1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 2 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 2: Biologi dan Organisasi Sel

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Apakah struktur dalam Amoeba sp. yang terlibat dalam pengosmokawalaturan? A Pseudopodium B Lisosom C Nukleus D Vakuol mengecut Jawapan:

2. Rajah menunjukkan sejenis isu otot. Komponen sel manakah paling banyak dijumpai dalam tisu itu? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Ribosom B Mitokondrion C Jasad Golgi D Jalinan endoplasma kasar Jawapan:

3. Rajah menunjukkan struktur sel haiwan. Komponen sel yang manakah mengubah suai, membungkus dan mengangkut protein? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A A B B C C D D Jawapan:

4. Maklumat berikut mencirikan satu komponen sel. Komponen sel yang manakah mempunyai ciri-ciri di atas? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Nukleus B Kloroplas C Jasad Golgi D Mitokondrion Jawapan:

5. Tisu yang manakah kebanyakan selnya berada pada peringkat pembahagian sel yang berlainan? A Tisu asas B Tisu vaskular C Tisu meristem D Tisu epidermis Jawapan:

6. Antara komponen sel berikut, yang manakah dijumpai dalam sel haiwan sahaja? A Membran plasma B Sentriol C Jasad Golgi D Vakuol Jawapan:

7. Organel manakah yang terlibat dalam pembentukan gentian gelendong? A Nukleus B Ribosom C Lisosom D Sentriol Jawapan:

8. Pernyataan berikut adalah mengenai organel X? *Mengandungi enzim hidrolitik *Memusnahkan mitokondria yang telah lesu Apakah organel X? A Jalinan endoplasma kasar B Jasad Golgi C Lisosom D Ribosom Jawapan:

9. Rajah menunjukkan organel X dengan ribosom yang melekat padanya. Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Apakah yang berlaku jika organel X rosak? A Protein akan ternyah asli B Protein menukar tapak aktifnya C Protein tidak dapat disintesiskan D Protein tidak dapat diangkut Jawapan:

10. Rajah menunjukkan satu sel tumbuhan. Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Antara struktur A, B, C dan D, yang manakah mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar daripada sel? A A B B C C D D Jawapan:

11. Rajah menunjukkan satu sel haiwan. Apakah komponen X ? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Nukleus B Jasad Golgi C Mitokondria D Jasad Endoplasma LIcin Jawapan:

12. Maklumat berikut merujuk kepada sejenis komponen yang terdapat di dalam sel. · Terdapat secara bebas dalam sitoplasma atau melekat pada jalinan endoplasma kasar · Tapak sintesis protein Apakah organel tersebut? A Vakuol B Nukleus C Ribosom D Jasad Golgi Jawapan:

13. Rajah menunjukkan satu komponen. Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Antara sel-sel berikut, yang manakah mengandungi komponen dalam rajah di atas. A Sel pengawal B Sel otot C Sel epidermis D Sel pipi Jawapan:

14. Apakah kesan ke atas sel sekiranya tidak terdapat jalinan endoplasma licin ? A Protein tidak dapat diubahsuai B Tenaga tidak dapat dihasilkan C Protein tidak dapat disintesis D Lipid tidak dapat disintesis Jawapan:

15. Struktur manakah membantu pergerakan Amoeba sp. ? A Flagela B Silia C Pseudopodium D Vakuol mengecut Jawapan:

16. Rajah menunjukkan suatu proses yang dijalankan oleh Amoeba sp. Apakah proses tersebut? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Meiosis B Pengosmokawalaturan C Belahan dedua D Konjugasi Jawapan:

17. Rajah menunjukkan proses yang dijalankan oleh Amoeba sp. Namakan proses yang ditunjukkan ? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Belahan dedua B Fagositosis C Resapan D Pengosmokawalaturan Jawapan:

18. Manakah antara berikut mewakili jantung ? A Sel B Organ C Tisu D Sistem Jawapan:

19. Rajah di bawah menunjukkan sejenis organisma unisel. Apakah struktur Z? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Vakuol makanan B Vakuol mengecut C Nukleus D Silia Jawapan:

20. Antara komponen berikut yang manakah mengandungi kromosom? A Ribosom B Nukleus C Jasad Golgi D Kloroplas Jawapan:

21. Antara maklumat berikut yang manakah benar bagi perbezaan di antara sel tumbuhan dan sel haiwan? A Sel Tumbuhan: Mempunyai dinding sel berselulosa Sel Haiwan: Mempunyai dinding sel berkitin B Sel Tumbuhan: Tidak mempunyai jasad Golgi Sel Haiwan: Mempunyai jasad Golgi C Sel Tumbuhan: Tidak mempunyai sentriol Sel Haiwan: Mempunyai sentriol D Sel Tumbuhan: Mempunyai vakuol bersaiz kecil Sel Haiwan: Mempunyai vakuol bersaiz besar Jawapan:

22. Rajah berikut menunjukkan sel haiwan Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Antara berikut, yang manakah benar tentang struktur X? A Ia membenarkan hanya air melaluinya B Ia tidak membenarkan mana-mana bahan melaluinya C Ia hanya membenarkan bahan-bahan terpilih sahaja melaluinya D Ia membenarkan semua bahan melaluinya Jawapan:

23. Ketiadaan jalinan endoplasma kasar akan menyebabkan sel gagal untuk A Menjalankan pembahagian sel B Menjanakan Tenaga ATP C Menjalankan fotosintesis D Membungkus dan mengangkut protein Jawapan:

