1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Set 6 Latihan Geografi Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 2

Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Klik untuk jawapannya

1. Namakan alat telekomunikasi di bawah.
Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia
A Mesin Faks
B Mesin Teleks
C Mesin Telegraf
D Mesin Taip
Jawapan:

2. Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin yang disambung dengan rangkaian telefon dinamakan
A mesin telegraf
B mesin fax
C mesin teleks
D telegram
Jawapan:

3. Namakan satelit malaysia yang telah dihantar ke angkasa pada 14 Julai 2009?
A MEASAT-2
B MEASAT-3a
C TiungSAT
D RazakSAT
Jawapan:

4. Alat ini adalah alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 176 untuk urusan Pentadbiran di Tanah Melayu.
A Mesin Teleks
B Telegraf
C Telefon
D Mesin Faks
Jawapan:

5. Telefon ini dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.
A Telefon
B Telefon Android
C Telefon Bimbit
D Telefon Pintar
Jawapan:

6. Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan
A malaysia
B jerman
C swiss
D greek
Jawapan:

7. Nyatakan maksud GPS
A Great Positioning System
B Great Positioning Satellite
C Global Positioning System
D Global Positioning Satellite
Jawapan:

8. Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia
A Wilayah Persekutuan
B Putrajaya
C Shah Alam
D Kuantan, Pahang
Jawapan:

9. ______________ merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik.
A RazakSAT
B MEASAT-3b
C TiungSAT-1
D MEASAT-3a
Jawapan:

10. Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang memajukan industri telekomunikasi Malaysia kecuali..
A TMnet
B Unify
C YTLNetwork
D Samsung
Jawapan:

11. Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.
A Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.
B Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara
C Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.
D Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.
Jawapan:

12. Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar.
A membayar bil telefon
B mempromosikan produk
C mengeluarkan wang tunai
D menonton siaran luar negara
Jawapan:

13. Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika.
A Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah
B Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.
C Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem.
D Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.
Jawapan:

14. Beikut adalah kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara kecuali
A memberi peluang pekerjaan
B mengesan bencana alam
C pembesaran anak-anak yang positif
D sistem pengangkutan yang cekap
Jawapan:

15. Alat untuk menghantar berita dengan cepat ke tempat yang jauh dengan kuasa elektrik dan kawat
A Telefon bimbit
B Mesin faks
C Telegraf
Jawapan:

16. Agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan perkhidmatan telefon di Malaysia ialah
A TMNet
B JARING
C Telekom Malaysia
D Tenaga Nasional Berhad
Jawapan:

17. Perkhidmatan teleperubatan telah dilaksanakan di beberapa hospital di Malaysia yang bertujuan untuk
A memberi rawatan percuma
B mengurangkan kos perubatan
C memberi rawatan terbaik kepada pesakit
D menggalakkan perkongsian kepakaran doktor
Jawapan:

18. Akram dapat berinteraksi dengan pensyarahnya secara langsung walaupun dia berada di tempat yang jauh
A e-dagang
B telesidang
C teleperubatan
D sekolah bestari
Jawapan:

19. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan e-dagang?
A Meluaskan pasaran
B Mengurangkan dagangan
C Meningkatkan kos pengurusan
Jawapan:

20. Mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama, iaitu All-Asia Satellite Television and Radia Operator (ASTRO)
A RazakSAT
B TiungSAT-1
C MEASAT
Jawapan:

21. Kesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara KECUALI
A Memudahkan sistem pembelajaran
B Urusan perbankan terhad di sesuatu tempat sahaja
C Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui internet
D Memudahkan perkhidmatan jual beli atas talian
Jawapan:

22. Diantara kesan negatif telekomunikasi ialah isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian
A Betul
B Salah
Jawapan:

23. Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis melalui media sosial
A Betul
B Salah
Jawapan:

24. -Pengajaran melalui internet
-Interaksi pelajar dengan pensyarah secara langsung
A kerajaan elektronik
B tele-sidang
C sekolah bestari
D tele-perubatan
Jawapan:

25. -TMNet
-MaxiNet
-Jaring
Senarai di atas merujuk kepada
A jenis komputer
B jenis telefon
C perkhidmatan internet
D sistem pembelajaran
Jawapan:

26. Fungsi MEASAT ialah untuk memodenkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan perhubungan dan penyiaran
A Betul
B Salah
Jawapan:

27. Ia diperkenalkan untuk melahirkan generasi baru yang celik IT, kreatif dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi ke era maklumat.
A kerajaan elektronik
B tele-sidang
C tele-perubatan
D sekolah bestari
Jawapan:

28. Namakan alat telekomunikasi yang terkini dan penting di Malaysia.
i) Teleprinter
ii) Televisyen
iii) internet
iv) satelit
A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv
Jawapan:

29. Bandar yang manakah berkembang seiring dengan perkembangan Koridor Raya Multimedia?
A Cyberjaya
B Nusajaya
C Damansara
D Petaling Jaya
Jawapan:

30. Apakah kepentingan alat telekomunikasi di atas?
Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia
i) Menggalakkan perpindahan penduduk.
ii) Mempercepat penghantaran barangan.
iii) Menyimpan dan mengeluarkan maklumat.
iv) Menerima dan memproses maklumat.
A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv
Jawapan:

31. Apakah kepentingan telekomunikasi dalam pembangunan sosial di Malaysia.
A Meningkatkan integrasi dan perpaduan rakyat.
B Meningkatkan kos hidup harian penduduk.
C Mempermudahkan urusan perbankan.
D Memberi data ramalan cuaca.
Jawapan:

32. Apakah kelebihan telefon pintar?
Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia
i) Mempunyai kamera beresolusi tinggi.
ii) Mengeratkan silaturahim.
iii) Boleh memuat turun pelbagai aplikasi.
iv) Terdapat perkhidmatan GPS.
v) Ramalan cuaca yang tepat.
A i, iii dan iv
B i, ii dan iii
C i, ii, iii dan v
D semua di atas
Jawapan:

33. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan kepentingan telekomunikasi di Malaysia.
i) e-perbankan
ii) perkhidmatan telekesihatan
iii) pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur
iv) mengeratkan silaturahim
v) data dapat disimpan dengan segera dan selamat.
A i dan ii
B ii, iii dan iv
C iii, iv dan v
D semua di atas
Jawapan:

34. Satelit TiungSAT dan RazakSAT adalah satelit mikro.
BETUL atau SALAH
A BETUL
B SALAH
Jawapan:

35. pernyataan di bawah dapat dikaitkan dengan

urusan pentadbiran
pembayaran gaji
kewagan dilakukan atas talian

A e-dagang
B telesidang
C e-kerajaan
D teleperubatan
Jawapan:

36.

· Dilengkapi dengan pelbagai perisian
· Digunakan untuk perbualan video, simpanan suara

Penyataan di atas dapat dikaitkan dengan
A telegraf
B telefon pintar
C mesin faks
D telefon bimbit
Jawapan:

37. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti plagiat?
A menggunakan kemudahan telekomunikasi
B aktiviti mencaci dan mencemuh orang lain di dalam talian
C mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain
D meniru hasil karya orang lain dan mengaku sebagai hasil kerja sendiri
Jawapan:

38. Diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu, merujuk kepada
A telegraf
B telegram
C telefon
D mesin teleks
Jawapan:

39. Merupakan televisyen satelit yang beroperasi melalui satelit buminya di Pulau Langkawi, merujuk kepada
A MEASAT
B TIUNGSAT
C RAZAKSAT
D ASTRO
Jawapan:

40. Maklumat-maklumat di bawah merupakan perkembangan yang mempengaruhi sistem telekomunikasi di Malaysia kecuali
A galakkan kerajaan
B penyelidikan dan pembangunan
C kemahiran tenaga buruh
D darjah ketersampaian
Jawapan:

41. Antara berikut merupakan tiga fungsi Koridor Raya Multimedia (MSC) termasuklah:
I membekalkan infrastruktur ICT
II membuka laluan PINTAR
III memperkenalkan e-kerajaan, tele perubatan dan e-pembelajaran
IV melahirkan generasi muda celik IT
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

42. Berikan dua kepentingan perkhidmatan secara atas talian
I menyebarkan berita palsu
II memuat turun secara haram
III pembayaran bil utiliti
IV urusan perbankan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

43. Nyatakan dua kebaikan e-pembelajaran
I pembelajaran secara jarak jauh
II kemampuan untuk mengodam
III menyebarkan maklumat palsu
IV akses kepada bahan digital
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Jawapan:

44.

· Menara KL, Malaysia
· Menara CN, Kanada

Apakah persamaan fungsi kedua-dua menara di atas
A pusat pelancongan utama
B pusat pertahanan
C pusat perindustrian
D pusat telekomunikasi
Jawapan:

45. Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon. Berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks
A telefon
B telefaks
C telegraf
D teleks
Jawapan:

46. Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...
A Telefon --> telegraf --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar
B Teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar
C Telegraf --> telefon --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit -->telefon pintar
D mesin faks --> telegraf -->teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf
Jawapan:

47. Kabel berkapasiti tinggi yang diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus.
A Kabel broadband
B Kabel fiber optik
C Kabel jalur lebar
Jawapan:

48. Agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mengawal selia industri komunikasi dan Multimedia di Malaysia ialah...
A Suruhanjaya Pilihanraya
B Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
C Suruhanjaya Multimedia Malaysia
Jawapan:

49. Berikut merupakan perisian pelayar laman web kecuali...
A Internet Explorer
B Google Chrome
C Mozilla firefox
D Web browser
Jawapan:

50. Bagaimanakah telekomunikasi meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia ?
A Memajukan sistem pendidikan
B Meningkatkan taraf kesihatan penduduk
C Meningkatkan tahap keselamatan negara
D Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa
Jawapan:

51. Apakah kegunaan alat telekomunikasi tersebut?
Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia
A Berperanan besar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
B Menggunakan rangkaian 3G dan 4G
C Menyalurkan informasi dan memindahkan arus data dalam dunia jaringan komputer.
Jawapan:

52. Apakah keistimewaan telefon pintar berbanding dengan telefon bimbit biasa?
A Memiliki ciri pengkomputeran yang maju dan rekabentuk moden.
B Hanya boleh menghantar pesanan ringkas sahaja.
C Hanya menggunakan rangkaian 3G sahaja.
Jawapan:

53. Apakah langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa jenayah siber?
A Sentiasa melayari media sosial
B Berkomunikasi secara berhemah
C Menghargai hasil karya orang lain
D Tidak mendedahkan hal-hal peribadi kepada umum
Jawapan:

54. Manakah antara berikut, tidak benar tentang satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)?
A Mula dilancarkan pada tahun 1997
B Merupakan radio berbayarpertama di Malaysia
C TV1,TV2 dan TV3 merupakan teknologi berdefinisi tinggi
D Mempunyai rangkaian 185 saluran televisyen pada tahun 2016
Jawapan:

55. Interaksi Maya
Maklumat di atas berkaitan dengan
A E-dagang
B E-kerajaan
C Telesidang
D E-perbankan
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。