1 2 3 4 5 6 7 8

Set 2 Latihan Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 2: Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Klik untuk jawapannya

Bahagian Objektif
1. Apakah tindakan SHTI untuk memenuhi keperluan mendapatkan teh dari China?
A Menduduki Kedah
B Menyerang China
C Menduduki Pulau Pinang
D Menguasai Kepulauan Melayu
Jawapan:

2. Mengapakah kedudukan Pulau Pinang yang strategik dikatakan dapat memenuhi semua keperluan SHTI?
A Pusat latihan pegawai
B Pangkalan tentera
C Perhubungan dengan Siam
D Lebih dekat dengan negara China
Jawapan:

3. Mengapakah kerabat diraja Kedah menentang pelantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda?
A Kejam
B Lemah dalam pentadbiran
C Masih terlalu muda
D Bukan anak gahara
Jawapan:

4. Selain dijadikan sebagai benteng pertahanan, apakah alasan lain British mengambil Seberang Perai?
A Pusat pengumpulan barang
B Pelabuhan strategik
C Kawasan pertanian
D Kawasan yang selamat
Jawapan:

5. Perang Napoleon yang meletus di Eropah pada tahun 1793 - 1814 melibatkan negara Belanda dan ____________.
A Itali
B Jepun
C British
D Perancis
Jawapan:

6. Antara negeri-negeri berikut, yang manakah merupakah sebahagian daripada NNS?
A Pahang
B Kedah
C Melaka
D Johor
Jawapan:

7. Mengapakah Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786?
A Memajukan perdagangan
B Menghapuskan ancaman lanun
C Mengatasi masalah kewangan
D Mendapatkan bantuan ketenteraan
Jawapan:

8. Mengapakah Pulau Pinang gagal bersaing dengan dengan pelabuhan-pelabuhan lain?
A Hasil bumi kurang
B Buruh tidak mencukupi
C Ancaman daripada siam
D Terlalu jauh ke utara Selat Melaka
Jawapan:

9. Ibu negeri bagi NNS yang pertama ialah....
A Pulau Pinang
B Melaka
C Singapura
D India
Jawapan:

10. Mengapakah Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura digabungkan dalam satu unit pentadbiran?
A Menguasai hasil bumi
B Menjimatkan pentadbiran
C Bersaing dengan Belanda
D Menarik lebih banyak pelabur
Jawapan:

11. Apakah tujuan Belanda menguasai Melaka pada tahun 1641?
A Pusat Pentadbiran Belanda
B Pusat pengkalan tentera laut
C Pusat pengumpulan hasil biji timah
D Pusat pelabuhan persinggahan
Jawapan:

12. Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan British-Kedah?
A Mengatasi ancaman Siam terhadap Perlis
B Mempertahankan kedaulatan negeri Kedah
C Mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang
D Menyelesaikan krisis perebutan takhta di Kedah
Jawapan:

13. Bagaimanakah British menduduki Seberang Perai pada tahun 1800?
A memanipulasi dokumen rasmi
B menggunakan serangan fizikal
C melaksanakan strategi ugutan
D menandatangani perjanjian
Jawapan:

14. Ilustrasi berikut menggambarkan situasi yang berlaku pada awal abad ke-19. Bagaimanakah kedua-dua kuasa Barat terlibat menyelesaikan pertikaian tersebut?
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
A Menandatangani Surat Kew
B Mewujudkan pentadbiran bersama
C Menandatangani Perjanjian London 1824
D Mengisytiharkan Singapura sebagai pelabuhan bebas
Jawapan:

15. Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?
A Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Belanda
B Perpecahan Empayar Kesultanan Johor-Riau
C Indonesia diletakkan dibawah pengaruh British
D Singapura diserahkan kepada Belanda
Jawapan:

16. Apakah syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?
A British mengiktiraf pelabuhan Singapura
B British menyerahkan Melaka kepada Belanda
C British bersedia membuka petempatan baharu di Johor
D British berundur dari Sumatera
Jawapan:

17. Mengapakah British membentuk Negeri-negeri Selat?
A Menyeragamkan pentadbiran
B Memudahkan British meluaskan kuasa
C Menyaingi kuasa Belanda
D Mengurangkan kuasa Sultan di Negeri Melayu
Jawapan:

18. Pentadbiran Negeri-negeri Selat berada di bawah pentadbiran Pejabat India sebelum diambil alih Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1867.
Berikut merupakan kegagalan pentadbiran Pejabat India KECUALI?
A Gagal mengawal masalah rompakan di Negeri-negeri Selat
B Negeri-negeri Selat dijadikan sebgai tempat buangan banduan
C Pejabat India mahu menjadikan mata wang Rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri Selat menggantikan Dolar Sepanyol
D Jarak Pejabat India yang terlalu jauh dengan Negeri-negeri Selat
Jawapan:

19. Berikut merupakan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867) Apakah X?
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
A Gabenor
B Majlis Eksekutif
C Residen
D Raja-raja Melayu
Jawapan:

20. Perjanjian London 1824 telah membelakangkan Raja- raja Melayu dan pembesar tempatan. Bagaimanakah raja-raja melayu dapat mengetahui perjanjian tersebut?
A Pemisahan lingkungan pengaruh Barat
B British menghantar surat kepada Raja-raja Melayu
C Belanda menghantar surat kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah
D Surat yang ditulis oleh Bendahara Tun Ali kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah
Jawapan:

21. Berikut merupakan syarat Perjanjian London 1824 kecuali?
A British perlu berundur dari sumatera
B Belanda tidak akan membuka petempatan baharu di Tanah Melayu
C Belanda tidak akan menyerahkan Melaka dan jajahan takluknya kepada British
D British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
Jawapan:

22. Mengapakan Negeri-negeri Selat memerlukan hasil ekonomi Negeri-negeri Melayu untuk perlabuhannya?
A Memajukan kerajaan
B Memantikan keselamatan negara
C Memajukan ekonomi
D Memajukan perdagangan
Jawapan:

23. Apakah negeri-negeri yang tersenarai sebagai Negeri-negeri Selat?
A Selangor, Melaka dan Pulau Pinang
B Selangor, Melaka dan Pahang
C Sabah, Melaka dan Pulau Pinang
D Singapura, Melaka dan Pulau Pinang
Jawapan:

24. Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa perluasan kuasa British? Kecuali:
A bijaksana dalam tindakan
B tidak mudah percaya orang luar
C membuat pakatan
D memiliki semangat jati diri yang tinggi
Jawapan:

25. Apakah nama bendera Britain yang dinaikkan di Pulau Pinang?
A Union Jack
B Jalur gemilang
C Jack Union
D Bendera SHTI
Jawapan:

26. Apakah persamaan tugas tokoh berikut terhadap British?
- Stamford Raffles
- Wiliam Farquhar
A mencari pelabuhan baharu
B memulangkan kawasan jajahan
C meluaskan pengaruh ke Alam Melayu
D menandatangani perjanjian Surat Kew
Jawapan:

27. Di manakah bendera berikut dikibarkan pada tahun 1826?
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
A Selangor, Perak dan Johor
B Pahang, Kedah dan Melaka
C Kelantan, Terengganu dan Perlis
D Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
Jawapan:

28. Nyatakan status yang dimiliki oleh Pulau Pinang selepas dinaik taraf pada tahun 1805.
A Presidensi Pertama
B Presidensi Kedua
C Presidensi Ketiga
D Presidensi Keempat
Jawapan:

29. Bagaimanakah British mengatasi kelemahan sistem pentadbiran di Negeri -negeri Selat pada 1 April 1867?
A Memindahkan pusat pentadbiran ke London
B Melantik Gabenor Jeneral
C Melantik penduduk tempatan sebagai pentadbir
D Syarikat Hindia Timur Inggeris di bubarkan
Jawapan:

30. Mengapakah golongan pedagang dan penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Negeri-negeri Selat di bawah Pejabat India?
A Kegagalan Pejabat india mengawal pemberontakan yang berlaku di India
B Negeri-negeri Selat dijadikan tempat buangan banduan
C Keengganan Pejabat India menggantikan mata wang Dolar Sepanyol kepada mata wang rupee India
D Sikap pilih kasih pihak oentadbiran di Pejabat India
Jawapan:

31. Antara berikut yang manakah BUKAN kepentingan Pulau Pinang kepada British pada abad ke 18
A Pusat pengumpulan barang
B Pelabuhan persinggahan
C Kekayaan bahan mentah
D Pusat pangkalan tentera
Jawapan:

32. Bagaimanakah cara Francis Light menduduki Pulau Pinang pada abad ke 18?
A Serangan Fizikal
B Tipu Helah
C Ugutan
D Pajakan
Jawapan:

33. Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)?
A Mempertahankan kedaulatan negeri
B Acaman lanun di perairan Kedah
C Menyelesaikan pergaduhan pedagang
D Mendapat keuntungan perdagangan
Jawapan:

34. Apakah ancaman yang dihadapi oleh Negeri Kedah pada abad ke 18?
A Siam dan India
B china dan India
C Bugis dan Siam
D Bugis dan India
Jawapan:

35. Setelah menyedari tertipu dengan muslihat British, Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan tentera dan menyerang British di Pulau Pinang.
Apakah kesan peristiwa serangan tersebut?
A British mengundur diri
B Seberang Perai menjadi milik British
C Negeri- negeri selat ditubuhkan
D Negeri Kedah menjadi milik British
Jawapan:

36. Apakah kepentingan Seberang Perai kepada British pada abad ke 18?
A Sumber makanan
B Sumber hasil alam
C Tempat membaiki kapal
D Terlindung daripada tiupan angin monsum
Jawapan:

37. Bagaimanakah Stamford Raffles mendapatkan negeri Singapura pada abad ke 19?
A Serangan Fizikal
B Manipulasi
C Pajakan
D Pakatan
Jawapan:

38. Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik menjadi Sultan Johor Riau pada 1812?
A Tidak mendapat sokongan pembesar
B Bukan putera yang sulung
C Bukan dari keturunan Raja
D Tidak hadir semasa pemakaman
Jawapan:

39. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III?
A Ancaman bugis
B Pewarisan takhta
C Serangan British di Singapura
D Serangan Acheh
Jawapan:

40. Perjanjian 6 Februari 1819 ditandatangani antara Stamford Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Sultan dan Temenggung dibayar pampasan
B Stamford Raffles dilantik sebagai residen
C Empayar Johor Riau berpecah dua
D Singapura diiktiraf menjadi milik British
Jawapan:

41. British berjaya menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui cara tipu muslihat serta manipulasi. Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut kepada kita?
A Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
B Berhati-hati dengan kuasa asing
C Berkerjasama dalam menyelesaikan masalah
D Ketulusan dan kejujuran asas kejayaan
Jawapan:

42. Antara berikut yang manakah BUKAN kesan Perjanjian London 1824?
A Kepulauan Alam Melayu berpecah dua
B Empayar Johor Riau semakin merosot
C Selat Melaka di bawah kekuasaan British
D Raja dan pembesar Melayu hilang kuasa
Jawapan:

43. Mengapakah Raja-Raja Melayu dan Pembesar tidak berpuas hati dengan Perjanjian London 1824?
A Kuasa raja semakin merosot
B Pembesar hilang kawasan pengaruh
C Dibuat tanpa pengetahuan raja
D Pengenalan sistem Residen
Jawapan:

44. Maklumat berikut menerangkan tindakan Pejabat India terhadap Negeri-Negeri Selat
Mengabaikan kebajikan pedagang
Memperkenalkan mata wang rupee India
Menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
A Sistem Residen diperkenalkan
B Ibu negeri ditukarkan ke singapura
C Pentadbiran dipindahkan ke London
D Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan
Jawapan:

45. Pada 1 April 1867, pentadbiran Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah kuasa Pejabat Tanah Jajahan di London.
Apakah bidang tugas Pejabat Tanah Jajahan di London?
A Menguruskan hal ehwal tanah jajahan British
B Merupakan pangkalan tentera British
C Menjaga kebajikan pedagang British
D Melaksanakan undang-undang British
Jawapan:

46. Dialog berikut mungkin diucapkan oleh Pegawai British pada abad ke 18.
Pegawai A : Kita memerlukan kawasan yang lebih strategik untuk dijadikan sebagai pelabuhan Bebas.
Pegawai B : Ye betul. Kita perlu menguasai selat melaka.
Bagaimanakah British menyelesaikan masalah tersebut?
A Menguasai Johor
B Menguasai Melaka
C Menduduki Pulau Pinang
D Menguasai Singapura
Jawapan:

47. Semasa Perang Napolean 1793 - 1814, apakah perjanjian yang ditanda tangani selepas Raja Belanda berundur ke England pada tahun 1795?
A Perjanjian London 1824
B Perjanjian Inggerin Belanda 1795
C Perjanjian Surat Kew
D Perjanjian Napolean 1795
Jawapan:

48. Apakah kandungan Perjanjian Surat Kew antara Belanda dan British pada 1795?
A Belanda menyerahkan sementara tanah jajahan
B Belanda menyerahkan bangkahulu
C Meminta bantuan ketenteraan daripada British
D Menjaga keselamatan pedagang di Selat Melaka
Jawapan:

49. Apakah yang dimaksudkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British?
A Dikuasai oleh Gabenor yang dilantik oleh Kerabar Diraja British
B Tanah Jajahan British yang dikuasai oleh Residen
C Dikuasai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Gabenor British
D Tanah jajahan British yang dikuasai oleh Kerabat diraja British
Jawapan:

50. Pada tahun berapakah negeri-negeri selat ditubuhkan?
A 1946
B 1862
C 1826
D 1926
Jawapan:

51. Pada tahun 1786-1826 Pulau Pinang ditadbir oleh?
A Stamford Raffles
B Francis Light
C Wiliam Farquhar
D SHTI
Jawapan:

52. Sistem yang digunakan semasa pentadbiran Melaka
A Beraja
B Pilihan Raya
C Kapitan
D Tirani
Jawapan:

53. Pulau-pinang merupakan wilayah di bawah kesultanan?
A Kedah
B Melaka
C Perlis
D Pahang
Jawapan:

54. Pelabuhan paling awal dibuka di Pulau-Pinang
A Georgetown
B Pulau Pinang
C Klang
D Batu Uban
Jawapan:

55. Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman ladang2 gambir diusahakan oleh?
A Cina
B inggeris
C India
D Korea
Jawapan:

56. Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaaan yang unggul pada abad ke?
A 14
B 13
C 16
D 15
Jawapan:

57. Sultan Abdul Rahman bersemayam di?
A Kuching
B Lingga
C Downtown Core
D Riau
Jawapan:

58. Pulau pinang digunakan sebagai pelabuhan persinggahan untuk
A Berehat
B Berjual beli
C Baiki kapal
D Membuat petempatan
Jawapan:

59. China mahukan sumber dari tanah melayu iaitu
A Air
B Batu
C Besi
D Bijih Saga
Jawapan:

60. Singapura mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan
A Riau
B Sunda
C Georgetown
Jawapan:

Bahagian Subjektif
1 Lengkapkan maklumat berikut tentang latar belakang kawasan dalam peta di bawah sebelum peluasan kuasa Barat.
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
(a) Merupakan kawasan kekuasaan (i) . Pelabuhan terawal yang dibuka di Pulau Pinang ialah (ii) . Petempatan di kawasan tersebut dibuka pada tahun 1759 oleh orang (iii) dari Sumatera. Pelabuhan ini dikunjungi oleh pedagang (iv) .

Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
(b) Merupakan lokasi sebuah kerajaan yang gemilang, iaitu (i) . Namun pada tahun 1511, Melaka telah ditawan oleh (ii) dan kemudian menjadi tanah jajahan (iii) (1641−1824). Dalam tempoh tersebut, Melaka menjadi pusat pengumpulan bijih timah dari (iv) .

Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
(c) Merupakan wilayah kekuasaan (i) . Sejak abad ke-16 hingga ke-19, kawasan kekuasaannya merangkumi Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga. Pemerintah kesultanan ini, iaitu Sultan Abdul Rahman bersemayam di (ii) . (iii) pula mentadbir Johor, Singapura dan Kepulauan Riau. Beliau tinggal di Singapura.

2 Nyatakan keistimewaan wilayah berikut hingga menarik minat British untuk menguasainya.
Pulau Pinang:
a.

b.

c.

Singapura:
d.


e.


Melaka:
f.


3 Persengketaan dan ancaman luar yang dihadapi Kesultanan Kedah telah memberi peluang kepada British untuk membuat muslihat bagi mendapatkan Pulau Pinang.
(a) Jelaskan masalah yang dihadapi Kesultanan Kedah pada ketika itu.
(i) Perebutan takhta







(ii) Ancaman Siam






(b) Bagaimanakah Francis Light menggunakan peluang tersebut untuk menduduki Pulau Pinang?






(c) Apakah tindakan sultan Kedah setelah menyedari muslihat Francis Light tersebut?