24. Dalam sel sperma dan sel saraf, organel manakah yang banyak terdapat di dalam kedua-dua sel? A lisosom B ribosom C mitokondrion D nukleus Jawapan:

25. Apakah tisu yang melapisi alveolus dan dinding kapilari darah? A tisu otot licin B tisu epitelium C tisu darah D tisu saraf Jawapan:

26. Hasil fotosintesis dalam tumbuhan akan disimpan dalam? A Vakuol B Dinding sel C Sitoplasma D Mitokondrion Jawapan:

27. Apakah organel yang mengandungi DNA? A Sitoplasma B Nukleus C Kloroplas D JEL Jawapan:

28. Mengapakah mitokondrion terdapat banyak dalam sel sperma? A untuk menjana banyak protein B untuk lajukan sperma berenang C untuk jana banyak tenaga supaya berenang dengan laju D untuk kuatkan sperma Jawapan:

29. Yang manakah organisma unisel? A Paramesium B Sperma C Sel saraf D Ovum Jawapan:

30. Apakah fungsi 'kaki palsu' pada Amoeba? A untuk pemakanan B untuk pencernaan C untuk respirasi D untuk perkumuhan Jawapan:

31. Organel apakah yang terlibat dalam pembentukan gelendong? A Kiasma B Sentromer C Sentriol D Mitokondrion Jawapan:

32. Bahagian sel yang berfungsi untuk melindungi bahagian dalam sel adalah .... Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A 1 B 2 C 3 D 4 E 5 Jawapan:

33. Gambar tersebut merupakan organel sel iaitu... Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A dinding sel B membran sel C mitokondria D vakuol E jasad golgi Jawapan:

34. Perhatikan gambar ! Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Proses perubahan yang terjadi pada gambar X menjadi gambar Y disebabkan …. A osmosis kerana air dari larutan A masuk ke dalam bahagian B kerana B bersifat hipertonik terhadap A B osmosis kerana air dari larutan A masuk ke dalam bahagian B kerana B bersifat hipotonik terhadap A C osmosis kerana air dari larutan A masuk ke dalam bahagian B kerana B bersifat isotonik terhadap A D osmosis kerana air dari larutan A masuk ke dalam bahagian B kerana B bersifat plasmolis terhadap A E osmosis kerana larutan B masuk ke dalam bahagian A kerana A bersifat homogen terhadap B Jawapan:

35. Organel sel yang berfungsi untuk respirasi adalah .... A Jasad golgi B mitokondria C membran sel D dinding sel E sitoplasma Jawapan:

36. Yang manakah ciri-ciri lisosom? A mengandungi enzim tripsin B mensintesis glukosa C mengurai organel yang tidak digunakan D mencerna molekul organik kompleks Jawapan:

37. Apakah proses yang berlaku dalam kloroplas? A resapan B fotosintesis C pernafasan D respirasi Jawapan:

38. Rajah menunjukkan keratan rentas satu batang dikotiledon. Sekiranya batang ini direndam di dalam air yang ditandakan warna merah oleh eosin, bahagian manakah akan menjadi warna merah? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A P B Q C R D S Jawapan:

39. Berikan takrif bagi sel. A Organisma hidup B Unit fungsi asas organisma C Boleh menambah saiz organisma D Organisma air tawar Jawapan:

40. Apakah proses yang terlibat dalam pergerakan air dalam rajah? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Resapan ringkas B Osmosis C Pengangkutan aktif D Resapan berbantu Jawapan:

41. Apakah fungsi R (Klik pada dua fungsi) Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Sintesis lipid B Mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom C Membentuk gentian gelendong D Penyahtoksikan dadah dan racun Jawapan:

42. Apakah ciri Q? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Mempunyai membran dalam yang lurus B Menjalankan fagositosis C Mempunyai enzim respirasi D Hanya sedikit organel ini di sel otot Jawapan:

43. Apakah fungsi organ ini? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Mengawal suhu badan B Menyimpan urea C Mengangkut oksigen D Menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen Jawapan:

44. Antara berikut yang manakah tisu vaskular? A Tisu parenkima B Tisu floem C Tisu kolenkima D Tisu epidermis Jawapan:

45. Bahagian tumbuhan yang manakah mewakili P? Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
A Buah B Xilem C Floem D Mesofil palisad Jawapan:

46. Apakah yang membina membran plasma sel haiwan? A Selulosa B Glukosa C Fosfolipid D Lipid Jawapan:

47. Struktur apakah yang mengekalkan bentuk sel tumbuhan? A Dinding sel B Sitoplasma C Sel membran D Vakuol Jawapan:

48. Rajah berikut merupakan sistem rangka bagi manusia. Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Nyatakan fungsi sistem tersebut. A Membantu pergerakan badan B Menyokong badan C Melindungi organ dalaman seperti peparu dan hati D Mengawal suhu badan Jawapan:

Bahagian Subjektif
1. Rajah berikut menunjukkan struktur satu sel tumbuhan, P.
Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
(a) Namakan struktur berlabel X dan Y.
X:
Y:

(b) Sel tumbuhan P direndam dalam air suling selama setengah jam.
(i) Terangkan apa yang akan berlaku kepada struktur Z.




(ii) Terangkan mengapa sel tumbuhan P tidak pecah.




(c) Rajah berikut menunjukkan dua contoh tisu yang terdapat dalam tumbuhan.
Bab 2 Biologi dan Organisasi Sel
Nyatakan satu ciri bagi setiap tisu.
(i) Tisu parenkima:


(ii) Tisu kolenkima:




Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。