1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 5 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 5: Metabolisme Dan Enzim

Klik untuk jawapannya

1. Antara tindak balas berikut, yang manakah melibatkan proses anabolisme?
A Pengoksidaan glukosa semasa respirasi sel
B sintesis glukosa semasa fotosintesis
C hidrolisis protein oleh enzim pencernaan
D penguraian kanji kepada maltosa
Jawapan:

2. Kepingan betik muda digunakan untuk melembutkan daging. Langkah manakah yang mempercepatkan proses tersebut?
A menyimpannya pada suhu 40°C
B menambah sedikit garam
C menambah sedikit larutan gula
D menyimpannya di dalam peti sejuk
Jawapan:

3. Aktiviti enzim dipengaruhi oleh suhu. Antara proses berikut, yang manakah akan dipengaruhi sekiranya seseorang mengalami demam panas?
A pencernaan
B penyerapan
C asimilasi
D peristalsis
Jawapan:

4. Rajah di bawah menunjukkan kesan pH terhadap kadar tindakan enzim Y di dalam salur alimentari manusia. Apakah enzim Y?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Pepsin
B Amilase
C Tripsin
D Lipase
Jawapan:

5. Graf menunjukkan kesan kepekatan enzim terhadap kadar tindak balas enzim. Mengapakah tindak balas pada X adalah malar?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Kekurangan oksigen
B Tiada lagi substrat untuk enzim bertindak balas
C Enzim ternyahasli pada kepekatan substrat yang tinggi
D Kepekatan substrat adalah malar dan tidak meningkat
Jawapan:

6. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri enzim?
A Tindakan enzim adalah tidak berbalik
B Semua enzim adalah karbohidrat
C Suhu optimum bagi tindakan enzim ialah 60 °C
D Terdapat beberapa enzim yang memerlukan kofaktor untuk berfungsi
Jawapan:

7. Pernytaaan di bawah menerangkan tentang satu ciri enzim maltase.
Maltase boleh mempercepatkan kedua-dua tindakbalas hidrolisis dan kondensasi.
Yang manakah antara berikut merujuk kepada ciri tersebut?
A Spesifik dalam tindakan
B Tindakbalas berbalik
C Diperlukan dalam kuantiti yng kecil
D Tidak termusnah diakhir tindakbalas
Jawapan:

8. Rajah di bawah menunjukkan baju dengan kesan darah sebelum dan selepas dibasuh dengan pencuci mengandungi enzim. Yang manakah enzim dan suhu yang paling sesuai untuk menghasilkan keputusan seperti di bawah?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Lipase, 37°C
B Protease,18°C
C Lipase,18°C
D Protease, 37°C
Jawapan:

9. Rajah di bawah menunjukkan tindakan satu enzim ke atas satu molekul substrat. Apakah S jika P ialah laktase, Q ialah laktosa dan R ialah glukosa?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Maltosa
B Glukosa
C Fruktosa
D Galaktosa
Jawapan:

10. Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tentang aktiviti enzim. Semua tabung uji tersebut dibiarkan pada suhu 37°C selama 1 jam. Antara berikut manakah tidak benar berkaitan eksperimen tersebut?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Pepsin boleh mencernakan pepejal telur putih.
B Pepsin aktif dalam medium berasid.
C Pepsin aktif dalam medium beralkali
D Pepsin bertindak paling aktif pada suhu 37°C.
Jawapan:

11. Rajah di bawah menunjukkan proses hidrolisis oleh enzim. Antara struktur berlabel A,B, C dan D, manakah mewakili enzim?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
Jawapan:

12. Yang berikut menunjukkan pembentukan molekul sukrosa. Apakah molekul R?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Glukosa
B Laktosa
C Fruktosa
D Galaktosa
Jawapan:

13. Seorang suri rumah menggunakan beberapa keping hirisan buah betik muda untuk melembutkan daging yang dimasak untuk makan malam. Yang manakah antara berikut urutan yang betul?
P - tambahkan hirisan betik muda
Q - rebus daging itu
R - biarkan daging tersebut selasa satu jam setengah
S - potong daging kepada hirisan kecil
A Q → R → S → P
B S → P → R → Q
C P → Q → R → S
D R → S → Q → P
Jawapan:

14. Di dalam penghasilan enzim luar sel, apa akan berlaku jika vesikel angkutan gagal bercantum dengan jasad golgi?
A Protein tidak akan diubahsuai
B Protein akan dihidrolisis
C Protein akan dinyahaslikan
D Protein tidak akan disintesis
Jawapan:

15. Beberapa enzim telah dimasukkan ke dalam serbuk pencuci biologi untuk menanggalkan kekotoran. Manakah enzim yang paling berkesan untuk menanggalkan kekotoran susu coklat?
A Amilase dan maltase
B Amilase dan katalase
C Protease dan lipase
D Protease dan katalase
Jawapan:

16. Rajah ialah satu graf yang menunjukkan hubungan antara kadar tindak balas dengan kepekatan substrat apabila faktor X diubah. Faktor X ialah
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A masa
B pH
C kepekatan enzim
D perencat
Jawapan:

17. Rajah menunjukkan tindakbalas enzim berdasarkan hipotesis ‘mangga dan kunci’. Berdasarkan rajah, kenalpasti sifat-sifat enzim.
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Tindakan enzim tidak spesifik.
B Enzim kekal tidak berubah di akhir tindakbalas
C Tindakan enzim adalah berbalik.
D Enzim mempercepatkan kadar tindakbalas kimia
Jawapan:

18. Rajah menunjukkan perkaitan antara kadar tindak balas enzim dan kepekatan substrat. Pernyataan manakah yang benar?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Kadar tindak balas enzim berkadar terus dengan kepekatan substrat.
B Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.
C Apabila kepekatan substrat bertambah, kadar tindak balas enzim berkurang hingga mencapai kepekatan tertentu
D Apabila kepekatan substrat berkurang, kadar tindak balas enzim bertambah hingga mencapai kepekatan tertentu.
Jawapan:

19. Graf di bawah diplotkan untuk menunjukkan proses hidrolisis kanji oleh amilase pada suhu yang berbeza. Di antara lengkung graf yang diplotkan, lengkung yang manakah merupakan bersuhu optimum?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
Jawapan:

20. Rajah di bawah menunjukkan tindakan suatu enzim. Apakah yang ditunjukkan melalui rajah ini?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
A Enzim ialah satu protein.
B Enzim dan substrat adalah spesifik.
C Enzim ternyahasli oleh suhu.
D Enzim mempercepatkan tindak balas biokimia.
Jawapan:

21. Berdasarkan hipotesis mangga dan kunci, enzim diwakili oleh ______
A kunci
B mangga
Jawapan:

22. ___________ ialah tenaga yang diperlukan untuk memecahkan ikatan dalam molekul substrat sebelum tindak balas boleh berlaku.
A tenaga kinetik
B tenaga pengaktifan
C tenaga haba
Jawapan:

23. Enzim berfungsi _________ tenaga pengaktifan.
A mengurangkan
B menambahkan
C menghilangkan
Jawapan:

24. Pada suhu yang rendah, kadar tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah ______.
A tinggi
B rendah
Jawapan:

25. Apabila suhu meningkat, tenaga kinetik molekul substrat dan enzim turut meningkat. Ini ________ frekuensi perlanggaran berkesan antara molekul substrat dan enzim.
A meningkatkan
B merendahkan
Jawapan:

26. Selepas suhu optimum, peningkatan suhu yang seterusnya akan mengurangkan aktiviti enzim dan aktiviti enzim berhenti pada suhu _______.
A 50oC
B 60oC
Jawapan:

27. Enzim pepsin di dalam perut bertindak pada pH optimum dalam julat 1.5 hingga ________ .
A 2.5
B 3.5
C 4.5
D 5.5
Jawapan:

28. Enzim tripsin dalam duodenum bertindak dengan baik pada pH _______.
A 7.5
B 8.5
C 9.5
D 10.5
Jawapan:

29. Perubahan nilai pH mengubah cas tapak aktif enzim dan permukaan substrat. Ini menyebabkan __________ tidak dapat dibentuk.
A produk
B bahan
C kompleks enzim-substrat
D kompleks substrat
Jawapan:

30. Apabila pH kembali ke tahap optimum, _____ pada tapak aktif dipulihkan dan enzim kembali berfungsi.
A cas
B bahan
C molekul
Jawapan:

31. Sekiranya kepekatan enzim _____ manakala kepekatan substrat ______, kadar tindakbalas yang dikawal oleh enzim akan ________ dan seterusnya produk yang terbentuk juga _________.
A ditambah, ditetapkan, meningkat, bertambah
B ditetapkan, ditambah, meningkat, bertambah
C ditetapkan, dikurangkan, meningkat, berkurang
D dikurangkan, ditetapkan, meningkat, berkurang
Jawapan:

32. Apakah faktor pengehad bagi kesan kepekatan substrat dalam tindakan enzim?
A kepekatan enzim
B kepekatan substrat
Jawapan:

33. Apabila kepekatan enzim _______, kadar tindak balas enzim akan ________ kerana kehadiran lebih _____ tapak aktif yang tersedia untuk tindakan pemangkinan.
A ditambah, berkurang, banyak
B ditambah, meningkat, banyak
C dikurangkan, meningkat, banyak
Jawapan:

34. Apakah faktor pengehad bagi kesan kepekatan enzim dalam tindak balas enzim ?
A kepekatan enzim
B kepekatan substrat
Jawapan:

35. Enzim pencernaan digunakan dalam bidang ______
A pertanian
B perindustrian
C perubatan
Jawapan:

36. Enzim amilase, lipase, protease dan selulase digunakan dalam ________.
A detergen
B bio detergen
C kimia detergen
Jawapan:

37. Enzim protease untuk _________.
A mengasingkan kulit ikan
B mengasingkan kulit ayam
C mengasingkan kulit buaya
Jawapan:

38. Enzim yang terdapat dalam susu bebas laktosa
A laktase
B laktose
C laktese
Jawapan:

39. Enzim pektinase dan selulase digunakan untuk penghasilan _________.
A plastik
B fabrik
C jus
Jawapan:

40. Enzim untuk mengeluarkan bulu daripada kulit haiwan
A enzim erepsin
B enzim renin
C enzim tripsin
Jawapan:

41. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji tindakan pepsin ke atas protein. Tabung uji mengandungi campuran 1 mℓ 1% larutan pepsin, 4 titis 0.1 M asid hidroklorik dan 2 mℓ ampaian albumen. Ampaian albumen menjadi jernih selepas 30 minit.
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masa yang diambil oleh ampaian albumen untuk menjadi jernih?
A Kurangkan isi padu 0.1 M asid hidroklorik kepada 2 titis
B Tingkatkan isi padu 1% larutan pepsin kepada 2 mℓ
C Tingkatkan isi padu ampaian albumen kepada 4 mℓ
D Kurangkan suhu kukus air kepada 30°C
Jawapan:

42. Yang manakah mengakibatkan perubahan pada tapak aktif enzim?
A Pemanasan
B Hidrolisis
C Pembekuan
D Kondensasi
Jawapan:

43. Antara organ berikut, manakah merembeskan enzim tripsin?
A Hati
B Perut
C Esofagus
D Pankreas i
Jawapan:

44. Enzim mana diperlukan dalam industri tenusu?
I Renin
II Lipase
III Protease
IV Amilase
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

45. Antara pernyataan berikut, manakah benar tentang mekanisma yang ditunjukkan?
 Bab 5: Metabolisme Dan Enzim
I R ialah enzim
II S ialah tapak aktif enzim
III T dikenal sebagai substrat bagi tindak balas
IV U dan V ialah hasil tindak balas
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

46. Pilih kegunaan enzim yang betul.
I Enzim protease untuk mengasingkan kulit ikan
II Enzim amilase, lipase, protease dalam bio detergen
III Enzim tripsin mengeluarkan bulu daripada kulit haiwan untuk produk kulit
IV Enzim amilase dalam penghasilan jus
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

47. Yang manakah bukan padanan yang benar bagi enzim dan substrat?
A Enzim: Sukrase
 Substrat: Sukrosa
B Enzim: Amilase
 Substrat: Glikogen
C Enzim: Lipase
 Substrat: Lipid
D Enzim: Protease
 Substrat: Protein
Jawapan:

48. Tandakan petak-petak yang sesuai berkaitan ciri-ciri enzim
I tidak berubah bentuk dan tidak musnah di akhir tindakbalas
II mempunyai tapak aktif yang spesifik
III protein yang dihasilkan oleh sel hidup dan sel mati
IV diperlukan dalam kuantiti yang banyak
V aktiviti enzim boleh diperlahankan atau diberhentikan oleh perencat
A I dan II
B II dan V
C II dan III
D I, II dan V
Jawapan:

49. ----------ialah tapak sintesis enzim di dalam sel
A lisosom
B Jasad Golgi
C Ribosom
D Jalinan endoplasma kasar
Jawapan:

50. Setelah protein disintesis oleh ribosom, ...................... akan mengangkut protein tersebut ke jasad Golgi.
A Jalinan endoplasma licin
B Jalinan endoplasma kasar
C Sitoplasma
D Vesikel rembesan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

5


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。