1 2 3 4 5 6 7 8 9

Set 3 Latihan Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM

Senarai Subjek Tingkatan 1

Bab 3: Koordinasi Dan Gerak Balas

Klik untuk jawapannya

1. Apakah maksud Homeostasis?
A Pengekalan keadaan persekitaran dalam badan
B Pengekalan badan daripada keadaan persekitaran
C Sesuatu organisma yang mengawal respirasi badan
D Mempunyai persamaan dengan respirasi
Jawapan:

2. Persekitaran dalam badan merujuk kepada bendalir tisu yang berada disekeliling sel-sel badan
A Betul
B Salah
Jawapan:

3. Apakah organ dalam badan kita yang mengawal homeostasis?
A Jantung
B Paru-paru
C Otak
D Hati
Jawapan:

4. Apakah proses kehilangan air dalam tumbuhan ?
Bab 3 Koordinasi Dan Gerak Balas
A Fotosintesis
B Homeostasis
C Respirasi
D Transpirasi
Jawapan:

5. Bendalir tisu dan plasma mengandungi kandungan bahan-bahan yang sama.
A Betul
B Salah
Jawapan:

6. Apabila kita menggigil akibat kesejukan badan akan menghasilkan haba.
A Betul
B Salah
Jawapan:

7. Kadar degupan jantung meningkat apabila kita berlari menaiki tangga yang tinggi.
A Betul
B Salah
Jawapan:

8. Bahagian otak yang mengawal kadar degupan jantung ialah ?
A Kelenjar pituitari
B Hipotalamus
C Medula
D Serebelum
Jawapan:

9. Bahagian otak yang mengawal atur kandungan air ialah ?
A Kelenjar pituitari
B Hipotalamus
C Medula
D Serebelum
Jawapan:

10. Bahagian otak yang mengawal atur suhu badan ialah ?
A Medula
B Serebelum
C Kelenjar pituitari
D Hipotalamus
Jawapan:

11. Apakah nama proses ini?
Bab 3 Koordinasi Dan Gerak Balas
A Proses kawalan homeostasis
B Proses Transpirasi
C Proses respirasi
D Proses respirasi homeostatis
Jawapan:

12. Apakah yang akan berlaku jika aras air normal meningkat?
I Kandugan air dalam badan akan meningkat
II Mengurangkan air kencing
III Berasa dahaga
IV Menghasilkan banyak air kencing
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

13. Apakah suhu normal manusia?
A 37°C
B 40°C
C 33°C
D Jika anda rasa normal itu ialah suhu normal
Jawapan:

14. Bagaimanakah kucing mengekalkan homeostatis terhadap perubahan suhu persekitaran?
A Menjilat bulu
B Menjelirkan lidah
C Tidur di bawah matahari
D Membuat bunyi Meow
Jawapan:

15. Terdapat dua gambar,A (yang kiri) dan B (yang kanan).Apakah yang sedang berlaku dalam sel tersebut?
Bab 3 Koordinasi Dan Gerak Balas
I Pembukaan stoma
II Pembunuhan stoma
III Penutupan stoma
IV Stoma melepaskan air berlebihan
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

16. Apakah itu kelenjar peluh?
A Satu kelenjar di bawah kulit yang menghasilkan peluh
B Mengeluarkan air berlebihan
C Menghasilkan banyak titisan peluh yang membahayakan manusia
D Terdapat dalam sel tumbuhan
Jawapan:

17. Rangsangan ialah perubahan atau ........ daripada persekitaran yang menyebabkan badan bergerak balas.
A isyarat
B badan
Jawapan:

18. Badan menggigil ialah ........ semasa cuaca sejuk. Cuaca sejuk ialah sejenis .........
A rangsangan, gerak balas
B gerak balas, rangsangan
Jawapan:

19. Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan ........
A saraf tunjang
B saraf periferi
C saraf spina
Jawapan:

20. Sistem saraf periferi terdiri daripada ........... dan ........
A saraf kranium
B saraf spina
C saraf kranium, saraf spina
D saraf pusat, saraf hormon
Jawapan:

21. Otak manusia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu serebrum, ....... dan ......
A serebrum, serebelum
B serebelum, medula oblongata
Jawapan:

22. Fungsi serebrum ialah mengawal aktiviti minda.
A betul
B salah
Jawapan:

23. Fungsi serebrum ialah mengawal tindakan otot rangka.
A betul
B salah
Jawapan:

24. Fungsi serebelum ialah mengawal keseimbangan badan.
A betul
B salah
Jawapan:

25. Apakah kepentingan homeostasis?
A proses hidup di dalam badan tidak berjalan lancar
B badan sentiasa lemah
C persekitaran dalam badan seimbang dan stabil
D organ dalam badan tidak terkawal
Jawapan:

26. Medula oblongata mengawal tindakan refleks seperti
A terjatuh
B menelan
C menari
Jawapan:

27. Pernyataan yang manakah BETUL tentang stoma tertutup?
A Mengelakkan penyahhidratan oleh tumbuhan
B Tumbuhan menjadi layu
C Mengurangkan kehilangan air daripada tumbuhan
D Air dari tumbuhan tersejat ke udara
Jawapan:

28. Nyatakan 2 faktor yang mempengaruhi kuantiti air kencing seseorang
A suhu persekitaran
B kuantiti makanan dan suhu dalaman badan
C suhu persekitaran dan kuantiti air diminum
Jawapan:

29. Antara organ yang terlibat dalam kawal atur kandungan suhu badan ialah otak, ________ dan _________.
A Kulit dan ginjal
B Ginjal dan otot rangka
C Otot rangka dan kulit
D peparu dan otot rangka
Jawapan:

30. Yang manakah boleh menurunkan suhu badan?
A berlari
B membaca buku
C mendaki gunung
D minum air
Jawapan:

31. Nyatakan bahagian daun yang mengawal kehilangan air
A membran sel
B mitokondria
C sel pengawal
D kloroplas
Jawapan:

32. Pernyataan yang manakah SALAH tentang keadaan badan manusia yang berpeluh?
A berasa dahaga
B penghasilan air kencing kurang
C otak merangsang rembesan hormon
D salur darah mengecut
Jawapan:

33. Apakah yang berlaku kepada badan seseorang dalam keadaan cuaca yang terlalu panas?
A salur darah dalam kulit mengecut
B kadar metabolisma bertambah
C bulu roma berdiri tegak
D lebih banyak peluh terhasil
Jawapan:

34. Apakah cara pengawal aturan suhu bagi organisma di atas?
Bab 3 Koordinasi Dan Gerak Balas
A berendam dalam air
B menjilat bulu
C mengipas telinga
D menjelirkan lidah
Jawapan:

35. Bagaimanakah kerbau mengekalkan homeostasis semasa cuaca panas?
A berendam di dalam lumpur
B menjelirkan lidah
C mengipas telinganya
D mengeluarkan bendalir
Jawapan:

36. Impuls saraf tiba di bonggol sinaps pada akson terminal dan merangsang pembebasan ........ daripada vesikelnya. Neurotransmiter bergerak merentas ...... ke dendrit neuron penerima dengan mendapat ....... daripada ........ Dendrit ini dirangsang untuk mencetus impuls saraf yang baharu. Impuls saraf ini dibawa oleh neuron ke neuron yang lain dan akhirnya tiba di ........
A sinaps, tenaga, mitokondria, neurontrasmiter, efektor
B neurotransmiter, sinaps, tenaga, mitokondria, efektor
C neurotransmiter, tenaga, mitokondria, sinaps, efektor
Jawapan:

37. Penyelarasan yang melibatkan sistem di dalam tubuh bagi melakukan gerak balas dikenali sebagai ......................
A koordinasi
B pergerakan
C sokongan
D homesotasis
Jawapan:

38. Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh rangsangan luar?
A Bahan kimia
B Sentuhan
C Suhu badan
D Cahaya
E Bunyi
Jawapan:

39. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor kimia bagi rangsangan dalaman?
A Suhu badan
B Kepekatan oksigen
C pH
D Tekanan darah
E Aras glukosa
Jawapan:

40. Hujung saraf yang boleh mengesan rangsangan dan mencetuskan impuls saraf.
A Reseptor
B Efektor
C Organ sasaran
D Neuron
Jawapan:

41. Remaja memakai pakaian tebal semasa musim sejuk. Mengapakah remaja itu memakai pakaian yang tebal?
A memerangkap haba badan
B membebaskan haba dari badan
C merendahkan suhu badan
D mencuba fesyen terkini
Jawapan:

42. Kawal atur suhu badan manusia melibatkan __________ dan __________
A sistem rangka, sistem perkumuhan
B sistem saraf, sistem endokrin
C sistem perkumuhan, sistem endokrin
D sistem respirasi, sistem perkumuhan
Jawapan:

43. Yang manakah gerak balas homeostasi bagi siput babi apabila suhu meningkat?
A mencari tempat lembap untuk mengurangkan penyejatan air
B menjelirkan lidahnya untuk membebaskan haba daripada badan
C menegakkan bulu untuk memerangkap haba
D mempunyai lapisan kulit berlilin
Jawapan:

44. Bagaimanakah cicak mengekalkan homeostasis terhadap persekitaran yang sejuk?
I kadar metabolisme cepat
II pergerakan menjadi perlahan
III aktiviti badan menjadi perlahan
IV pergerakan menjadi pantas
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan:

45. Bagaimanakah lebah mengekalkan homeostasis semasa cuaca panas?
A menjelirkan lidah
B menutup spirakel antara dua gerakan pernafasan
C mencari tempat lembap
D menghasilkan bendalir
Jawapan:

46. Rahman bermain bola di padang pada waktu petang yang panas.
Setelah tamat permainan, Rahman bergegas ke tandas untuk membuang air kecil dan mendapati air kecilnya...
A berdarah
B sedikit
C banyak
D cair
Jawapan:

47. Anne yang sedang berjogging di kawasan taman pada suatu petang. Apakah yang terjadi pada badan Anne ketika itu?
Pilih 3 jawapan yang BENAR.
A Berpeluh
B Bulu roma condong
C Salur darah mengecut
D Aktiviti otot rangka berkurang
Jawapan:

48. Bagaimanakah badan mengawal atur suhu pada persekitaran yang sejuk?
I Salur darah mengembang
II Bulu roma menegak
III Menggigil
IV Tidak berpeluh
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II, III dan IV
Jawapan:

49. Mengapakah muka kita kelihatan pucat apabila berada di tempat yang terlalu sejuk?
A Demam sejuk
B Salur darah menjauhi kulit
C Badan penat menggigil
D Kekurangan air
Jawapan:

50. Makcik Kiah mengalami demam akibat suhu badannya meningkat. Apakah mekanisme pembetulan yg berlaku pada Makcik Kiah bagi menurunkan suhu badannya.
I Salur darah mengembang
II Penghasilan air kencing yg banyak
III Berpeluh
IV Bulu romanya menegak
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II, III dan IV
Jawapan:

51. Bagaimanakah kucing mengawal suhu badannya ketika cuaca sejuk?
A Bergerak aktif
B Berpeluh melalui kaki
C Bulunya menegak
D Lemak yang tebal
Jawapan:

52. Apakah persamaan antara kucing dan anjing dalam mengawal atur suhu badan mereka?
A Menghasilkan bendalir
B Berpeluh melalui tapak kaki
C Menjelirkan lidah
D Lapisan lemak yang tebal
Jawapan:

53. Kulit lebah dilapisi oleh lapisan lilin.
Apakah fungsi lapisan lilin itu pada lebah?
A Mengelakkan lebah dari dibunuh pemangsa
B Menyerlahkan warna kuning lebah
C Mengelak kehilangan air dalam badan
D Bernafas dengan lebih laju
Jawapan:

54. Stoma pada tumbuhan akan tertutup bagi mengelakkan air berlebihan tersejat apabila tiba waktu...
A siang
B petang
C malam
D pagi
Jawapan:

55. Apakah organ yang TIDAK terlibat di dalam pengawal atur suhu dan juga kandungan air di dalam badan?
A Kulit
B Perut
C Otak
D Ginjal
Jawapan:

56. Bagaimanakah kaktus yang hidup di kawasan yang kering dan panas dapat mengurangkan kehilangan air di dalamnya?
A Tumbuh dengan perlahan
B Daun yang berduri
C Akar yang sangat panjang
D Fotosintesis pada waktu malam
Jawapan:




Klik untuk jawapannya

1 2 3 4 5 6 7 8 9


If anyone has anything to discuss regarding to the kindly please comment in the facebook page here.
如有需要讨论任何题目或有什么要基于改进的留言可到 面书上 留言。