1 2 3 4 5 6 7 8 9

Set 7 Latihan Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 7: Udara

Klik untuk jawapannya

1. Udara ialah _______ pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera
A nsur
B sebatian
C campuran
Jawapan:

2. Antara gas berikut, yang manakah paling banyak terdapat dalam atmosfera Bumi?
A nitrogen
B oksigen
C karbon dioksida
D gas nadir
Jawapan:

3. Apakah kegunaan gas Neon?
A diisi dalam papan iklan supaya lebih berwarna-warni dan menarik
B diisi dalam belon kaji cuaca
C ubat bius dalam bidang perubatan
D diisi dalam filamen lampu untuk mencegah mentol terbakar
Jawapan:

4. Dalam respirasi, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
A oksigen, karbon dioksida
B karbon dioksida, oksigen
C nitrogen,oksigen
D oksigen, nitrogen
Jawapan:

5. Semasa fotosintesis, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
A oksigen, karbon dioksida
B karbon dioksida, oksigen
C nitrogen,oksigen
D oksigen, nitrogen
Jawapan:

6. Semasa pembakaran, gas _______ digunakan manakala gas ________ dibebaskan
A oksigen, karbon dioksida
B karbon dioksida, oksigen
C nitrogen,oksigen
D oksigen, nitrogen
Jawapan:

7. Pembakaran ialah tindak balas kimia antara suatu bahan dengan oksigen untuk membebaskan gas karbon dioksida, tenaga __________ dan tenaga __________
A haba, cahaya
B kinetik, haba
C cahaya, kimia
D kinetik, cahaya
Jawapan:

8. Antara gas berikut, yang manakah disusun mengikut urutan menurun berdasarkan peratus kandungannya dalam udara?
A oksigen, nitrogen, karbon dioksida, gas nadir
B nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir
C gas nadir, karbon dioksida, oksigen, nitrogen
D nitrogen, oksigen, gas nadir, karbon dioksida
Jawapan:

9. Jadual menunjukkan peratusan oksigen dalam udara sedutan dan hembusan.
Bab 7 Udara
A Oksigen larut dalam udara
B Oksigen digunakan semasa respirasi
C Oksigen dibebaskan semasa menghembus nafas
D Oksigen tidak dibebaskan semasa menghembus nafas
Jawapan:

10. Jadual menunjukkan kandungan udara yang dianalisis di suatu kawasan.
Bab 7 Udara
Apakah kawasan tersebut?
A Hutan
B Pantai
C Kilang
D Taman rekreasi
Jawapan:

11. Antara berikut yang manakah langkah-langkah untuk mengelakkan kebakaran?
I pasang alat pengesan asap dan penggera kebakaran di rumah
II matikan suis elektrik dengan tangan yang basah
III tutup pili gas selepas memasak
IV letakkan mancis berdekatan dengan dapur
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan:

12. Antara berikut, yang manakah BUKAN alat pemadam api bagi bahan cecair dan gas mudah terbakar seperti cat, minyak, varnis dan gas asli?
A Air
B Busa
C Serbuk kering
D karbon dioksida
Jawapan:

13. Manakah syarat-syarat yang diperlukan untuk pembakaran?
I karbon dioksida
II oksigen
III bahan api
IV cahaya
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan:

14. Yang manakah menunjukkan kegunaan gas yang betul?
I nitrogen- agen penyejuk
II karbon dioksida-fotosintesis
III oksigen-alat pemadam api
IV argon-lampu iklan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
Jawapan:

15. Yang manakah merupakan bahan pencemar udara?
I oksigen
II sulfur dioksida
III klorofluorokarbon
IV nitrogen
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

16. Yang manakah kesan penggunaan klorofluorokarbon?
A mutasi
B bronkitis
C pemanasan global
D penipisan ozon
Jawapan:

17. Yang manakah sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran?
A membuang puntung rokok ketika api masih menyala
B meletakkan bahan yang mudah terbakar jauh daripada sumber api
C memasang terlalu banyak peralatan elektrik pada satu sumber elektrik
D menggunakan fius yang mempunyai kadar yang sangat tinggi daripada dihadkan
Jawapan:

