1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 3 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma

Klik untuk jawapannya

1. Membran plasma terbina dari
A Protein dan lipid
B Protein dan karbohidrat
C Lipid dan karbohidrat
D Lipid sahaja
Jawapan:

2. Air merentasi membran plasma secara
A Resapan ringkas
B Resapan berbantu
C Pengangkutan aktif
D Osmosis
Jawapan:

3. Apabila garam dilarutkan dalam air menghasilkan ion Na+. Bagaimana ion ini merentasi membran plasma?
A Resapan berbantu
B Resapan ringkas
C Pengangkutan aktif
D Osmosis
Jawapan:

4. Ahmad membuat telur masin. Apakah yang berlaku semasa proses ini?
A Air meresap keluar secara resapan ringkas .larutan garam meresap masuk secara osmosis
B Air meresap keluar secara osmosis & garam meresap masuk secara pengangkutan aktif
C Air meresap keluar secara pengangkutan aktif& larutan garam meresap masuk secara osmosis
D Air meresap keluar secara resapan berbantu & larutan garam meresap masuk secara osmosis
Jawapan:

5. Nyatakan bahan yang diangkut secara resapan berbantu
A Glukosa dan asid amino
B Glukosa dan asid lemak
C Air dan asid amino
D Air dan glukosa
Jawapan:

6. Vitamin A adalah larut lemak. Bagaimana ia diangkut?
A Pengangkutan aktif
B Resapan ringkas
C Resapan berbantu
D Osmosis
Jawapan:

7. Gas oksigen merentasi membran plasma melalui
A Protein pembawa
B Protein liang
C Fosfolipid
D Semua diatas
Jawapan:

8. Air merentasi membran plasma melalui
A Fosfolipid
B Protein pembawa
C Protein liang
D Semua diatas
Jawapan:

9. Apakah yang berlaku kepada sel darah merah apabila direndam dalam air suling?
A Haemolisis
B Plasmolisis
C Deplasmolisis
D Krenasi
Jawapan:

10. Apakah yang dimaksudkan dengan haemolisis?
A Sel segah
B Sel flasid
C Sel mengembang dan meletus
D Sel mengecut
Jawapan:

11. Apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan diberi baja yang berlebihan?
A Sel flasid
B Sel segah
C Sel mengecut
D Sel meletus
Jawapan:

12. Apakah yang berlaku kepada tumbuhan sekiranya diberi baja berlebihan?
A Layu
B Subur
C Segar
D Menghasilkan buah yang banyak
Jawapan:

13. Apakah yang anda faham dengan deplasmolisis?
A Sel yang flasid berubah menjadi segah
B Sel yang segah berubah menjadi flasid
C Sel yang segah menjadi kecut
D Sel yang mengembang menjadi kecut
Jawapan:

14. Apakah yang akan berlaku kepada tiub visking (yg mengandungi kanji) sekiranya di rendam dalam air suling?
A Jisim bertambah
B Jisim berkurang
C Jisim tidak berubah
D Tiada jawapan
Jawapan:

15. Ramalkan apakah yang akan terjadi sekiranya batang sawi direndam dalam larutan garam?
A Menjadi segah
B Tidak berubah
C Menjadi lembik
D Menjadi masin
Jawapan:

16. Mengapakah ikan yang direndam dalam larutan garam menjadi lembik?
A Air meresap keluar lebih banyak
B Air meresap masuk lebih banyak
C Air meresap keluar dan masuk adalah sama
D Semua di atas
Jawapan:

17. Antara berikut yang manakah adalah larutan hipotonik
A 30% sukrosa
B 5% sukrosa
C Air suling
D Air garam
Jawapan:

18. Rajah di bawah menunjukkan pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma melalui satu proses. Apakah nama proses tersebut?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Pengangkutan berbantu
B Pengangkutan aktif
C Resapan berbantu
D Osmosis
Jawapan:

19. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji proses Z. Apakah proses Z?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Krenasi
B Hemolisis
C Osmosis
D Resapan ringkas
Jawapan:

20. Rajah 9 menunjukkan empat kepingan bayam, I, II, III dan IV, yang direndamkan dalam larutan garam yang berlainan kepekatan selama 2 jam.
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Antara yang berikut, manakah benar tentang keadaan zat terlarut bagi empat kepingan itu?
I hypertonic
II hypotonic
III berasid
IV isotonik
A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D II dan IV sahaja
Jawapan:

21. Rajah menunjukkan sel tumbuhan yang telah diletakkan dalam larutan X. Apakah jenis larutan X?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Air suling
B Larutan sukrosa 5%
C Larutan sukrosa 15%
D Larutan sukrosa 30%
Jawapan:

22. Satu eksperimen telah dijalankan untuk menyiasat kesan kepekatan larutan sukrosa terhadap jisim jalur kentang. Jalur kentang direndam ke dalam larutan sukrosa 5 %, 15 % dan 30 %. Jisim awal jalur kentang ialah 1.40 g. Apakah jisim akhir jalur kentang di dalam larutan sukrosa 30 %?
A 1.14 g
B 1.40 g
C 1.58 g
D 1.79 g
Jawapan:

23. Rajah adalah eksperimen yang menunjukkan pergerakan molekul merentasi membran. Mengapakah paras air di dalam tiub kaca meningkat?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Larutan glukosa meresap keluar.
B Molekul air meresap ke dalam tiub Visking
C Udara meresap ke dalam tiub Visking
D Tekanan atmosfera menyebabkan paras air meningkat.
Jawapan:

24. Apakah larutan yang digunakan dalam eksperimen dan apakah keadaan sel itu selepas eksperimen?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Larutan - Larutan sukrosa 10 % ; Keadaan sel - Plasmolisis
B Larutan - Larutan sukrosa 10 % ; Keadaan sel - Deplasmolisis
C Larutan - Larutan sukrosa 30 % ; Keadaan sel - Plasmolisis
D Larutan - Larutan sukrosa 30 % ; Keadaan sel - Deplasmolisis
Jawapan:

25. P - Terdiri daripada 2 lapisan
Q - Mempunyai permukaan yang membenarkan pengaliran ion
R - Terlibat dalam pengangkutan aktif
Antara berikut, yang manakah dilabel dengan betul?
A P - Fosfolipid;
 Q - Protein Liang;
 R - Protein Pembawa
B P - Fosfolipid;
 Q - Protein Pembawa;
 R - Protein Liang
C P - Kolesterol;
 Q - Protein Liang;
 R - Protein Pembawa
D P - Kolesterol;
 Q - Protein Pembawa;
 R - Fosfolipid
Jawapan:

26. Rajah menunjukkan perubahan yang berlaku apabila sejumlah kecil kalium permanganat dimasukkan ke dalam air. Antara berikut yang manakah menerangkan proses yang berlaku?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Molekul bergerak melawan kecerunan.
B Molekul bergerak melawan kecerunan.
C Pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan rendah ke berkepekatan tinggi.
D Pergerakan molekul dari kawasan berkepekatan tinggi ke berkepekatan rendah.
Jawapan:

27. Rajah menunjukkan keadaan tumbuhan selepas dua hari apabila diletakkan baja berlebihan. Apakah yang berlaku kepada tumbuhan tersebut? Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Sel menjadi segah
B Saiz vakuol berkurang
C Dinding sel akan pecah
D Saiz sel tumbuhan semakin kecil
Jawapan:

28. Struktur berlabel X dalam rajah di atas ialah __________.
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A kolesterol
B protein liang
C fosfolipid
D protein pembawa
Jawapan:

29. Unsur yang menyusun membran plasma yang berfungsi menstabilkan membran plasma
A lipid
B protein
C karbohidrat
D glukosa
Jawapan:

30. Rajah menunjukkan pergerakan bahan Q merentasi membran plasma.
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Bahan Q bergerak merentasi membran plasma melalui
A Osmosis
B Resapan ringkas
C Pengangkutan aktif
D Resapan berbantu
Jawapan:

31. Rajah 4 menunjukkan struktur satu telur burung dan akar rambut.
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Antara yang berikut manakah bertindak sebagai membran separa telap?
A M dan X
B P dan Y
C O dan Z
D N dan W
Jawapan:

32. Rajah menunjukkan pergerakan bahan Q merentasi membran pasma. Bahan Q bergerak merentasi membran plasma melalui
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Osmosis
B Resapan ringkas
C Pengangkutan aktif
D Resapan berbantu
Jawapan:

33. Apakah fungsi molekul kolesterol dalam membran plasma?
A Untuk menstabilkan struktur membran plasma.
B Untuk menolong sel mengecam antara satu sama lain.
C Untuk membantu dan mengawal pergerakan ion larut air.
D Bertindak sebagai membran pembawa untuk menggerakkan bahan merentasi membran plasma dengan pengangkutan aktif.
Jawapan:

34. Antara berikut, yang manakah benar mengenai struktur X?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Hanya membenarkan air melaluinya.
B Tidak membenarkan mana-mana bahan melaluinya.
C Hanya membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja melaluinya.
D Membenarkan semua bahan melaluinya.
Jawapan:

35. Graf menunjukkan keputusan satu eksperimen untuk menentukan kepekatan sap sel ubi kentang. Di antara titik A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan kepekatan larutan sukrosa yang hipertonik terhadap sap sel tisu ubi kentang?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Jawapan:

36. Pilih pernyataan yang salah mengenai pengangkutan aktif.
A Proses ini direncat oleh racun respirasi.
B Pergerakan bahan menuruni kecerunan kepekatan.
C Memerlukan satu protein pembawa.
D Memerlukan penggunaan tenaga.
Jawapan:

37. Rajah di bawah merupakan susunan radas eksperimen bagi menunjukkan pergerakan molekul merentasi membran. Di akhir eksperimen ini, paras air dalam tiub kaca akan meningkat kerana
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A larutan glukosa keluar daripada tiub Visking
B air meresap ke dalam tiub Visking
C udara masuk ke dalam tiub Visking
D tekanan udara menyebabkan paras air meningkat
Jawapan:

38. Antara yang berikut, manakah proses yang melibatkan resapan berbantu?
I. Pengambilan ion oleh Amoeba sp.
II. Resapan makanan tercerna oleh dinding usus
III. Pengangkutan glukosa merentasi membran vilus
IV. Resapan air oleh sel akar
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan IV sahaja
Jawapan:

39. Rajah menunjukkan keadaan sel yang telah diletakkan dalam larutan garam berkepekatan tinggi. Sekiranya sel ini kemudiannya diletakkan dalam larutan hipotonik, sel akan berkeadaan
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Hemolisis
B Krenasi
C Plasmolisis
D Deplasmolisis
Jawapan:

40. Apakah yang akan berlaku sekiranya sel direndam di dalam larutan hipotonik selama 30 minit?
A Tiada pergerakan bersih merentasi sel
B Molekul air tidak meresap masuk dan keluar dari sel
C Kadar molekul air meresap ke dalam sel lebih rendah daripada molekul air yang meresap keluar
D Kadar molekul air meresap masuk ke dalam sel lebih tinggi daripada molekul air yang meresap keluar
Jawapan:

41. Gambar foto menunjukkan sel tumbuhan yang telah direndam dalam larutan sukrosa 30%. Pilih pernyataan yang menunjukkan perubahan pada sel
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
I. Sel mengalami plasmolisis
II. Membran plasma tertarik daripada dinding sel
III. Ruang vakuol di dalam sel dipenuhi dengan larutan sukrosa 30%.
IV. Ruang diantara membran plasma dan dinding sel dipenuhi dengan larutan sukrosa
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja
Jawapan:

42. Rajah menunjukkan pengambilan K ke dalam sel akar. Proses ini memerlukan tenaga. Pernyataan yang manakah merujuk kepada K?
Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
A Air
B Ion natrium
C Oksigen
D Glukosa
Jawapan:

43. Satu eksperimen telah dijalankan untuk menyiasat kesan kepekatan larutan natrium klorida terhadap jisim jalur ubi kentang. Jisim awal jalur ubi kentang ialah 1.40 g. Yang manakah antara berikut berkemungkinan jisim akhir jalur ubi kentang di dalam larutan sukrosa 30%?
A 1.10 g
B 1.40 g
C 1.57 g
D 1.78 g
Jawapan:

44. Pergerakan bahan merentasi membran plasma dipengaruhi oleh faktor berikut kecuali
A Bentuk
B Sifat kekutuban
C saiz molekul
D Cas ion
Jawapan:

45. Apakah ciri bahan yang boleh merentasi membran plasma melalui dwilapisan fosfolipid
A Bahan larut lipid
B Molekul besar
C Ion
D Bahan tidak larut lipid
Jawapan:

46. Apakah ciri bahan yang boleh merentasi membran plasma melalui protein pembawa
A Molekul besar
B Bahan larut lipid
C Ion
D Bahan tidak larut lipid
Jawapan:

47. Antara proses yang berikut, yang manakah menyebabkan hirisan timun tersebut menjadi lembik? Hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam.
A Air meresap masuk ke dalam hirisan timun secara osmosis
B Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
C Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif
D Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

3


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。