1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 13 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 13: Homeostasis Dan Sistem Urinari Manusia

Klik untuk jawapannya

1. Antara berikut yang manakah bukan faktor kimia persekitaran dalam?
A kepekatan garam mineral
B kepekatan gula
C tekanan osmosis
D nilai pH
Jawapan:

2. Sistem-sistem berikut berfungsi dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan aras gula dalam darah kecuali....
A sistem pencernaan
B sistem saraf
C sistem endokrin
D sistem peredaran darah
Jawapan:

3. Pusat kawalan suhu badan
A serebrum
B sereblum
C hipotalamus
D lobus posterior
Jawapan:

4. Salah satu cara pengawalaturan peningkatan suhu badan oleh efektor melalui cara kimia ialah...
A pemvasodilatan di arteriol
B otot rangka kurang mengecut dan mengendur
C bulu roma condong ke permukaan kulit
D metabolisme berkurang
Jawapan:

5. Perembesan hormon tiroksina yang tinggi menyebabkan..
A kadar metabolisme meningkat
B kadar metabolisme menurun
Jawapan:

6. Kesan pemvasocerutan..
A lebih haba hilang kepersekitaran melalui konduksi
B kurang haba hilang kepersekitaran melalui konduksi
C lebih haba hilang kepersekitaran melalui radiasi
D kurang haba hilang kepersekitaran melalui radiasi
Jawapan:

7. Sel yang merembeskan hormon glukagon
A Sel alfa Langerhans pankreas
B Sel beta Langerhans pankreas
Jawapan:

8. Fungsi hormon insulin
A merangsang penukaran glukosa kepada glikogen
B merangsang penukaran glikogen kepada glukosa
C merangsang penukaran lemak kepada glukosa
D merangsang peguraian lemak kepada glukosa
Jawapan:

9. Berikut adalah ....yang berlaku semasa aktiviti cergas kecuali...
A nilai pH darah menurun
B kadar ventilasi menurun
C tekanan separa karbon dioksida meningkat
D kadar pernafasan meningkat
Jawapan:

10. Reseptor yang mengesan perubahan tekanan darah
A kemoreseptor
B termoreseptor
C baroreseptor
D neuroreseptor
Jawapan:

11. Mekanisme berikut akan berlaku semasa penurunan tekanan darah
A Peningkatan diameter arteri
B Pengurangan diameter arteri
C Pengenduran otot kardium jantung
D perangsangan otot kardium jantung
Jawapan:

12. Berikut adalah fungsi sistem urinari kecuali...
A Mengawalatur osmosis darah
B Mengawalatur pH darah
C Mengawalatur kandungan air
D Mengawalatur kandungan nutrien
Jawapan:

13. Salur darah yang mengangkut darah terdeoksigen dari ginjal ke jantung
A Kapilari renal
B Vena renal
C Arteri renal
D Medula renal
Jawapan:

14. Terbentuk daripada arteriol aferen yang bercabang dari arteri renal
A Liku Henle
B Tubul Berlingkar Distal
C Glomerulus
D Kapsul Bowman
Jawapan:

15. Berikut adalah komposisi hasil turasan glomerulus kecuali..
A Air
B Urea
C Garam mineral
D Platlet
Jawapan:

16. Bahan yang diserap semula sepenuhnya semasa di tubul berlingkar proksimal
A Air
B Glukosa
C Garam
D Urea
Jawapan:

17. Air diserap semula melalui proses
A Pengangkutan pasif
B Pengangkutan aktif
C Osmosis
D Resapan
Jawapan:

18. Proses rembesan dadah berlaku di
A Kapsul bowman
B Tubul berlingkar proksimal
C Liku henle
D Duktus pengumpul
Jawapan:

19. Kandungan air yang tinggi dalam darah menyebabkan
A Tekanan osmosis darah meningkat
B Tekanan osmosis darah menurun
Jawapan:

20. Cara berikut boleh mengelakkan penyakit batu karang kecuali
A Bersenam
B Minum banyak air
C Tidak menahan kencing
Jawapan:

21. Mengapa homeostasis penting?
A Mengekalkan persekitaran dalaman secara berterusan antara satu julat.
B Memastikan bahan kumuhan metabolisme disingkirkan dalam masa tertentu.
C Membolehkan organisma menyesuaikan diri kepada rangsangan luaran dengan mengubah persekitaran dalaman.
Jawapan:

22. Antara berikut, manakah tidak dikawal oleh homeostasis?
A pH darah
B aras gula dalam vena portal hepar
C suhu badan
D kandungan air dan garam dalam darah
Jawapan:

23. Seorang pendaki berasa pening di altitud tinggi akibat kejatuhan aras oksigen dalam darah.
Apakah proses yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?
I Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih cepat
II Diafragma mengecut dan mengendur dengan perlahan
III Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat
IV pH darah menurun
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

24. Antara berikut, manakah mewakili hormon P dan Q?
 Bab 13: Homeostasis Dan Sistem Urinari Manusia
A P: Adrenalina; Q: Insulin
B P: Insulin; Q: Glukagon
C P: Tiroksina; Q: Glukagon
D P: Glukagon; Q: Insulin
Jawapan:

