map



1 2

Set 2 Latihan Bahasa Melayu Darjah Lima Sekolah Rendah KSSR

Senarai Subjek Darjah 5

Klik untuk jawapannya

A. Pilih jawapan yang sesuai

1. Puan Zaiton Kamaruddin Guru Besar di SK Seri Kandi. ________ mula bertugas di sekolah itu sejak tiga tahun yang lalu.
A. Dia
B. Beliau
C. Kalian
D. Mereka
Jawapan:

2. “__________________ mahu semua rakyat jelata hidup aman damai dan bekerjasama,” titah sultan ketika perhimpunan rakyat.
A. Beta
B. Patik
C. Tuanku
D. Baginda
Jawapan:

3. Encik Wong membawa pulang _____________ pisang yang berat 5kg dari kebun di belakang rumah.
A. Sebiji
B. Sesikat
C. Segugus
D. Setandan
Jawapan:

4. Selain tapak rumah, ayah Farid juga memiliki beberapa ____________ tanah di kampong.
A. Buah
B. Batas
C. Keping
D. Bidang
Jawapan:

5. _________________ Ranjit bertugas di bahagian pesakit luar, Hospital Kuala Lumpur.
A. Jururawat
B. Inspektor
C. Doktor
D. Profesor
Jawapan:

6. Roslan _________________ buah langsat dengan sebatang galah buluh di halaman rumahnya.
A. Menarik
B. Mengait
C. Meragut
D. Menjolok
Jawapan:

7. Logenathan berlari dengan ____________ untuk memenangi acara lari pecut 4 X 100 meter itu.
A. Ligat
B. Deras
C. Pantas
D. Kencang
Jawapan:

8. Wardina keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan yang ______________ untuk sampai ke desa datuknya.
A. Jauh
B. Dekat
C. Nyaris
D. Hampir
Jawapan:

9. Selain melakukan senaman, pemilihan makanan juga penting untuk hidup ____________ sihat.
A. Kurang
B. Makin
C. Lebih
D. Akan
Jawapan:

10. Wanita itu menjerit dengan kuat apabila seorang pemuda ___________ beg tangannya.
A. Diragut
B. Ragutan
C. Peragut
D. meragut
Jawapan:

11. Kita perlu minum air yang telah ______________ untuk menjamin kesihatan tubuh badan.
A. Dikukus
B. Dimasak
C. Direndam
D. dipanggang
Jawapan:

12. Bau _______________ ikan haruan melekat pada baju Siti selepas dia menyiang ikan tersebut.
A. Hapak
B. Harum
C. Hamis
D. hanyir
Jawapan:

13. Suasana di pasar itu _______________ dengan suara penjual dan pembeli sedang tawar-menawar harga barangan.
A. Huru-hara
B. Ulang-alik
C. Dolak-dalik
D. Riuh-rendah
Jawapan:

14. Kempen Gaya Hidup Sihat itu ________________ mendidik masyarakat tentang cara-cara menjaga kesihatan.
A. Pernah
B. Sedang
C. Dapat
D. sudah
Jawapan:

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Gotong-royong yang diadakan itu adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan penduduk taman ini.
A. Hasil daripada gotong-royong itu, para penduduk kawasan ini bertambah erat lagi hubungan mereka.
B. Tujuan gotong-royong itu adalah untuk mengeratkan hubungan kekeeluargaan antara penduduk taman ini.
C. Hubungan kekeluargaan yang bertambah erat di kawasan ini memudahkan program gotong-royong diadakan.
D. Hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan penduduk di kawasan ini adalah matlamat program gotong-royong diadakan.
Jawapan:

16. Pilih ayat yang betul.
A. Mohan murid paling terpandai sekali di dalam kelasnya.
B. Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.
C. Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke perpustakaan.
D. Kedua orang anak perempuannya menjadi doctor pakar bedah di Hospital Assunta.
Jawapan:

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihornati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Bidor, barisan penolong kanan, guru-guru dan anak didik sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Alam Sekitar sekolah ini kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang kempen kitar semula.

