1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 8 Latihan Geografi Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Klik untuk jawapannya

1. Rajah menunjukkan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia. Kawasan bertanda X adalah kawasan
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A Gurun Panas
B Hutan Konifer
C Hutan Monsun Tropika
D Hutan Daun Luruh Sederhana
Jawapan:

2. Apakah maksud xerofit?
A Tumbuh-tumbuhan yang tidak boleh hidup di kawasan gurun
B Tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup atau tumbuh di persekitaran kering
C Tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup atau tumbuh di persekitaran lembab
Jawapan:

3. Ciri-ciri tumbuhan tersebut sesuai hidup di mana.
* Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai akar panjang yang menjalar ke dalam tanah atau merebak di permukaan bumi untuk menyerap air
* Pokok di kawasan ini mempunyai daun berkilat, liat dan berbulu
A Hutan Konifer
B Gurun panas
C Hutan Monsun Tropika
D Hutan Daun Luruh Sederhana
Jawapan:

4. Tandakan 3 contoh pokok yang hidup di kawasan gurun panas.
I Prickly pear
II Maple
III Rumput Esparto
IV Akasia bantut
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

5. Mengapakah hidupan liar di gurun panas aktif pada waktu malam?
A Untuk menjimatkan tenaga dan air dalam badan
B Supaya mudah mencari makanan
C Untuk menyembunyikan diri daripada pemangsa
D Penglihatan lebih jelas pada waktu malam
Jawapan:

6. Tandakan 3 haiwan nokturnal.
I Kala jengking
II Musang fennec
III Addax antelop
IV Harimau bengal
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

7. Berikut ialah lokasi kawasan Hutan Y di dunia: -
India: Mangalore
Myanmar: Mandalay, Yangon
Thailand: Nakhon Ratchasima, Kanchanapuri
Sri Lanka: Taman Negara Yala
Y adalah
A Hutan Konifer
B Hutan Monsun Tropika
C Hutan Daun Luruh Hawa Sederhana
Jawapan:

8. Tandakan 3 ciri tumbuhan di Hutan Monsun Tropika
I Pokok-pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20 hingga 30 meter
II Mempunyai daun pokok yang banyak dan lebar bagi mendapatkan cahaya matahari
III Mempunyai daun berkilat, liat dan berbulu
IV Hutan ini jarang dan kelihatan berlapis-lapis tetapi tidak begitu nyata
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV
Jawapan:

9. Pilih ciri hidupan liar di Hutan Monsun Tropika
A Berbulu nipis, kulit berkedut dan bersaiz besar
B Bergerak aktif pada waktu malam untuk mencari makanan
C Berhibernasi
Jawapan:

10. Tasmania, Australia adalah contoh lokasi Hutan Daun Luruh Sederhana di dunia.
A Betul
B Salah
Jawapan:

11. Mengapakah batang pokok hutan daun luruh sederhana mempunyai kulit yang tebal?
A Untuk mudah menyerap air
B Untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk
C Mengelakkan air dalam batang beku
Jawapan:

12. Bagaimanakah hidupan liar di hutan daun luruh sederhana menyesuaikan diri pada musim sejuk?
A Bergerak aktif
B Berhibernasi
C Aktif waktu malam sahaja
Jawapan:

13. Tandakan 3 contoh hidupan liar di hutan daun luruh sederhana.
I Chipmunk
II Badger
III Lesser purple emperor
IV Addax entelope
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan III
Jawapan:

14. Kawasan hutan ni meliputi Amerika Utara, Kanada Utara, Eropah dan Rusia. Hutan yang dimaksudkan ialah
A Hutan konifer
B Hutan Monsun Tropika
C Hutan daun luruh sederhana
Jawapan:

15. Mengapakah permukaan daun pokok di hutan konifer bersalut lilin?
A Untuk mengelakkan kehilangan air
B Untuk menyimpan air
C Untuk mengelakkan ancaman fros
Jawapan:

16. Bagaimanakah rusa dan burung menyesuaikan diri pada musim sejuk di hutan konifer?
A Berteduh di bawah pokok
B Berhibernasi
C Berpindah ke kawasan lebih panas
Jawapan:

17. Batang pokok di hutan konifer penting untuk aktiviti
A Pembalakan
B Penghalang hakisan
C Sumber perubatan
Jawapan:

18. Apakah khasiat pokok oak?
A Mengurangkan tahap kolesterol
B Menyembuhkan masalah cirit birit, sakit tekak dan luka
C Merawat kencing manis
D Merawat masalah buah pinggang
Jawapan:

19. Hidupan liar yang dijadikan pengangkutn dan tarikan pelancong di gurun panas
A Kala jengking
B Kambing gurun
C Unta
D Rusa gazelle
Jawapan:

20. Selain menyumbang dalam kegiatan pembalakan, batang pokok di hutan monsun tropika juga digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat
A kertas
B cerucuk bangunan
C arang kayu
D penahan banjir
Jawapan:

21. Apakah ciri hutan hujan tropika?
I Dirian tulen
II Berakar banir
III Empat lapisan ketinggian
IV Menggugurkan daun pada musim kering
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II, III dan IV
Jawapan:

22. Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang dapat dikaitkan dengan foto di bawah?
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A Hutan Konifer
B Hutan Hujan Tropika
C Hutan Monsun Tropika
D Padang Rumput Sederhana
Jawapan:

