1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 11 Latihan Geografi Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Bab 11: Kitar Semula

Klik untuk jawapannya

1. Amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi merujuk kepada elemen
A Reduce
B Reuse
C Rethink
D Recycle
Jawapan:

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
A Memungut sisa toksik
B Mengurangkan sisa pepejal
C Mengasingkan sisa pepejal
D Memungut dan mengasingkan sisa pepejal
Jawapan:

3. Pilih kepentingan amalan kitar semula.
I Menghasilkan baja
II Mengekalkan ekosistem
III Mengurangkan kesan rumah hijau
IV Menggalakkan kemasukan pelancong
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

4. Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan kitar semula.
Mustaqim mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang sama atau baharu semula.
Tindakan ini dikenali sebagai ____________.
A Reduce
B Reuse
C Rethink
D Recycle
Jawapan:

5. Antara berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula?
I Menjimatkan sumber semula jadi.
II Mampu mengurangkan pencemaran alam.
III Mewujudkan jaringan pengangkutan yang baik.
IV Menyebabkan taraf hidup penduduk meningkat
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

6. Orang ramai boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan ___________ menggunakan sisa makanan.
A baja urea
B baja kompos
C makanan dingin beku
D racun serangga organik
Jawapan:

7. Apakah amalan yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?
Syarikat A&B menggunakan teknologi seperti e-mel bagi mengurangkan penggunaan kertas di pejabat.
A Reduce
B Reuse
C Rethink
D Recycle
Jawapan:

8. Antara berikut, yang manakah amalan guna semula (reuse) di Malaysia?
I Membuat bakul daripada majalah lama
II Membawa beg yang diperbuat daripada guni
III Menderma pakaian yang masih elok kepada mereka yang memerlukan
IV Membeli makanan mengikut keperluan untuk mengelakkan sisa domestik meningkat
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

9. Negeri manakah yang pertama melaksanakan kempen tanpa beg plastik?
A Pahang
B Selangor
C Sarawak
D Pulau Pinang
Jawapan:

10. Antara berikut, yang manakah amalan kitar semula yang dijalankan di Sweden?
I Program Subsidi Sisa
II Program Waste 21
III Pemulihan tenaga
IV Pelupusan
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
Jawapan:

11. Negara apakah yang dikaitkan dengan amalan kitar semula dalam pernyataan di bawah?
Kotak yang dikutip akan ditandakan dengan tanda hijau atau Green Dot oleh pengilang.
A Taiwan
B Jerman
C Belgium
D Denmark
Jawapan:

12. Pihak yang hendak melupuskan sebarang jenis sisa di Denmark akan dikenakan cukai. Amalan kitar semula tersebut dikaitkan dengan _______.
A Program Waste 21
B Program Cukai Sisa
C Program Cukai Hijau
D Program Affaldsbekendtgoerelsen 1999
Jawapan:

13. Antara berikut, yang manakah amalan kitar semula yang dikaitkan dengan pernyataan di bawah?
*Taiwan -->Menerangkan cara pengurusan sisa pepejal termasuk kaedah menyimpan, panduan kitar semula,
*mengumpul dan memproses.
A Akta Pelupusan Sisa
B Program Cukai Hijau
C Ordinan Pembungkusan
D Garis Panduan Kitar Semula
Jawapan:

14. Pernyataan di bawah merujuk kepada _______
· Sisa dapur, makanan, bahan-bahan kotor, lampin pakai buang
A Sisa baki
B Sisa pukal
C Sisa kebun
D Sisa kitar semula
Jawapan:

15. Pernyataan di bawah merujuk kepada
· Sisa perabot, sisa barangan elektrik yang besar
A Sisa baki
B Sisa pukal
C Sisa kebun
D Sisa kitar semula
Jawapan:

16. Pernyataan di bawah merujuk kepada
· Kertas,plastik, botol, kaca
A Sisa baki
B Sisa pukal
C Sisa kebun
D Sisa kitar semula
Jawapan:

17. Logo di bawah boleh ditemui pada produk keluaran negara?
 Bab 11: Kitar Semula
A Malaysia
B Jerman
C Denmark
D Sweden
Jawapan:

18. Apakah fungsi simbol di atas?
 Bab 11: Kitar Semula
I Mengutip bungkusan makanan
II Pengilang akan menandakan semua kotak
III Mendapat bayaran daripada pengilang
IV Menghantar bungkusan kotak
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

19. Mengapakah program kitar semula kurang berjaya di Malaysia?
A Kurang kemudahan kitar semula
B Kos mengitar semula sangat mahal
C Sikap dan gaya hidup yang kurang sihat
D Kekurangan pusat kitar semula
Jawapan:

20. Apakah usaha yang boleh diambil untuk menjayakan kempen dan program kitar semula di Malaysia?
I Penguatkuasaan program dan aktiviti kitar semula
II Memperluaskan kempen dan program kitar semula
III Meningkatkan bilangan hari pengutipan barang kitar semula
IV Menambahkan syarikat mengitar semula
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

21. Berikut merupakan amalan yang tidak dapat menyelamatkan bumi daripada kerosakan kecuali....
A Penebangan pokok
B Membuag plastik di lautan
C Membakar sampah di tempat terbuka
D Membuang kotak minuman dalam tong kitar kitar semula
Jawapan:

22. Adakah bahan elektronik juga merupakan bahan kitar semula?
A Ya
B Tidak
Jawapan:

23. Aktiviti kitar semula diadakan di SK Seksyen Enam, sempena minggu........
A Minggu Ihya Ramadhan
B CMinggu Kelab Kitar Semula
C Minggu Bahasa
D Minggu 3K
Jawapan:

24. Pilih kenyataan yang benar mengenai konsep kitar semula.
A Menjual semula bahan sisa pepejal
B CMemungut sisa pepejal untuk kegunaan peribadi
C Menjalankan aktiviti pembakaran sisa pepejal secara terbuka
D Memungut dan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategor
Jawapan:

25. Konsep amalan kitar semula merujuk kepada...
A mengurangkan sisa pepejal
B menggunakan barangan secara berulang kali
C menghasilkan semula produk sama jenis atau baharu
D menggunakan bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan
Jawapan:

26. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula?
I Meningkatkan suhu bumi
II Memelihara sumber hutan
III Meningkatkan pendapatan
IV Pencemaran udara meningkat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Jawapan:

27. Apakah kepentingan melaksanakan amalan Hari Tanpa Beg Plastik?
A Menjimatkan ruang kawasan pelupusan
B Mengurangkan aktiviti pembalakan
C Mengurangkan sisa sukar dihapus
D Meningkatkan pendapatan syarikat
Jawapan:

28. Pilih kenyataan yang benar mengenai amalan kitar semula di Jerman
. Garment Collecting
A Mewujudkan tong sampah muzikal
B Melaksanakan program Waste 21
C Mengunakan konsep Duales System Deutschland GmBH
Jawapan:

29. Mengapakah barang di kitar semula ?
A Menjimatkan tapak pelupusan sampah.
B Menjimatkan wang agar manusia cepat menjadi kaya.
C Menggunakan bahan secara berhemat.
Jawapan:

30. Apa kesan utama jika kitar semula tidak dijalankan?
A Pembuangan sampah semakin berleluasa
B Tapak pelupusan sampah tidak mampu disediakan
C Tidak ada sifat tanggungjawab
D Penghasilan barangan semakin kurang
Jawapan:

31. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling sesuai menggalakkan masyarakat menjayakan kitar semula?
I Kempen
II Amalan di rumah
III Sediakan tong kitar semula
IV Beri ganjaran
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D I, III dan IV
Jawapan:

32. Di manakah tempat terakhir sampah sarap tersebut di buang?
A Tong sampah
B Sungai
C Tapak Pelupusan sampah
D Tempat pembuangan sampah
Jawapan:

33. Berikut adalah warna tong yang digunakan kecuali....
A Biru
B Jingga
C Perang/Coklat
D Hijau
Jawapan:

34. Berapa jenis tong sampah khusus yang digunakan untuk pembuangan kitar semula?
A 3
B 4
C 5
D 6
Jawapan:

35. Amalan kitar semula perlu dipraktikkan untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?
A Memungut sisa pepejal
B Mengurangkan sisa pepejal
C Memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan bahan baharu
D Mengurus selia sisa pepejal dengan baik dan sistematik
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。