map



Set 1 Latihan Bahasa Melayu Darjah Enam Sekolah Rendah KSSR

Senarai Subjek Darjah 6

1. Beberapa orang penawas berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. ___________ sedang menanti kedatangan tetamu kehormat yang telah dijemput.
A. Mereka
B. Dia
C. Beliau
D. Kita
Jawapan:

2. "Tuanku, akan _______ masakkan nasi goreng itu," kata Mak Inang kepada tuan puteri
A. tuan hamba
B. beta
C. hamba
D. patik
Jawapan:

3. Guru disiplin telah membuat _______ kepada semua murid tahap dua melalui pembesar suara.
A. permohonan
B. pengumuman
C. pelaporan
D. pembentangan
Jawapan:

4. Kuah kari ayam yang dimasak oleh kakak agak ___________ kerana terlebih cili.
A. pedas
B. tawar
C. masin
D. payau
Jawapan:

5. Muka adik ______ seperti cuka apabila dimarahi oleh emak pada awal pagi tadi.
A. manis
B. masam
C. tawar
D. ceria

Jawapan:

6. ___________ menjadi johan dalam pertandingan nyanyian, Mak Cik sentiasa sibuk memenuhi undangan.
A. Semenjak
B. Selagi
C. Bahawa
D. Untuk
Jawapan:

7. Pertandingan mencari harta karun itu __________ diteruskan walaupun hujan renyai-renyai mulai turun.
A. pernah
B. telah
C. masih
D. belum
Jawapan:

8. Kakak Liza tidak mahu keluar rumah kerana cuaca _______ panas pada petang itu.
A. sekali
B. benar
C. nian
D. terlalu
Jawapan:

9. Cincin mutiara ini dibeli oleh Puan Azlina _____ luar negara semasa dia melancong ____ sana.
A. demi....dan
B. di...ke
C. untuk...ke
D. kepada..oleh
Jawapan:

10. Adik berdiri di _____ ayah apabila ternampak seekor anjing tidak jauh dari situ.
A. belakang
B. atas
C. bawah
D. celah
Jawapan:

11. Pasangan pengantin itu diarak manaiki sebuah _______ semasa majlis persandingan mereka.
A. kereta kuda
B. kereta kebal
C. kereta polis
D. kereta api
Jawapan:

12. Puan Sayara merebus beberapa _______ jagung untuk anak lelakinya.
A. biji
B. batang
C. tongkol
D. ruas
Jawapan:

Pilih ayat tanya berdasarkan jawapan yang diberi.

13. Majlis cukur jambul itu akan bermula pada bila-bila masa dari sekarang.
A. Di manakah majlis cukur jambul itu akan diadakan?
B. Mengapakah majlis cukur jambul itu diadakan?
C. Bilakah majlis cukur jambul itu akan diadakan
D. Siapakah yang mengadakan majlis cukur jambul?
Jawapan:

14. Pilih ayat yang betul.
A. Mak Cik Zainun bercadang untuk memperbesarkan dapur rumahnya.
B. Berbagai-bagai fesyen baju-baju dijual di pasar malam itu.
C. Anjing itu menyalak apabila melihat orang tidak dikenalinya.
D. Pak Cik Dolah makan keropok ikan bercicahkan cili sos.
Jawapan:


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Deman campak ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini boleh merebak melalui udara iaitu ketika pesakit bersin atau berkongsi gelas dengan pesakit. Pada kebiasaannya, deman campak dialami oleh bayi dan kanak-kanak kerana system imunisasi mereka masih lemah.

Antara gejala demam campak termasuklah mata merah atau sensitive terhadap cahaya, selesema, sakit tekak, hidung tersumbat dan deman panas. Selain itu, pesakit demam campak mengalami ruam berwarna merah pada seluruh kulit tubuh.

Pesakit demam campak perlu minum air sebanyaknya untuk mengelakkan dehidrasi tubuh dan melegakan tekak yang gatal sebagai akibat batuk. Selain itu, pesakit digalakkan minum air kelapa muda untuk menurunkan demam.

Demam campak boleh dielakkan dengan cara mengambil suntikan ketika berusia 15 bulan dan antara umur lime hingga enam tahun. Pesakit demam campak juga perlu diasingkan daripada kanak-kanak lain untuk mengelakkan jangkitan. Pesakit juga dinasihati memakai penutup hidung dan mulut supaya virus tidak merebak semasa mereka bersin.

Pesakit demam campak perlu mengikut beberapa pantang larang untuk mempercepat proses penyembuhnya. Mereka dilarang terkena hujan agar parut campak itu tidak kekal seumur hidup. Di samping itu, pesakit demam campak dilarang makan makanan yang berminyak dan pedas serta kicap agar bekas parut tidak menjadi hitam.