23. Apakah ciri Hutan Konifer?
A Berakar banir
B Pelbagai spesies
C Lantai hutan padat
D Daun berbentuk jarum
Jawapan:

24. Spesies pokok seperti foto di bawah biasa ditemui di kawasan
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A Hutan Konifer
B Hutan Hujan Tropika
C Hutan Monsun Tropika
D Padang Rumput Sederhana
Jawapan:

25. Mengapakah lantai hutan hujan tropika lebih jarang berbanding dengan lantai hutan monsun tropika?
A spesies hidupan liar kurang
B gas karbon dioksida yang banyak
C aktiviti pembalakan yang giat
D terdapat lapisan kanopi di bahagian tengah
Jawapan:

26. Dalam ekosistem, tumbuh-tumbuhan hijau dikenali sebagai
A herbivor
B omnivor
C karnivor
D autotrof
Jawapan:

27. Apakah peranan hidupan liar di atas kepada ekosistem hutan hujan tropika?
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A bertindak sebagai pengeluar
B berfungsi sebagai pengawal hutan
C mengekalkan keseimbangan ekosistem
D menjadi bahan ubat-ubatan
Jawapan:

28. Haiwan di atas bertindak sebagai
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A pengeluar
B pengguna primer
C pengguna sekunder
D pemangsa
Jawapan:

29. Hutan paya bakau merupakan hutan yang terdapat di kawasan
A muara yang terlindung
B paya dan sungai
C tanah pamah yang luas
D ketinggian lebih daripada 1200 meter
Jawapan:

30. Apakah fungsi akar tumbuhan seperti foto di atas?
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A Menstabilkan pokok
B Mencari air bersih
C Menjadi tarikan pelancong
D Mencantikkan pemandangan
Jawapan:

31. Prickly pear boleh ditemui di Kawasan ______ ?
A hutan konifer
B gurun panas
C hutan daun luruh sederhana
D hutan monsun tropika
Jawapan:

32. Beaver dan badger boleh ditemui di _______ ?
A hutan monsun tropika
B gurun panas
C hutan daun luruh sederhana
D hutan konifer
Jawapan:

33. Hutan monsun tropika terletak di beberapa buah negara.antaranya ialah _______.
A laos
B iran
C australia
D brunei
Jawapan:

34. Permukaan daun bersalut lilin untuk mengelakkan ancaman fros
A gurun panas
B hutan konifer
C hutan daun luruh sederhana
D hutan monsun tropika
Jawapan:

35. Hidupan liar di kawasan gurun panas adalah jenis ________.
A nocturnal
B herbivor
C invertebrata
D vertebrata
Jawapan:

36. Pokok dalam hutan ini tumbuh antara 20-30 meter.
A gurun panas
B hutan konifer
C hutan monsun tropika
D hutan daun luruh sederhana
Jawapan:

37. Batang pokok berbentuk silinder dan mempunyai cabang dahan yang lebih banyak
A gurun panas
B hutan monsun tropika
C hutan konifer
D hutan daun luruh sederhana
Jawapan:

38. Haiwan manakah yang berhibernasi pada musim sejuk
A antelop
B gazelle
C kodok
D chipmunk
Jawapan:

39. Negara yang mempunyai hutan daun luruh sederhana
A amerika
B korea selatan
C belanda
D belgium
Jawapan:

40. Apakah jenis pokok yang dapat hidup di kawasan gurun panas?
A xerofit
B penaga
C pokok berkulit tebal
D berkayu keras
Jawapan:

41. Tumbuh-tumbuhan ini sering dijumpai di kawasan gurun panas. Apakah nama tumbuh-tumbuhan ini?
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A akasia
B kaktus
C prickly pear
D semak samun berduri
Jawapan:

42. Ciri kawasan Gurun Panas ialah
A Panas dan lembap sepanjang tahun
B Panas dan kering sepanjang tahun
C Panas sepanjang tahun
D Lembap sepanjang tahun
Jawapan:

43. Mengapakah kodok boleh duduk tertimbus sehingga 11 bulan di kawasan gurun panas?
A kulit berkedut
B kulit berbulu
C berkulit licin
D kulitnya yang kalis air
Jawapan:

44. Batang pokok di kawasan ini mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk.
A hutan gurun panas
B hutan daun luruh sederhana
C hutan konifer
D hutan monsun tropika
Jawapan:

45. Hutan Monsun Tropika tumbuh di kawasan-kawasan berikut kecuali
A Malaysia
B India
C Bangladesh
D Filipina
Jawapan:

46. Haiwan ini sering dijumpai di kawasan yang berhutan
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A monsun tropika
B gurun panas
C konifer
D daun luruh sederhana
Jawapan:

47. Mengapakah daun pokok di Hutan Monsun Tropika banyak dan lebar?
A untuk mengurangkan transpirasi
B untuk menyimpan air
C untuk mengelak kehilangan air
D untuk mendapatkan cahaya matahari
Jawapan:

48. 'Daun berbentuk jarum dan berkilat'
Pernyataan di atas merujuk kepada tumbuhan di kawasan
A Hutan Daun Luruh Sederhana
B Hutan Monsun Tropika
C Hutan Konifer
D Gurun Panas
Jawapan:

49. Rusa dan burung yang terdapat di kawasan hutan ini akan berpindah ke kawasan yang lebih panas di bahagian selatan pada musim sejuk.
A Hutan monsun tropika
B Hutan konifer
C Hutan daun luruh sederhana
D Hutan di gurun panas
Jawapan:

50. Mengapakah kanopi pokok ini berbentuk kon?
 Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
A mengurangkan transpirasi
B mengelakkan daripada haiwan
C mengelakkan salji terkumpul di atasnya
D menyerap air
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。