Hadirin sekalian

Amalan kitar semula bahan-bahan buangan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin meruncing. Sikap segelintir masyarakat yang sering memandang ringan terhadap pentingnya amalan kitar semula amatlah dikesali.

Kempen kitar semula merupakan suatu langkah yang bijak. Melalui kempen sebegini kita dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang cara-cara dan kaedah mengitar semula bahan-baban buangan. Jika bahan buangan ini kita kitar semula kita telah menyelamatkan ekosistem hidupan akuatik, flora dan fauna daripada terjejas.

Daripada kita membuang barang-barang yang sudah lama itu, lebih baik kita cuba untuk menggunakannya semula. Botol kaca misalnya, dapat digunakan untuk menyimpan air masak Manakala, botol plastik dipotong separuh untuk dijadikan pasu bunga. Kain langsir lama pula dapat dijadikan kain lap atau didermakan kepada badan kebajikan.

Hadirin yang dihormati,

Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan membuahkan hasil yang kita harapkau. Pemberian insentif atau hadiah galakan kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh kitar semula ke pusat-pusat pengumpulan. Tawaran sedemikian mungkin dapat memberi galakan kepada orang ramai terutamanya kepada kanak-kanak untuk mengumpul dan menghantar bahan buangan tersebut ke pusat-pusat pengumpulan.

Tampaknya, enam puluh minit telah pun berlalu, setakat ini sahaja maklumat yang dapat saya sampaikan. Saya amat berharap agar kempen kitar semula ini akan berjaya serta mencapai objektif dan matlamat yang kita sama-sama harapkan.

Sekian, terima kasih.

17. Ceramah tentang pentingnya amalan kitar semula ini dikelolakan oleh
A. Persatuan Hidup Sihat.
B. Persatuan Segar Bugar.
C. Persatuan Alam Sekitar
D. Persatuan Pencinta Alam.
Jawapan:

18. Orang ramai perlu mengambil berat dan menjayakan kempen kitar semula kerana
A.Bahan-bahan kitar semula merupakan barangan yang berharga.
B. Sesiapa yang tidak mengitar semula bahan buangan akan didenda.
C. Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
D. Kempen kitar semula perlu dilakukan untuk menyelamatkan flora dan fauna.
Jawapan:

19. Apakah harapan penulis pada akhirnya ceramahnya?
A. Supaya orang ramai menjayakan kempen kitar semula
B. Supaya orang ramai mengetahui pentingnya kitar semula
C. Supaya orang ramai dapat menyelamatkan flora dan fauna
D. Supaya orang ramai mempelajari cara-cara mengitar semula
Jawapan:

20. . Pilih pernyataan yang benar tentang petikan ceramah di atas.
A. . Peserta ceramah hanya dalam kalangan murid-murid sekolah.
B. Masyarakat masih memandang ringan terhadap amalan kitar semula.
C. Ceramah kempen kitar semula disampaikan oleh Guru Besar SK Bidor.
D. Penceramah menyarankan supaya botol kaca terbuang dijadikan pasu bunga.
Jawapan:

21. Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat yang diberi

buah    bidang    deret    Bingkai   kerat    lembar   orang   gelung

Puan Mariam seorang usahawan yang berjaya. Beliau mempunyai ladang ternakan kambing dan lembu yang diusahakan di atas se tanah yang luas. Dia turut dibantu oleh beberapa pekerja untuk menguruskan ladang ternakannya itu. Semua binatang peliharaannya ditempatkan di dalam enam kandang yang sentiasa dijaga kebersihannya oleh para pekerja. Ladang ternakannya juga turut dipasang dengan pagar yang dibina daripada beberapa dawai bagi mengelakkannya daripada dicerobohi dan mengawasi binatang ternakan itu daripada keluar merayau-rayau ke merata tempat.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
Answer:


Jawapan: Ya, saya dan Shahrul telah terpilih untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform itu.

23. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

map

a.Perkataan berlawan bagi mahasiswi dalam jadual di atas ialah

b. Berdasarkan jadual di atas, siapakah anak sulung dan anak bongsu dalam keluarga tersebut?
Answer:


c. Jawap pernyataan di bawah dengan betul atau salah.
Merujuk jadual yang disediakan, ahli keluarga berkenaan terdiri daripada enam orang adik-beradik.
Daripada enam orang adik-beradik, tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Dua orang adik-beradik perempuan sedang melanjutkan pelajaran mereka di menara gading.
Seorang ahli keluarga akan menduduki peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun ini.

24. Baca petikan surat tidak rasmi di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

"Sang Kancil, kamu hendak ke mana?" tanya Sang Belang.

"Aku hendak beritahu kepada semua warga di rimba supaya segara berpindah, "jawab Sang Kancil.

"Mengapa pula mesti berpindah?Sudah bertahun kita tinggal di sini. Aku tak akan berpindah,"balas Sang Belang dengan nada yang tinggi.

"Bahaya Sang Belang kalau kita tidak berpindah dari sini. Sekarang musim banjir. Aku dapat tahu empangan di atas bukit akan pecali. Kalau empangan itu pecah, tempat ini akan dilanda banjir besar,"jelas Sang Kancil.

a. Sang Belang ialah gelaran kepada

b. Mengapa Sang Kancil mahu semua haiwan di rimba berpindah?
Answer:


c. Tuliskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Pak man mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2. Peryanyi baharu itu menyanyi dengan penuh semangat.
3. Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa muda.

d. Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam petikan di bawah.

Alam sekitar penting kepada kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pokok-pokok di sekeliling kita membekalkan oksigen secara semula jadi. Namun kini, semakin banyak pokok ditebang untuk tujuan pembangunan. Kehijauan bukit-bukau menjadi semakin kurang. Keadaan ini menyebabkan permukaan bumi semakin gondol dan tandus. Hal ini menyebabkan bumi menjadi kering-kontang. Air hujan yang turun mudah diserap oleh permukaan bumi yang tandus.





25. Baca catatan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat yang lengkap.

Fahmi dan kawan-kawannya telah pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka ingin merujuki ensiklopedia di perpustakaan itu, Falımi telah membuat catatau aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut. Mari kita baca catatan Fahmi.

8:15 pagi

Ravichandran, Shahrul dan Lim Swee Kwang berkumpul di rumah saya. Kami merancang untuk pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Kami memilih untuk menaiki monorel ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Ramai penumpang yang menaiki monorel pada pagi itu.

9:00 pagi

Kami tiba di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Sebaik sahaja selesai sarapan, kami ke stesen teksi dan menaiki teksi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.

10:00 pagi

Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana, kami dihampiri oleh dua orang pelancong asing. Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Kesenian Islam. Kami memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.

10:30 pagi

Kami masuk ke dalam perpustakaan mencari buku yang dikehendaki. Mencatat segala maklumat yang diperoleh dalam buku berkenaan. Kami leka dan seronok membuat rujukan kerana segala bahan yang kami inginkan dapat ditemukan di sini.

12:30 tengah hari

Segala pencarian maklumat dapat dijayakan dengan begitu sukses sekali. Kami mula melangkah meninggalkan Perpustakaan Kuala Lumpur pulang ke rumah masing-masing. Selepas ini, kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Solehin.

a. Fahmi, Ravichandran, Shahrul dan Lim Swee Kwang pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur menaiki dua jenis pengangkutan awam iaitu.
Answer:


b. Mereka ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh
Answer:


c. Ketika sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur, Fahmi dan kawan-kawannya menghulurkan bantuan menunjukkan arah kepada dua orang pelancong asing yang hendak ke
Answer:


d. Berpandukan catatan Fahmi dan rakan-rakannya, apakah media utama yang menjadi rujukan mereka? Berapa lamakah masa mereka membuat rujukan di perpustakaan tersebut?
Answer:




Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。

More Free Exercises(更多免费小学练习题):

Primary Standard 1 Exercises (一年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 2 Exercises (二年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 3 Exercises (三年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 4 Exercises (四年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习
科学练习

Primary Standard 5 Exercises (五年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习

Primary Standard 6 Exercises (六年级练习题)
English Exercises
数学练习
Mathematics Exercises
Latihan Matematik
Latihan Bahasa Melayu
华文练习