15. Bagaimanakah virus demam campak boleh merebak?
A. ketika pesakit berbual-bual
B. ketika pesakit tidur
C. ketika pesakit bersin
D. ketika pesakit berehat
Jawapan:

16. Yang berikut merupakan gejala demam campak kecuali
A. demam panas
B. sakit kepala
C. sakit tekak
D. selesema
Jawapan:

17. Mengapakah pesakit demam campak perlu minum banyak air?
A. untuk memastikan air di dalam badan sentiasa cukup
B. untuk mengelakkan kehausan
C. untuk mengelakkan sakit-sakit badan yang berpanjangan
D. untuk mengelakkan jangkitan kuman
Jawapan:

18. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Pesakit demam campak mesti bersukan supaya cepat sembuh
B. Orang dewasa paling banyak mengalami demam campak.
C. Pesakit demam campak mudah mengalami kekejangan otot.
D. Pesakit demam campak mengalami ruam di seluruh badan.
Jawapan:


Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Lembah Belum kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan menjadi habitat semula jadi bagi beratus-ratus sepsis haiwan. Lembah Belum yang terletak di daerah Hulu Perak ini terbahagi _____(19) dua bahagian, iaitu Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Kawasan ini menjadi destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong datang _____(20) menikmati keindahan alam semula jadi. Di Lembah Belum juga terdapat banyak perkampungan orang asli yang tinggal _____ (21) tepi tasik dan sungai. Kaum orang asli yang menetap di lembah ini adalah ______(22) suku kaum Jahai, Temiar dan Negrito.

19.
A. belakang
B. kepada
C. daripada
D. dengan
Jawapan:

20.
A. hadapan
B. untuk
C. daripada
D. oleh
Jawapan:

21.
A. di
B. dengan
C. dari
D. tentang
Jawapan:

22.
A. daripada
B. oleh
C. dari
D. kepada
Jawapan:


Tulis ayat aktif yang paling sesuai bagi ayat pasif yang diberi.

23. Ayat Pasif: Kem motivasi diri untuk semua murid tahun 6 akan diadakan oleh pihak sekolah
Answer:


Pilih simpulan bahasa yang sesuai.

24. Junita _______ apabila melihat pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.
A. gelap mata
B. cahaya mata
C. mata duitan
D. rambang mata
Jawapan:

24. Puan Hani dan suaminya sangat gembira kerana mereka baru sahaja menimang ___________.
A. gelap mata
B. cahaya mata
C. mata duitan
D. rambang mata
Jawapan:


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Penyapu banyak mempunyai kegunaan. Hampir setiap rumah mempunyai penyapu. Akan tetapi, banyak juga pantang larang yang wujud dalam kalangan kaum Cina tentang penyapu.
Mengikut kepercayaan orang Cina, penyapu mempunyai roh atau semangat sendiri. Penyapu tidak boleh disalahgunakan, kecuali untuk membersihkan rumah dan kedai sahaja.
Penyapu tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas pemujaan dan sembahyang kawasan di rumah orang Cina. Hanya kain bersih dan berus khas yang dibenarkan.
Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah atau kedai tidak dibenarkan selama tiga hari pertama perayaan. Hal ini kerana perbuatan tersebut boleh menghilangkan tuah atau menghalau Dewa Wang yang dipercayai akan singgah di rumah atau di kedai kita.
Orang Cina juga mempunyai kepercayaan bahawa jika seseorang itu dipukul dengan penyapu, maka orang itu akan mendapat kecelakaan selama beberapa tahun.
Penyapu juga digunakan untuk menghilangkan semangat buruk atau lemah. Penyapu disapu di seluruh badan pesakit sambal manghadap patung- patung pemujaan. Sejurus selepas itu, penyapu-penyapu itu akan dipukul dan dipijak untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini.

25. Apakah kepercayaan orang Cina terhadap penyapu?
Answer:

26. Mengapakah perbuatan menyapu rumah atau kedai semasa perayaan Tahun Baru Cina tidak dibenarkan?
Answer:


map

27. Perkataan silaturahim dalam petikan membawa maksud
Answer:

28. Program Gotong-royong Perdana 2017 diadakan pada
Answer:

29. Apakah tujuan Program Gotong-royong 2017 diadakan?
Answer:

30. Apakah yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak bermain dengan alat-alat permainan yang rosak itu?
Answer:

map

31. Di manakah pertandingan mewarna dan melukis itu akan diadakan?
Answer:

32. Sekiranya kamu memenangi tempat kedua kategori B, apakah hadiah yang akan kamu dapat?
Answer:

                                                            


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。

More Free Exercises(更多免费小学练习题):

Primary Standard 1 Exercises (一年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 2 Exercises (二年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 3 Exercises (三年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 4 Exercises (四年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 5 Exercises (五年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习

Primary Standard 6 Exercises (六年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习