25. Pengawalaturan suhu badan yang meningkat dikawal oleh efektor berlainan melalui cara berikut kecuali..
I kelenjar tiroid dan adrenal kurang dirangsang untuk menurunkan kadar metabolisma.
II arteriol di dalam kulit mengalami pemvasocerutan.
III otot erektor kurang dirangsang dan menyebabkan bulu roma condong ke permukaan kulit.
IV Otot rangkan mengecut dan mengendur dengan cepat menyebabkan badan menggigil.
A I dan II
B II dan IV
C II dan III
D II, III dan IV
Jawapan:

26. Pengawalaturan suhu badan yang rendah dikawal oleh efektor berlainan iaitu..
I kelenjar adrenal dan tiroid dirangsang untuk penghasilan haba.
II kelenjar peluh tak dirangsang.
III otot erektor dirangsang supaya mengecut menyebabkan bulu roma menegak
IV arteriol mengalami pemvasolidatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

27. Apabila aras glukosa dalam darah meningkat, sel .................. dirangsang untuk rembes hormon .............. ke dalam darah.
A beta; insulin
B beta; glukagon
C alfa; insulin
D alfa; glukagon
Jawapan:

28. Antara gejala pesakit kencing manis adalah..
I sentiasa berasa haus
II penat, letih
III penurunan berat badan
IV peningkatan berat badan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

29. Susun semula turutan pengawalaturan tekanan separa karbon dioksida dalam darah.
i- Perubahan pH dikesan oleh kemoreseptor pusat dalam medula oblongata.
ii- Nilai pH darah dan bendalir tisu yang membasahi otak, menurun
iii- Karbon dioksida larut dalam plasma darah membentuk asid karbonik dan akan terurai kepada ion hidrogen dan ion bikarbonat.
iv- Tekanan separa karbon dioksida meningkat disebabkan oleh aktiviti respirasi sel.
A i → ii → iv → iii
B iv → iii → ii → i
C iv → ii → iii → i
D i → ii → iii → iv
Jawapan:

30. Ginjal mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai organ perkumuhan. Selain itu untuk tujuan pengosmokawalaturan yang mengawal...
I jumlah isipadu air dalam bendalir badan
II kepekatan ion dalam bendalir badan
III tekanan osmosis darah
IV kandungan elektrolit dan pH darah
A I dan II
B I dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas
Jawapan:

12. Antara berikut, apakah X, Y dan Z?
 Bab 13: Homeostasis Dan Sistem Urinari Manusia
A X-Vena renal; Y-Arteri renal; Z-Ureter
B X-Arteri renal; Y-Vena renal; Z-Ureter
C X-Ureter; Y-Arteri renal; Z-Vena renal
Jawapan:

13. Seorang atlet mendapati bahawa beliau membuang air kecil dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengah hari berbanding pagi. Mengapa ini berlaku?
A Kerosakan saluran kencing
B Jumlah kehilangan air oleh ginjal berkurangan apabila keadaan persekitaran lebih panas
C Jumlah pengambilan makanan di waktu pagi kurang daripada waktu tengah hari
D Makanan tengah hari mempunyai kandungan garam lebih tinggi berbanding sarapan
Jawapan:

14. Antara berikut, manakah memberikan daya untuk ultraturasan berlaku dalam tubul ginjal?
A hormon ADH
B penguraian urea
C pengecutan ventrikel kiri jantung
D mitokondria dalam sel kapsul bowman
Jawapan:

15. Apakah tiga proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing mengikut urutan?
A ultraturasan, penyerapan semula, dan rembesan.
B ultrapenurasan, peresapan semula, dan perembesan
C rembesan, resapan aktif, penurasan
D ultraturasan, rembesan, penyerapan semula
Jawapan:

16. Setiap nefron terdiri daripada...
I kapsul bowman
II glomerulus
III tubul renal
IV liku henle
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

17. Apakah yang berlaku jika kita makan banyak makanan masin dan kurang minum air?
I Penghasilan air kencing banyak dan cair
II Tekanan osmosis darah menurun ke bawah julat normal
III Kelenjar pituitari dirangsang untuk rembeskan lebih ADH
IV Dinding tubul berlingkar distal dan dinding duktus pengumpul lebih telap terhadap air
A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D I, II dan IV
Jawapan:

18. Apakah mekanisma pembetulan yang dijalankan oleh badan untuk mengembalikan tekanan darah yang tinggi ke normal?
I Otot kardium mengecut dan mengendur dengan lebih cepat
II Kadar denyutan jantung menjadi perlahan
III Pemvasodilatan berlaku
IV Rintangan pengaliran darah bertambah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II, III dan IV
Jawapan:

19. Apakah bahan yang kekal berada dalam glomerulus dan tidak terturas keluar?
I Eritrosit
II Leukosit
III Platlet
IV Protein plasma
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D I, III dan IV
Jawapan:

20. Bahan apakah yang dirembes keluar ke dalam tubul berlingkar distal secara resapan ringkas dan pengangkutan aktif?
I ion Hidrogen
II ion Kalium
III ion Ammonium
IV Urea
A I dan II
B I dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas
Jawapan:

40. Faktor fizik persekitaran dalam badan dipengaruhi oleh ?
A Suhu persekitaran
B Suhu badan dan tekanan darah
C Dengupan jantung
D Aras gula
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

13


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。