1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 6 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 6: Pembahagian Sel

Klik untuk jawapannya

1. Fasa untuk sintesis dan replikasi DNA ialah
A G1
B G2
C S
D M
Jawapan:

2. Nombor kromosom diploid bagi seekor lalat buah ialah 8. Berapakah bilangan kromosom dalam gamet?
A 2
B 4
C 8
D 16
Jawapan:

3. Sel Telur manusia dan sperma adalah _____, dan masing-masing mempunyai ____ kromosom.
A diploid, 23
B diploid, 46
C haploid, 23
D haploid, 46
Jawapan:

4. ________ adalah DNA yang dililit erat di sekitar protein.
A Gen
B Kromosom
C Trait
D Mutasi
Jawapan:

5. 2 salinan DNA yang sama dalam kromosom disebut ________.
A kromatid
B gen
C kromatin
D mutasi
Jawapan:

6. Kedua-dua kromatid kembar saling melekat pada titik yang disebut __________ kromosom.
A zigot
B autosom
C gen
D sentromer
Jawapan:

7. Kromosom yang disusun berpasangan mengikut saiz dan kandungan disebut kromosom _________.
 Bab 6: Pembahagian Sel
A homeostasis
B homolog
C berpadanan
D kembar
Jawapan:

8. Sel badan juga dipanggil sel _________.
A normal
B prokaryotik
C patogen
D soma
Jawapan:

9. Rajah kromosom dalam sel yang disusun mengikut saiz disebut _________.
 Bab 6: Pembahagian Sel
A mutasi
B gen
C gambar
D kariotip
Jawapan:

10. Kromosom homolog terdiri daripada kromosom......dan kromosom....
A haploid, diploid
B DNA , RNA
C maternal, paternal
Jawapan:

11. Kitar sel dibahagikan kepada dua fasa iaitu :
A Interfasa dan karyokinesis
B Interfasa dan Fasa M
C Fasa M dan sitokinesis
Jawapan:

12. Apakah proses yang terlibat dalam Fasa M?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Mitosis
B Sitokinesis
C Mitosis dan sitokinesis
D Sel membuat persiapan untuk membahagi
Jawapan:

13. Rajah 1 menunjukkan satu kitar sel
 Bab 6: Pembahagian Sel
Antara proses berikut, yang manakah berlaku semasa fasa X?
A Mitosis dan sitokinesis
B Meiosis dan sitokinesis
C Pembezaan sel dan pertumbuhan sel
D Replikasi DNA dan sintesis protein
Jawapan:

14. Sel dengan 24 kromosom mengalami mitosis. Berapakah bilangan kromosom dalam setiap sel anak yang dihasilkan?
A 12
B 24
C 46
D 48
Jawapan:

15. Pada bahagian manakah berlakunya meiosis pada haiwan?
A kulit
B ovum
C hati
D rambut
Jawapan:

16. Pada fasa manakah kromosom kelihatan jelas?
A G1
B S
C G2
D Profasa
Jawapan:

17. Dalam satu kitar sel, fasa yang manakah mengambil masa yang paling lama?
A Fasa -M
B Telofasa
C Interfasa
D Sitokinesis
Jawapan:

18. Apakah imej ini?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Kromatin
B Kromosom
C Sentomer
D Kromatid
Jawapan:

19. Rajah 2 menunjukkan satu peringkat mitosis dalam sel haiwan
Apakah peringkat itu?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Profasa
B Metafasa
C Anafasa
D Telofasa
Jawapan:

20. Rajah 3 menunjukkan satu peringkat akhir profasa I
 Bab 6: Pembahagian Sel
Apakah kepentingan peringkat tersebut?
A Menghasilkan variasi pada gamet
B Bilangan kromosom dalam sel anak sentiasa berubah
C Menyebabkan pindah silang berlaku antara kromatid kembar beradik/kembar
D Menghasilkan sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
Jawapan:

21. Pembahagian sel melibatkan dua peringkat. Namakan peringkat tersebut:
A kariokinesis dan sitokinesis
B kariokinesis dan gametosis
C sitokinesis dan somatik
D somatik dan gametosis
Jawapan:

22. Apa yang dimaksudkan dengan kromosom homolog?
A kromosom yang terdiri dari gabungan kromosom paternal dan kromoson matenal
B kromosom yang berpasangan
C kromosom anak yang berkembar
D kromosom jantan sahaja
Jawapan:

23. Kromosom yang mempunyai bebenang halua yang panjang dipanggil _________.
A kromosom homolog
B kromosom berkembar
C kromatin
D kromosom paternal
Jawapan:

24. Kariokinesis melibatkan pembahagian....
A nukleus
B sitoplasma
C sel
D sel gamet
Jawapan:

25. Sitokinesis melibatkan pembahagian
A nukleus
B mitosis
C sitoplasma
D kromosom
Jawapan:

26. Antara berikut yang manakah BUKAN faktor yang menyebabkan kanser
A bahan radioaktif
B bahan kasinogen
C bahan kimia seperti tar dalam tembakau
D pewarna semulajadi contoh dari tumbuhan
Jawapan:

27. Berapakah bilangan sel anak yang dihasilkan semasa meiosis
A 4 sel anak
B 2 sel anak
C 3 sel anak
D 5 sel anak
Jawapan:

28. Kloramfenikol adalah bahan kimia yang menghalang pembentukan gentian gelendong semasa pembahagian sel. Jika bahan ini digunakan, keadaan yang manakah tidak akan berlaku?
A Replikasi DNA
B Kondensasi kromosom
C Pemisahan kromatid beradik/kembar
D Penyusunan kromosom secara rawak di satah khatulistiwa
Jawapan:

29. Rajah menunjukkan Anafasa II meiosis.
 Bab 6: Pembahagian Sel
Apakah yang berlaku semasa peringkat tersebut?
A Sinapsis berlaku
B Kromosom homolog bergerak ke kutub sel yang bertentangan
C Pindah silang berlaku
D Pasangan kromatid terpisah dab bergerak ke kutub sel yang bertentangan
Jawapan:

30. Rajah menunjukkan satu sel diploid. Sel itu mengalami meiosis.
 Bab 6: Pembahagian Sel
Peringkat dimana bilangan kromosom mula dikurangkan menjadi separuh ialah _______.
A metafasa I
B anafasa I
C anafasa II
D metafasa II
Jawapan:

31. Nombor kromosom diploid bagi seekor lembu ialah 60. Satu daripada pasangan kromosom homolog tidak terpisah semasa Meiosis I.
Berapakah bilangan kromosom yang didapati pada salah satu gamet?
A 29
B 30
C 59
D 60
Jawapan:

32. Apakah kepentingan meiosis?
A Pengklonan
B Kultur tisu
C Untuk menghasilkan sel haploid
D Untuk menghasilkan sel diploid
Jawapan:

33. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebabkan sindrom Down?
A Sinapsis tidak berlaku semasa profasa I
B Membran nukleus tidak terbentuk semasa telofasa II
C Sitokinesis tidak berlaku semasa telofasa II
D Pasangan kromatid tidak terpisah semasa anafasa II
Jawapan:

34. Manakah benar tentang mitosis?
A Proses pembahagian nukleus yang mengurangkan setengah bilangan kromosom berbanding sel induk
B Proses di mana sitoplasma membahagi membentuk dua sel anak
C Proses pertumbuhan di dalam badan organisma multisel
D Proses pembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak yang serupa dari segi genetik
Jawapan:

35. Rajah menunjukkan suatu peringkat meiosis yang menghasilkan sel-sel pembiakan. Antara penyataan yang berikut, manakah yang benar tentang peringkat yang ditunjukkan dalam Rajah di atas?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Kromosom homolog berada secara bersebelahan
B Pindah silang berlaku pada kiasma
C Kromosom homolog dipisahkan oleh gentian gelendung, dan bergerak ke kutub sel yang bertentangan
D Nukleolus dan membran nukleus mula menghilang
Jawapan:

36. Pilih peristiwa yang berlaku semasa profasa I, meiosis.
I Gentian gelendong terbentuk sepenuhnya
II Sinapsis berlaku
III Kromosom homolog berpisah dan ditarik ke kutub bertentangan
IV Membran nukleus hilang
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

37. Rajah menunjukkan proses pengklonan sejenis haiwan. X berbulu hitam manakala Y berbulu putih.
Apakah warna bulu bagi anak Z?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Kelabu
B Hitam
C Perang
D Putih
Jawapan:

38. Nombor kromosom diploid bagi seekor kucing ialah 40. Jika satu daripada pasangan kromosom homolog tidak terpisah semasa Meiosis I, berapakah bilangan kromosom yang mungkin didapati pada gamet?
A 18
B 21
C 37
D 38
Jawapan:

39. Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai peringkat pada rajah di atas?
 Bab 6: Pembahagian Sel
A Membran nukleus lenyap
B Sentriol berpasangan bergerak ke hujung sel yang bertentangan
C Membran sel pada dua hujung itu bercantum, seterusnya memisahkan sitoplasma kepada dua anak sel
D Vesikel bercantum untuk membentuk satu plat sel
Jawapan:

40. Apakah kromosom yang wujud pada sel kulit seseorang lelaki?
A 22 + Y
B 22 + X
C 44 + XX
D 44 + XY
Jawapan:

41. Kejuruteraan genetik boleh digunakan untuk tujuan yang memberi manfaat kepada manusia seperti berikut:
I Mengkaji fungsi gen tertentu
II Meningkatkan nutrisi dalam tanaman
III Menghasilkan rumpai yang tahan racun serangga
IV Menggantikan tanaman yang tidak memberi hasil yang tinggi
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

42. Warna bunga Handrangea yang pelbagai seperti merah, biru dan merah jambu adalah disebabkan oleh...
A faktor persekitaran
B faktor genetik
C faktor persekitaran dan faktor genetik
Jawapan:

43. Perubahan spontan terhadap struktur kromosom dalam sesuatu organisma dikenali sebagai
A variasi
B mutasi
C meiosis
D mitosis
Jawapan:

44. Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?
A Sindrom Down
B Buta warna
C Sindrom Turner
D Sindrom Klinefelter
Jawapan:

45. Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
A Albinism
B Hemofilia
C Buta warna
D Sindrom Klinefelter
Jawapan:

46. Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?
A Kehadiran tiga kromosom pada no.5
B Kehadiran tiga kromosom pada no. 9
C Kehadiran tiga kromosom pada no.21
D Kehadiran tiga kromosom pada no.23
Jawapan:

47. Apakah unit-unit asas bagi DNA?
A asid nukleik
B nukleus
C protein
D nukleotida
Jawapan:

48. Autosome ialah kromosom yang tidak terlibat dalam penentuan seks.
A Benar
B Palsu
Jawapan:

49. Pasangan kromosom manakah dalam nukleus sel manusia yang menentukan jantina manusia?
A Pasangan kromosom ke-22
B Pasangan kromosom ke-23
C Pasangan kromosom ke-24
D Pasangan kromosom ke-21
Jawapan:

50. Profasa - Kromosom memendek dan menipis.
A Benar
B Palsu
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

6


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。