1 2 3 4 5 6 7 8

Set 2 Latihan Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 2: Jirim dan Struktur Atom

Klik untuk jawapannya

1. Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?
A Udara
B Stim
C Karbon
D Naftalena
Jawapan:

2. Bahan yang manakah terdiri daripada ion?
A Karbon dioksida
B Sulfur dioksida
C Kalsium klorida
D Hidrogen klorida
Jawapan:

3. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan?
A Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas
B Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk
C Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil
D lsi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka
Jawapan:

4. Antara yang berikut, yang manakah adalah perbezaan isotop bagi unsur?
I Bilangan proton
II Sifat fizik
III Sifat kimia
IV Bilangan nukleon
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

5. Apakah maksud isotop?
A Atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang sama
B Atom-atom unsur yang sama dengan bilangan neutron yang berbeza
C Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor proton yang berbeza
D Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor nukleon yang sama
Jawapan:

6. Berapakah bilangan neutron dalam isotop uranium
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A 92
B 143
C 235
D 327
Jawapan:

7. Seorang ahli teknologi makanan ingin memusnahkan bakteria yang merosakkan ubi kentang dengan menggunakan radio isotop. Antara yang berikut, yang manakah sesuai digunakan?
A Karbon-14
B Kobalt-60
C Fosforus-32
D Natrium-24
Jawapan:

8. Antara berikut susunan elektron manakah yang mewakili atom bagi unsur di bawah.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A 2.8.1
B 2.8.2
C 2.8.3
D 2.8.4
Jawapan:

9. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang atom ini?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A Nombor proton ialah 2
B Nombor nukleon ialah 2
C Jumlah bilangan elektron ialah 4
D Bilangan elektron valens ialah 4
Jawapan:

10. Pasangan zarah manakah yang mempunyai bilangan elektron yang sama?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A U dan V
B W dan Z
C W dan V-
D Z dan U2
Jawapan:

11. Antara berikut, yang manakah betul tentang jenis zarah sesuatu bahan?
A Atom: Kuprum
Molekul: Oksigen
Ion: Merkuri
B Atom: Natrium
Molekul: Ammonia
Ion: Natrium klorida
C Atom: Ferum
Molekul: Karbon dioksida
Ion: Magnesium
D Atom: Bromin
Molekul: Nitrogen
Ion: Karbon monoksida
Jawapan:

12. Antara berikut, yang manakah urutan yang betul tentang sejarah perkembangan model atom?
P - Jirim terdiri daripada zarah yang dipanggil sebagai atom.
Q - Elektron di dalam atom bergerak di dalam petala di sekeliling nukleus
R - Menjumpai nukleus sebagai pusat atom
S - Menjumpai zarah neutral, iaitu neutron
A P → Q → R → S
B P → S → Q → R
C P → R → S → Q
D P → R → Q → S
Jawapan:

13. Pilih pernyataan yang benar tentang zarah subatom neutron.
A Jisim neutron ialah 1 g.
B Cas neutron dan elektron adalah sama.
C Neutron hanya wujud dalam atom unsur bukan logam.
D Neutron dan proton mempunyai jisim relatif yang sama.
Jawapan:

14. Rajah berikut menunjukkan perwakilan atom X, Y dan Z. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang atom ini?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A X dan Y ialah atom bagi unsur yang sama.
B X dan Z ialah atom bagi unsur yang sama.
C Atom X mempunyai bilangan elektron yang lebih banyak berbanding dengan atom Y.
D Atom Z mempunyai bilangan neutron yang lebih banyak berbanding dengan atom Y.
Jawapan:

15. Rajah berikut menunjukkan tiga isotop unsur hidrogen. Isotop hidrogen yang paling berat mengandungi
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A tiga petala
B tiga proton
C dua neutron
D satu elektron
Jawapan:

16. Maklumat berikut tentang atom silikon.
· Nombor proton = 14
· nombor nukleon = 28
Apakah bilangan elektron valens dalam atom silikon?
A 2
B 4
C 8
D 14
Jawapan:

17. Berapakah bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A 4
B 6
C 12
D 10
Jawapan:

18. Berapakah bilangan elektron dan neutron bagi atom P.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A BILANGAN ELEKTRON : 6
B BILANGAN NEUTRON : 8
C BILANGAN ELEKTRON : 8
D BILANGAN NEUTRON : 14
Jawapan:

19. Maklumat berikut menggambarkan salah satu model struktur atom
# sfera bercas positif
# elektron bercas negatif bertaburan di dalam sfera
Antara berikut, sainstis manakah yang mencadangkan model tersebut?
A John Dalton
B J.J Thompson
C Ernest Rutherford
D Niel Bohr
Jawapan:

20. Atom-atom bagi unsur yang sama dengan bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan ada definisi bagi
A isotop
B elektron valens
C kala
Jawapan:

21. Bahan manakah yang merupakan sebatian?
A Natrium
B Magnesium
C Karbon
D Naftalena
Jawapan:

22. Antara pernyataan berikut yang manakah benar?
A Zarah dalam semua jirim hanya bergetar
B Saiz zarah-zarah bagi semua jirim adalah sama
C Semua jirim terdiri daripada zarah-zarah halus dan diskrit
D Tenaga kinetik zarah-zarah jirim bertambah apabila jisim zarah bertambah
Jawapan:

23. Tindak balas manakah membebaskan haba ke persekitaran?
A Ais -> Air
B Air -> Ais
C Pepejal iodin -> wap iodin
D Zink nitrat -> Zink oksida + nitrogen dioksida + oksigen
Jawapan:

24. Rajah di bawah menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan pepejal Q. Antara berikut, pernyataan manakah yang benar?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A Pepejal Q mula melebur pada X
B Haba dibebaskan pada WX
C Tenaga kinetik adalah rendah pada Y
D Zarah-zarah adalah sangat berjauhan antara satu sama lain pada Z
Jawapan:

25. Rajah menunjukkan satu model atom. Siapakah yang memperkenalkan model ini?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A Neils Bohr
B John Dalton
C James Chadwick
D Ernest Rutherford
Jawapan:

26. Bahan X wujud dalam keadaan pepejal pada 200°C. Antara berikut yang manakah takat lebur dan takat didih bahan X?
A Takat lebur: -50°C
Takat didih: 100°C
B Takat lebur: 35°C
Takat didih: 185°C
C Takat lebur: 115°C
Takat didih: 668°C
D Takat lebur: 250°C
Takat didih: 750°C
Jawapan:

27. Anion T mempunyai susunan elektron 2.8. Apakah nombor proton atom unsur T?
A 4
B 6
C 8
D 10
Jawapan:

28. Kenal pasti jenis zarah bagi bahan yang diberikan.
Karbon / Carbon
C
A ion
B molekul
C atom
Jawapan:

29. Kenal pasti jenis zarah bagi bahan yang diberikan.
Natrium klorida / Sodium Chloride
NaCl
A ion
B molekul
C atom
Jawapan:

30. Nyatakan proses bagi tenaga haba dan perubahan tenaga kinetik bagi perubahan keadaan jirim di bawah.
Peleburan/Melting
A Haba : Diserap
Tenaga : Berkurang
B Haba : Diserap
Tenaga : Bertambah
C Haba : Dibebaskan
Tenaga : Bertambah
D Haba : Dibebaskan
Tenaga : Berkurang
Jawapan:

31. Nyatakan proses bagi tenaga haba dan perubahan tenaga kinetik bagi perubahan keadaan jirim di bawah.
Pembekuan / Freezing
A Haba : Diserap
Tenaga : Berkurang
B Haba : Diserap
Tenaga : Bertambah
C Haba : Dibebaskan
Tenaga : Bertambah
D Haba : Dibebaskan
Tenaga : Berkurang
Jawapan:

32. Nyatakan proses bagi tenaga haba dan perubahan tenaga kinetik bagi perubahan keadaan jirim di bawah.
Pemejalwapan (pepejal → gas) / Sublimation (solid → gas)
A Haba : Diserap
Tenaga : Berkurang
B Haba : Diserap
Tenaga : Bertambah
C Haba : Dibebaskan
Tenaga : Bertambah
D Haba : Dibebaskan
Tenaga : Berkurang
Jawapan:

33. Nyatakan proses bagi tenaga haba dan perubahan tenaga kinetik bagi perubahan keadaan jirim di bawah.
Pengendapan (gas → pepejal) / Deposition (gas→ solid)
A Haba : Diserap
Tenaga : Berkurang
B Haba : Diserap
Tenaga : Bertambah
C Haba : Dibebaskan
Tenaga : Bertambah
D Haba : Dibebaskan
Tenaga : Berkurang
Jawapan:

34. Nyatakan nama bagi perubahan antara keadaan jirim di bawah.
Pepejal ------〉 Cecair
A Pendidihan
B Pembekuan
C Peleburan
D Pemejalwapan
Jawapan:

35. Nyatakan nama bagi perubahan antara keadaan jirim di bawah.
Pepejal ------〉 Gas
A Pendidihan
B Pembekuan
C Peleburan
D Pemejalwapan
Jawapan:

36. Rumus yang manakah adalah BENAR bagi pengiraan yang melibatkan zarah-zarah subatom di dalam nukleus bagi suatu atom.
A bilangan proton = bilangan neutron - nombor nukleon
B bilangan proton = nombor nukleon - bilangan neutron
C bilangan proton + nombor nukleon = bilangan neutron
D nombor neutron = bilangan proton + bilangan nukleon
Jawapan:

37. Atom aluminium mempunyai 14 neutron dan 13 proton. Nombor proton dan nombor nukleon bagi atom ini ialah....
A Nombor proton = 14
Nombor nukleon = 13
B Nombor proton = 13
Nombor nukleon = 14
C Nombor proton = 27
Nombor nukleon = 13
D Nombor proton = 13
Nombor nukleon = 27
Jawapan:

38. Nombor nukleon dan nombor proton bagi atom kalium ialah 39 dan 19 masing-masing. Hitung bilangan elektron dan neutron bagi atom kalium.
A Billangan elektron = 19
Bilangan neutron = 20
B Billangan elektron = 39
Bilangan neutron = 19
C Billangan elektron = 19
Bilangan neutron = 39
D Billangan elektron = 20
Bilangan neutron = 19
Jawapan:

39. Apakah keadaan fizikal jirim di atas?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A. I- gas; II- cecair; III- pepejal
B. I- pepejal; II- cecair; III- gas
C. I- cecair; II- pepejal; III- gas
D. I- cecair; II- gas; III- pepejal
Jawapan:

40. Antara yang berikut , yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan?
A Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas
B Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk
C Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil
D Isi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka
Jawapan:

41. Gambarajah berikut menunjukkan perubahan keadaan jirim.
Antara berikut yang manakah proses X?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A peleburan
B pendidihan
C pembekuan
D kondensasi
Jawapan:

42. Rajah menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan naftalena.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
Antara berikut, pernyatakan manakah yang benar?
A. Takat lebur ialah 80ºC
B. Haba dibebaskan pada Y
C. Naftalena wujud sebagai cecair pada X
D. Zarah-zarah adalah padat satu sama lain pada Z
Jawapan:

43. Klorin-35 dan klorin-37 adalah dua isotop klorin.
Apakah perbezaan di antara isotop-isotop ini?
A. nombor proton dan sifat kimia
B. nombor proton dan sifat fizik
C. nombor nukleon dan sifat kimia
D. nombor nukleon dan sifat fizik
Jawapan:

44. Mengapakah kaedah kukus air digunakan dalam pemanasan naftalena?
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A mendapatkan suhu yang tepat
B mendapatkan pemanasan yang sekata
C naftalena bahan beracun
Jawapan:

45. Semasa QR, suhu pemanasan adalah malar. Ini kerana haba yang diserap digunakan untuk
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A memecahkan ikatan antara zarah
B melemahkan daya tarikan antara zarah
C mengatasi daya tarikan antara zarah
Jawapan:

46. Apakah keadaan fizik bahan ini pada NO
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
A pepejal
B cecair
C cecair dan pepejal
Jawapan:

47. Mengesan kebocoran paip bawah tanah.
A karbon-14
B natrium-24
C iodin-131
D kobalt-60
Jawapan:

Bahagian Subjektif:
1. Atom yang menerima elektron membentuk ion atau dipanggil .

2. Bilangan elektron di dalam tiga petala pertama bagi unsur dengan nombor proton 1 hingga 20 ialah;
Petala pertama:
Petala kedua:
Petala ketiga:

3. ialah suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu

4. Jadual di bawah menunjukkan nombor nukleon, bilangan proton dan formula kimia bagi beberapa unsur.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
(a) Apakah maksud nombor nukleon?


(b) Tuliskan nama bagi sebatian AlCl3.


(c) Tuliskan susunan elektron bagi
(i) atom Ne:


(ii) atom Si :


(d) Atom natrium mempunyai isotop Na-24.
(i) Nyatakan maksud isotop.



(ii) Nyatakan kegunaan isotop Na-24 dalam industri.


5. (a) Rajah 2.1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur T, U dan atom V.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
(i) Tuliskan susunan elektron bagi atom T, atom U dan atom V.


(ii) Tentukan elektron valens bagi atom T, atom U dan atom V.


(iii) Nyatakan satu unsur logam dan satu unsur bukan logam.


(b) Rajah 2.2 menunjukkan perwakilan piawai bagi dua isotop atom karbon. Bab 2 Jirim dan Struktur Atom

(i) Nyatakan dua persamaan dan dua perbezaan antara isotop karbon ini.






(ii) Nyatakan kegunaan C-14 dalam kehidupan seharian.


(c) Jisim atom relatif bagi atom klorin ialah 35.5 dan bukan 35. Terangkan mengapa.






6. Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan P, Q, R dan S dan takat lebur dan takat didihnya.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
(a) Nyatakan maksud takat lebur.



(b) Kenal pasti keadaan jirim bahan-bahan P, Q, R dan S pada suhu bilik.



(c) Rajah menunjukkan lengkung penyejukan bagi bahan Y.
Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
Terangkan tentang lengkung penyejukan dari segi:
• keadaan jirim
• perubahan suhu
• pergerakan zarah-zarah
• daya tarikan antara zarah







Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。