1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Set 3 Latihan Sains Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 3: Pengangkutan

Klik untuk jawapannya

1. Antara proses yang berikut, adalah melibatkan proses resapan kecuali
A Oksigen
B Nutrien
C Karbon dioksida
D Air
Jawapan:

2. Sistem yang membawa Bahan keperluan ke seluruh badan dan menyingkirkan Bahan kumuh dikenali sebagai...
A Sistem pencernaan
B Sistem perkumuhan
C Sistem respirasi
D Sistem rangka
Jawapan:

3. Bagi organisma ringkas seperti unisel, sistem pengangkutan keluar masuk bahan keperluan dan bahan kumuh adalah secara
A Resapan
B Osmosis
C Sistem pengangkutan yang khusus
Jawapan:

4. Antara yang berikut, yang manakah bahan keperluan sel bagi organisma
I Karbon diokside
II Nutrien
III Oksigen
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

5. Antara yang berikut, yang manakah bukan melibatkan sistem pengangkutan yang khusus
A Manusia
B Unisel
C Tumbuhan multisel
D Haiwan verterbrata
Jawapan:

6. Berdasarkan rajah berikut, organisma ini menjalankan proses perkumuhan secara
 Bab 3: Pengangkutan
A Resapan
B Osmosis
C Sistem pengangkutan yang khusus
Jawapan:

7. Apakah sistem pengangkutan bagi rajah dibawah
 Bab 3: Pengangkutan
A Osmosis
B Resapan
C Pengangkutan yang khusus
Jawapan:
A Sistem pengangkutan yang khusus
B Resapan
C Osmosis
Jawapan:

9. Berikut adalah kepentingan fungsi pengangkutan dalam organisma kecuali
A Menyingkirkan Bahan kumuh yang bertoksik
B Mengangkut Bahan keperluan sel tumbuhan seperti Garam mineral dan nutrien dan Hasil fotosintesis untuk menjalankan semua proses hidup dalam tumbuhan
C Sistem pengangkutan mengangkut Bahan keperluan sel dapat menghasilkan tenaga
D Membantu menyingkirkan oksigen dan Bahan nutrien keluar dari semua sel badan ke persekitaran luar
Jawapan:

10. Antara yang berikut, yang manakah hasil perkumuhan yang disingkirkan oleh sel
I Urea
II Karbon dioksida
III Air
IV Oksigen
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

11. Rajah menunjukkan sejenis sel darah manusia. Apakah fungsi sel darah tersebut?
 Bab 3: Pengangkutan
A Membantu pembekuan darah untuk memberhentikan pendarahan.
B Melawan penyakit dengan membunuh organisma dalam badan.
C Mengangkut nutrien, antibodi, hormon dan enzim.
D Mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan.
Jawapan:

12. Rajah menunjukkan struktur jantung manusia. V,W, X Dan Y ialah salur darah utama jantung. Antara padanan berikut, yang manakah betul?
 Bab 3: Pengangkutan
A V- Membawa darah terdeoksigen dari seluruh badan ke jantung.
B W- Membawa darah terdeoksigen ke peparu
C X- Membawa darah beroksigen dari peparu ke jantung.
D Y- Mengangkut darah beroksigen ke seluruh badan.
Jawapan:

13. Di dalam kapilari darah, oksigen bergabung dengan haemoglobin dalam sel darah bagi membentuk
A Oksihemoglobin
B Karbaminohemoglobin
C Carboxyhemoglobin
D Methemoglobin
Jawapan:

14. Sistem Trakea ialah sistem respirasi bagi
A Mamalia
B Amfibia
C Ikan
D Serangga
Jawapan:

15. Pada waktu malam,stoma tertutup. Mengapa?
A Sel pengawal menjadi segah pada waktu malam
B Air memasuki sel pengawal pada waktu malam
C Fotosintesis tidak berlaku pada waktu malam
D Tumbuhan tidak melakukan proses respirasi pada waktu malam
Jawapan:

16. Antara yang berikut, manakah ciri arteri?
A Saiz lumen besar
B Mempunyai injap
C Dinding nipis
D Mengangkut darah beroksigen
Jawapan:

17. Rajah menunjukkan komponen darah manusia. Apakah Z?
 Bab 3: Pengangkutan
A Plasma darah
B Platlet
C Sel darah putih
D Sel darah merah
Jawapan:

18. Apakah jenis kumpulan darah yang dikenali sebagai penderma universal?
A A
B B
C AB
D O
Jawapan:

19. Di manakah floem Dan xilem dijumpai?
A Tumbuhan
B Manusia
C Haiwan
D Amoeba
Jawapan:

20. Apakah persamaan antara sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan?
A Kedua-duanya mempunyai xilem & floem
B Kedua-duanya mempunyai injap
C Kedua-duanya mengangkut air, nutrien dan bahan larut
D Kedua-duanya terdapat dalam organisma ringkas
Jawapan:

21. Apakah fungsi injap pada jantung ?
A Memastikan darah beroksigen dan darah ternyahoksigen tidak bercampur
B Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja
C Membawa darah ke jantung
D Membawa darah keluar dari jantung
Jawapan:

22. Pilih kumpulan vertebrata yang mempunyai sistem peredaran serti di bawah :
*Mempunyai satu atrium dan satu ventrikel
*Pengaliran darah adalah perlahan
A Ikan
B Amfibia
C Reptilia
D Burung
Jawapan:

23. Namakan sistem pengangkutan dalam manusia
A Sistem respirasi
B Sistem saraf
C Sistem peredaran darah
D Sistem perkumuhan
Jawapan:

24. Pilih struktur jantung yang mempunyai lapisan otot yang paling tebal
A Atrium kanan
B Atrium kiri
C Ventrikel kanan
D Ventrikel kiri
Jawapan:

25. Pilih ciri-ciri yang tepat untuk menggambarkan struktur vena
I Saiz lumen yang besar
II Mempunyai injap
III Berotot tebal dan kenyal
IV Darah yang mengalir mempunyai tekanan yang tings
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

26. Maklumat berikut adalah berkaitan darah terdeoksigen KECUALI :
A Berwarna merah gels
B Mengalir perlahan di bawah tekanan yang rendah
C Mengandungi kepekatan oksigen yang tinggi
D Membawa gas karbon dioksida dari tisu badan
Jawapan:

27. Pilih salur-salur darah yang membawa darah beroksigen
I Arteri pulmonari
II Aorta
III Vena pulmonari
IV Vena kava
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

28. Pilih salur-salur darah yang membawa darah masuk ke dalam jantung
I Arteri pumonari
II Aorta
III Vena pulmonari
IV Vena kava
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

29. Maklumat di bawah merujuk kepada :
*Bunyi "lup" terhasil
*Berlaku semasa ventrikel mengecut
*Injap bikuspid dan trikuspid tertutup
*Bacaan tekanan darah yang keluar dari jantung
A Sistol
B Diastol
Jawapan:

30. Maklumat di bawah merujuk kepada :
*Bunyi "dub" terhasil
*Berlaku semasa ventrikel mengendur
*Injap sabit pada aorta dan arteri pulmonari tertutup
*Bacaan tekanan darah yang memasuki jantung
A Sistol
B Diastol
Jawapan:

31. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang arteri?
 Bab 3: Pengangkutan
A menerima darah daripada salur darah yang kecil
B mempunyai injab sabit
C mempunyai dinding tebal yang boleh menahan tekanan darah yang tinggi
D berbentuk jaringan di dalam kebanyakan organ
Jawapan:

32. Yang manakah adalah contoh bagi organisma kompleks?
I Manusia
II Haiwan vertebrata
III Tumbuhan
IV Mikroorganisma
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

33. Bahagian ini mempunyai dinding berotot yang nipis. Darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu memasuki atrium kanan melalui vena kava superior dan vena kava inferior. Berdasarkan pernyataan berikut, bahagian jantung yang manakah merujuk kepada pernyataan tersebut?
A Injap biskupid
B Atrium kanan
C Ventrikal kiri
D Septum
Jawapan:

34. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar bagi arteri?
I Dinding yang paling nipis setebal sati sel
II Dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik
III Pengaliran darah yang cepat pada tekanan darah yang tinggi
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D I, II dan III
Jawapan:

35. Bacaan tekanan darah David Bechkam ialah 120/90 mmHg. Yang manakah adalah bacaan diastolik beliau?
A 120 mmHg
B 90 mmHg
C 120/90 mmHg
D 90/120 mmHg
Jawapan:

36. Yang manakah adalah faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi?
I Jantina
II Umur
III Kesihatan badan
IV Pekerjaan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

37. Apakah komponen darah manusia?
I Plasma darah
II Sel darah putih
III Air
IV Sel darah merah
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

38. Fungsi kapilari darah adalah
A Membawa darah ke jantung
B Membawa darah keluar dari jantung
C Menghubungkan arteri dan vena
D Memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja
Jawapan:

39. Yang manakah penerima universal?
A A
B B
C AB
D O
Jawapan:

40. Bilakah gutasi berlaku?
I Malam
II Siang
III Hujan
IV Kelembapan udara yang tinggi
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

41. Apakah perbezaan antara xilem dan floem?
A floem berada di dalam bahagian kulit batang, manakala xilem berada pada bahagian tengah batang
B floem berada pada bahagian tengah batang, manakala xilem berada di dalam bahagian kulit batang
Jawapan:

42. Amira memiliki kumpulan darah B. Dia telah kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Kumpulan darah manakah sesuai diterima olehnya.
A kumpulah darah AB
B kumpulan darah O
Jawapan:

43.Sistem peredaran Darah terdiri daripada
 Bab 3: Pengangkutan
I Darah
II Jantung
III Paru- paru
IV Salur darah
V Otot
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

44. Injap di dalam jantung berfungsi
A Memisahkan setiap bahagian
B Mengelakkan darah dari bercampur
C Mengelakkan darah bergerak laju
D Memastikan aliran darah satu hala sahaja
Jawapan:

45. Manakah strutur jantung yang membawa Darah beroksigen?
A Ventrikel kanan
B Arteri pulmonari
C Aorta
D Vena kava
Jawapan:

46. Saiz lumen luas dan mempunyai tekanan darah yang rendah.
A Arteri
B Vena
C Kapilari
D Sel darah merah
Jawapan:

47. Tekanan darah normal bagi manusia ialah _____ mmHg
A 110/90
B 80/120
C 100/90
D 120/80
Jawapan:

48. Apakah nama alat ini?
 Bab 3: Pengangkutan
A Sfigmomanometer
B Sfigmomanomameter
C Sfigmomonometer
D Sfigmamanometer
Jawapan:

49. Bunyi lup dup jantung berpunca daripada
A tekanan darah jantung yang tinggi
B Ventikel yang kuat mengepam
C Bunyi penutupan injap
D Bunyi darah yang terkena dinding jantung
Jawapan:

50. Berapakah peratus kuantiti plasma dalam darah?
A 45
B 55
C 65
D 75
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。