18. Apakah maksud PEMBAKARAN?
A proses kimia yang tidak menghasilkan bahan baru
B proses fizikal yang tidak menghasilkan bahan baru
C proses fizikal yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan haba, cahaya dan bahan baharu
D proses kimia yang berlaku apabila bahan api dibakar dalam udara dan menghasilkan haba, cahaya dan bahan baharu
Jawapan:

19. Yang manakah kesan pembebasan karbon monoksida?
A kematian
B tanah menjadi berasid
C kesan rumah hijau
D mengurangkan kecekapan darah mengangkut oksigen
Jawapan:

20. Yang manakah langkah-langkah mengawal pencemaran udara?
I menggunakan petrol berplumbum
II menggalakkan pembakaran terbuka
III menggunakan pengangkutan awam
IV melarang aktiviti merokok di tempat awam
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

21. Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Antara gas berikut yang manakah TIDAK terdapat dalam udara.
Bab 7 Udara
A Nitrogen
B Hidrogen
C Argon
D Oksigen
Jawapan:

22. Berapa peratuskah komposisi Oksigen dalam udara ?
Bab 7 Udara
A 0.03 %
B 78 %
C 0.97 %
D 21 %
Jawapan:

23. Berapa peratuskah komposisi gas nadir dalam udara ?
Bab 7 Udara
A 0.97 %
B 0.03 %
C 21 %
D 78 %
Jawapan:

24. Berapa peratuskah komposisi gas nitrogen dalam udara ?
Bab 7 Udara
A 0.03 %
B 0.97 %
C 78 %
D 21 %
Jawapan:

25. Berapa peratuskah komposisi gas karbon dioksida dalam udara ?
Bab 7 Udara
A 21 %
B 78 %
C 0.03 %
D 0.97 %
Jawapan:

26. Kepentingan gas oksigen ialah...
A Fotosintesis
B Pernafasan
C Kitar nitrogen
D Kitar karbon
Jawapan:

27. Kepentingan gas karbon dioksida ialah..
A Kimpalan dan pemotongan logam dalam industri
B Fotosintesis
C Penghasilan ammonia
D Penghasilan asid nitrik
Jawapan:

28. Kepentingan gas nitrogen ialah..
A Kitar karbon
B Pernafasan
C Alat pemadam api
D Agen penyejuk
Jawapan:

29. Kepentingan gas nadir ialah..
A Digunakan dalam lampu iklan
B Kitar nitrogen
C Kitar karbon
D Pembakaran enjin roket pada altitud tinggi
Jawapan:

30. Kitar karbon ialah....
A kitar yang mengekalkan kandungan nitrogen dalam udara.
B kitar yang mengekalkan kandungan oksigen dalam udara.
C kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara.
Jawapan:

31. Kitar oksigen ialah...
A Kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara.
B Kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan.
C Kitar yang melibatkan pengambilan nitrogen daripada udara dan pengembalian nitrogen semula ke udara secara berterusan.
Jawapan:

32. Apakah cara mengenalpasti gas oksigen ?
A Kayu uji bernyala dan mengeluarkan bunyi 'pop'
B Menyalakan kayu uji bernyala
C Memadamkan api kayu uji bernyala
D Meletup dengan kuat
Jawapan:

33. Apakah kaedah yang digunakan bagi melupuskan sulfur dioksida yang dibebaskan oleh kilang?
A kolam pengoksidaan
B sistem penghawa dingin
C sistem pembersih udara
D diproses menjadi bahan api
Jawapan:

34. Pernyataan yang manakah benar?
A helium ialah gas nadir
B nitrogen ialah gas aktif
C karbon dioksida diperlukan untuk pernafasan manusia
D oksigen ialah komponen yang diperlukan untuk fotosistesis
Jawapan:

35. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan gangguan kitar oksigen dan kitar karbon?
A menanam semula pokok
B melakukan pembakaran terbuka
C melakukan pembalakan haram
D menggunakan racun serangga secara berleluasa
Jawapan:

36. Maklumat berikut merujuk kepada definisi pembakaran.
Tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran X.
Apakah X?
A habuk
B oksigen
C nitrogen
D karbon dioksida
Jawapan:

37. Jika bahan yang terbakar ialah magnesium,alat pemadam api yang manakah sesuai digunakan?
A air
B busa
C serbuk kering
D karbon dioksida
Jawapan:

38. Berdasarkan persamaan, apakah P dan Q?
Bab 7 Udara
A P- Bunyi
 Q- Kimia
B P- Cahaya
 Q- Kinetik
C P- Haba
 Q- Kimia
D P- Haba
 Q- Cahaya
Jawapan:

39. Rajah menunjukkan penyiasatan tentang oksigen diperlukan untuk pembakaran.
Bab 7 Udara
Pernyataan yang manakaj benar?
I Lilin X terpadam dahulu
II Lilin Y terpadam dahulu
III Bekalan oksigen lilin Y kurang daripada lilin X
IV Bekalan oksigen lilin X kurang daripada lilin Y
A. I dan IV
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

40. Rajah menunjukkan satu pembakaran hutan. Apakah jenis pencemaran yang berlaku?
Bab 7 Udara
A air
B udara
C bunyi
D radioaktif
Jawapan:

41. Antara gas berikut, yang manakah menukarkan kertas litmus biru lembap ke merah?
A oksigen
B nitrogen
C hidrogen
D karbon dioksida
Jawapan:

42. Yang manakah kesan penggunaan klorofluorokarbon (CFC)?
A Mutasi
B Bronkitis
C Pemanasan global
D Penipisan lapisan ozon
Jawapan:

43. Rajah menunjukkan kitar oksigen. Apakah proses R dan S?
Bab 7 Udara
A R : Respirasi
 S: Pembakaran
B R : Fotosintesis
 S: Pengaratan
C R : Respirasi
 S: Penguraian
D R : Transpirasi
 S: Pembakaran
Jawapan:

44. Apakah gas yang digunakan untuk mengisi mentol elektrik?
A gas neon
B gas helium
C gas hidrogen
D gas argon
Jawapan:

45. Apakah gas yang diisi di dalam belon udara panas?
A gas oksigen
B gas neon
C gas helium
D gas hidrogen
Jawapan:

46. Apakah gas yang digunakan untuk menghasilkan baja ammonia?
A Oksigen
B Karbon dioksida
C Nitrogen
D Gas nadir
Jawapan:

47. Apakah bahan pencemar yang disebabkan oleh aktiviti pertanian?
A karbon monoksida
B pestisid
C nitrogen dioksida
D plumbum
Jawapan:

48. Jannah tiba-tiba pengsan semasa bermain bola jaring. Rakan-rakannya dan pemain lain sesak di sekelilingnya. Gurunya cepat meminta semua orang untuk beralih daripada Jannah. Mengapa guru bertindak demikian?
A untuk memastikan udara disekelilingnya sejuk
B untuk memastikan udara di sekeliling nya mempunyai sebanyak oksigen yang mungkin
C untuk memastikan Jannah mendapat sebanyak karbon dioksida yang mungkin
D untuk memastikan guru mempunyai ruang yang cukup untuk memeriksa Jannah
Jawapan:

49. Mengapakah habuk dianggap sebagai bahan pencemar?
A menyebabkan sakit kepala
B menyebabkan sesak nafas
C mengandungi zarah-zarah bertoksik
D membunuh tumbuhan
Jawapan:

50. Sifat bagi gas oksigen
A Larut banyak dalam air
B Tidak menyokong pembakaran
C Tidak mempunyai warna, bau dan rasa
D Bertindak balas dengan air kapur
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。