1 2

Set 2 Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 3

Source: Pentaksiran Diagnostik Akademik SBP 2018

Klik untuk jawapannya

BAHAGIAN A
1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Tuliskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Anggota tentera itu sedang menyandang sebatang senapang ketika menjalankan tugas di sempadan negara.


ii. “Baginda ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada para pegawai Istana.


iii. Novel itu telah dikaji oleh kami sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.


iv. Dalam memastikan kestabilan politik serantau, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang baik dengan lain-lain negara.


2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Muhammad Yusoff telah dilantik sebagai setiausaha dan ditugaskan untuk mencatit minit mesyuarat tersebut.


(ii) Puan Siti Aafiyah meminta suaminya membeli barang keperluan dapur yang dijual di pasaraya yang tersohor di bandar ini.


(iil) Beberapa naskah akhbar terbitan tahun 70-an dan majalah lama masih ada dalam simpanan nenekku.


3. Tukar ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal tanoa mengubah maksud asalnya.
(i) Majlis rumah terbuka itu meriah kerana terdapat pelbagai juadah disediakan.
(a)
(b)


(ii) Mariam tidak terbaca novel yang tebal itu.
(a)
(b)

(iii) Banglo itu baru sahaja siap dan belum ada penghuninya.
(a)
(b)

(iv) Saya suka belajar Bahasa Perancis manakala adik saya suka belajar Bahasa Jepun.
(a)
(b)

(v) Mereka melompat-lompat di tepi koridor sambil menjerit dengan kuat.
(a)
(b)

4. Baca ayat di bawah dengan teliti, Kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
(i) Firasz akhirnya pulang ke Malaysia setelah bekerja selama 15 tahun di luar negara dan tidak akan kembali ke negara tersebut semula.


(ii) setelah beberapa jam adik berkurung di dalam bilik kerana tidak puas hati akan sikap tegas kakaknya, dia akhirnya berbaik dengan kakaknya itu semula.

5. Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendin.

Maka apabila sampailah dekat kepada kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu datang, maka masing- masing melempari dengan batu, dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun larilah dan tubuhnya pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. la pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.

Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya itu. Maka ia pun berhentilah ia di situ. Maka dicarinyalah di dalam sampah yang bertimbun- timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah Taala maka bertemulah ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannya ketupat itu laki bini. Setelah sudah dimakannya_ ketupat itu maka barulah dimakannya tebu itu. Maka adalah segar sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hampir pun tiada boleh. Demikian halnya Si Miskin itu.

Maka hari pun petanglah. Maka Si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia tidur. Maka hari pun sianglah. Maka pagi-pagi hari maka Si Miskin pun pergi berjalan dua laki ister! maka bertemulah dengan orang. Maka dilihatnya Si Miskin itu segera mereka mengambil kayu. Maka dilontarnya dan dipalunya Si Miskin dua laki isteri itu. Maka ia pun larilah membawa dirinya dengan berlumuran darah. Maka kata isterinya, “Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tiada berdaya lagi, hancurlah segala anggotaku.”

Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ja pun turut menangis seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh isterinya sambil berkata, “Diamlah tuan, jangan menangis. Sudahlah untung kita ini rupanya.” Maka isterinya pun diamlah.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita” dalam antologi Bintang hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)


i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku kepada Si Miskin apabila dia dilempari batu dan kayu oleh orang-orang di pasar?




ii) Nyatakan dua perwatakan Si Miskin yang terdapat dalam prosa tersebut.





iii) Nilai kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia.
Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya nilai kasih sayang tidak wujud dalam kalangan masyarakat di negara kita ?






6. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendin.

Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasih
Kepadamu hujan bagai tetamu
Jiwa pun menjadi dingin
Api amarah pun terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Rezeki buat petani.


Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Ikan-ikan yang riang
Liar di belantara samudera
Kerana sudi membebaskan derita
Nelayan tua di pondoknya.


Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Darah kesetiaan seorang warga
Kepada watan tercintanya.


Sesekali kuingin pula menjadi bunga
Menebarkan keharuman
Di taman-taman keresahan hidup
Menyerahkan keinsafan
Kepada keangkuhan perang


Alangkah indahnya dunia
Andai semua merenung
Kekosongan hidup ini.


(Dipetik daripada sajak,’Kuingin Berterima Kasih’, antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)

i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkap keempat sajak di atas ?






ii) Jelaskan dua unsur bunyi berserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut.






iii) Generasi muda sekarang lebih berminat untuk mencari pekerjaan di bandar berbanding dengan bekerja sebagai petani atau nelayan di kampung.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan bekerja di bandar?






7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(ii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iii) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Persoalan ialah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis bagi menyokong dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh penulis.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan tiga persoalan yang telah ditetapkan.

Hempasan Ombak:
- Persoalan cabaran dalam dunia perniagaan
- Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan
- Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga

Tawanan Komander Caucasus
- Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan
- Persoalan hidup saling membantu
- Persoalan tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak

Chot
- Persoalan kesungguhan dalam menuntut ilmu
- Persoalan penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat
- Persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu

Justeru Impian
- Persoalan kesabaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
- Persoalan kasih sayang seorang anak di Jaring terhadap ibunya
- Persoalan berpendirian teguh dalam hal berpakaian

























































Klik untuk jawapannya

1 2


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。