1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Set 11 Latihan Biologi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 4

Bab 11: Keimunan Manusia

Klik untuk jawapannya

1. Apakah maksud keimunan?
A Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit
B Bendasing yang memasuki badan dan seterusnya meransangkan gerak balas keimunan
C Protein yang terdapat pada permukaan limfosit atau protein yang dibebaskan oleh limfosit ke dalam plasma darah
D Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh patogen atau sebarang bendasing
Jawapan:

2. Rajah 1 menunjukkan urutan dalam satu proses yang dilakukan oleh sel fagosit
 Bab 11: Keimunan Manusia
Apakah proses yang ditunjukkan dalam Rajah 1?
A Pengaglutinan
B Fagositosis
C Penguraian
D Pemendakan
Jawapan:

3. Rajah 2 menunjukkan tindakan antibodi terhadap suatu antigen
 Bab 11: Keimunan Manusia
Antara pernyataan berikut yang manakah betul tentang tindakan antibodi tersebut?
A Antibodi menggumpalkan dan memusnahkan antigen dengan sel fagosit
B Antibodi bergabung dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh antigen tersebut
C Antibodi bergabung dengan antigen dan bertindak sebagai penanda supaya sel fagosit boleh mengenali antigen dan memusnahkannya
D Antibodi bergabung dengan antigen dan menyebabkan antigen terurai
Jawapan:

4. Senaraikan pertahanan fizikal dan kimia dalam barisan pertahanan pertama.
I Enzim amilase
II Membran plasma
III Asid hidroklorik
IV Kulit
V Mekanisme pembekuan darah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III, IV dan V
Jawapan:

5. "Antibodi bergabung dengan toksin yang dihasilkan oleh bakteria dan meneutralkan toksin tersebut."
Apakah mekanisme tindakan antibodi seperti pernyataan di atas?
A Pengaglutinan
B Peneutralan
C Pemendakan
D Pengopsoninan
Jawapan:

6. Rajah menunjukkan membran mukus yang melapik salur respirasi dan merembeskan bendalir melekit disebut mukus. Apakah yang terkandung dalam mukus?
A Enzim lisozim
B Bendalir mukus
C Hingus
D Leukosit
Jawapan:

7. Barisan pertahanan kedua terdiri daripada:
I Demam
II Fagositosis
III Keradangan
IV Gerak balas keimunan
V Penghasilan antibodi
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D III, IV dan V
Jawapan:

8. Rajah menunjukkan satu proses yang terlibat dalam mekanisme pertahanan barisan kedua.
 Bab 11: Keimunan Manusia
Yang manakah antara sel-sel berikut terlibat dalam mekanisme pertahanan ini?
I Eosinofil
II Basofil
III Monosit
IV Neutrofil
A I dan II
B I dan IV
C III dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

9. Apakah struktur yang berlabel X?
 Bab 11: Keimunan Manusia
A Antibiotik
B Antibodi
C Antiserum
D Antigen
Jawapan:

10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pertahanan badan semula jadi terhadap kemasukan patogen?
A Tindakan antibiotik
B Jus gastrik berasid dalam perut
C Pengangkutan sel darah merah
D Suntikan vaksin
Jawapan:

11. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang dijalankan oleh fagosit dalam fagositosis.
P: Fagosom terbentuk
Q: Bakteria dicernakan
R: Fagosit mengepung dan menelan bakteria
S: Sisa disingkirkan
A P, R, Q, S
B R, Q, S, P
C R, P, Q, S
D Q, P, S, R
Jawapan:

12. Rajah menunjukkan tindakan sejenis antibodi. Apakah tindakan antibodi ini?
A Peneutralan
B Pemendakan
C Pengopsoninan
D Penguraian
Jawapan:

13. Manakah yang menjalankan proses fagositosis?
I Neutrofil
II Monosit
III Basofil
IV Limfosit
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

14. Rajah menunjukkan peringkat-peringkat fagositosis. Apakah nama struktur yang berlabel S?
 Bab 11: Keimunan Manusia
A Fagosom
B Lisosom
C Lisozim
D Fagolisosom
Jawapan:

15. Tisu rosak akan membebaskan histamin yang merangsang gerak balas keradangan serta merta. Apakah peranan histamin?
 Bab 11: Keimunan Manusia
A Kapilari darah mengecut supaya aliran darah lebih banyak ke kawasan jangkitan
B Meningkatkan ketelapan kapilari darah terhadap sel fagosit
C Sel fagosit dan faktor pembeku menjauhi kawasan jangkitan
D Darah tidak membeku
Jawapan:

16. Apakah fungsi sel limfosit?
A Menghasilkan antibodi
B Merangsang sel limfosit T untuk menghasilkan sel memori
C Bergabung dengan tapak reseptor antigen
D Merangsang pembengkakan nodus limfa
Jawapan:

17. Antara berikut, yang manakah penyakit yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bayi berumur 2 - 3 bulan divaksinkan?
A Poliomielitis
B BCG
C Cacar air
D HPV
Jawapan:

18. Keimunan yang manakah perlu diberi kepada mangsa kemalangan yang parah?
A Keimunan aktif buatan
B Keimunan pasif buatan
C Keimunan semula jadi aktif
D Keimunan pasif semula jadi
Jawapan:

19. Seorang pemburu telah dipatuk sejenis ular yang berbiasa dan beliau telah dimasukkan ke hospital. Apakah yang perlu diberikan kepada pemburu tersebut dengan segera?
A Suntikan vaksin
B Suntikan antiserum
C Suntikan antigen
D Suntikan antibodi
Jawapan:

20. Rajah menunjukkan graf sejenis keimunan.
 Bab 11: Keimunan Manusia
Yang manakah antara pernyataan berikut benar tentang keimunan tersebut?
A Keimunan adalah sementara
B Keimunan diperolehi dari suntikan vaksin
C Keimunan diperolehi dengan segera
D Keimunan ini perlu untuk merawat penyakit anjing gila
Jawapan:

21. Anda menziarah rakan anda yang sakit di hospital. MRSA (methicilin-resistant Staphylococcus aereus) iaitu sejenis strain bakteria yang lazim didapati di hospital. Strain bakteria ini imun terhadap banyak jenis antibiotik akibat penggunaan pelbagai jenis antibiotik untuk merawat pesakit di hospital. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diri daripada dijangkiti MRSA.
I Mencuci tangan dengan antiseptik selepas menziarah
II Menutup mulut dengan topeng mulut ketika bercakap dengan pesakit
III Elakkan daripada menyentuh peralatan hospital
IV Bercakap pada jarak 1.5 m dengan pesakit
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan III
Jawapan:

22. Kadang-kadang doktor memberi antibiotik untuk merawat sesetengah jangkitan penyakit. Doktor menasihatkan supaya mengambil kesemua antibiotik yang diberi mengikut tempoh yang disyorkan. Mengapa langkah ini penting untuk dipatuhi?
A Mengelakkan pembaziran ubat.
B Supaya pesakit cepat sembuh.
C Bakteria yang tidak dibunuh menjadi resistan (imun) terhadap antibiotik tersebut.
D Membolehkan antibiotik menunjukkan kesan terhadap penyakit.
Jawapan:

23. Bagaimana seorang ibu yang membawa virus HIV dapat menjangkiti fetus dalam kandungannya?
A Melalui plasenta ibu kepada fetus dalam kandungannya.
B Melalui penyusuan susu formula.
C Dengan memegang dan bercakap dengan bayi.
D Semas menukar lampin bayi.
Jawapan:

24. Apakah itu penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE)?
A Merupakan penyakit autoimun iaitu sistem keimunan menyerang tisu badan sendiri menyebabkan keradangan seluruh badan pada tisu dan organ.
B Merupakan penyakit yang disebabkan oleh pendedahan yang lama terhadap cahaya matahari yang menyebabkan sel-sel pigmen diaktifkan secara berlebihan
C Merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan pada peparu yang menyukarkan pernafasan dan boleh menyebabkan kematian.
D Merupakan penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan demam yang berpanjangan.
Jawapan:

25. Mengapakah kita perlu mematuhi dan melengkapkan rancangan imunisasi di Malaysia?
A Membantu menguatkan sistem keimunan dan melindungi diri daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa.
B Membantu kerajaan mendapatkan negara yang benar-benar sihat.
C Membantu syarikat-syarikat farmasi mendapatkan keuntungan hasil jualan vaksin kepada hospital dan klinik.
D Membantu meningkatkan pendapatan negara apabila syarikat-syarikat farmasi membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan.
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。