(d) Nyatakan iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.




4 Jawab soalan di bawah. (a) Bagaimanakah British dapat menduduki tanah jajahan Belanda, iaitu Melaka dan Betawi?


(b) Mengapakah British mahu mencari pelabuhan baharu?






(c) Siapakah yang ditugaskan mencari pelabuhan baharu untuk British?


(d) Namakan pelabuhan yang dianggap paling strategik oleh Stamford Raffles?


5 a) Lengkapkan maklumat di bawah tentang strategi British untuk bertapak di Singapura.
Ketibaan Stamford Raffles dan William Farquhar di Singapura:
Stamford Raffles dan William Farquhar yang tiba di Singapura telah berjumpa dengan pentadbir Singapura, iaitu (i) pada tahun 1819

Temenggung Abdul Rahman:
British mengadakan perjanjian awal dengan Temenggung agar dibenarkan mendirikan petempatan di Singapura. Temenggung menegaskan yang perjanjian tersebut mesti mendapat (ii) daripada pemerintah Kesultanan Johor Riau

Sultan Abdul Rahman:
Baginda merupakan pemerintah Kesultanan Johor Riau yang mempunyai hubungan baik dengan Belanda. Menyedari hal tersebut, Stamford Raffles telah memanipulasikan isu (iii) Kesultanan Johor Riau bagi memperoleh pengesahan sultan

Sultan Abdul Rahman dan Tengku Hussein:
Tengku Hussein (putera sulung) dan Tengku Abdul Rahman (putera bongsu) merupakan waris kepada Sultan Mahmud Shah III. Sewaktu Alhamrhum Sultan dimakamkan, Tengku Hussein tidak hadir kerana berada di Pahang. Oleh itu, (iv) ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau

Sultan Hussein Muhammad Shah:
Tengku Hussein telah diisytiharkan sebagai (v) dan baginda bersemayam di Singapura. Tindakan manipulasi politik yang dilakukan oleh Stamford Raffles ini telah menyebabkan Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan

b) Tengku Hussein tidak ditabalkan sebagai pengganti Sultan Johor Riau kerana tidak hadir ketika upacara pemakaman Almarhum ayahandanya. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah berlaku keadaan demikian?






6 Lengkapkan maklumat berkaitan dengan perjanjian yang dibuat oleh Britisih untuk mengukuhkan kuasanya di Singapura.
a) Perjanjian 6 Februari 1819
i) Individu terlibat:




ii) Kesan perjanjian:




b) Perjanjian 2 Ogos 1824
i) Individu terlibat:




ii) Kesan perjanjian:




7 British berjaya menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda. Terangkan faktor yang mendorong kepada pakatan antara dua kuasa Eropah tersebut serta kesannya.
a) Menamatkan pertikaian berkaitan dengan Singapura









b) Dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah






c) Penyelesaian untuk perdamaian






d) Kesan pakatan
i)


ii)


iii)


8. Peta berikut menunjukkan pembahagian kawasan pengaruh antara British dengan Belanda selepas Perjanjian London, 1824 ditandatangani. Jelaskan kesan perjanjian ini terhadap Alam Melayu.
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
a) Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh Barat





b) Berlaku perpecahan dalam empayar Kesultanan Johor Riau





i) Singapura menjadi tanah jajahan British





ii) Kesultanan Riau Lingga berakhir





iii) Pahang mengisytiharkan kedaulatan





c) Selat Melaka dikuasai British




9 Jawab soalan yang berikut.
a) Jelaskan hubungan perdagangan yang terjalin antara negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (NNS).



b) Apakah yang dapat membuktikan Negeri-Negeri Selat (NNS) telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri Melayu?





c) Apakah iktibar yang dapat diambil daripada peluasan pengaruh British di Negeri-Negeri Selat (NNS)?





10 Peta berikut menunjukkan wilayah Negeri-Negeri Selat. Jelaskan tujuan penggabungan Negeri-Negeri Selat dan kepentingan pembentukannya kepada penjajah British.
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
a) Tujuan penggabungan Negeri-Negeri Selat.






b) Kepentingan pembentukan Negeri-Negeri Selat kepada British.








11 Lengkapkan struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat (1826−1867) dalam rajah di bawah.
Bab 2 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
(a)
(b)
(c)
(d)




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。