1 2 3 4 5 6 7 8

Set 6 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 6 : Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi Dan Sosial

Klik untuk jawapannya

1. Mengapakah sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit?
A Lokasinya terletak di bandar
B Muridnya mestilah beragama kristian
C Keputusan yang cemerlang sahaja diterima
D Lulusan sekolah mendapat jawatan kerajaan
Jawapan:

2. Bagaimanakah British menjaga kebersihan di bandar Kuala Lumpur pada tahun 1890-an.
A Membina hospital
B Menubuhkan sanitary Board
C Membina pusat kesihatan kecil
D Menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan
Jawapan:

3. Sistem pendidikan berikut diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
Mengapakah sistem pendidikan tersebut tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu?
A Kemudahan asas terhad
B Peruntukan kewangan terhad
C Bahasa ibunda digunakan
D Sukatan pelajaran sama
Jawapan:

4. Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai Sistem Kontrak?
I Buruh dibawa dari China
II Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh majikan
III Buruh dibawa masuk ke negara untuk bekerja di ladang getah
IV Buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga hutang tambang mereka selesai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

5. Maklumat di bawah berkenaan sekolah-sekolah di Sarawak.

-Angelican St. Agustine School
-Sekolah St. Mary
-Sekolah St. Teresa

Apakah persamaan di antara sekolah tersebut?
A Di tubuhkan oleh mubaligh
B Dihadiri oleh anak-anak golongan elit
C Sekolah khas untuk anak-anak perempuan
D Lulusan sekolah ini boleh melanjutkan pelajaran ke luar negeri
Jawapan:

6. Mengapakah kurang pembinaan jalan raya di Sarawak berkurang daripada di negeri-negeri Melayu?
A Kurang kegiatan pembukaan ladang getah
B Bentuk muka bumi yang berbukit, paya dan sungai
C Memilih kawasan yang mempunyai sumber ekonomi dan pelabuhan
D Memilih kawasan sebelah pantai barat yang kaya dengan hasil bumi sahaja
Jawapan:

7. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah berikut?

PENDIDIKAN SEKULAR

A Pendidikan berkaitan dengan ilmu keduniaan
B Pendidikan berkaitan dengan keakhiratan
C Pendidikan yang berorientasikan kurikulum
D Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda
Jawapan:

8. Apakah faktor yang membawa kepada kemunculan bandar berikut di negara kita?

BANDAR MIRI

A Perladangan getah
B Perlombongan bijih timah
C Penghijrahan penduduk
D Penemuan petroleum
Jawapan:

9. Mengapakah tokoh berikut membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap?

H.N Ridley

A Pokok tidak mudah rosak
B Hayat pokok lebih tahan lama
C DMudah diangkut ke tempat jauh
D Tidak mudah dijangkiti penyakit
Jawapan:

10. Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang tanah yang dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu.

AKTA TANAH SIMPANAN MELAYU

Apakah muslihat British memperkenalkan undang-undang tersebut?
A Memudahkan orang Melayu bercucuk tanam
B Menjamin kelangsungan ekonomi dan politik British
C Meningkatkan pengeluaran pertanian orang Melayu
D Menudahkan tanah tersebut dijual kepada orang asing
Jawapan:

11. Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran?

-SISTEM KONTRAK
-SISTEM KANGANI

A Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
B Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
C Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
D Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik
Jawapan:

12. Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan oleh British?

1897 - British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang di bawah Ordinan XIII.

A Melicinkan urusan kewangan
B Mengeluarkan mata wang kertas
C Menghapuskan mata wang tradisional
D Menyediakan pinjaman kepada pemodal
Jawapan:

13. Senarai berikut merupakan syarikat perwakilan asing yang menanam modal di Tanah Melayu.

-Guthrie
-Sime Darby
-Harrison and Crosfield

Apakah sumbangan syarikat tersebut?
A Perkapalan
B Perkilangan
C Perladangan
D Perlombongan
Jawapan:

14. Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri ekonomi moden.
A Teknologi moden
B Buruh yang ramai
C Pengeluaran skala kecil
D Modal yang besar
Jawapan:

15. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti pertanian di negara kita.

