Set 6 Latihan Fizik Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 5

Bab 6: Fizik Nuklear

1. Tenaga yang besar dibebaskan semasa neutron melanggar nukleus yang berat membentuk dua nukleus yang lebih ringan berserta dua atau tiga nukleon.
Apakah nama proses ini?
A Tindak balas berantai
B Tindak balas nuklear
C Pembelahan nuklear
D Pelakuran nuklear
Jawapan:

2. Alfa boleh dihentikan oleh ....................
A Beberapa mm aluminium
B Beberapa cm blok plumbum
C Konkrit tebal
D Sehelai kertas
Jawapan:

3. Beta boleh dihentikan oleh ...............
A Sehelai kertas
B Beberapa mm aluminium
C Beberapa cm blok plumbum
Jawapan:

4. Kuasa penembusan Gama adalah ...............
A Rendah
B Sederhana
C Sangat tinggi
Jawapan:

5. Apakah keradioaktifan?
A proses pereputan satu atom yang stabil
B proses pembentukan satu atom yang stabil
C proses pereputan nukleus yang tidak stabil
D proses pembentukan nukleus yang stabil
Jawapan:

6. Bekas yang digunakan untuk menyimpan sisa bahan radioaktif mestilah diperbuat daripada
A plumbum
B kayu
C plastik
D aluminium
Jawapan:

7. Berapakah bilangan nukleon dalam nukleus Plumbum (rujuk gambar) ?
A 82
B 126
C 208
D 290
Jawapan:

8. Dalam suatu tindak balas nuklear, 5.265 x 10-10 J tenaga dibebaskan. Berapakah cacat jisim bagi tindak balas ini?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
A 4.74 x 107 kg
B 1.58 x 10-2 kg
C 1.76 x 10-18 kg
D 5.85 x 10-27 kg
Jawapan:

9. Pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear membebaskan jumlah tenaga yang besar, E seperti yang ditunjukkan oleh persamaan di bawah. Apakah m?
E = mc2
A Cacat jisim
B Jisim genting
C Jumlah jisim sebelum tindak balas nuklear
D Jumlah jisim selepas tindak balas nuklear
Jawapan:

10. Apakah maksud separuh hayat?
A Masa yang diambil oleh bahan untuk menjadi lebih stabil
B Masa yang diambil oleh bahan radioaktof untuk menjadi separuh dari asal
C Masa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk berubah jisim kepada lebih kecil
D Masa yang siambil oleh bahan radioaktif untuk menjadi suku dari asal
Jawapan:

11. Namakan sinaran radioaktif X?
 Bab 6: Fizik Nuklear
A Gama
B Beta
C Alfa
Jawapan:

12. Bahan ini digunakan untuk menentukan usia artifak purba. Apakah bahan ini?
A Carbon-14
B Iodin-131
C Cobolt-60
Jawapan:

13. Apabila satu sampel Radium-226 mereput, tenaga yang dibebaskan ialah 7.81 × 10-13 J. Berapakah cacat jisim?
[Diberi c = 3 x 108 m s-1]
Rumus : E = mc2
A 8.68 × 10-30 kg
B 2.60 × 10-21 kg
C 3.84 × 1020 kg
D 1.15 × 1029 kg
Jawapan:

14. Dalam sebuah reaktor nuklear, kadar tindakbalas berantai dikawal oleh
A rod-rod uranium
B rod-rod boron
C teras grafit
D pengadang konkrit
Jawapan:

15. Berdasarkan persamaan, berapakah jisim yang ditukarkan kepada tenaga?
 Bab 6: Fizik Nuklear
A 0.0025 uja
B 0.0050 uja
C 0.0060 uja
D 0.0075 uja
Jawapan:

16. Rajah menunjukkan lengkung reputan bagi satu bahan radioaktif, Ruthenium-106.
 Bab 6: Fizik Nuklear
Berapakah separuh hayat bagi sampel radioaktif tersebut?
A 0.2 tahun
B 0.4 tahun
C 1.0 tahun
D 2.9 tahun
Jawapan:

17. Meter kadar pada satu tiub G-M mencatatkan sinaran latar belakang 40 bilangan per minit. Apabila satu bahan radioaktif diletakkan di hadapan tiub G-M, meter kadar mencatatkan 160 bilangan per minit. Selepas 6 jam, bacaan meter kadar menjadi 55 bilangan per minit.
Tentukan separuh hayat bagi bahan radioaktif itu.
A 1 jam
B 2 jam
C 4 jam
D 6 jam
Jawapan:

18. Rajah menunjukkan siri pereputan nucleus W kepada nucleus Z.
 Bab 6: Fizik Nuklear
Berapakah bilangan zarah alfa dan zarah beta yang dipancarkan dalam proses ini?
A alfa: 1 beta: 2
B alfa: 1 beta: 1
C alfa: 2 beta: 2
D alfa: 2 beta: 1
Jawapan:

19. Apabila Americium-241 mereput kepada Neptunium-X, proses ini memancarkan zarah alfa.
 Bab 6: Fizik Nuklear
Apakah X, Y dan Z?
A X:241 Y:93 Z: 0
B X:237 Y:93 Z: 2
C X:237 Y:90 Z: 1
D X:240 Y:93 Z: 2
Jawapan:

20. Rajah menunjukkan graf lengkung pereputan bahan radioaktif.
 Bab 6: Fizik Nuklear
Jika aktiviti awal bahan radioaktif adalah 800 bilangan per minit, apakah aktiviti selepas 1 jam?
A 50
B 100
C 200
D 400
Jawapan:

21. Berikut adalah sinaran radioaktif kecuali
A Zarah alfa
B Zarah beta
C Sinar gamma
D Sinar-X
Jawapan:

22. Ciri-ciri manakah yang menghuraikan zarah β ?
 Bab 6: Fizik Nuklear
Jawapan:

23. Sinaran manakah yang boleh dihentikan oleh sehelai kertas ?
A Zarah alfa
B Zarah beta
C Sinar Gama
D Sinar-X
Jawapan:

24. Nombor nukleon suatu unsur ialah bilangan
A proton dalam nukleus
B neutron dalam nukleus
C proton dan elektron
D proton dan neutron
Jawapan:

25. Alat-alat berikut boleh digunakan untuk mengesan pancaran radioaktif kecuali
A kebuk kabus
B osiloskop sinar katod (o.s.k.)
C elektroskop daun emas
D tiub geiger-Muller
Jawapan:

26. Sinar-γ tidak dipesongkan oleh medan elektrik dan medan magnet kerana
A ia bergerak dengan kelajuan cahaya
B ia mempunyai kuasa pengionan yang kuat
C ia tiada jisim
D ia adalah neutral
Jawapan:

27. Tenaga di permukaan matahari dihasilkan oleh
A pelakuran nukleus
B pembelahan nukleus
C reputan radioaktif
D tenaga pengikat
Jawapan:

28. Pernyataan manakah yang tidak benar tentang pembelahan nukleus ?
A Pembelahan nukleus ialah proses yang melibatkan pembelahan satu nukleus berat kepada dau atau lebih nukleus yang lebih ringan
B Sekitar 200 MeV tenaga dibebaskan oleh setiap atom semasa pembelahan
C Matahari memperoleh tenaganya daripada pembelahan nukleus hidrogen
D Pembelahan nukleus tidak berlaku secara spontan
Jawapan:

29. Penyataan manakah yang tidak benar tentang pelakuran nukleus ?
A Pelakuran nukleus ialah proses di mana dua atau lebih nukleus kecil dan ringan bergabung untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat
B Sekitar 200 MeV tenaga dibebaskan oleh setiap atom semasa pelakuran
C Pelakuran lebih sukar berlaku daripada pembelahan
D Bom hidrogen menggunakan prinsip pelakuran nukleus
Jawapan:

30. Dalam suatu tindak balas pembelahan nukleus uranium-235 ,tenaga yang dihasilkan ialah 3.15 x 10-8 J. Hitung jumlah kehilangan jisim dalam tindak balas itu.
[kelajuan cahaya, c = 3 x 108 ms-1]
A 1.05 x 10-16 kg
B 1.05 x 10-20kg
C 3.50 x 10-25 kg
D 3.50 x 10-28 kg
Jawapan:

31. Antara yang berikut, kuantiti manakah yang tidak diabadikan dalam tindak balas nuklear ?
A Momentum
B Jisim
C Nombor atom
D Nombor nukleon
Jawapan:

32. Sebanyak 2.0 x 10-29 kg hidrogen ditukarkan menjadi tenaga dalam satu tindak balas nuklear.
Hitung jumlah tenaga yang dihasilkan.
[kelajuan cahaya, c = 3.0 x 108 ms-1]
A 1.8 x 10-12 j
B 6.0 x 10-12 j
C 1.8 x 10-21 j
D 6.0 x 10-21 j
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

6


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。