1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 8 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan

Klik untuk jawapannya

1. Rajah menunjukkan sebahagian toraks manusia. Apakah yang berlaku kepada struktur P dan Q semasa penghembusan nafas?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A P: Bergerak ke atas dan keluar
 Q: Mengendur
B P: Bergerak ke atas dan keluar
 Q: Mengecut
C P: Bergerak ke bawah dan ke dalam
 Q: Mengendur
D P: Bergerak ke bawah dan ke dalam
 Q: Mengecut

Jawapan:

2. Rajah menunjukkan sistem trakea pada seekor serangga.
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
Apakah X?
A Trakeol
B Trakea
C Otot
D Spirakel
Jawapan:

3. Bagaimanakah kecekapan pertukaran gas bagi seekor ikan dimaksimakan?
A Arah pengaliran darah dan air yang bertentangan melalui insang
B Arah pengaliran darah dan air yang sama melalui insang
C Penutupan mulut
D Pembukaan operkulum
Jawapan:

4. Rajah menunjukkan sebahagian daripada struktur respirasi bagi seekor serangga.
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
Apakah bahan P dan Q?
A P: Air
 Q Karbon dioksida
P: Oksigen
 Q: Air
P: Oksigen
 Q: Karbon dioksida
P: Glukosa
 Q: Oksigen
Jawapan:

5. Rajah menunjukkan struktur insang ikan. Proses yang berlaku di P apabila pertukaran gas berlaku ialah..
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A resapan berbantu
B osmosis
C resapan ringkas
D pengangkutan aktif
Jawapan:

6. Rajah menunjukkan sebahagian peparu. Apakah adaptasi pada alveolus yang menambahkan kadar pertukaran gas?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
I Rangkaian kapilari darah yang banyak
II Diliputi oleh satu lapisan nipis kelembapan
III Dapat mengembung dan menguncup
IV Luas permukaan yang kecil
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

7. Rajah menunjukkan alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa gas oksigen di X, Y dan Z?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A X: rendah
 Y: tinggi
 Z: rendah
B X: tinggi
 Y: tinggi
 Z: rendah
C X: rendah
 Y: tinggi
 Z: tinggi
Jawapan:

8. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan penurunan dasar rongga mulut pada katak?
A Glotis terbuka dan lubang hidung tertutup
B Udara masuk ke dalam rongga mulut melalui rongga hidung
C Otot peparu mengecut untuk membenarkan udara masuk
D Udara dikumpul dan didesak masuk ke dalam peparu
Jawapan:

9. Pilih organisma dan struktur respirasi yang benar.
I Belalang bernafas menggunakan insang
II Monyet bernafas menggunakan paru-paru
III Manusia bernafas menggunakan paru-paru
IV Lipas bernafas menggunakan sistem trakea
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II, III dan IV
Jawapan:

10. Pilih yang berkaitan dengan penyakit emfisema.
A Alveolus hilang kekenyalan dan saiz bertambah
B Bronkiol jadi radang, bengkak, tersumbat
C Laluan bronkiol sempit
Jawapan:

11. Karbon dioksida daripada sel badan diangkut ke alveolus dengan tiga cara iaitu sebagai..
I 7% asid karbonik dalam plasma darah
II 70% ion bikarbonat dalam plasma darah
III 23% bergabung dengan hemoglobin membentuk karbaminohemoglobin dalam sel darah
IV 50% asid karbonik dalam plasma darah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

12. Pilih ciri persamaan dalam struktur respirasi bagi ikan, katak, serangga dan manusia.
I Mempunyai JLP/I yang besar
II Struktur respirasi nipis
III Lembap
IV Banyak jaringan darah kecuali bagi serangga
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D Semua di atas
Jawapan:

13. Pernyataan di bawah merujuk kepada...
-Bronkiol jadi radang, bengkak, tersumbat
-Mukus banyak menyebabkan batuk
-Silium rosak sebabkan mukus susah disingkirkan
A penyakit asma
B penyakit emfisema
C penyakit bronkitis kronik
D penyakit peparu
Jawapan:

14. Struktur yang membantu pernafasan bagi ikan adalah..
I operkulum
II diafragma
III toraks
IV rongga mulut berotot
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV
Jawapan:

15. Struktur respirasi bagi ikan ialah insang. Insang terdiri daripada barisan _________ yang disokong oleh ____________ .
A filamen; lengkung insang
B lengkung insang; filamen
C filamen; otot
Jawapan:

16. Kantung udara dalam sistem trakea sesetengah serangga beisi dengan ________ untuk _______ .
A udara; mempercepat penghantaran gas respirasi semasa pergerakan badan yang cergas
B bendalir; mempercepat penghantaran gas respirasi semasa pergerakan badan yang cergas
C darah; mempercepat penghantaran gas respirasi semasa pergerakan badan yang cergas
Jawapan:

17. Apakah ciri-ciri penyesuaian kulit katak untuk pertukaran gas?
I Nipis dan sangat telap kepada gas respirasi
II Kulit yang lembap
III Terdapat sedikit jaringan kapilari darah pada bawah kulit
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan:

18. Bagaimana JLP/I yang tinggi bagi struktur respirasi diperoleh?
I Serangga: Bilangan trakeol yang banyak
II Ikan: Bilangan filamen dan lamela insang yang banyak
III Katak: Permukaan dalam peparu yang berlipat-lipat
IV Manusia: Bilangan alveolus yang banyak
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D Semua di atas
Jawapan:

19. Berikut adalah betul mengenai hembusan nafas pada ikan kecuali...
A Mulut ditutup, rongga mulut dinaikkan
B Air akan mengalir melalui lamela insang dan pertukaran gas antara darah dengan air berlaku secara resapan
C Isipadu rongga mulut brtambah, tekanan di dalam rongga mulut menjadi lebih rendah berbanding tekanan di luar
D Air mengalir keluar melalui bukaan operkulum yang terbuka
Jawapan:

20. Dalam peparu, darah yang memasuki kapilari peparu mengandungi tekanan separa ____________ yang tinggi berbanding udara dalam _________. Gas tersebut akan disingkirkan keluar melalui mulut dan hidung ke atmosfera.
A karbon dioksida; alveolus
B oksigen; alveolus
C oksigen; peparu
D karbon dioksida; peparu
Jawapan:

21. Aliran udara ke arah peparu ialah
A Lubang hidung --> Rongga hidung --> Bronkus --> Trakea --> alveolus --> bronkiol
B Lubang hidung --> Trakea --> Rongga hidung --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus
C Lubang hidung --> Trakea --> Bronkus --> Rongga hidung --> Bronkiol --> Alveolus
D Lubang hidung --> Rongga hidung --> Trakea --> Bronkus --> Bronkiol --> Alveolus
Jawapan:

22. Apabila kita menghembus nafas
A Peparu menjadi lebih besar
B Saiz peparu kekal sama
C Sangkar rusuk bergerak ke atas
D Peparu menjadi kecil
Jawapan:

23. Apa akan terjadi kepada belon apabila kepingan getah ditarik ke bawah?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A Belon mengembang
B Belon mengempis
C Belon meletup
D Belon terjatuh
Jawapan:

24. Rajah menunjukkan sistem respirasi serangga. Apakah X?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A kantung udara
B spirakel
C trakea
D Trakeol
Jawapan:

25. Rajah menunjukkan struktur insang pada ikan. Mengapakah struktur insang berlapis-lapis?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A mempunyai banyak kapilari darah
B membantu pertukaran gas dengan cekap
C menambahkan nisbah permukaan per isipadu
D membenarkan air mengalir dengan laju di celah-celah insang
Jawapan:

26. Manakah antara berikut bukan adaptasi sistem respirasi yang betul?
A Permukaan struktur yang lembap
B Struktur respirasi yang nipis
C Luas permukaan struktur respirasi yang besar.
D Permukaan struktur pernafasan yang kering
Jawapan:

27. Apakah struktur respirasi bagi ikan belacak?
 Bab 8: Sistem Respirasi Dalam Manusia Dan Haiwan
A Insang
B Peparu
C Kulit luar dan Insang
D Kulit dan peparu
Jawapan:

28. Semasa menghembus nafas otot abdomen belalang akan...
A mengecut
B mengendur
C mengembang
Jawapan:

29. Semasa menarik nafa, dasar rongga mulut ikan diturunkan.
Pada masa yg sama, ruang operkulum akan
A dibuka
B ditutup
Jawapan:

30. Mempercepatkan penghantaran gas respirasi semasa aktiviti cergas. Berikut adalah fungsi bagi struktur?
A Filamen
B Spirakel
C Trakeol
D Kantung udara
Jawapan:

31. Apabila sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar
A Diafragma mengecut dan mendatar
B Diafragma mengendur dan melengkung
C Peparu menjadi kecil
D Isi padu rongga toraks menjadi kecil
Jawapan:

32. Resapan gas berlaku dari kawasan tekanan separa gas yang ........... ke kawasan tekanan separa gas yang ..........
A tinggi, rendah
B rendah, tinggi
C sederhana, rendah
D sederhana, tinggi
Jawapan:

33. Pengangkutan karbon dioksida dalam sistem peredaran darah ada berapa?
A 5
B 4
C 2
D 3
Jawapan:

34. Amoeba sp. memounyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu yang _____________.
A kecil
B besar
Jawapan:

35. Berikut ialah ciri-ciri sepunya untuk semua struktur respirasi untuk serangga, katak, ikan dan manusia, KECUALI
A membran adalah nipis
B Permukaan struktur respirasi adalah lembap
C nisbah jumlah luas permukaan kepada isipadu yang besar
D struktur respirasi dilengkapi jaringan kapilari darah
Jawapan:

36. Kebanyakan karbon dioksida dalam darah diangkut _____________.
A dengan karbon dioksida terlarut
B dalam bentuk ion bikarbonat
C dalam bentuk karbaminohemoglobin
Jawapan:

37. Kulit katak sentiasa lembap kerana diselaputi oleh lapisan
A Lendir
B Hingus
C Mukus
D Air
Jawapan:

38. Ikan belacak merupakan ikan amfibia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut. Pada pendapat anda kenapa ikan belacak digelar ikan amfibia?
A Kerana bernafas menggunakan trakea
B Kerana bernafas menggunakan peparu
C Kerana bernafas melalui kulit luar lembap dan insang
D Kerana bernafas melalui kulit luar lembap dan peparu
Jawapan:

39. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR bagi mekanisme tarik nafas bagi katak
A Glotis tertutup dan dasar rongga mulut ke bawah apabila katak bernafas melalui lubang hidung
B Tekanan udara rendah dalam rongga mulut menarik udara ke rongga mulut melalui hidung
C Glotis terbuka dan lubang hidung tertutup menolak udara ke peparu.
D Glotis tertutup dan lubang hidung terbuka menolak udara ke dalam peparu.
Jawapan:

40. Antara berikut yang manakah benar bagi proses tarik nafas oleh manusia?
A sangkar rusuk bergerak ke bawah dan masuk ke dalam
B otot interkosta luar mengendur dan otot interkosta dalam mengecut
C otot diafragma mengendur dan diafragma berbentuk kubah
D tekanan dalam rongga toraks rendah dan isipadu rongga toraks bertambah
Jawapan:

41. Pertukaran gas berlaku antara dua kawasan yang berbeza disebabkan oleh…………
A Tekanan darah
B Tekanan separa
C Tekanan angin
D Tekanan emosi
Jawapan:

42. Salah satu cara pengangkutan karbon dioksida ialah 23% karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk
A Oksihemoglobin
B Karbaminohemoglobin
C Oksigen
D Eritrosit
Jawapan:

43. Merokok mempunyai kesan serta merta yang
A menghitamkan alveolus
B mengecutkan alveolus
C menyebabkan pembentukan sel kanser
D mengeringkan permukaan alveolus
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。