Tahun 1917 - Pemodal Perancis terlibat dalam penanaman kelapa sawit

Penanaman kelapa sawit tersebut diusahakan di negeri _________.
A Johor
B Melaka
C Pahang
D Selangor
Jawapan:

16. Graf di atas menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah.
Apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan pengeluaran tersebut?
 Bab 6 Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi Dan Sosial
A Upah yang tinggi
B Penggunaan kapal korek
C Tenaga buruh yang ramai
D Sokongan pembesar tempatan
Jawapan:

17.Antara berikut, yang manakah BENAR tentang kandungan Akta Tanah Simpanan Melayu.
I Tidak boleh dijual kepada orang bukan melayu
II British boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan untuk dijadikan hak orang melayu
III Boleh di pajak gadai kepada orang lain
IV Sesuai untuk aktiviti pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

18. Apakah matlamat British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905?
A Memberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu
B Memajukan pendidikan orang Melayu
C Melatih pendudukan tempatan ke arah berkerajaan sendiri
D Memberi tumpuan dalam bidang pendidikan
Jawapan:

19. Mengapakah British membina landasan kereta api di negeri-negeri Melayu?
I Memudahkan pentadbiran
II Memajukan industri tempatan
III Memenuhi desakan pembesar tempatan
IV Memenuhi keperluan ekonomi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

20. Apakah kesan pertambahan tersebut?
 Bab 6 Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi Dan Sosial
A Kewujudan masyarakat berbilang kaum
B Kemerosotan kuasa pembesar tempatan
C Perkembangan pertanian sara diri
D Petempatan setinggan bertambah
Jawapan:

21. Apakah sumbangan H.N Ridley terhadap perusahaan getah?
A Memberikan subsidi baja
B Membawa masuk imigran luar
C Memajak tanah peribumi untuk ditanam getah
D Memperkenalkan sistem torehan tulang ikan hering
Jawapan:

22. Mengapakah pemodal Eropah menguasai perlombongan bijih timah pada abad ke-20?
I Sokongan pembesar
II Buruh mencukupi
III Teknologi moden
IV Modal besar
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

23. Mengapakah British memperkenalkan tanaman yang berikut menjelang abad ke-20?

- Getah
- Kelapa Sawit

A Peningkatan modal tempatan
B Harga tinggi di pasaran dunia
C Kemerosotan harga bijih timah
D Kemasukan tenaga buruh murah
Jawapan:

24. Tanaman ini banyak ditanam di sepanjang Sungai Igan, Oya, Mukah dan Bintulu. Apakah kegunaan tanaman ini?

Pokok Rumbia

A Menghasilkan tikar mengkuang
B Membuat kraftangan
C Menghasilkan sagu
D Membuat perabot
Jawapan:

25. Mengapakah British memperkenalkan teknologi tersebut di Tanah Melayu?

Kapal Korek

A Mempercepatkan proses pengeluaran bijih timah
B Memajukan sistem pengangkutan di Tanah Melayu
C Memajukan ekonomi Tanah Melayu
D Menandakan penjajahan British di Tanah Melayu
Jawapan:

26. Apakah tanaman utama yang diusahakan di lokasi berikut pada tahun 1830-an?

"Seberang Perai"

A Padi
B Ubi Kayu
C Buah Pala
D Tebu
Jawapan:

27. Galian Antimoni banyak ditemui di Sarawak.
Galian tersebut dilombong untuk pasaran................
A Siam
B Burma
C Britain
D Singapura
Jawapan:

28. Ordinan VIII telah diperkenalkan oleh pentadbiran British pada tahun 1897.
Ordinan tersebut berkaitan dengan ........
A Perlombongan
B Perhutanan
C Kewangan
D Kesihatan
Jawapan:

29. Emas dilombong secara komersial di _______.
A Raub,Pahang
B Labuan.Sabah
C Miri,Sarawak
D Lahad Datu,Sabah
Jawapan:

30. H.N.Ridley memperkenalkan
I Memproses getah
II Teknik torehan
III Membungkus anak-anak pokok getah
IV Penanaman getah
A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

31. British memperkenalkan sistem pentadbiran moden berkaitan dengan ekonomi bagi memastikan ________________.
A Kelangsungan penguasaannya
B Membantu ekonomi negara
C Melindung hak dan kepentingan peribumi
D Membuka tanah untuk pertanian
Jawapan:

32. Pemilik ladang menghantar Kangani ke India untuk ________.
A Memperluaskan kuasa
B Mencari tenaga buruh
C Menjalinkan hubungan luar
D menjalankan aktiviti perdagangan
Jawapan:

33. Mengapakah ekonomi moden melibatkan modal dan pengeluaran dalam skala yang besar?
A Berorientasikan eksport
B buruh yang ramai
C tanah yang luas
D kakayaan hasil bumi
Jawapan:

34. Modal yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan proses pengeluaran supaya dapat memberi pulangan keuntungan yang lumayan kepada pelabur eropah.Antara berikut yang manakah berkaitan dengan maklumat tersebut?
I penghasilan getah perca
II perusahaan membuat tikar
III perlombongan emas di Raub, Pahang
IV Perlombongan petroleum di Miri, Sarawak
A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D iii dan iv
Jawapan:

35. Mengapakah British bertindak menggubal enakmen dan undang-undang bagi menguasai industri bijih timah?
A membantu pelombong tempatan
B permintaan bijih timah meningkat
C memodenkan perusahaan bijih timah
D menjadikan tanah melayu sebagai pengeluar bijih timah
Jawapan:

36. Mengapakah SBUB memberikan tumpuan kepada penanaman tembakau di sabah?
A harga tembakau meningkat
B mendapat pasaran baik di eropah
C kegiatan tradisional penduduk setempat
D sabah menghasilkan tembakau bermutu tinggi
Jawapan:

37. Perak dan Seberang Perai. Apakah jenis pertanian yang diberikan tumpuan oleh pengusaha negeri selat di kawasan berikut?
A Tebu
B Getah
C Buah pala
D Lada hitam
Jawapan:

38. British North Borneo Para Rubber.Apakah aspek ekonomi yang menjadi tumpuan pelabuan syarikat tersebut?
A Industri getah
B penanaman kopi
C perlombongan bijih timah
D perusahaan cari minyak petroleum
Jawapan:

39. Diusahakan di Bau, sarawak oleh syarikat Borneo. Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan?
A emas
B antimoni
C bijih timah
D petroleum
Jawapan:

40. Antara berikut yang manakah sumbangan H.N Ridley?
I toreham sistem ibedem
II kaedah memproses sagu
III cara menanam kelapa sawit
IV teknik membungkus anak-anak pokok getah
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

41. Mengapakah pentadbiran Brooke menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 di sarawak?
A mengawal ekonomi
B permintaan pelabur british
C memudahkan urusan tanah
D melindungi masyarakat pribumi
Jawapan:

42. Apakah kesan perkembangan ekonomi moden di Tanah Melayu?
A peningkatan taraf hidup
B penubuhan sekolah inggeris
C pemantapan sistem pentadbiran
D pengenalan sistem perbankan dan insurans
Jawapan:

43. Apakah tujuan utama landasan kereta api dibina?
A melicinkan pentadbiran
B memudahkan eksport bahan mentah
C menggalakkan pengangkutan awam
D meningkatkan taraf hidup penduduk setempat
Jawapan:

44. Bagaimanakah sistem telekomunikasi membantu dalam kemajuan ekonomi moden?
A perhubungan menjadi pantas
B pentadbiran menjadi berkesan
C pertukaran wang menjadi mudah
D pemunggahan hasil bumi semakin cepat
Jawapan:

45. Mengapakah British tidak berminat untuk memajukan pendidikan sekolah melayu
A tiada peruntukan
B mengelakkan persaingan
C mengekalkan orang melayu sebagai petani
D tumpuan kepada sekolah inggeris
Jawapan:

46. Apakah usaha British untuk melahirkan pentadbir melayu yang berpendidikan inggeris?
A menubuhkan sekolah cina sam tet Ipoh
B menubuhkan sekolah maktab melayu kuala kangsar
C menubuhkan maktab perguruan perempuan melaka
D menubuhkan sekolah melayu Gelugor pulau pinang
Jawapan:

47. Apakah fungsi sanitary Board?
A mengubati penyakit tropika
B mengawal kebersihan dan kesihatan bandar
C memberi khidmat kesihatan kepada orang awam
D menjalankan penyelidikan tentang penyakit berjangkit
Jawapan:

48. Ciri-ciri ekonomi moden?
I modal yang besar
II tanah yang luas
III kegunaan sendiri
IV teknologi moden
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

49. Pada awal abad ke 20an, perusahaan getah berkembang pesat berikutan.
A kemelesetan ekonomi tanah melayu
B permintaan yang kurang
C kejatuhan harga kopi
D serangan penyakit
Jawapan:

50. Syarikat eropah telah memperkenalkan kaedah melombong bijih timah dengan menggunakan?
A lomdong dedah
B melampan
C mendulang
D kapal korek
Jawapan:

51. Apakah ciri-ciri sistem kontrak?
I membawa masuk buruh dari china
II buruh di bawa masuk oleh majikan
III tambang perjalanan dan tempat tinggal di sediakan
IV bekerja di sektor pelancongan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

52. Perkembangan ekonomi di negara kita telah meninggalkan kesan dalam bidang sosial iaitu?
I perkembangan bandar
II pembentukan masyarakat majmuk
III perkembangan pendidikan
IV perkhidmatan kesihatan
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D Semua di atas
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。