakit rubella
Jawapan:

50. Zafran ialah Pegawai Kawalan Alam Sekitar. Apakah undang-undang yang boleh digunakannya untuk mendakwa individu yang membuang sisa toksik ke dalam sungai?
A Akta Kualiti Sungai 1984
B Akta Perhutanan Negara 1974
C Akta Kualiti Alam Sekitar 1984
D Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。